ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, August 29, 2009

ISU PINDAH KUIL:KERAJAAN SELANGOR LAHIR RASA KECEWA

Kerajaan Selangor lahirkan rasa kecewa

SHAH ALAM- Kerajaan Selangor hari ini mengutuk dan melahirkan rasa kecewa terhadap bantahan "provokatif, tindakan kasar dan penggunaan secara sengaja" kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan terhadap cadangan penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 23 di sini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam satu kenyataan, berkata: "Kami mengutuk insiden dan tindakan keji itu kerana ia telah menyebabkan seluruh
negara mundur ke belakang di sebalik segala usaha ke arah menghormati satu sama lain dalam kalangan pelbagai kaum dan agama. Sesungguhnya ia suatu tindakan menyedihkan kerana sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain masih wujud di kalangan rakyat Malaysia."

Semalam, sekumpulan 50 orang mendakwa sebagai penduduk Seksyen 23 meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor dalam satu protes membantah pemindahan kuil itu.

Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyiasat insiden berkenaan.

Terdahulu hari ini, kira-kira pukul 10 pagi, empat wakil rakyat parti pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS mengadakan perbincangan berhubung insiden itu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin di pejabatnya di sini.

http://www.sinarharian.com.my
29.08.2009
http://alkundangi.blogspot.com

ISLAM: AMBIL SELURUHNYA ATAU TINGGALKAN SEMUA SEKALI (I)

ISLAM: AMBIL SELURUHNYA ATAU TINGALKAN SEMUA SEKALI (i)

Setiap sistem mempunyai falsafah dan gagasannya tentang kehidupan. Setiap sistem mempunyai masalah-masalah yang timbul dari penerapannya dan mempunyai persoalan-persoalan yang sesuai dengan watak dan pengaruhnya di alam nyata. Demikian pula setiap sistem mempunyai penyelesaian-penyelesaian untuk menghadapi persoalan dan masalah yang timbul dari watak dan metodnya. Jadi tidak logik dan juga tidak adil, kalau dari sistem tertentu diminta penyelesaian dari masalah-masalah yang tidak ditimbulkannya sendiri, tetapi ditimbulkan oleh satu sistem lain yang berbeza watak dan metodnya dari sistem itu.

Logika yang rasional akan berpendapat: siapa yang bermaksug meminta pendapat dari suatu sistem tertentu dalam menyelesaikan masalah-masalah kehidupan, maka sistem ini harus dilaksanakan terlebih dahulu dalam kehidupan. Setelah itu baru dilihat apakah masalah-masalah itu masih ada atau menghilang, atau berubah bentuk dan unsurnya. Hanya di saat inilah kita mungkin meminta pendapat dari sistem ini, mengenai permasalahan-permasalahan yang timbul sewaktu pelaksanaannya.

Islam adalah suatu sistem kemasyarakatan yang lengkap, yang segi-seginya saling berjalinan dan saling menyokong. Sistem ini berbeza wataknya dan gagasan-gagasannya tentang kehidupan dan cara-cara pelaksanaannya dari sistem Barat misalnya, dari sistem yang kita pakai sekarang ini. Perbezaan ini bersifat pokok dan menyeluruh. Sudah pasti sistem Islam itu tidak ikut serta dalam menimbulkan persoalan-persoalan yang terdapat dalam masalah sekarang ini. Persoalan-persoalan itu timbul dari watak dari sistem-sistem yang dilaksanakan dalam masyarakat kini dan timbul kerana dijauhkannya Islam dari segenap segi kehidupan.

Tetapi setelah itu, Islam kerapkali ditanya atau diminta pendapatnya mengenai permasalahan yang berbangkit. Islam diminta untuk mengemukakan penyelesaiannya. Ia diminta untuk mengeluarkan pendapat tentang masalah yang tidak ditimbulkannya, dan ia tidak ikut serta menimbulkannya. Hairan sekali kenapa Islam diminta pendapatnya dalam suatu negara di mana sistem Islam itu tidak dilaksanakan seperti masalah-masalah wanita di Parlimen, wanita dan pekerjaan, wanita dan pergaulan bebas, masalah seks para pemuda dan lain-lain. Orang-orang meminta agar Islam mengeluarkan pendapat dalam masalah ini adalah orang-orang yang tidak suka kalau Islam itu memerintah, malah mereka takut sekali untuk membayangkan saat-saat kalau-kalau pemerintahan Islam itu datang menguasai kehidupan.


Dan yang lebih aneh lagi, jawaban diberikan oleh ulama-ulama Islam, dan kesediaan untuk ikut serta dalam permasalahan serta perdebatan tentang hukum Islam, dalam perincian-perincian masalah seperti itu, membahas persoalan-persoalan sedemikian dalam suatu negara yang tidak diperintah oleh Islam dan sistem Islam tidak dilaksanakan. Apakah urusan Islam kini dengan masuknya wanita ke Parlimen? Apa ursan Islam dengan pemuda dan pemudi bergaul bebas atau tidak? Apaka urusan Islam mengenai wanita bekerja di luar rumah atau tidak? Apa hubungan Islam dengan persoalan-persoalan yang dipunyai oleh sistem-sistem lain yang dilaksanakan dalam masyarakat yang tidak percaya kepada Islam dan tidak suka kepada pemerintahan Islam?

Islam adalah suatu keseluruhan yang tidak dapat dipisah-pisahkan. Jadi Islam dapat diambil sebagai suatu keseluruhan dan dapat pula ditinggalkan sebagi suatu keseluruhan, tetapi jika ia diminta untuk mengeluarkan suatu pendapat dalam urusan yang kecil-kecil, tetapi sama sekali tidak diperhatikan masalah prinsip yang besar-besar yang menjadi dasar kehidupan masyarakat, maka masalah kecil itu tidak boleh diterima oleh umat Islam, jangankan dari golongan ulama untuk diselesaikan secara Islam.

Jawaban yang harus diberikan kepada setiap orang yang meminta pendapat tentang suatu persoalan perincian dan masalah-masalah yang terdapat pada masyarakat-masyarakat yang tidak percaya kepada agama Islam dan tidak mengakui hukum Islam adalah seperti berikut:

Pertamanya, jadikan Islam memerintah seluruh kehidupan. Kemudian setelah itu baru diminta pendapat Islam tentang persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Islam itu sendiri, bukan yang ditimbulkan oleh suatu sistem lain yang bertentangan dengan Islam.


Islam mendidik manusia dengan suatu pendidikan tertentu dan memerintah manusia dengan suatu hukum tertentu, mengatur masalah-masalah mereka atas dasar-dasar tertentu, menciptakan unsur-unsur kemsyarakatan, perekonomian dan perasaan tertentu Jadi pertama-tama:

Laksanakanlah Islam itu sebagai suatu keseluruhan, dalam sistem hukum dan pemerintahan, dalam dasar-dasar perundangan, dan dalam prinsip-prinsip pendidikan.Setelah itu baru kita dapat melihat apakah masalah-masalah yang tanyakan itu masih ada dalam masyarakat, atau menghilang dengan sendirinya. Tetapi sebelum hal ini dilakukan, apa hubungan Islam dengannya, dengan semua masalah yang tidak akan pernah dikenal oleh suatu masyarakar Islam yang sebenar?

Ciptakanlah masyarakat Islam yang diperintah oleh hukum Islam dan prinsip-prinsip Islam, didiklah pemuda dan pemudi dengan didikan Islam yang sesungguhnya, di rumah, di sekolah, dalam masyarakat, dan ciptakanlah jaminan-jaminan kehidupan yang telah ditentukan oleh Islam untuk semua orang, realisasikan keadilan Islam yang telah diwajibkannya untuk semua orang. Baru setelah itu kita bertanya kepada para wanita: apakah ia masih ingin untuk ikut serta ke Parlimen? Atau ia tidak merasa perlu lagi untuk turut serta di dalamnya kerana jaminan-jaminan yang ada telah cukup?

Tanyakan kepada wanita-wanita itu: Apakah ia masih ingin untuk keluar bekerja di pejabat-pejabat pemerintah? Ia tidak akan ingin bekerja, kerana keperluan hidupnya tidak memerlukannya lagi. Tanyakanlah kepadanya: apakah ia ingin bergaul bebas dengan laki-laki? Untuk menghias diri dan memperlihatkan bahagian-bahagian badan? Atau apakah pendidikannya di waktu itu memeliharanya dari naluri-naluri kebinatangan, dari hawa nafsu kebinatangan dan perasaannya akan menyerunya untuk bertindak dengan penuh tata kesopanan, kerana ia merasa malu kepada Allah?

Pada saat-saat tertentu ada orang-orang bertanya: apakah kita akan memotong ribuan tangan pencuri setiap tahun demi untuk melaksanakan hukum Allah? Orang-orang ini juga melakukan kesalahan yang sama. Sedangkan orang-orang yang menjawabnya dengan fiqh Islam telah melakukan dua kesalahan sekaligus:

Ribuan pencuri yang terdapat setiap tahun bukanlah akibat dari masyarakat Islam dan juga bukan dari sistem Islam. Ia adalah hasil dari suatu masyarakat lain yang telah mengusir Islam dari kehidupannya, dan telah melaksanakan suatu sistem kemasyarakatan lain yang tidak dikenal oleh Islam.Para pencuri iru adalah produk dari satu masyarakat yang mewujudkan orang-orang lapar dan miskin,tanpa mengemukakan penyelesaian dari masalah yang mereka hadapi, suatu masyarakat yang tidak menyediakan makanan yang cukup untuk jutaan orang, tidak mendidik jiwa kemanusiaan, dan tidak menghubungkan seluruh kehidupan dengan Allah dan juga tidak dengan syari’at Allah.

Oleh,
Syed Qutb Rahimahullah.
Disunting oleh Alkundangi,
Dari Dirasatul Islamiyyah.
29.08.2009.
http://alkundangi.blogspot.com

ISU ROTAN KARTIKA: BN DIPERANGKAP" NEGARA ISLAM" CIPTAAN SENDIRI

Isu rotan Kartika: BN diperangkap 'negara Islam' ciptaan sendiri


KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Di tengah-tengah kekecohan berhubung hukuman rotan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno, terdedahlah kelemahan kerajaan Barisan Nasional melalui sikap berdolak-daliknya dan hipokrasi dalam pelaksanaan undang-undang syariah.

Selasa lalu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menggesa Kartika, yang didapati bersalah kerana minum arak, supaya merayu hukuman enam sebatan yang perlu dihadapinya.

Tindakan beliau dilihat dibuat kerana kebimbangan kerajaan selepas dikejutkan dengan liputan meluas media antarabangsa berkenaan kes itu, yang sudah tentu akan menjejaskan imej keterbukaan pentadbiran sekarang yang cuba diketengahkannya.

Pada sebelah malamnya pula, hanya beberapa minit sebelum berbuka puasa, Najib bangkit setapak lagi meminta pihak berkuasa agama supaya tidak mengutamakan hukuman rotan.

Hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir, kata beliau yang mungkin telah menyedari Kartika tidak akan merayu hukuman rotannya itu.

Pada hari yang sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan mengapa Kartika yang sepatutnya sejak Isnin lalu dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman rotan, dihantar semula pulang.

Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa kakitangan penjara tidak ada kepakaran merotan menurut peruntukan undang-undang syariah yang mensyaratkan rotan tidak diangkat mengatasi kepala.

Hishammuddin dilaporkan berkata, keperluan Jabatan Penjara yang di bawah seliaannya untuk melaksanakan hukum sebat mengikut undang-undang Syariah merupakan satu perkara baru dan mustahil untuk dilaksanakan tanpa pengalaman.

Tambahnya lagi kaedah hukuman itu akan dikaji secara mendalam oleh pegawainya dengan pihak berkuasa agama untuk memastikan keadilan.

Tindakan beliau itu satu lagi usaha untuk menjarakkan kerajaan persekutan daripada hukuman rotan itu kerana bimbang dengan implikasi hukuman tersebut di peringkat antarabangsa.

Kartika telah berjaya menarik simpati media dengan keputusannya untuk menerima hukuman itu dan turut meminta supaya dirotan di tempat awam, lantas berjaya dilihat sebagai mangsa.

Hakikatnya kerajaan BN telah terperangkap dalam usahanya untuk menunjukkan ia lebih mempunyai kelayakan Islam daripada PAS.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga jelas tidak gembira dengan hukuman rotan itu dalam catatan terbaru blognya.

Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer, kata Dr Mahathir dalam nada sinis.

Beliau jelas bimbang parti yang diketuainya selama lebih dua dekad kini cuba mengikuti rentak PAS dan kehilangan jati diri yang dipertahankannya sebelum ini.

Anehnya Dr Mahathirlah yang sebelum ini memulakan permainan berlumba-lumba menunjukkan pentadbirannya lebih Islami berbanding PAS.

Hampir dua tahun selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan kemenangan beberapa kerusi baharu PAS di Selangor dan Perak beliau membuat perisytiharan bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam.

Pengumuman itu dibuat sebagai menyahut cabaran Presiden PAS ketika itu Almarhum Datuk Fadzil Noor.

Walaupun Dr Mahathir dalam pengumuman pada tahun 2001 itu semasa mesyuarat agung Gerakan sebenarnya cuba membentuk sendiri dan merampas definisi negara Islam, tetapi ia ditafsir banyak pihak sebagai langkah ke arah pelaksanaan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara.

Penggantinya pula Tun Abdullah Ahmad Badawi menyambung tradisi itu dengan memperkenalkan Islam Hadhari.

Hari ini melalui kes Kartika, kerajaan BN terperangkap dalam jerat "negara Islam" yang dipasangnya sendiri.


http://kedahlanie@blogspot.com/
29.08.2009

PM BIMBANG KRISIS MCA

PM bimbang krisis MCA

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bimbang krisis dalaman yang dihadapi MCA ketika ini boleh memberi kesan langsung kepada Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, beliau mahu MCA mengambil langkah terbaik bagi mengatasi isu tersebut sebelum rakyat bertindak menolak parti berkenaan.
Beliau berkata, kedua-dua belah dalam MCA pihak harus meletakkan kepentingan BN sebagai perkara paling utama supaya krisis tersebut tidak berpanjangan.

''Perkembangan ini amat membimbangkan saya dan oleh itu, saya berharap kedua-dua pihak memikirkan tentang kepentingan BN.

"Jangan sampai krisis ini nanti menyebabkan masyarakat dan pengundi menolak parti MCA dan memberi implikasi kepada BN.

"Penyelesaian pada krisis MCA ini adalah penting bagi kepentingan BN. Lebih cepat diselesaikan lebih baik,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pertama Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan enam bahagian MCA di Johor yang mendesak Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berhenti sementara daripada menjalankan tugas-tugas jawatan itu sehingga beberapa isu berkaitan beliau diselesaikan.

Desakan itu adalah rentetan daripada krisis kepimpinan MCA apabila Majlis Presiden menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat keahlian Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkuat kuasa serta-merta kelmarin.

Mengulas lanjut, Najib berkata, BN amat memerlukan MCA yang kuat dan mampu membawa aspirasi kaum Cina dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Dalam perkembangan sama, beliau tidak menolak kemungkinan krisis dalaman MCA itu memerlukan perantara untuk membantu menyelesaikannya, setelah kedua-dua pihak berkeras dengan pendirian masing-masing.

Bagaimanapun, Najib tetap tidak akan campur tangan dalam soal pemecatan Soi Lek kerana berpendapat ia urusan dalaman parti itu.

''Saya kena patuh pada prinsip dalam BN bahawa soal dalaman termasuk disiplin adalah hal dan budi bicara sesebuah parti komponen BN,'' katanya.

Mengenai kemelut politik di Terengganu, beliau berkata: ''Kita sedang berusaha mententeramkan keadaan.'' -Utusan.

Friday, August 28, 2009

ISLAM TIDAK MENGAJARKAN KEKERASAN

Islam Tidak Mengajarkan Kekerasan
Kamis, 27 Agustus 2009 13:58

Islam diturunkan oleh Allah SWT ke bumi melalui perantara Nabi dan Rasul untuk mengatur kehidupan manusia agar aman, damai, tentram serta penuh keindahan. Islam tidak pernah mengajarkan kekerasan untuk menyelesaikan semua persoalan, jadi tidak benar jika ada beberapa pihak yang mengatakan bahwa Islam adalah agama yang mengajarkan kekerasan.Sudah seharusnya semua pihak menyadari bahwa sesungguhnya kemerdekaan yang didapat bangsa Indonesia tidak lepas dari perjuangan kaum muslim yang berjuang dengan mengorbankan harta dan jiwa raga mereka.

Namun sungguh ironi, ternyata saat ini ummat Islam justru dianggap sebagai penyebab segala kekacauan yang terjadi di Indonesia.

Demikian dikatakan Ketua Umum Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia H. Syuhada Bahri dalam tausiahnya pada acara penutupan kajian rabu pagi yang dilaksanakan di Aula Masjid Al Furqan Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia rabu 19 Agustus 2009.

Menurut koordinator Kajian Rabu Pagi, H. Zulfi Syukur, Kajian ini adalah kajian rutin yang dilaksanakan di Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia yang diisi dengan berbagai materi antara lain akidah, fiqih, hadits, fiqih syiroh serta masalah-masalah komtemporer yang aktual.
Kajian ini dijadikan sebagai media pembekalan untuk meningkatkan kualitas sumber daya para karyawan di lingkungan Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia. Namun kajian ini juga diikuti oleh masyarakat umum, dan setiap rabu diikuti antara 150 sampai 200 orang peserta.

Para pemberi materi antara lain para pengurus dan aktifis da’wah di Dewan Da’wah serta para aktifis yang selalu bersinergi dengan Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia. Memasuki bulan Ramadhan, kajian rabu pagi sementara dihentikan, dan dilanjutkan kembali pada bulan syawal.Ditambahkan ustadz Syuhada bahwa bulan Ramadhan adalah momentum tepat bagi kaum muslimin untuk menggali dan meningkatkan kualitas keimanan, sehingga bila puasa yang dijalani di bulan Ramadhan dilaksanakan dengan baik, maka sudah seharusnya setelah Ramadhan kualitas keimanan meningkat, karena bulan Ramadhan adalah bulan yang selain penuh dengan berkah dan rahmat Allah, juga merupakan bulan yang penuh ujian bagi kualitas keimanan kaum muslimin. Sebelumnya, Ketua Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia H. Mas’adi Sulthani menyampaikan materi yang berkaitan dengan datangnya bulan Ramadhan. Dalam materinya yang berjudul ”15 Alasan Mengapa Orang Beriman Merindukan Ramadhan”, ustadz Mas’adi memaparkan tentang alasan-alasan orang beriman selalu merindukan datangnya bulan Ramadhan.


Karena memang Ramadhan adalah satu-satunya bulan yang disebut Allah dalam Al-Qur’an, dan dibulan itu disebut juga bulan maghfirah (pengampunan) akan dosa yang telah dibuat manusia dan dilindungi dari berbuat dosa dimasa yang akan datang. Selain itu bulan di bulan Ramadhan Allah menurunkan Al-Qur’an yang merupakan pedoman hidup bagi kaum muslim, serta ada suatu malam yang disebut Lailatul Qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan.


Malam yang hanya ada di bulan Ramadhan. Sungguh merugi bagi kaum muslim yang tidak memanfaatkan momentum datangnya bulan Ramadhan untuk meningkatkan kualitas keimanan, karena bukan tidak mungkin kita tidak akan menjumpai Ramadhan tahun berikutnya.

http://sabili.co.id/
27.8.2009

DR ISMAIL SALLEH MENINGGAL DUNIA

Dr. Ismail Salleh meninggal dunia

27/08/2009 11:47am

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh, 62, meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Kuala Lumpur.
Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi ini di dalam penerbangan Tiger Airways. – Utusan

ULAMA JANGAN SAMPAI KEHILANGAN WIBAWA KERANA FATWA

Ulama Jangan Sampai Kehilangan Wibawa karena Fatwa


Kamis, 27 Agustus 2009 20:11 WIB

SEMARANG, KOMPAS.com — Ketua Pimpinan Wilayah (PW) Muhammadiyah Jawa Tengah Marpuji Ali mengatakan, para ulama jangan sampai kehilangan wibawa karena memunculkan banyak fatwa, tetapi tidak ditaati oleh umatnya."Fatwa diciptakan harus berdasarkan atas pertimbangan dan kajian yang mendalam atas realitas kehidupan yang terjadi, terutama di lingkup wilayahnya untuk fatwa yang dikeluarkan Majelis Ulama Indonesia di daerah," katanya saat dihubungi dari Semarang, Kamis.


Menurut dia, fatwa yang dikeluarkan merupakan hasil ijtihad yang dilakukan dengan kajian mendalam dalam melihat berbagai kasus yang marak terjadi dan menimbulkan implikasi negatif.Proses ijtihad tidak boleh dilakukan sembarangan.


Disinggung tentang fatwa haram mengemis yang dikeluarkan oleh MUI Sumenep, Jawa Timur, ia mengatakan, pihaknya tetap menghormati atas fatwa yang dikeluarkan oleh MUI di daerah itu. Sebab, mereka (para ulama) tentunya lebih mengetahui kondisi daerahnya."Para ulama di daerah itu tentunya sudah melakukan kajian mendalam dan menemukan kasus banyak orang di suatu desa yang sebenarnya berasal dari golongan mampu, namun justru berbondong-bondong ke kota untuk meminta-minta," katanya.

Oleh karena itu, kata dia, apabila fatwa tersebut dikeluarkan di daerah tertentu dan hanya berlaku secara regional harus dihormati sebab kondisi masyarakat di daerah satu dengan daerah lain pasti akan berbeda.Berkaitan dengan kemungkinan fatwa tersebut ditarik ke lingkup nasional, ia mengatakan, pemberlakuan fatwa secara nasional harus melewati proses dan kajian yang lebih mendalam, misalnya, harus melalui Musyawarah Nasional (Munas) MUI.


Ia mengatakan, dalam beberapa kasus memang ada pengemis yang berasal dari golongan mampu.Namun, ada juga orang yang menjadi pengemis karena benar-benar terpaksa dan tuntutan keadaan sehingga seluruh pihak terkait harus bijaksana dalam memutuskan sesuatu."Kalau melihat kondisi Jateng sepertinya pemberlakuan fatwa semacam itu belum perlu, sebab selain kondisi masyarakat Jateng yang berbeda, pemberlakuan fatwa yang mengharamkan pengemis juga kurang efektif," katanya.


Sebab, kata dia, meskipun telah ada fatwa yang mengharamkan pengemis, bagaimana seandainya kaum pengemis tetap saja banyak."Tentunya, para ulama akan kehilangan wibawa, karena fatwa yang telah ditetapkan tidak ditaati oleh umat," katanya.Menurut dia, untuk menangani permasalahan pengemis tidak cukup hanya diselesaikan dengan fatwa, tetapi membutuhkan kerja sama dan dukungan dari pemerintah sebab pengemis dan anak-anak telantar menjadi tanggung jawab negara.


"Negara bertanggung jawab membina mereka (pengemis) dengan memberdayakan berbagai potensi yang mereka miliki, misalnya memberikan kursus keterampilan dan keahlian, bukan hanya diselesaikan dengan jalan mengeluarkan fatwa," kata Marpuji.

http://www.kompas.com/
27.8.2009

ABU JIBRIL KEBERATAN DICAP BAPAK TERORRIS

Abu Jibril Keberatan Dicap "Bapak Teroris"





Kamis, 27 Agustus 2009 15:38 WIB

Laporan wartawan KOMPAS.com Inggried Dwi Wedhaswary


JAKARTA, KOMPAS.com — Rombongan keluarga Mohammad Jibril yang dipimpin ayahnya, Abu Jibril, akhirnya ditemui anggota Komisi I DPR, Ali Mochtar Ngabalin, di ruang tamu komisi, Kamis (27/8) sore. Dalam pertemuan tersebut, salah satu hal yang dikeluhkan Abu adalah stigma atau cap yang langsung melekat kepada keluarganya sebagai keluarga teroris."Sekarang, saya disebut sebagai bapak teroris dan anak teroris.


Kami minta agar pengertian jihad tidak keliru dan kami siap berdebat terbuka dengan siapa saja," kata Abu, yang juga anggota Majelis Mujahidin Indonesia.Menurut Abu, tindakan pemberantasan terorisme yang dilakukan pihak kepolisian selama ini sudah menimbulkan stigma bagi keluarga. Padahal, putranya yang tengah diperiksa intensif oleh Polri belum tentu seorang teroris. "Tapi dia sudah dituduh sebagai penyandang dana, padahal belum tentu dia teroris," ungkap Abu.Sementara itu, Ali Mochtar Ngabalin mengatakan, pihaknya akan segera mengatur jadwal pertemuan Komisi I dengan Majelis Mujahidin Indonesia.


Menurut Ngabalin, dalam hal ini, masyarakat awam perlu diakomodasi untuk bersuara."Mereka tidak bisa bersuara atas apa yang dihadapi di lapangan, atas fitnah yang beredar, termasuk intimidasi. Yang bisa bersuara adalah parlemen karena bisa memanggil Kapolri," ujar Ngabalin yang sebelumnya sudah mengenal Abu Jibril.Jadwal pertemuan sendiri belum dipastikan karena Komisi I masih disibukkan dengan sejumlah agenda tugas kedewanan.Keluarga merasa terancamAbu Jibril juga membeberkan, keluarganya menerima ancaman dan intimidasi saat menolak menandatangani surat penangkapan Mohammad Jibril.


Alasan penolakan, ungkap dia, karena terjadi kesalahan prosedur penangkapan."Pukul 12 malam tadi, polisi datang mengembalikan barang bukti dan ada surat penangkapan yang diminta ditandatangani. Anak saya, adik Mohammad Jibril, menolak karena kakaknya sudah ditangkap kok baru dikasih surat. Kemudian dipaksa, tapi tetap tidak mau," ungkapnya.Ancaman mendapat tindak kekerasan, masih pengakuan Jibril, juga diterima saat dirinya menolak menandatangani berkas penggerebekan di rumahnya. "Mereka bilang, apa ustaz mau dengan kekerasan? Saat itu datang 20-30 orang Densus pukul 12 malam, mereka periksa rumah saya sampai pukul 3 pagi," kata Abu. Tindakan tersebut, ujarnya, menimbulkan rasa terancam pada dirinya dan keluarga.

http://www.kompas.com/
27.8.2009

JANGAN GOPOH LAKSANAKAN HUKUM SEBAT

JANGAN GOPOH LAKSANAKAN HUKUM SEBAT


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.
"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.
Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.


Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.
Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.
"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.


Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.


"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.


Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.


Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.
"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.
Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 - 80 rotan jumlahnya, kata beliau.


Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.


Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

27.8.2009
http://kedahlanie.blogspot.com

Thursday, August 27, 2009

KEPUTUSAN RASMI PRK PERMATANG PASIR

Keputusan rasmi PRK Permatang Pasir

Ustaz Salleh Man :9618 undi

Shahrizat Othman :5067 undi


MAJORITI : 4,551 undi

JUMLAH UNDI ROSAK : 83 undi


PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, majoriti 4,551
PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi.
PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala Barisan Nasional (BN) diwakili Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Salleh memperoleh 9,618 undi. Rohaizat pula 5,067 undi.
Undi rosak adalah sebanyak 83. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Pada Mac 2008 PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga dengan kelebihan 5,433 undi.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya pada pukul 7.30 petang – tepat waktu berbuka puasa di sini.

Mstar

dipetik dari:
http://pinkturtle2.wordpress.com
26.7.2009

PERJUANGAN UMNO DITOLAK

Perjuangan UMNO ditolak


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan UMNO ditolak oleh pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir adalah disebabkan oleh dasar yang dibuat oleh UMNO itu sendiri. Nik Abdul Aziz berkata, dasar yang diperjuangkan UMNO selama ini tidak betul memandangkan UMNO menolak Islam dan mengambil kebangsaan. “Penolakan yang begitu banyak terhadap UMNO ini satu daripada sebabnya adalah berpunca daripada dasar yang dibuat oleh UMNO itu sendiri. Tak betul dengan dasar UMNO iaitu tolak Islam ambil kebangsaan. “Kelantan yang telah hampir 20 tahun menggunakan dasar Islam, alhamdulillah...ia mendapat penerimaan daripada semua pihak,” katanya ketika diminta mengulas kemenangan Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Pulau Pinang dua hari lepas.


Pada pilihan raya kecil itu calon Pas, Mohd Salleh Man memperoleh 9,618 manakala calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman mendapat 5,067. Mengulas mengenai dakwaan yang kononnya BN gagal memberikan calon yang bersih dari segala aspek Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak mahu menyentuh soal peribadi calon sebaliknya menekankan kepada dasar yang diperjuangkan parti itu yang menjadi punca kekalahan. “Dari segi lain saya tak peduli tetapi dari segi dasar memang tak bersih. Calon secara peribadi saya tak mahu sentuh yang itu,” katanya. Sehubungan itu beliau dengan ikhlas meminta pemimpin dan ahli UMNO agar mengubah dasar yang diperjuangkan parti itu selama ini.


Beliau berkata, pemimpin UMNO perlu memikirkan kembali dasar perjuangan parti yang diperjuangkan selama ini. “Saya meminta saudara-saudara kita di dalam UMNO supaya tolong fikir dan tolong ubah dasar UMNO daripada kebangsaan kepada Islam. “Bulan Ramadan, bulan Quran buatlah dasar lain. Kedaulatan Allah ke atas manusia seakan terhakis apabila dasar yang diperjuangkan bukan dasar Islam. Allah pernah berdaulat tiba-tiba kita tidak mahu pakai al-Quran dan ambil dasar yang di bawah oleh orang Eropah,” katanya.

http://sinarharian.com.my
27.8.2009

SURAT-SURAT MARYAM JAMEELAH-MAUDUDI (II)

SURAT MARYAM JAMEELAH - MAUDUDI (II) New York,
5 Disember,1960
Yang Mulia,
Maulana AlMaududi,


Rencana gemilang anda berjudul "Hidup Selepas Mati" termuat dalam majalah The MuslimDigest ,Durban, Afrika Selatan ,bil. Februari,1960 merupakan sebuah rencaa terbaik dan paling meyakinkan yang pernah saya baca mengenai topik tersebut.

Pertama kali saya baca mengenai diri anda ialah dalam rencana ditulis oleh Mazharuddin yang terkandung dalam "Islam The Straith Path (susunan Kenneth Morgan, Ronald Press, New York,1958).Rencana itu menulis tentang umat Islam di Pakistan. Walaupun penulisnya seorang modenis ideal yang telah mengulas diri anda dengan kata-kata yang menghina, namun saya merasa benar-benar bersimpati dengan matlamat perjuangan anda.


Di tahun yang silam saya telah menetapkan azam untuk menyerahkan hidup saya kepada perjuangan menentang falsafah-falsafah kebendaan, sekularisme dan nasionalisme yang masih bersemarak di dunia hari ini, yang bukan sahaja mengancam survival Islam, malah mengancam seluruh umat manusia. Dengan matlamat sedemikian dalam kepala saya , saya telah pun menulis berbagai-bagai rencana, enam di antaranya tersiar dalam majalah The Muslim Digest dan majalah The Islamic Review terbitan Woking, England.

Rencana saya yang pertama berjudul "Sebuah Kritik Terhadap Islam In The Modern History" karangan Professor Wilfred Cantwell Smith Pengarah The Islamic Institute di University McGill, Montreal. Dalam rencana itu saya sangkal pendapatnya satu demi satu, yang mengatakan bahawa sekularisme dan meniru cara hidup Barat (westernisation) adalah sesuai dengan Islam dan bahawa reformasi-reformasi yang dicetuskan oleh Mustafa Kamal Attartuk merupakan contoh-contoh yang baik untuk ditiru oleh negara-negara Islam lainnya.

Rencana saya yang kedua berjudul "Nasionalisme Mengancam Perpaduan Islam, di mana saya membuktikan betapa tidak cocoknya konsep nasionalisme moden dengan konsep Islam sejagat ataupun konsep persaudaraan Islam.

Rencana saya yang ketiga termuat dalam majalah The Muslim Digest bil. Ogos,1960. Rencana ini merupakan sanggahan terhadap pendapat-pendapat Tuan Asaf A Fayzee, Naib Cansellor Universiti Kashmir yang mengusulkan supaya Islam dibaratkan, direformasikan dan dijadikan suatu agama yang liberal sehingga kepada darjah Islam itu tidak lagi merupakan satu agama, malah merupakan pernyataan-pernyataan akhlak yang kosong dan tidak punya pengaruh lagi untuk mmembentuk masyarakat dan kebudayaannya.

Lain-lain rencana adalah dituju untuk membangkang tulisan Zia Golkap seorang ahli masyarakat Turki yang cuba mengabui mata pembaca-pembacanya supaya mempercayai bahawa nasionalisme dan sekularisme adalah tidak bertentangan dengan Islam (dari pendapat beliaulah Kamal Attartuk mendapat ilhamnya).

Tulisan-tulisan saya itu juga menentang sikap Sir Syed Ahmad Khan yang mendewa-dewakan sains dan falsafah Eropah abad ke 19, menentang pendapat Tuan Ali Abdul Razak di dalam bukunya “Islam dan Prinsip-Prinsip Perlembagaan” yang dikarang selepas sahaja dimansukhkan Khalifah Othmaniah. Beliau cuba menyarankan bahawa agama mestilah dipisahkan secara total dan buat selama-lamanya dari negara, juga menentang Presiden Habib Bourgiba kerana pada tahun yang lepas beliau telah mengecam puasa bulan Ramadhan sebagai bertanggungjawab menghalang kemajuan ekonomi Tunisia, seterusnya menentang Dr Taha Hussain, seorang intelek dan pengarang buta Mesir yang telah menulis dalam bukunya “Masa Depan Kebudayaan Mesir” bahawa negeri Mesir merupakan sebahagian dari Eropah dan oleh kerana itu perlu ditegakkan hidup secara Barat dan dipisahkan agama dari negara.

Sekularisme hari ini, juga nasionalisme dan materialisme adalah diambil dari ahli-ahli falsafah yang telah merangsang revolusi Peranchis seperti Voltaire, Rousseau, Monstesquieu dan lain-lain. Mereka adalah penentang-penentang agama yang fanatik dan merekalah yang bertanggungjawab terhadap kepercayaan bahawa manusia boleh maju dan mencapai keselamatan abadi tanpa Tuhan.

Anggapan yang keliru ialah manusia tidak perlu bergantung kepada Tuhan dan kemajuan kebendaan dalam kehidupan dunia merupakan tujuan utama dari perjuangan hidup umat manusia. Tanpa wujudnya suasana anti agama yang menjahanamkan itu, maka ajaran-ajaran Marxisme, Facisme, Nazisme, Pragmatisme (yang dipertahankan oleh John Dewy) dan dan Zionisme (yang telah mengakibahkan tragedi Plastine) tidak akan bertunjang subur. Saya merancang untuk menulis satu rencana lain mengenai hal ini dengan lebih terperinci.

Mungkin anda tertantanya-tanya siapakah saya. Saya adalah seorang wanita Amerika dalam usia 26 tahun, saya begitu berminat kepada Islam sebagai agama harapan dunia dan keinginan saya telah bulat untuk memeluk agama itu. Yang menjadi masalah yang besar kepada saya ialah di Pinggir Kota New York tempat kediaman saya itu hampir-hampir tidak terdadapat seorang Muslim pun, kerana itu saya merasa begitu terpencil. Inilah sebabnya bila saya melihat rencana anda di dalam The Muslim Digest, saya terus menulis kepada pengarangnya untuk mendapatkan alamat anda dengan harapan anda dapat mengadakan hubungan surat-menyurat dengan saya. Besarlah harapan saya jika anda dapat mengirimkan contoh-contoh karangan anda terutama rencana yang ditulis oleh anda beberapa tahun yang lampau dengan judul “Proses Revolusi Islam.” Oleh kerana kita mempunyai cita-cita yang sama , maka sukacitalah saya untuk menikmati perhubungan dengan anda dan untuk membantu perjuangan anda sekadar yang terdaya oleh saya.


Yang Benar,

Margaret Marcus.

http://alkundangi.blogspot.com
26.08.2009.

Monday, August 24, 2009

PERMATANG PASIR, RADZHI SALLEH, SALLEH MAN DAN ROHAIZAT

Permatang Pasir, Radzhi Salleh, Salleh Man dan Rohaizat


Esok adalah hari penentu pengundian Permatang Pasir yang dikosongkan akibat kematian ADUNnya. Rakyat Permatang Pasir bakal menentukan siapakah yang akan menjadi wakil mereka. Mereka tentunya sudah membuat keputusan masing-masing dalam hati mereka, hanya tinggal untuk memangkah undi sahaja. Ramai para penulis blogger meramalkan PAS menang dengan kelebihan 300 undi ke atas. Namun itu hanya jangkaan sahaja. Malam esok adalah angka yang muktamad dan keputusannya juga muktamad.

2. Namun agak banyak kejadian menjelang PRK Permatang Pasir yang bakal menguji ketabahan rakyatnya, samada mau memilih pembangkang, atau mahukan UMNO-BN. Kejadian dan berita-berita itu pula ada yang pro dan ada yang kontra. Rohaizat dikaitkan dengan wang lebih RM 150 ribu. Namanya sudah tercalar. Sijil amalan guamannya telah dibatalkan oleh Majlis peguam. Hanya kini yang tinggal sijil peguam syar'ie. UMNO mungkin tersilap perkiraan mengetengahkan calon yang pecah amanah untuk bertanding. Kredibilitinya pasti menjunam. Rakyat tentu bijak menilai siapa sebenarnya Rohaizat Othman.

3. Di tengah gegak gempita itu pula, UMNO-BN merancang satu taktik baru, iaitu mengumpan ADUN-ADUN yang bermasalah khasnya dari PKR untuk menyeberangi Pakatan Rakyat berpindah kepada UMNO-BN. Dan kini mereka berjaya mendapatkan seorang ADUN,
iaitu ADUN Lunas, Radzhi Salleh yang telah pun dinasihatkan oleh Penasihat PKR supaya meletakkan jawatan awal-awal lagi. Namun beliau degil, dan akhirnya tumpas kepada UMNO-BN.

4. Dengan ketewasan Radzhi itu, maka PM Najib pun mencanangkan bahawa Pakatan Rakyat telah tidak bersatu, mulai berpecah dengan ideologi masing-masing. Taktik yang sama digunakan ketika menewaskan Nizar di Perak. Apakah Kedah juga akan tewas seperti Perak. Apakah Radzhi itu hanya satu permulaan kepada ramai lagi calon-calon yang akan menyeberang. Inilah sebahagian masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat. ADUN-ADUN dari bekas UMNO-BN tidak mempunyai kekuatan mental dan psikologi untuk menghadapai mehnah dan tribulasi dalam perjuangan menegakkan keadilan dan sebaginya melalui Pakatan Rakyat. ADUN-ADUN yang tewas di Perak juga dari bekas-bekas pejuang UMNO-BN yang berkepentingan tetapi bermasalah. Kenapakah hampir semua ADUN PKR sahaja yang tewas? Hanya seorang dari DAP dan tidak ada ADUN dari PAS yang berjaya ditawan oleh UMNO-BN.

5. Kita tentu sudah arif tentang ADUN PAS yang kuat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan taat kepada ketua. ADUN DAP juga sukar dipancing. Jadi tumpuan mereka adalah ADUN PKR. Apa yang harus kita lakukan adalah memperkuatkan barisan, mental dam psikologi ADUN-ADUN PKR agar mereka tidak termakan umpan UMNO-BN. Mungkin Ketua Umum PKR harus mengatur program untuk memperkuatkan barisan ini, samada jasmaniah atau pun rohaniah.

6. Apa yang kita harapkah Ustaz Salleh Man akan berjaya esok. Semua kita mengharapkannya begitu. Masihkah kita ingin berada di bawah jajahan UMNO-BN yang salalu menipu dan memperbodohkan rakyatnya sendiri? Membelakangkan bahasanya sendiri? Bahkan menganaktirikan bangsanya sendiri dalam agihan ekonomi serta kekayaan negara ini? Menyekat kebebesan bersuara dan kebebasan akhbar dan media. Mmementingkan kroni dan suku sakat. Sudah lima puluh tahun lebih kita ditipu. Masihkan kita mahu tertipu lagi?
Para pengundi Permatang Pasir, ditangan kalianlah terletaknya penentu masa depan atau arah hala tuju politik negara. PRU ke 13 sedang menanti kita. Jika kita tidak merebut peluang ini, bilakah lagi saatnya? Apakah kita perlu menunggu setengah abad lagi?


AlKundangi,
24.08.2009.
http://alkundangi.blogspot.com

ANWAR TIDAK TERKEJUT TINDAKAN RADZHI

Anwar tidak terkejut tindakan Radzhi

PERMATANG PAUH - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas semalam sebenarnya mempunyai masalah disiplin.Beliau berkata, Radzhi turut mempunyai masalah peribadi yang melibatkan masalah rumahtangga beliau dengan isteri keempat.

Menurutnya, Radzhi sememangnya cenderung untuk keluar parti dan beliau pernah berusaha membawa lima lagi ADUN PKR untuk melompat parti, namun tidak berjaya.“ADUN Lunas ini ada masalah disiplin dan masalah kewangan iaitu tuntutan yang berlebihan, yang sebelum ini dinasihatkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak supaya terus dikawal. “Ada juga hal peribadi, isteri keempat beliau telah menghubungi kita membantah beberapa isu yang membawa kes ini ke mahkamah, oleh itu pimpinan PR telah memberi amaran keras kepada beliau beberapa bulan lalu,” Anwar berkata, disebabkan masalah disiplin dan masalah peribadi yang dihadapi oleh Radzhi, beliau telah diberi amaran dan seterusnya mengakibatkan penggantungan bahagian Padang Serai yang melibatkan kawasan beliau.


“Minggu lalu pihak kerajaan negeri kedah telah menggantung bahagian Padang Serai termasuk kawasan ADUN Lunas kerana kes-kes yang berkaitan,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka di Surau Kampung Paya, semalam.Hadir sama, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

http://www.sinarharian.com.my

25.8.2009.

ADUN LUNAS KELUAR PKR

ADUN Lunas keluar PKR

KULIM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu. Ketika membuat perisytiharan itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, beliau berkata, keputusan keluar parti itu dibuat berikutan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai yang diumumkan Pemangku Ketua Bahagian itu, Jamaludin Abu Hassan yang turut mengisytiharkan keluar parti.

Beliau berkata, walaupun keluar PKR, beliau akan terus kekal berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu sebagai ADUN Bebas di samping terus memberi sokongan kepada Kerajaan Pusat dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Sebagai Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Padang Serai, saya patuh pada pembubaran cabang yang telah diumumkan bubar oleh Pemangku Ketua Cabang (Jamaludin). Saya tidak mempunyai pilihan lain kerana saya sendiri tidak bersetuju cara pimpinan negeri dan pusat mengendalikan parti. “Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (ahli PKR Cabang Padang Serai) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas,” katanya.: Menurutnya, beliau melihat

PKR kini semakin ketara mengamalkan ‘politik kabilah’ apabila ahli-ahli kehilangan hak bersuara dan tindakan diambil terhadap mereka yang cuba bertindak sebaliknya malah dianggap pengkhianat. “Dalam PKR, kita hanya boleh mendengar orang lain buat keputusan untuk diri kita dan jika kita membuat sebarang kenyataan, tunggulah tindakan apabila kita dianggap pengkhianat. Inikah yang dikatakan demokrasi yang diperjuangkan oleh parti itu?” katanya. Beliau yang juga Exco Pelancongan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia Kedah berkata, akan terus kekal dengan jawatan itu kerana soal pelantikan Exco negeri adalah kuasa Sultan Kedah. "Saya akan menganggap diri masih Exco dan tidak menghantar surat peletakan jawatan kerana saya dilantik oleh Sultan Kedah.

Terserah kepada Tuanku Sultan sama ada masih mahu mengekalkan saya atau tidak. Saya akan terima keputusan baginda dengan hati terbuka,” katanya. Mengenai desas-desus kononnya beliau ‘dibeli’ parti tertentu hingga membuat keputusan itu, Mohd Radzhi berkata: “Kalau saya ‘dibeli’, sudah tentu saya bersama dengan pihak yang ‘membeli’, tidaklah saya isytihar diri sebagai ADUN Bebas.” Pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN, S Ananthan dengan majoriti 10,323 undi.

http://www.sinarharian.com.my
24.08.2009

Sunday, August 23, 2009

KEMENANGAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH SAW (III)-SIRI AKHIR.

KEMENANGAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH SAW (III)-SIRI AKHIR.



Muhammad bin Abdullah SAW telah menang, mulai dari hari di mana gagasan Islam itu membentuk peribadi-peribadi, keimanan mereka terhadap Islam telah berubah menjadi amal perbuatan, dan dicetak dalam buku-buku berpuluh-puluh buah, beratus-ratus, bahkan beribu-ribu. Tetapi bukan dicetak dalam bentuk tinta di atas kertas. Ia dicetak dengan cahaya di atas lembaran kalbu. Lalu dilepaskannya agar lembaran-lembaran itu dapat bergaul dengan manusia, memberi dan mengambil dari manusia, dan ia mengatakan dengan perbuatan dan amal, apa itu Islam yang telah dibawa oleh Muhammad SAW dari sisi Allah.


Dan akhirnya, Muhammad bin Abdullah SAW telah menang, pada saat ia menjadikan hukum Islam itu suatu sistem yang mengatur kehidupan, yang mengendalikan masyarakat dan mengatur hubungan antara manusia, dan mengusai baik nasib manusia mahupun benda-benda. Islam adalah satu kepercayaan yang menimbulkan hukum. Di atas hukum itu berdiri sistem. Dari akidah, hukum dan sistem terbentuklah pohon Islam. Sebagaimana halnya dengan pohon kayu, maka dia terdiri batang, akar dan buah.

Buah dan batang tidak akan ada tanpa akar yang menghunjam ke dalam bumi. Akar tidak ada gunanya tanpa batang. Dan batang tidak akan ada gunanya kalau tidak menghasilkan buah untuk dimakan, untuk kepentingan hidup. Kerana itu Islam merasa perlu agar hukum itu menjadi peraturan kehidupan." Siapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang ingkar." Kerana itu mitos yang mengatakan bahawa agama dan negara adalah dua hal yang terpisah, tidak terdapat dalam Islam. Negara tidak bakal ada tanpa agama, dan agama tidak akan ada tanpa hukum dan sistem.


Dan semenjak hari pertama didirikannya negara Islam, maka hukum Islamlah yang memerintah negara itu. Dan orang yang mengeluarkan hukum Islam itulah yang melaksanakan pemerintahannya. Negara Islam itu telah dimulai semenjak kaum Muslimin itu baru merupakan sekumpulan kecil manusia, yang sanggup mempertahankan diri terhadap permusuhan, dan sanggup memelihara diri terhadap godaan untuk menyeleweng dari agama Allah, dan bahawa mereka berkumpul dalam sebidang tanah yang dilindungi oleh bendera Islam.

Ketika itulah Islam berubah menjadi sistem kemasyarakatan , yang mengatur hubungan-hubungan di antara kaum Muslimin. Ia berubah menjadi suatu sistem internasional di mana di atas dasarnya orang Islam bergaul dengan orang-orang lain.


Kemudian Islam merembes ke segenap penjuru dunia, dan ke mana pun ia sampai, ia selalu membawa akidahnya, hukumnya dan sistemnya. Sesiapa yang ingin memeluk akidahnya boleh masuk Islam. Siapa yang tidak mahu masuk maka " tidak ada paksaan dalam agama," tetapi hukum dan sistem Islam selalu melindungi setiap bumi yang dimasukkinya.Manusia mendapatinya di dalamnya satu bentuk keadilan yang belum pernah dikenal oleh umat manusia sebelumnya. Ketika itu masuklah orang ke dalam agama Allah berbondong-bondong, dan ketika itu wujudlah janji Allah yang telah diberikan kepada RasulNya:"Ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu lihat manusia masuk ke dalam agama Allah berbondong-bondong. Maka bertasbihlah memuji Tuhanmu dan meminta ampunlah kepadanya. Dia sesungguhnya maha penerima taubat."


Islam menang kerana akidah kepercayaannya telah diterjemahkan menjadi hukum. Dan hukum ini mengadakan suatu sistem yang menggoncangkan perasaan manusia, dan memberi ketenteraman kepada hati seluruh penduduk bumi. Ketika itu Muhammad bin Abdullah SAW telah menang, kerana ia telah melaksanakan hukum Allah sesuai dengan apa yang dikehendakki Allah. Itulah unsur-unsur kemenangan abadi dalam hati nurani semesta itu, yang akarnya terhunjam ke dalam kehidupan. Itulah yang dikumandangkan oleh jutaan suara di dunia belahan Barat dan dunia belahan Timur. Itulah yang didendangkan oleh jutaan bibir manusia.


Unsur-unsur ini adalah unsur-unsur yang alamiah, logik dan realistik. Unsur-unsur ini dimilikki oleh kita kaum Muslimin ini, di setiap generasi dan di setiap masa. Unsur-unsur ini ada di dalam tangan kita, yang dapat kita cuba dan usahakan. Dengan unsur-unsur itu, kita sampai kepada kemenangan, yang telah dijanjikan Tuhan pada setiap orang yang menolongnya:" Dan sungguh, pasti Allah akan menolong orang yang menolongnya. Sesungguhnya Allah kuat dan berkuasa. Mereka yang jikalau kami beri kekuasaan di atas dunia, mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang dari kejahatan. Dan kepada Tuhanlah kembalinya akibat segala sesuatu."(AlHajj:40-41).

Disunting dari:
Syed Qutb,Dirasatul Islamiyyah.
22.8.2009.
http://alkundangi.blogspot.com