ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

Wednesday, June 23, 2010

GAZA VS PIALA DUNIA

Kehangatan Piala Dunia kian terasa di seluruh pelusuk dunia ini. Piala Dunia yang berlangsung 4 tahun sekali itu kini berjalan hangat di benua Afrika. Negara-negara yang layak termasuk negara-negara umat Islam turut mengambil bahagian dalam sukan kegemaran ramai ini bahkan sesetengah pemain dan pegawainya menjadi jutawan dengan sukan ini.

2. Dalam perang Karbala, kepala Khalifah di pancung putus dan di sepak seolah-olah menyepak bola. Samada itu mulanya sukan tersebut atau bukan, itu bukanlah masalah nya di sini. Soalnya sukan ini di taja oleh pihak Barat. Setiap malam jika kita berkunjung ke kedai-kedai kopi, atau gerai-gerai tom yam, mereka kelihatan memaparkan skrin besar untuk mempertontonkan sukan bola sepak yang kebanyakannya ditonton oleh anak muda kita khasnya orang Melayu yang beragama Islam. Islam tidaklah menentang bola sepak, namun ada beberapa pelaksanaannya seperti pakaian dan lain-lain tidak mengikut kehendak Islam.

3. Di satu pihak yang lain, Israel sedang berusaha untuk menawan Gaza dan menumpahkan banyak darah rakyat Muslim di sana. Bahkan baru-baru ini Israel telah menyerang misi bantuan kemanusiaan yang turut disertai oleh negara kita dan menyebabkan beberapa orang meninggal dalam serang hendap itu. Sebahagian yang lain di tangkap dan disumbat ke penjara beberapa hari, walaupun misi mereka hanya bantuan kemanusiaan. Begitu pun peristiwa itu yang baru sahaja berlaku tenggelam oleh pasukan Piala Dunia yang beraksi di di skrin-skrin besar di kedai-kedai kopi dan tom yam tadi. Itu tidak termasuk yang menonton di rumah.

4. Jelaslah Piala Dunia telah meneggelamkan isu Gaza, dan anak-anak muda Islam kini lalai dengan menonton sukan itu. Persitiwa serangan Israel ke atas bantuan kemanusiaan yang pada awalnya di tangisi, kini tenggelam dengan tempik sorak penonton-penonton Piala Dunia. Anak-anak muda kita hilang semangat Jihadnya ditelan oleh hiruk-pikuk Piala Dunia. Sekiranya Israel menyerang Baitulmaqdis, besar kemungkinan umat Islam tidak akan menyedarinya. Mereka lebih terpesona dengan aksi-aksi pemain-pemain pujaan mereka di pentas Piala Dunia. Bagaimanakah umat Islam mahu mengalahkan pihak Barat, khasnya Israel, jika dengan umpanan sebiji bola sahaja umat ini terus tenggelam dalam kesoronakan dan kealpaan terhadap tugas murni mereka sebagai "ummatan wasathon" dalam mengimbangi kezaliman penjarah dunia dan keadilan Islam yang sudah terbukti dalam tinta sejarah?

AlKundangi,
23.6.2010
http://alkundangi.blospot.com