ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, March 19, 2011

Nasib pesara GLC

Ibnu Lazim

Sewaktu Dr. Mahathir merancang satu dasar kerajaan; iaitu penswastaan, beliau memberikan alasan yang sungguh kukuh iaitu meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengecilkan saiz perkhidmatan awam. Ketika itu kakitangan kerajaan berjumlah 800 ribu orang. Maka bermulalah satu persatu agensi kerajaan diswastakan. Antara yang terawal ialah Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pos Malaysia. Tercapai atau tidak dasar kerajaan untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam dan meningkatkan mutu perkhidmatan, ianya memerlukan satu kajian dan tulisan lain untuk membincangkannya.

Hasrat kerajaan untuk mewujudkan persaingan yang sihat ternyata tidak menjadi kenyataan. Monopoli tetap wujud walaupun memang ada persaingan. Penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan misalnya kepada United Engginering Malaysia Berhad (UEM) yang adalah satu anugerah terbesar kepada UEM yang dikawal oleh Hatibudi Nominees,yang merupakan syarikat pemegang amanah UMNO, parti komponen BN yang menerajui tampuk pemerintahan Negara (Yusof Ismail dan Khayati Ibrahim,2004).

Ini menunjukkan penguasaan kuasa politik dan pentadbiran digunakan untuk mendapatkan kepentingan perniagaan bagi menampung kewangan parti di samping menambahkan kekayaan bagi golongan tertentu serta mengurangkan peluang organisasi lain untuk memperoleh peluang perniagaan. Walaupun mendapat kritikan pelbagai pihak, dasar penswastaan tetap diteruskan sehingga ke hari ini, di samping menimbulkan pelbagai masalah seperti usaha kerajaan Selangor untuk mendapatkan hak membekalkan air Selangor dari pihak Syabas.

Sementara itu, kebanyakan pekerja sektor awam yang diswastakan berasa terancam, manakala sebahagian rakyat Malaysia mengambil sikap apathy (tak apa) atau terus menyokong dasar ini kerana mereka telah bosan dan marah terhadap pembaziran, ketidakcekapan dan rasuah dalam sektor awam. Ramai juga rakyat Malaysia mengaitkan pertumbuhan sektor awam dengan campurtangan kerajaan dan kekuasaan Melayu, kian bertambah di bawah Dasar Ekonomi Baru, dengan demikian menyokong Dasar Penswastaan ini sebagai perubahan dasar yang akan mengurangkan dasar-dasar melampau yang telah menganggu pelaburan dan pertumbuhan ekonomi. Ada juga yang menyalahtafsirkan campurtangan kerajaan sebagai sosialisme, dengan itu menyokong penswastaan sebagai langkah memulihkan kapitalisme yang lebih tulin. Walaupun kapitalisme pemerintah atau Negara tidak bererti sosialisme, ancaman kepada sektor awam terutama perkhidmatan awam, melalui penswastaan mempunyai implikasi kebajikan yang penting untuk rakyat jelata, khasnya pekerja sektor awam, pengguna dan rakyat miskin (Jomo KS,2010).

Kini, Dasar Penswastaan telah berjalan hampir 30 tahun sejak ia mula dirangka oleh MAMPU di bawah jagaan Dr.Mahathir, juga ide dari Dr. Mahathir sejak ia mula diperkenalkan pada 1983. Apakah matlamat utama pensawstaan itu tercapai, umpamanya mengecilkan saiz perkhidmatan dan meningkat mutu perkhidmatan?. Kenyataannya Perkhidmatan Awam kini mempunyai 1.2 juta kakitangan berbanding pada peringkat permulaan era penswastaan hanya 800 ribu orang. Hal ini disebabkan timbulnya jabatan-jabatan dan kementerian baru sesuai dengan perkembangan semasa. Dari segi mutu perkhidmatan ya, mungkin ada peningkatan di samping meningkatkan jumlah konglomerat Bumiputra selaras dengan kehendak DEB. Namun masih terdapat banyak rungutan rakyat marhaen tentang perkhidmatan awam termasuk sektor kesihatan, perguruan,pentadbiran awam dan sebagainya. Bahkan dalam sesetengah keadaan soal politik diserapkan bersama dalam permasalahan perkhidmatan awam. Pelantikan Setiauasa Kerajaan Selangor baru-baru ini memperlihatkan kepentingan politik mengatasi kepentingan pentadbiran awam.

Satu soal yang penting setelah hampir tiga puluh tahun penswastaan, ialah nasib pekerja-pekerja atau kakitangan yang diswastakan. Kini dikatakan kakitangan kerajaan lebih beruntung dari kakitangan swasta terbabit dengan gaji permulaan yang lebih tinggi,elaun yang lebih menarik, kebajikan yang lebih terserlah dan sebagainya. Di peringkat perkeranian umpamanya, kakitangan kerajaan menerima gaji permulaan melebihi RM1000 sebulan berbanding kakitangan syarikat yang diswastakan melalui proses penswastaan. Umpamanya kakitangan Pos Malaysia di peringkat perkeranian hanya menerima RM800 sebagai gaji permulaan. Elaun sewa rumah bagi kakitangan Pos Malaysia (kerani) hanyalah RM150.00 berbanding RM300 bagi kakitangan kerajaan. Begitu juga elaun kolar, atau elaun Bandar, kakitangan Pos Malaysia (kerani) hanya menerima separuh dari apa yang diterima oleh kakitangan awam. Dengan demikian tidak hairanlah jika berlaku penghijrahan semula ke dalam perkhidmatan awam dari Pos Malaysia dan lain-lain syarikat GLC memandangkan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Satu perkara yang lebih penting ialah nasib kakitangan GLC yang telah bersara yang bekerja di zaman swasta dan bekerja di zaman kerajaan. Ertinya mereka merasa bekerja di kedua-dua era, era sebelum penswastaan dan era selepas penswastaan. Mereka ini apabila bersara akan menerima pencen minimum, di sekitar RM200 hingga RM400 sahaja kerana mereka diminta mencarum semula ke dalam skim KWSP sebaik satu-satu syarikat itu diswastakan. Apa yang terjadi ialah simpanan mereka (kerani) tidak melebihi RM200,000 setelah tamat tempuh perkhidmatan. Laporan-laporan yang diterima, termasuk yang didedahkan di mass media tempatan, mereka ini akan kehabisan wang simpanan KWSP dari satu hingga tiga tahun selepas persaraan. Tinggallah pencen minimum meraka di zaman kerajaan dahulu di sekitar RM200- RM400 sebulan. Apakah yang dapat dilakukan dengan wang sebesar itu pada zaman sekarang?

Tanpa pilihan lain, akhirnya pesara-pesara syarikat kerajaan yang diswastakan ini terpaksa bekerja semula demi untuk menyambung sisa-sisa hayat mereka, dalam keadaan kesihatan yang mungkin sudah mula terganggu dan tenaga sudah berkurangan akibat faktor umur. Sesetengahnya terpaksa menjadi pemandu teksi, menjadi jaga (guard), atau terpaksa menjual nasi lemak demi untuk meneruskan survival hidup ini. Tekanan itu menjadi semakin bertambah andainya mereka masih mempunyai anak yang masih bersekolah di peringkat rendah atau menengah. Teknanan menjadi semakin kuat bila anak-anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS yang memerlukan pembiayaan yang lebih besar. Pinjaman PTPTN ternyata semakin sukar, dan PTPTN hanya sekadar membayar yuran akademik sahaja, selebihnya soal makan dan tempat tinggal (asrama) terpaksa ditanggung oleh keluarga.

Dengan demikian, apakah kebajikan yang dapat diterima oleh golongan ini? Apakah dasar penswastaan membela hidup mereka terutama selepas bersara? Tuntutan Kesatuan Sekerja untuk mendapatkan pencen dan gaji minimum disambut dengan sikap membisu kerajaan BN. Rasuah yang membarah dan PRU13 yang kian hampir menyebabkan tuntutan itu terbenam dalam fail sahaja. Jadi, di manakah dan siapakah yang untung dalam dasar penswastaan ini?


harakahdaily.net/v2/

Tuesday, March 15, 2011

Kuasa siber dan revolusi Timur Tengah

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Ketika banyak pihak bercakap soal pengaruh dan kuasa media baru dalam proses kebangkitan rakyat di Timur Tengah sekarang ini, sekonyong-konyong Kementerian dalam Negeri mengumumkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP) akan dijadikan lebih komprehensif dan tidak lagi terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu untuk membolehkan ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.
Difahamkan pindaan akta itu dijangka dibentang di Parlimen menjelang sidang Mac ini. Ramai mengaitkan dengan persiapan BN menghadapi pilihan raya umum ketiga.

Reaksi segera sudah dapat diduga. Tanpa bertangguh bantahan dirakamkan. Masing-masing terkejut. Regim Dr Mahathir Mohamad memang terkenal dengan ciri-ciri autoritarian, namun bekas Perdana Menteri itu -- yang juga seorang blogger terkenal -- seringkali menegaskan tidak akan mengamalkan tapisan dan sekatan kepada internet.

Apakah anak didiknya, Najib Razak, lebih terdesak dan terhimpit sehingga mahu bertindak garang dan ganas? Kedudukan Umno-BN bagai telur di hujung tanduk, namun jika benar AMCP mahu diluaskan skop dan bidang kawal selianya, terutama terhadap kandungan internet, Najib sebenarnya sengaja mengundang parah, yang mungkin natijahnya tidak pernah terfikir olehnya.

Sejak mengetuai Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) lebih kurang sepuluh tahun lalu, bagi mempromosi kebebasan akhbar, saya akui kesukaran yang dihadapi, terutama bagi meraih sokongan dan simpati masyarakat. Ramai yang masih tidak peduli dengan isu-isu sekatan dan kongkongan melampau terhadap media, termasuk golongan wartawan sendiri. Mungkin mereka menyifatkan tekanan pemerintah terhadap media bebas tiada kaitan dengan kualiti hidup rakyat terbanyak.

Beberapa penerbitan berkala yang saya usahakan -- dengan menyewa permitnya daripada rakan-rakan -- diharamkan KDN tanpa sebarang alasan, tanpa sempat mencecah usia setahun. Majalah dua kali sebulan, Detik dan makalah bulanan khas untuk remaja wanita, Wasilah tidak disambung permit menyebabkan lebih 15 kakitangan syarikat Penerbitan Pemuda menganggur secara tiba-tiba. Pengedaran akhbar mingguan, Cabaran, yang juga saya sewa permitnya, diganggu secara intensif oleh KDN sehingga terpaksa ditutup.

Tidak cukup dengan memorandam dan surat bantahan dikemukakan, berulang kali saya naik-turun ibu pejabat Suhakam mengadu hal, selain mengedarkan risalah, kenyataan akhbar dan menghadiri forum terbuka, namun ia tidak cukup untuk menarik perhatian masyarakat. Gimik terakhir sebelum saya menutup pejabat operasi di Medan Idaman, Gombak adalah dengan mengusung keranda Detik sebelum cuba mengusahakan siri penerbitan akhbar tidak berkala, yang mendapat tekanan lebih hebat daripada KDN.

Saya hanya seorang individu kerdil berdepan gergasi KDN. Justeru, terpaksalah saya secara solo bertembung musibah itu, di samping menanggung kerugian lebih RM3 juta.

Tetapi, bagaimana dengan kes pengurangan kekerapan penerbitan Harakah, daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan, bermula Mac 2000, selepas Umno terkejut besar dengan prestasinya dalam PRU November 1999? Rasanya respons yang ditunjukkan masyarakat, termasuk pembaca Harakah, juga agak dingin. Mungkin Dr Mahathir sendiri terkejut dengan reaksi "suam-suam kuku" penyokong Barisan Alternatif waktu itu!

Namun, berdepan langkah primitif-jumud pemerintahan Najib kali ini, suasana pasti berbeda. Meskipun butiran pindaan AMCP belum dijelaskan, apa juga yang berkaitan akta preventif adalah bersikap mengongkong dan menyekat semata-mata. (Kini kira-kira 35 undang-undang yang menyekat kebebasan di Malaysia). Motifnya hanya tertumpu untuk menyelamatkan kedudukan Umno-BN, juga mengikat-kuat seteru politiknya dan golongan yang dilihat berbeda pandangan. Proses pendemokrasian sejagat yang turut melanda negara kita terbantut.

Najib bukan lagi menjolok sarang tebuan, malah mempercepatkan "saat-saat kematian" kerajaan BN. Pembaca Detik atau Suara Keadilan mungkin tidak mengamuk apabila media tradisi itu diharamkan KDN, tetapi bagaimana dengan peminat laman-laman web bebas seperti Malaysiakini, Harakahdaily, Malaysian Insider atau Tranungkite, dan tidak terkecuali 700,000 blogger yang semakin galak menulis apa yang terfikir di minda mereka, atau lebih tepat lagi lebih 9.9 juta pengguna Facebook di Malaysia? Terdapat 16.9 juta pengguna internet di negara ini, merujuk laporan Jun 2009.

Sekatan kali ini adalah operasi rampasan hak asasi besar-besaran, dan tidak lagi khusus kepada mereka yang dilihat berkepentingan politik. Sekalipun pindaan AMCP itu mungkin dikhususkan kepada kandungan internet yang "politikal", ia tetap menyentuh sensitiviti jutaan rakyat yang kini bebas mengakses dunia maya. Saya yakin majoriti rakyat akan bangun membantah tidak dapat menerimanya dan mudah berang, sekali gus boleh memenuhi protes di jalan-jalan raya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang pernah menggesa agar AMCP dimansuhkan, memberi reaksi: "Mereka ini (8 juta anak muda pengguna Facebook berusia 35 tahun ke bawah) pastinya tersinggung dan tidak dapat menerima pindaan yang mengongkong saluran media dan rangkaian sosial yang sudah menjadi seperti sebati dengan mereka. Janganlah kita bersifat jumud dan mengambil jalan mudah dengan mengetatkan kekangan serta mengeluarkan undang-undang apatah lagi apabila masyarakat semakin bijak dan matang."

Mengulas isu sama, Ketua Pengarang kumpulan dan pengasas bersama Malaysiakini, Stevan Gan menyifatkan pindaan itu ibarat pukulan paku terakhir di keranda bagi kebebasan media di negara ini. "Kebebasan meluahkan pendapat yang serba terbatas dinikmati di alam maya sejak 16 tahun lalu bakal berkubur. Dengan perlesenan, kerajaan boleh mengenakan tekanan politik ke atas media di internet. Paling menggerunkan, Menteri Dalam Negeri yang sebegitu berkuasa itu berhak mengisyitiharkan mana-mana lamanweb sebagai tapak haram. Lebih malang lagi, mengikut akta itu, keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah."

Sewaktu rakyat kecewa dengan jaminan tidak tertunai menterinya, Hishammuddin Hussein untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Polis, pada sesi Parlimen, Oktober 2009 -- seperti dijanjikan dalam sidang akhbar di Putrajaya pada 19 Ogos 2009 -- tiba-tiba kita dikejutkan dengan langkah represif yang begitu ketinggalan zaman.

II.

Seorang pembaca Harakah yang mahu dikenali dengan panggilan "Makcik Kedah", dari Taman Melati, Hulu Kelang, agak lama tidak menghubungi saya. Selalunya, ada-ada saja idea baru yang dilontarkan. Kadang-kadang beliau menyanyikan lagu-lagu patriotik melalui telefon dan bercerita tentang kisah lamanya di Bukit Besar. Pandangannya terhadap pergolakan politik ada kalanya tak terfikir oleh saya. Isu yang dikemukakan merakyat sifatnya.

Hari itu, ketika saya mendapatkan rawatan susulan selama tiga hari di wad HUKM, Makcik Kedah menelefon. Dia nampak cukup berminat dengan perkembangan Revolusi Jasmin di Tunisia yang berjaya menghalau Presiden Zine El Abidin Ben Ali, 74. Diktator yang berkuasa selama 23 tahun itu melarikan diri ke Jeddah.

Isterinya, Leila Trabelsi, 53, yang dilatih suaminya sebagai pengganti Ben Ali, terbang ke Dubai dengan jet peribadi -- yang disifatkan rakyatnya sebagai "shopping plane" -- sambil membawa bersamanya wang dan satu setengah tan emas daripada bank pusat, manakala anak-anak mereka ke England. Dalam siri demonstrasi, penunjuk perasaan dilaporkan memekik: "Gantung mereka semua, tapi dapatkan balik emas milik kita dahulu!"

Seperti beberapa panggilan sebelum itu, Makcik Kedah mahu kepastian apakah senario di Tunisia itu mungkin juga berlaku di Malaysia? Saya ketawa kecil, bukan dengan niat mempersenda. Bagaimanapun beliau serius menekan: "Apakah tidak cukup dengan kesengsaraan yang kita tanggung? Rakyat makin susah, nak makan ikan sebesar dua jari pun tak mampu, ramai menderita tetapi orang besar kaya raya, makan rasuah?"

"Patutnya pemimpin kita yang berada di atas sana, turun ke bawah, melawat orang miskin yang semakin ramai. Kita ni, sampai masanya, rimas duduk fikir nak cari duit baharui insuran dan cukai jalan kereta, macamana nak selesaikan bil-bil bulanan, keperluan anak sekolah," asaknya lagi.

"Tapi sekarang dah ramai yang senang dan mewah makcik," saya memintasnya. "Kerajaan pula pandai main sentimen untuk lupakan masalah sebenar. Kerja pun masih ada, tak macam di Tunisia, ramai anak muda menganggur. Di Iskandariah, jurang kaya miskin menonjol sangat. Pasaraya di sini masih sendat dengan pelanggan. Tapi janganlah tunggu negara kita jadi macam di sana baru nak lawan ...," tambah saya, menunggu reaksinya. "Betul juga tu, kawan-kawan makcik yang dapat pencen bulan-bulan dekat RM1000, memang nampak macam selesa aja," akuinya.

Selang beberapa hari, Makcik Kedah mengirimkan SMS: "Nak tunggu kebulur baru nak bangkit? Ada stamina ka kita nak lawan kerajaan zalim ini?" Sampai kini saya belum menjawabnya. Mungkin beliau lebih teruja mendengar berita kemarahan rakyat terhadap pemerintahan kuku besi sudah melimpah ke Sanaa, Yemen, mendesak Presiden Ali Abdullah Saleh meletakkan jawatan setelah memegang kuasa sejak 1978.

Bertambah semangat rasanya Makcik Kedah, apabila aksi protes antiregim zalim menuntut Presiden Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun berundur, bukan saja tercetus di Kaherah dan Iskandariah tetapi juga merebak ke bandar-bandar lainnya, seperti Suez, 134 km daripada situ. Ribuan penunjuk perasaan ditahan termasuk pemimpin Ikhwan Muslimin. Bilangan yang terbunuh semasa demonstrasi juga semakin meningkat dengan pantas.

Kejatuhan Ben Ali, yang bakal diikuti Mubarak, bukan sahaja menggerunkan regim lain di dunia Arab -- tidak kira sama ada yang mengamalkan sistem monarki atau republik,

bermusuh atau bersahabat dengan Israel -- malah memberi isyarat jelas bahawa proses transformasi ini akan menjalar ke peringkat global, terutama di negara-negara Islam.

Bagaimanapun, bagi saya, pemimpin yang mahu menawarkan perubahan, yang berdepan penguasa zalim dan menindas, semuanya harus dekat dengan nurani rakyat, merasai denyut degup jantung mereka, bukan turut dilihat bermewah-mewah dan berseronok dengan kehidupan elitis. Memang suasana di setiap negara berbeda-beda dan tidak memerlukan keadaan menjadi seteruk rantau Arab untuk berlakunya pertukaran regim, 'kan?

Kejayaan mengkagumkan revolusi di Tunisia dalam masa 24 jam dan kini dilihat menjalar ke Mesir juga mengingatkan tentang pengaruh dunia maya atau kuasa siber, yang juga digeruni di Malaysia. Di Mesir, akses internet disekat dan panggilan telefon disekat. Operasi stesen TV Al-Jazeera turut diarah tutup. Jaringan laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang cukup berkesan membangkitkan amarah rakyat tertindas di negara tersebut dihalang.

Jika Mubarak berjaya digulingkan dan pemerintahan yang "benar-benar baru" muncul di Kaherah, pengaruhnya ke atas masyarakat Islam di Malaysia tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi jika pemimpin yang dikaitkan dengan Ikhwan Muslimin bakal memainkan peranan penting dalam kerajaan Mesir nanti.


tranungkite.net
PRU 13: Terancamkah kuasa Melayu?

Harakahdaily

KOTA BHARU, 14 Mac: Kejayaan Pakatan Rakyat menguasai Pulau Pinang dan Perak pada 8 Mac lalu tidak diterima Umno apabila mereka mendakwa ketuanan Melayu semakin terancam di negeri tersebut.

Benarkah begitu, atau sekadar omongan bersifat politik bagi memulihkan semula sokongan orang Melayu terhadap Umno.

Malah ekoran peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan di Perak, Pulau Pinang dan Selangor menyebabkan lahir banyak badan bukan kerajaan kononnya berjuang bagi membela nasib Melayu di negeri terbabit.

Oleh itu bagi melihat secara realiti apakah benar-benar nasib orang Melayu terancam sekarang, kerajaan Kelantan akan menganjurkan wacana perdana pada 18 Mac ini bagi membincangkan isu tersebut secara lebih mendalam.

Wacana tersebut bertajuk ”PRU 13: Terancamkah Kuasa Melayu?” akan diadakan di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu.

Ahli panel yang diundang mengupas isu terbabit iaitu Presiden Pertubuhan Melayu Insaf Kreatif Malaysia (PEMIKIR), Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah, Naib Presiden Perkasa, Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Abdul Samad.
Manakala Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi UKM bertindak sebagai moderator.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains & Teknologi Negeri, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, pada awalnya pihak penganjur menjemput Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, namun beliau menolak dan tempatnya digantikan Dr Asyraf Wajdi.

”Tajuk tersebut menjadi pendebatan hangat sekarang. Benarkah kuasa politik orang Melayu benar-benar terancam.

”Ini kerana Umno menggambarkan seolah-olah orang Melayu terancam teruk di Pulau Pinang dan Selangor. Dalam isu ini biarlah rakyat yang menjadi hakimnya,” kata beliau di sini.

Wacana Perdana tersebut merupakan siri ke-7 dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan

Sunday, March 13, 2011

Doktor Dalam Rumah: Apa Lagi Selepas Ini?

Sabtu, 12 Mac 2011 17:07 Tun Telanai Bekas Perdana Menteri ke-4, Dr. Mahathir Mohamad pada hari Isnin 7 Mac lalu telah melancarkan memoirnya bertajuk ‘ A Doctor In The Hosuse’.

Pelancaran buku tersebut bertujuan mempertahankan dirinya dari persepsi rakyat bahawa tindakan beliau menyingkir, menghina, memalu dan menghukum Anwar Ibrahim adalah tepat dan betul demi menyelamatkan agama, rakyat dan Negara ini dari kekuasaan Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, khususnya setelah mahkamah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Jilid 1 pada tahun 2004, persepsi rakyat pada umumnya terhadap batang tubuh Anwar Ibrahim ialah beliau dizalimi oleh Mahathir kerana kuasa, kedudukan dan kekayaan. Ini dapat dibuktikan dalam ‘isu mata lebam’ yang mana Mahathir telah menjelaskan kepada seluruh masyarakat dalam dan luar Negara bahawa Anwar yang mencederakan dirinya sendiri bagi meraih simpati rakyat.

Kenyataan Mahathir ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana sifat Mahathir keturunan India migran adalah suka memutar-belitkan isu sehingga tertubuhnya Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini sehingga terbukti bahawa yang melakukannya ialah Abdul Rahim Noor, Ketua Polis Negara ketika itu.

Di penghujung hayatnya ini, sebelum malaikat maut meragut nyawanya, Mahathir akan muncul dengan berbagai hujah ‘dalih’ berbentuk tulisan dan akan dibuatkan dalam bentuk buku, majalah, jurnal dan sebagainya dan beliau akan bertindak melakukan pembohongan demi pembohongan serta akan memasukkan fakta-fakta palsu terhadap sejarah yang dilakarkannya dalam tempoh 22 tahun dia memerintah.

Mahathir terpaksa berbuat demikian untuk mempertahankan dirinya dan kredibilitinya. Mahathir tahu, tidak ada sesiapa yang sudi termasuk anak-anaknya yang akan membelanya selepas beliau dimakan cacing tanah nanti. Oleh itu beliau sendiri terpaksa membela dirinya sendiri sebelum beliau mati.

Ekoran itu, tidak hairanlah apabila ia memulakan siri bercakap bohong dan memesongkan fakta sejarah sebenar mengenai Operasi Lalang pada tahun 1987 dulu dengan menyalahkan pasukan polis bagi menutup kedurjanaannya itu. Begitu juga dengan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga pasukan polis disalahkannya juga kerana bertindak menghalang beliau untuk menghapuskan ISA, sebaliknya beliaulah yang banyak membuat kenyataan di merata tempat untuk mempertahankan akta ‘draconian’ ini bagi menyelamatkan kuasanya dan juga kuasa UMNO terus memerintah Malaysia.

Selepas ini, jangan terperanjat apabila Mahathir akan menulis semula dan memesongkan fakta sejarah penubuhan tribunal yang bagi memecat Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1988. Kita dapat menjangkakan siapa pula yang akan menjadi kambing hitamnya. Sudah tentu Almarhum Sultan Johor yang akan menjadi mangsanya kerana kes itu berlaku, Almarhum menjadi Yang DiPertuan Agong.

Mahathir akan katakan bahawa Agong yang mahukan Salleh dipecat kerana Salleh didapati melanggar beberapa disiplin kehakiman dan sebagainya. Isu sebenarnya ialah perpecahan maha hebat dalam UMNO angkara beliau yang gilakan kuasa dan tamakkan harta dunia. Manakala Tengku Razaleingh Hamzah akan dipersalahkan mengakibatkan UMNO diharamkan dan beliaulah yang sebenarnya yang membela dan pejuang UMNO tulen.

Kemudian, beliau akan menulis lagi yang membicarakan tentang sistem keadilan dalam Negara ini. Masyarakat umum percaya bahawa sistem keadilan ini musnah di tangan beliau, di era beliaulah sistem keadilan menghadapi krisis keyakinan yang meluas seluruh dunia yang mana pihak eksekutif (beliaulah) yang mencampuri dan mempengaruhi sistem keadilan memihak kepada kerajaan. Skandal video tape Linggam menjadi saksinya. Suruhaniaya DiRaja yang dibentuk membuktikan yang beliau terlibat dalam memusnahkan sistem kehakiman di Malaysia. Hujah beliau sudah dapat dijangka. Beliau berhujah bahawa sistem keadilan cukup adil kerana ada kes yang kerajaan kalah.

Hujah ini merupakan hujah popular yang selalu dimainkan oleh beliau dan hujah ini juga sering dimainkan oleh para pemimpin UMNO haram jadah, babi laknatullah dalam mempertahankan sistem pilihan raya di Negara ini menyatakan bahawa pilihan raya di Negara ini dijalankan secara adil, telus, tidak ada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa kerana pembangkang juga menang dalam pilihan raya dan UMNO juga kalah dalam pilihan raya. Pembangkang boleh menubuhkan beberapa buah kerajaan negeri dan UMNO hilang kuasa 2/3 di Parlimen. Dalih pak pandir. Melayu otak lembu pawah bolehlah UMNO perbodohkan.

Sejarah Memali juga dijangka Mahathir akan menuliskannya semula. Mahathir akan menyalahkan Musa Hitam yang terlibat dalam peristiwa Memali. Beliau tidak terlibat kerana beliau bercuti ke luar negara, Musa diberi tanggungjawab memangku jawatan PM ketika beliau ke luar negara menjalankan tugas rasmi. Pendek kata apa sahaja isu yang boleh menjejaskan nama baiknya akan dipadamkan.

Mahathir akan tulis semula sejarah bagi menggambarkan yang beliau adalah negarawan ulung. Mahathir takut generasi akan datang menghina dan mengkeji segala perbuatannya ketika dia berkuasa. Yang paling beliau takut apabila ada manusia yang akan kencing dan buang najis di atas kuburnya kelak. Mahathir faham benar dengan sejarah para pemimpin seperti dia. Selepas mati, pemimpin itu dihina dan dikeji. Menjadi tanggungjawabnya sendiri membersih namanya supaya generasi akan datang terus menghormatinya buat selama-lamanya.

Walau bagaimana bijak sekali pun, Mahathir tetap tidak berupaya membersih namanya dengan sepenuhnya. Barry Wain,bekas Editor Pengurusan Asian Wall Street Journal menulis buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Critical Studies of the Asia-Pacific). Sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri negara ini, Mahathir telah membazirkan RM100 bilion dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, di samping kerugian langsung dalam berbagai skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion. Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian.

Mahathir dengan dasar gejala penyelewengan, pecah amanah, rasuah, nepotisma dan kronisma yang sudah menjadi ‘trademark’ pemerintahan Mahathir adalah punca utama berlakunya kemerosotan ekonomi pada tahun 1997 yang menghanguskan wang rakyat bernilai berbillion ringgit. Hutang-hutang syarikat-syarikat kroni seperti Renong, Berjaya Group, Land & General, YTL, Maxis dan lain-lain yang berbillion ringgit dan tidak mungkin terbayar tanpa bailout oleh beliau. Hutang Renong bernilai RM13 billion di’bailout’kannya kerana Renong ada hubungkait yang rapat dengan UMNO malah dikatakan sebagai 'flag ship' UMNO dalam dunia perniagaan.

Mahathir membangunkan ‘bubble economy’ dan rakyat dilalaikan dengan kemewahan yang palsu yang sebenarnya berteraskan pinjaman wang secara sewenang-wenangnya dari luar negara (yang menurut sesetengah pihak berjumlah US$360 billion, iaitu hampir satu trillion ringgit). Kerajaan dan syarikat-syarikat kroni telah memboroskan duit pinjaman tersebut dengan melaksanakan projek-projek mega yang diinginkan sangat oleh Mahathir, seperti pembinaan KLCC Twin Towers, yang menelan berbillion ringgit tetapi tidak ada pulangan ekonomi, malah membebankan negara dengan kos senggaraan dan hutang yang terlalu banyak.

Duit rakyat yang digunakan daripada sumber-sumber seperti Petronas, EPF dan Tabung Haji (dan juga dari budget kerajaan sendiri) untuk membailout syarikat-syarikat kroni tersebut tidak dimanafaatkan dengan betul tetapi dilarikan juga sebahagiannya ke akaun-akaun bank persendirian di negara-negara Barat. Ekonomi Malaysia di bawah Mahathir menghidupkan budaya pecah amanah, rasuah, salah urus wang, dasar membolot kekayaan, nepotisma dan kronisma menjadi warisan kini.

Mahathir membeli sepenuhnya United Engineers Malaysia Bhd (UEM) yang hampir bankrup itu dengan harga RM3.67 billion. UEM adalah anak syarikat kepada Renong Bhd, dan keputusan kerajaan untuk menguasai sepenuhnya UEM diakui sebagai langkah permulaan untuk seterusnya mengambil alih Renong Bhd yang juga hampir bankrup dengan hutang tidak terbayar sebanyak RM13 billion. Bailout UEM oleh Mahathir sebenarnya adalah satu lagi pengkhianatan wang rakyat oleh regim Mahathir ketika itu.

Ini hanya secebis kisah pengurusan ekonomi gaya Mahathir yang menimbulkan banyak skandal seperti skandal BMF, Daya Bumi, Melayu hilang Bank Bumiputra yang dicetus oleh Kongkres Bumiputra dan berbagai lagi skandal yang wujud dalam tempoh 22 tahun beliau memerintah.

Adalah agak sukar bagi Mahathir untuk memadamkan semuanya. Ia pasti menerima kutukan di hari kemudian. InsyaAllah.


“NYAHKAN UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

http://blog.marhaen.info/