ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, March 29, 2012

MENJELANG PILIHANRAYA

Memang lama saya tidak menulis di sini. Mungkin disebabkan rutin hidup harian. Ulasan politik pun tidak ada lagi, walau kini pilihan raya semakin hampir. Tentunya ada hal yang mendesak mengapa blog ini jarang dikemaskini kebelakangan ini. Namun, Insyaallah satu masa akan saya kemaskini semula.Media baru ini cukup bermakna untuk memperkembangkan minda kita yang beragam kerana sistem pendidikan kita juga beragam.Apa pun, kepelgaian itu memperlihatkan negara kita ini majmuk sifatnya, hasil peninggalan penjajahan British.

Namun penjajah tidak pergi begitu sahaja, ia harus memastikan tanah jajahannya mengikut telunjuknya.Mereka meninggalkan anak didik yang berkuasa hingga kini, yang terdiri dari kaum bangsawan yang sudah berkuasa lebih 50 tahun lamanya. Tidakkah rakyat Malaysia merasa jemu di bawah pimpinan kaum bangsawan ini? Mereka membolot kesemuanya, harta kekayaan, media massa, bahkan minda rakyat yang dipermainkan oleh media elektronik dan konvensional semuanya dikuasai oleh mereka. Di hadapan kita ada PRU ke 13. Jika inginkan perubahan, gunakanlah sebaik-baiknya agar negara kita lebih maju, lebih berkebajikan dan lebih prihatin akan nasib rakyat marhaen.

Kehidupan yang kian susah, ekonomi yang merudum, harga barang yang tak terkawal menampakkan pihak berkuasa sudah kehilangan cengkaman ke atas sistem sosial dan politik negara ini. Kenapa kita memilih mereka pada PRU ke 12? Adakah kita akan memilih mereka lagi dalam jangka waktu terdekat ini? Nasib rakyat negara ini ada di tangan mereka sendiri. Buatlah pilihan yang bijak kali ini. Jangan sampai kita merana di negara sendiri. Salam dan selamat malam.

alKUndangi,
29.3.2012.