ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Friday, September 24, 2010

Shamsul gesa KP Selangor ikut prosedur

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa Ketua Polis Selangor profesional dalam menjalankan siasatan terhadapnya berkait kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya.

Shamsul dalam satu kenyataan balas kepada Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis harus mengikut prosedur yang betul jika mahu memanggil beliau untuk memberikan keterangan.

"Sekiranya saya mahu dipanggil, sewajarnya prosedur yang betul dipatuhi, bukannya siasatan melalui media (investigation through media).

"Sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi sebagai pengamal undang-undang saya tertakluk kepada undang-undang, bukannya hebahan media seseorang pegawai kanan polis," kata Shamsul.

Menurut Shamsul, beliau akan menghantar satu salinan kenyataan rasminya ke laman sosial Facebook Khalid dan turut mengarahkan peguamnya, Yusmadi Mohd Yusoff untuk berurusan dengan pihak polis.

"Saya juga akan menghantar sesalinan respons rasmi saya ke laman sosial Facebook Datuk Khalid memandangkan "kaedah Facebook" ini merupakan kegemaran beliau," katanya.

Beliau juga akan mengadakan satu sidang media selepas bertemu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 3 petang esok bagi menjelaskan pendiriannya kepada umum.

Khalid sebelum ini mendakwa Shamsul gagal dihubungi bagi mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau mengenai kes pembunuhan Sosilawati.

Khalid berkata, kegagalan Shamsul berkerjasama dengan pihak polis itu memungkinkan waran tangkap dikeluarkan kepada beliau.

Shamsul bagaimanapun sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah membuat sebarang tuduhan, sebaliknya melontarkan pertanyaan kemungkinan wujud sebarang bentuk salah guna kuasa dan penyelewengan di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Banting.

Ianya ekoran kegagalan pihak polis bertindak dalam beberapa kes bunuh terdahulu yang melibatkan suspek yang telah diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Menurutnya, kes-kes berkenaan hanya dibuka semula selepas terbongkarnya kes pembunuhan Sosilawati.

Beliau juga menegaskan, sehingga hari ini beliau tidak pernah dimaklumkan menurut kaedah-kaedah dan amalan undang-undang seperti yang diperincikan di dalam Kanun Acara Jenayah di dalam hal yang bersabit dengan prosedur memberikan sebarang kenyataan untuk membantu siasatan polis.

"Justeru adalah sangat tidak adil dan tersasar dari lunas undang-undang jika polis mendakwa saya gagal dihubungi sedangkan tidak ada sebarang percubaan menurut kaedah undang-undang untuk menghubungi saya dilakukan," katanya.

kedahlanie,
23.9.2010
SUSULAN: JANGAN RAMPAS GELARAN WANITA PERTAMA MILIK DYMM TUANKU NUR ZAHIRAH!


KERAJAAN mesti tegas dalam hal menentukan pemakaian gelaran Wanita Pertama negara. Gelaran milik DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah itu tidak boleh dipakai walaupun oleh isteri Perdana Menteri.

Kecualilah ada fakta dan hujah yang boleh diterima oleh rakyat, maka gelaran itu baru layak digunakan oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Jangan jadikan protokol negara ini sebagai protokol yang cacamarba. Sila jelaskan secepat mungkin supaya rakyat tidak melihat seperti adanya perbuatan kaduk naik ke junjung. Sekali pun ia mahu dipakai oleh isteri Perdana Menteri, jika tidak layak di segi protokol dan peruntukan perlembagaan, perbuatan itu mesti dihalang.

singalautmetro,
24.9.2010
BILA MAHATHIR MELATAH DAN MELALUT

DR Mahathir yang semakin lemas dalam hiruk-pikuk kebencian orang Melayu, nampaknya mula melatah dan melalut. Konon katanya orang Melayu akan hilang kuasa kalau PR dipilih menerajui negara ini, sekaligus beliau meggunakan pelbagai cara berkempen mempertahankan supaya rakyat terutama orang Melayu khususnya terus memilih Umno sebagai tugu yang tidak boleh dialih kedudukannya.

Nampak sangat cakap Dr Mahathir tidak ubah seperti nasihat seorang ibu atau bapa sekitar tahun 50-an dan 60-an yang menakutkan anak mereka kononnya banyak hantu berkeliaran di luar rumah ketika senja. Jadi kerana terlalu takutkan hantu yang dimomokkan itu, anak-anak pun lintang pukang masuk ke rumah masing-masing. Pada hal tujuan sebenar ibu bapa adalah untuk memastikan anak-anak sentiasa berada di rumah, terutama ketika waktu selepas senja. Dan jika orang Melayu hari ini terpedaya dengan taktik murahan Dr Mahathir ini, maka akan bergembiralah bekas Perdana Menteri itu kerana telah berjaya memperbodohkan orang Melayu sekali lagi.

Apa yang Dr Mahathir melalut dan bercakap mengenai kebimbangan konon orang Melayu akan kehilangan kuasa, adalah umpama seseorang yang menyisir rambut tanpa cermin. Dr Mahathir masih duduk pada pemikiran lama iaitu menyangka selama ini orang Melayu di negara ini memang kaya dengan kuasa politik. Dan dengan kekayaan kuasa itu, orang Melayu fikirnya sejak dulu telah selamat menghuni negara tanah tumpah air mereka ini. Dia sangka selama ini, selama Umno memerintah, orang Melayu hidupnya sentiasa kebanjiran dengan kuasa. Sentiasa melimpah ruah dengan keistimewaan. Sebenarnya pandangan Dr Mahathir ini tidak sepenuhnya betul! Beliau masih bermimpi. Sepanjang Umno memerintah yang berkuasa hanya pemimpin, kroni dan saudagar-saudagar mereka sahaja, Orang Melayu bawahan hanyalah pemegang saham kemiskinan yang terbesar. Orang Melayu adalah pengarah-pengarah syarikat kemelaratan.

Sebenarnya yang berkuasa sepanjang Umno memerintah adalah golongan yang disebutkan tadi, iaitu pemimpin tertentu, kroni, saudara-mara dan kawan-kawan saudagar-saudagar yang seringkali bertindak merangkap sebagai broker politik!

Merekalah sebenarnya yang merasai nikmat kemewahan hasil kuasa yang dimiliki Umno seperti yang dilalutkan oeh Dr Mahathir. Orang Melayu yang lain hanyalah pengemis di tepi jalan. Selepas memberi undi kepada Umno, mereka terus dibiarkan dalam kemiskinan dan kemelaratan. Orang Melayu majoritinya tidak mendapat apa-apa. Orang Melayu masih miskin selepas negara merdeka 53 tahun. Apa guna kalau betul pun Melayu ada kuasa kalau kuasa itu tidak dapat melonjakkan nasib orang Melayu? Apa guna kalau kononnya ada kuasa jika orang Melayu seperti pengemis di negara sendiri?

Menakutkan orang Melayu kononnya jika PR berkuasa, Cina dan India menjadi Perdana Menteri, adalah satu spekulasi jahat yang amat rasis bunyinya dari mulut seorang bekas perdana menteri. Dr Mahathir sebenarnya bukan mahu membela orang Melayu dengan berkata begitu, tetapi hanya mahu menyelamatkan Umno yang semakin ditolak oleh rakyat terbanyak. Saya sebagai orang Melayu bersedia menerima bangsa asing sebagai Perdana Menteri jika itu lebih baik berbanding orang Melayu sendiri menjadi Perdana Menteri. Bagi saya apalah gunanya orang Melayu jadi Perdana Menteri jika dalam tempoh 53 tahun tidak mampu menolong bangsanya sendiri.

Dulu Umno kata PR akan berkubur seperti mana nasib beberapa parti serpihan Umno sebelum ini. Namun kini nada sinis itu telah berubah menjadi paranoid dalam diri Dr Mahathir. Beliau mula mengakui dan melihat PR terutama Parti Keadilan Rakyat mula diterima pengundi dan semakin kukuh menjadi ancaman yang amat besar kepada Umno. Itu sebabnya Dr Mahathir mula menggunakan taktik menakut-nakutkan orang Melayu. Pada hemah saya, orang Melayu tidaklah sebodoh yang beliau sangka. Orang Melayu tidak akan mudah merujuk semula sokongan mereka kepada Umno dengan ugutan-ugutan berbaur perkauman ini.

Dr Mahathir mesti mengakui dan menerima realiti bahawa majoriti orang Melayu telah sekian lama berdukacita dan memendam rasa akibat tindak-tanduk pemimpin Umno yang gagal membantu orang Melayu, khususnya untuk menguasai ekonomi di dalam negara ini. Selepas 53 tahun memerintah mereka tidak mampu menguasai perusahaan, perindustrian, peruncitan dan pelbagai sektor utama sekonomi negara.

Seperkara lagi yang Dr Mahathir lupa ialah orang Melayu bukan di dalam Umno sahaja. Umno dan Melayu juga kini telah tidak sinonim lagi. Jumlah orang Melayu di dalam parti PKR dan PAS sebenarnya telah melebihi jumlah orang Melayu di dalam Umno sendiri. Di mana rasionalnya jika dikatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa jika PR memerintah. Ketika Umno semakin kecil jumlah orang Melayunya, dan pemimpinnya pula hanya berkisar di sekitar ahli keluarga pemimpin Umno dulu-dulu, PR mula merentasi sempadan apabila membuka peluang kepada lebih ramai orang Melayu yang layak menjadi pemimpin parti. Sikap Dr Mahathir yang menyindir konon PR adalah Anwar Ibrahim adalah tidak betul sama sekali, sebaliknya ia terkeluar daripada mulutnya akibat desakan rasa bimbang, marah, dengki dan dendam yang tidak putus-putus terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Akhirnya beliau cuba memerangkap rakyat terutama orang Melayu dengan kenyataan berbaur ugutan dan perkauman!

Dr Mahathir tidak perlulah bermain dengan isu perkauman. Najib sendiri mempertahankan konsep negara ini sebagai tanah air semua bangsa. Maknanya ketika orang Melayu tetap dipertahankan sebagai pemimpin utama, hak dan nasib bangsa lain tidak wajar diperlekehkan.

Dr Mahathir juga mengambil contoh konon pemimpin PR di negeri perintah pembangkang dikuasai DAP. Apakah Dr Mahathir tidak melihat sejak 53 tahun lalu, UMNO lagi dayus dicucuk hidungnya oleh Gerakan dan MCA serta MIC. Minta universiti untuk MCA, bagi. Minta bandar dimajukan ikut kaum bagi (contoh China Town dan Little India). Minta sekolah pelbagai aliran ikut bahasa ibunda patuh. Minta kementerian tertentu dikekalkan menterinya berdasarkan bangsa ikut (contohnya menteri pengangkutan untuk Cina, menteri kerja raya untuk India). Minta kawasan majoriti Melayu ditandingi wakil bukan Melayu ikut. Akhirnya, apa jadi wahai Dr Mahathir? Orang Melayu melopong.

Bila kementerian pengangkutan diberikan kepada menteri Cina, cuba renungkan apa berlaku? Bisnes pengangkutan, bas awam, treler besar, kapalterbang, kontena, kapal laut dan perniagaan berkait seperti forwarding dan freight serta perniagaan dari tepi laut hingga ke tengah laut dikuasai bangsa itu. Menteri Melayu walaupun dapat menjadi menteri kewangan, pertahanan, pendidikan dan dalam negeri tetapi portfolio kementerian yang ada kaitan dengan 'lubuk ekonomi' seperti pengangkutan, kesihatan dan kerja raya diberikan kepada bangsa lain.

Kini orang Melayu telah berani melakukan perubahan. Walaupun hakikatnya perubahan adalah sesuatu yang sukar dilakukan manusia kerana sifat manusia itu sendiri yang lebih selesa di zon kehidupan sama bagi tenmpoh yang lama, namun orang Melayu telah terpaksa melakukan perubahan. Mereka terpaksa menolak Umno kerana selama 53 tahun Umno telah gagal. Mereka terpaksa melakukannya kerana orang Melayu selama ini telah tidak tahan lagi diperdaya dan ditindas oleh pemimpin Melayu/Umno sendiri.

singalautmetro,
24.09.2010

Thursday, September 23, 2010

Zahid Patut Jadi Hero Negara Bukan Champion Dalam Parti

APABILA Zaid Ibrahim membuat keputusan untuk tidak merayu kepada Umno atas pemecatannya dan selepas itu mengumumkan kemasukannya ke dalam PKR banyak orang merasa gembira dan bertuah. Kedatangan Zaid ke dalam PKR dikira akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN. Apa yang diharap, pengalaman jahat, provokasi, politik wang, rasuah di dalam Umno yang dilalui dan dialami Zaid akan digunakan untuk menempelak BN seluruhnya. Zaid akan menjadi senjata ampuh untuk membunuh Umno.

Selain itu orang melihat langkah Zaid bersama pembangkang dan meninggalkan kedudukan lumayan sebagai menteri satu tindakan berani beliau dan menggambarkan beliau seorang pejuang tulen. Orang yang ingin melihat keadilan, kebenaran dan benci kepada penyelewengan dan salah guna kuasa yang diratah UBN selama ini. Orang sudah benci!

Tanpa mempersoalkan bagaiman atau kronologi beliau melepaskan jawatan menteri dan dipecat dari parti, orang di luar khasnya penyokong Pakatan Rakyat mengangkat Zaid sebagai seorang berprinsip, berani, telus, tidak mementingkan diri dan kedudukan. Beliau mulai dilihat atau diletakkan bakal menjadi hero baru pembangkang. Beliau diharap menjadi wira membela rakyat tertindas. Itulah ilusi umum.

Memang Pakatan Rakyat terutamanya PKR memerlukan orang seperti Zaid. Apa lagi PKR telah kehilangan beberapa jagohan termasuk jagohan kampung yang perut leper dan tetapi pelahap. Kekosongan yang ditinggalkan mereka itu dikira akan dipenuhi oleh Zaid. Hati penyokong PKR dan Pakatan Rakyat dikira terubat dengan kehadiran Zaid.

Zaid memang diterima dengan seadanya dan sesuai dengan profesionalisme dimilikinya. Dia diletakkan terus ke dalam saf kepimpinan tertinggi PKR. Beliau menjadi ahli Biro Politik, biro tertinggi dalam membuat dasar dan menentukan hala tuju parti. Beliau dilayan sama tinggi dan sestatus timbalan presiden dan naib-naib presiden.

Tidak cukup itu, dan atas kepercayaan kehebatan serta wibawa beliau juga beliau diberi tugas untuk menguruskan Pakatan Rakyat sebagai penyelaras. Ini tugas besar sebenarnya di mana beliau seolah bertindak menjadi Setiausaha Agung kepada Pakatan Rakyat. Sudah pasti sekiranya Pakatan Rakyat menjadi sebuah komponen sah beliaulah menjadi Setiausaha Agungnya.

Kemajuan terus dicapai oleh beliau apabila diberi kepercayaan untuk menghadapi calon BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kepercayaan PKR kepada beliau satu penghormatan yang memerlukan pengorbanan bukan kecil. PKR terpaksa berkorban dan turut sama kehilangan beberapa ahli jagohan kampung (perut leper dan pelahap) apabila beliau diberi kepercayaan. Hakikat ini patut disedari Zaid dan hendaklah dijadikan bahan renungan jiwa buatnya.

Iya tidak terhenti di situ saja. Bintang dan tanggungjawab beliau semakin bertambah, terbaru beliau dilantik pula menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lebih ironisnya beliau mengambil tempat Mohamad Azmin Ali.

Sebenarnya dengan kedudukan itu semua sudah cukup untuk Zaid menunjukkan bakat, komitmen dan melakukan sesuatu kepada PKR dan Pakatan Rakyat dalam usaha gagasan untuk memerintah Malaysia. Zaid seharusnya tidak perlu sibuk dengan hal-hal yang akhirnya menyerlahkan beliau sebagai tamak ataupun inginkan kepada kuasa lebih besar dalam waktu terdekat yang mana menatijahkan perbalahsan sesama sendiri.

Beliau boleh menjadi hero dengan jawatan itu semua. Misalnya beliau harus mencari ikhtiar bagaimana kedudukan Pakatan Rakyat kemas, mantap dan kuat. Tugas menyelaras bukan saja setakat untuk memastikan ROS meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai parti politik. Kita dianggap bijak kalau kita boleh menyelaras, menyusun dan memperkuatkan ikatan parti-parti Pakatan Rakyat tanpa ianya dilulus sebagai sebuah parti. Di sinilah orang akan menilai kerja dan kebolehan kita.

Agak malangnya, tugas-tugas dan harapan diberikan kepada Zaid itu sedikit terbengkalai apabila beliau kini berkucah dalam pergolakan untuk menadi Timbalan Presiden PKR. Beliau nampak lebih menumpukan kepada agenda diri sendiri daripada agenda parti. Beliau banyak berusaha menjadi ch0mpion dalam parti bukannya hero dalam negara. Bukan tidak boleh beliau bertanding, dengan nilai dan wibawanya beliau layak. Tetapi untuk apa? Zaid harus bertanya diri sendiri dulu sedalam-dalamnya untuk mengambil keputusan itu. Itu sepatutnya.

Saya nampak alasan yang diberikan untuk mengembalikan kuasa presiden adalah semata-mata alasan setelah alasan lebih besar tidak ada. Apakah Zaid mengira selama ini Wan Azizah Wan Ismail gagal mengemudikan parti secara berkesan kerana beliau dihalang atau kuasanya dirogol? Dan ikhlas saya tanya, apakah Zaid mempercayai seorang wanita seperti Azizah mampu untuk mengemudi bahtra sebesar PKR yang menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat kalaupun Azizah diserahkan tanggungjawab itu sepenuhnya?

Zaid juga tahu selama ini Azizah hanyalah lambang kepada presiden sebenar. Sebagai simbol juga Azizah tidak mungkin dapat atau berkuasa melakukan lebih dari itu.

Rasanya Zaid sendiri tidak percaya dan tahu sejauh mana kemampuan Azizah. Selain itu beliau juga tahu bahawa kuasa Wan Azizah sebagai presiden siapa yang memakan dan memamahnya. Bukankah Awanr? Jadi kalau Anwar yang memakan dan memamahnya, kenapa Zaid harus bingkas memeprsoalkan kedudukan Azizah terhalang. Makanya itu cuma alasan semata.

Kalau begitu kenapa Zaid tidak saja bertanding jawatan presiden? Kenapa timbalan Presiden?

Dalam satu hal saya tidak senang dengan sikap Azmin terhadap semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor. Pada saya Azmin jelas mensebotaj Zaid dan salah satu faktor kekalahan Zaid ialah bila Azmin tidak berperanan sepatutnya dan melumpuhkan sebahagian jentera pilihan PKR. Azmin perlakukan begitu kerana bimbang dengan Zaid. Kemenangan Zaid di Hulu Selangor boleh mengancam periok politiknya dalam PKR. Makanya beliau kena usaha kalahkan Zaid dalam tidur.

Tetapi itu bukan alsan besar untuk Zaid membenci Azmin dan menjadikan pertandingan merebut jawatan timbalan presiden satu peluang terbaik buatnya. Beliau harus melalui pertandingan ini dengan tenang tanpa menimbulkan kerosakan kepada parti. Beliau harus menumpukan kepada Azmin saja disamping mendedahkan apakah misi dan visi beliau. Zaid sepatutnya meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan untuk menjatuhkan Azmin.

Beliau tidak boleh menjadi 'bas ekspress' dalam PKR. Beliau harus menjadi bas henti-henti terlebih dahulu. Beliau tidak perlu bertanding jawatan timbalan presiden, apa lagi atas alasan peribadi kerana tidak senang dengan Azmin. Beliau boleh menyokong mana-mana calon lain kalaupun beliau tidak setuju dengan Azmin dan bukan terus memandu bas ekspres - bertanding jawatan itu. Bila beliau bersikap memandu bas ekspress orang akan nampak yang beliau ingin lekas sampai!

Pun begitu, tidak menjadi masalah. PKR mengamalkan demokrasi tulen (kononnya). Zaid boleh bertanding dan sesiapa saja boleh bertanding. Tetapi dalam kempen janganlah terkeluar kata nesta, andaian dan provokasi yang boleh merosakkan parti ianya tidak baik. Kenapa harus emosi sangat. Hadapilah pertandingan sebagai satu ruang yang halal dan hadapi dengan sikap kekeluargaan. Misalnya membaitkan orang lain sebagai alat kempen adalah tidak bagus. Kritikan terbuka Zaid kepada Syed Husin Ali sesuatu yang mendukacitakan.

Saya mencatatkan ini kerana ada bahasa dan lenggok Zaid yang pada saya tidak elok kepada PKR. Ketegasan dan ketelusan Zaid dalam mempertahankan prinsipnya ada kalanya tidak tepat dan ini memberi masalah kepada PKR sendiri. Sesuatu yang selama ini orang tidak tahu, kini ia sudah terbuka dan terbahar bila Zaid menghuraikannya dalam mempertahakan tindakannya. Zaid juga tidak boleh merasakan tindakannya bersama PKR satu pengorbanan besar yang tak mungkin dilakukan orang lain. Beliau harus ingat beliau bersama PKR sesudah penyokong dan pemimpin PKR lain telah menyeberang sungai darah dan airmata.

Justeru diseru kepda Zaid agar tenang menghadapi pertandingan merebut jawatan timbalan presiden ini. Serahkan kepada ahli tanpa banyak provokasi dan muslihat. Tirulah sifat dan sikap seorang lagi calon, Mustapa Kamil Ayub yang diam dan tidak berbuat sesuatu yang boleh memberi imej buruk kepada parti. Bersikap sedarhana dan bersifat tasamuh itu lebih baik ia dari agresif dan penuh emosi.

Jika ini tidak dikawal dan berlebihan kemungkinan apa yang saya bimbang sebelum ini akan jadi kenyataan. Sesungguhnya parti PKR itu sudah terlalu penat dan letih untuk berdepan dengan satu lagi perpercahan. Apa lagi Anwar sendiri juga sudah tidak daya untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Kekadang kesian melihat Anwar dalam dia bergelut dengan masalah dirinya sendiri, (kes mahkamah) beliau juga kena tangani masalah parti bukan saja dalam PKR adakalanya masalah membabitkan Pas dan DAP.

Sebenarnya kalau semua orang sayangkan parti dan sayangkan Anwar jangan cipta masalah tetapi cubalah hindarkan masalah dari timbul. Zaid dan Azmin adalah aset besar untuk Anwar dan PKR. [wm.kl.8:00 am 23/09/10]

Mohd Sayuti Omar,
msomelayu.blogspot.com
23.9.2010.
Adakah Dari kes ALTANTUYA terjadinya ilham membunuh SOSILAWATI..???

PEMBUNUH SOSILAWATI DAPAT ILHAM DARI KES ALTANTUYA ?

Jika kita perhatikan ada ciri-ciri persamaan antara kes pembunuhan Altantuya dengan kes pembunuhan Sosilawati.

Apa yang jelas persamaan pertama bagi kedua-dua kes tersebut adalah kedua-dua mangsa adalah wanita. Kedua-duanya dari negara 2M- Mongolia dan Malaysia. Kekejaman penjenayah ke atas golongan wanita di negara ini boleh dilihat dari kes pembunuhan kanak-kanak dan remaja perempuan sehingglah ke wanita dewasa sama ada wanita Malaysia atau wanita Monggolia.

Persamaan kedua adalah melibatkan isu motif pembunuhan. Berdasarkan laporan media massa nampaknya pembunuhan Sosilawati , sepertimana kes Altantuya, juga melibatkan unsur kewangan. Dalam kes Altantuya , kita dikhabarkan wanita dari Negara Genghis Khan itu sanggup datang ke Malaysia bagi mendapatkan duit komisyen penjualan kapal selam. Di dalam kes Sosilawati pula dikhabarkan ianya melibatkan urusan penjualan dan pembelian hartanah yang dikatakan bernilai jutaan ringgit. Pokoknya kedua-dua kes pembunuhan itu melibatkan soal wang. Wang adalah simbol kuasa. Kerana kuasa orang sanggup membunuh .

Persamaan ketiga adalah modes operandi pembunuhan tersebut. Kita tertanya-tanya adakah mereka yang terlibat dalam pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain tersebut mendapat ilham dari kes pembunuhan Altantuya ?Mungkin tidak keterlaluan jika kita katakan mereka yang membunuh Sosilawati mendapat ilham dari kes pembunuhan Altantayu Sharibu

Bagi mendakwa seorang pembunuh, pendakwa perlu buktikan wujudnya mangsa yang dibunuh. Bagi membuktikan mangsa dibunuh, perlu dibuktikan kewujudan mayat yang yang dikatakan menjadi mangsa pembunuhan tersebut.

Modes operandi pembunuhan Altantuya adalah pertamanya melenyapkan segala bukti yang membolehkan mayat mangsa ditemui atau dikenalpasti. Oleh itu sekadar menembak Altantuya tidak mencukupi. Mayatnya perlu di”ghaib”kan dengan meletupkan tubuh badannya dan membakarnya sehingga menjadi abu. Dengan itu harapan untuk mengenalpasti mangsa akan menjadi terlalu sukar jika pun tidak mustahil.

Bukankah modes operandi yang sama juga kini diaplikasikan di dalam kes Sosilawati. Apa yang jelas sepertimana pembunuh Altantuya, pembunuh Sosilawati, siapa pun dia, memang berniat mahukan segala bukti yang membolehkan mayat Sosialawati dikenalpasti dilenyapkan . Maka atas dasar itu dikatakan oleh pihak polis, mayat Sosilawati telah dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai. Dengan membuang abu ke dalam sungai nampaknya pembunuh Sosilawati menambahbaik teknik pembunuhan yang dilakukan ke atas Altantuya. Jika nak kenalpasti Altantuya agak sukar kerana mayatnya sudah menjadi abu, maka usaha mengenalpasti mangsa dalam kes Sosilawati kini bertambah-tambah sukar kerana bukan sahaja mayat telah menjadi abu, abu mayat pun turut dibuang ke sungai.

Persamaan berikutnya adalah suspek yang dilibatkan dengan pembunuhan Altantuya dan Sosilawati juga melibatkan mereka yang mempunyai sumber kewangan yang agak lumayan. Dengan kata lain mereka adalah orang kaya. Dilaporkan di dalam akhbar antara suspek yang dikaitkan dengan pembunuhan Sosilawati adalah mereka yang bergelar Datuk dan mempunyai harta yang agak banyak. Harta dan kewangan adalah simbul kekuasaan. Kuasa boleh membeli pengaruh. Pengaruh pula, jika tidak dikawal, boleh membunuh.

Persamaan berikut mungkin ramai yang tidak perasan. Di dalam kes Altantuya, semasa Razak Baginda membuat permohonan bagi mendapatkan jaminan, beliau menyatakan di dalam afidavitnya bahawa beliau telah mendapatkan bantuan dari salah seorang anggota pasukan keselamatan yang dituduh bersama-sama beliau iaitu C/Inspektor Azilah Hadri yang diperkenalkan kepada Razak oleh DSP Musa Safri. Di dalam afidavitnya Razak menyatakan C/Inspektor memberitahunya bahawa beliau bertanggungjawab ke atas pembunuhan enam orang atau lebih dan beliau boleh menolong Razak.

Kini di dalam kes Sosilawati kita juga dikhabarkan suspek yang terlibat juga dikatakan pernah terlibat dengan kematian beberapa orang lain sebelum ini.

Persoalannya kenapa hanya selepas kes Altantuya timbul, barulah timbul berita kes pembunuhan enam orang yang dikatakan di bawah tanggungjawab Azilah .Siapakah enam orang tersebut yang dikatakan dibunuh oleh Azilah sehingga kini menjadi misteri.

Misteri yang sama juga timbul di dalam kes Sosilawati. Jika Sosilawati tidak dibunuh apakah terbongkar kisah kematian jutawan India dan beberapa individu yang lain yang dikaitkan juga dengan suspek di dalam kes Sosilawati. Jika kes Sosilawati tidak menjadi berita hangat di media massa adakah kes-kes lain itu akan juga disiasat atau disiasat secara terperinci dan didedahkan hasil penyiasatan kepada orang ramai ?

Persamaan yang terakhir antara kes Altantuya dan kes Sosilawati adalah kedua-dua kes tersebut berjaya merosakkan imej negara Malaysia. Dalam hal ini kita perlu ucapkan tahniah kepada Kerjaaan BN ! Ia menunjukkan betapa tidak selamatnya negara ini di pandangan negara dan orang luar. Jika Lee Kuan Yew pernah mengatakan suatu ketika dahulu negara ini tidak selamat kerana kadar jenayah yang tinggi bolehkah kita salahkan beliau ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
kedahlanie,
23.09.2010
Sumbangan RM4Billion - kerja nak musnahkan PAS..!!

Cek RM4 bilion: PAS anggap propaganda jahat


KUALA LUMPUR, 22 Sept: PAS Pusat menyifatkan tindakan penyebaran gambar kononnya sebuah syarikat perniagaan memberikan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan sebagai satu propaganda jahat memusnahkan nama baik PAS.

Selain menafikan PAS menerima cek itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga menyeru ahli PAS berhati-hati dengan isu yang cuba mengaitkan PAS tersebut.

"Kami sifatkan berita ini serta penyebaran berita sebegini satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS.

"Sehubungan itu, saya menyeru semua ahli PAS agar berhati-hati dengan isu ini kerana jelas cuba mengaitkan PAS dengan aktiviti tidak sihat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar selam yang mendakwa Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) memberi sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan dalam satu majlis makan malam di Kota Bharu.

Replika cek tersebut diserahkan kepada adinda Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat.

Nik Din semalam bagaimanapun menjelaskan beliau ke majlis itu atas kapasiti peribadi dan menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.

Dalam pada itu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan bahawa kerajan negeri akan menyenaraihitamkan syarikat tersebut yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu.

Beliau juga menafikan bahawa parti pernah melantik Nik Din mewakili beliau menerima replica cek tersebut.

Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

Harakahdaily,
22.9.2010
Hadiah’ RM4 bilion: Pemuda UMNO buat laporan polis


Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU 22 Sept. – Pergerakan Pemuda UMNO negeri membuat laporan di balai polis Kota Bharu di sini hari ini berhubung sumbangan peribadi wang berjumlah RM4 bilion yang dikatakan diberikan oleh seorang ahli perniagaan kepada Pas Kelantan.

Laporan tersebut dibuat oleh Penolong Setiausahanya, Che Othman Che Will pada pukul 3.30 petang ini sambil diiringi oleh kira-kira 30 ahlinya.

Che Othman berkata, laporan tersebut dibuat disebabkan wujud keraguan mengenai sebab pemberian wang tersebut dan penerimanya yang hanya diwakili seorang individu bernama Nik Din Nik Mat bukannya wakil Pas Kelantan.

"Kita memohon agar pihak berkuasa dan agensi lain dapat menyiasat, meneliti dan memberi perhatian kepada perkara ini kerana timbul keraguan berhubung jumlah wang yang diberikan itu.

"Ia pula disumbangkan kepada seorang individu yang mendakwa dirinya adik dan mewakili secara peribadi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya ketika ditemui selepas mengemukakan laporan tersebut di sini, hari ini. -

Utusan.
22.9.2010
Jam tangan jadi petunjuk suami mungkin senasib Sosilawati



SUNGAI PETANI 22 Sept. – Seutas jam tangan yang disahkan milik seorang kontraktor yang dilapor hilang April lepas, Mohd. Shafiq Abdullah, 37, menjadi petunjuk kemungkinan lelaki itu senasib dengan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Isteri kontraktor itu, Samson Nahar Mohamed Dali, 35, berkata, dia dipanggil oleh polis untuk mengenal pasti jam tangan berkenaan ketika ke Banting minggu lepas bagi membantu siasatan.

"Saya tak pasti macam mana polis jumpa jam itu tapi yang saya ingat jumpa di ladang, saya cam jam itu sebab suami ada banyak jam berjenama tapi satu itu saja yang bertali kulit jenama Puma,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Bunga Raya, di sini hari ini.

Samson Nahar berkata, beliau dipanggil oleh polis kerana dalam kenyataannya mengenai kehilangan suami di balai polis Petaling, Kuala Lumpur April lepas, beliau memberitahu telah menghubungi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati untuk mencari Mohd Shafiq.

Beliau berkata, laporan polis mengenai kehilangan suaminya dibuat pada 13 April lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini dan kes itu kemudian dipindahkan ke balai polis Petaling kerana suaminya hilang di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, polis juga telah mengambil sampel untuk ujian DNA daripada ibu Mohd. Shafiq yang kini menetap di Dengkil, Selangor.

"Polis juga ada meminta barang-barang peribadi suami, saya ada serahkan kasut suami minggu lepas kerana itu sahaja yang ada untuk membantu siasatan dan saya dimaklumkan keputusan DNA akan siap dalam dua minggu,” katanya. – Bernama

utusanomline.com.my
22.9.2010
Dilema Badan Peguam: Kerana nila setitik

Oleh - Elviza Michele Kamal


Ah, kebelakangan ini kerap pula saya berkalam membela rakan-rakan peguam. Baru minggu lepas saya menempelak Kelab Belia Graduan 1Malaysia tentang kecaman mereka terhadap Kempen PerlembagaanKu. Minggu ini, sekali lagi saya menulis tentang kerjaya rasmi saya. Bukan niat menegakkan benang basah, tetapi apa yang bengkok perlu dilurus, yang khilaf harus dibetulkan.

Sejak akhir-akhir ini, pijar benar telinga saya membaca kritikan manusia yang celupar melabelkan peguam dengan macam-macam nama. Sekiranya anda peguam berdaftar, tidak berasapkah telinga dengan cacian mengecam pengamal guaman tanpa usul periksa?

Bukan kami golongan profesional yang tidak boleh ditegur, tidak betah dilarang, namun setiap tuduhan dan kritikan itu biarlah berasas. Jangan jadi seperti anjing menyalak bukit, bunyi berdentum-dentum tetapi hasilnya kontang!

Sebelum saya meneruskan leteran perihal ketidakadilan lahir dari akal-akal yang cetek ini, izinkan saya menegaskan satu fakta (bukan untuk pembaca budiman, tetapi untuk mereka yang bebal): Mana-mana penjenayah tidak boleh dikhususkan mengikut kerjaya, keturunan, warna kulit atau agama. Mereka itu berkiblatkan nafsu dan wang ringgit, tiada kena mengena dengan sifat asal kurniaan Ilahi.

Jadi bila Pak Menteri dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) melatah, lantas menuding jari ke arah Badan Peguam, susulan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, saya rasa amat terkilan sekali.

Kata Pak Menteri, Badan Peguam ‘didesak’ untuk mengaudit aktiviti dan kekayaan setiap peguam di negara ini. Kalaulah Badan Peguam mengaudit ‘kekayaan’ saya, pasti akan berasa kasihan. Mana tidaknya, sudah lebih sedekad menjadi peguam, duit dalam akaun setiap tengah bulan, masih tenat. Tidak mengapa, jika perlu diaudit, kita laksanakan secepat mungkin. Biar semuanya terang dan jelas. Baru Pak Menteri suka.

Tetapi bila membaca kenyataan Pekida mengecam Badan Peguam kerana tidak mengenalkan sistem ‘kad kuasa’ dalam kalangan peguam, saya ketawa terbahak-bahak. Maaf saya bertanya Pekida, bukankah Sijil Annual yang wajib diperbaharui setiap tahun itu, lebih kurang sama fungsinya dengan kad kuasa?

Untuk pendidikan Pekida, setiap peguam yang beramal di negara ini, harus ada Sijil Annual. Proses memperbaharui sijil itu rumit dan terperinci sekali. Akaun Anak Guam harus diaudit, ditandatangani pakar akaun bertauliah. Bukan sedikit wang ringgit melayang untuk membayar perkhidmatan juruaudit bijaksana. Setelah semua surat cara didapati teratur, barulah peguam dibenarkan untuk beramal setahun lagi.

Kami peguam juga dipantau amalan dengan wujudnya satu Disciplinary Board yang setahu saya, amat garang ahli-ahli panelnya. Saya sendiri pernah bekerja dengan rakan kongsi sebuah firma guaman di Kuala Lumpur yang menjadi ahli panel Disciplinary Board tersebut, dan garangnya dia, kus semangat!

Saya juga enggan mengulas tentang cadangan Ahli Parlimen Pasir Mas agar Badan Peguam diletakkan di bawah naungan Jabatan Peguam Negara. Tiada faedahnya saya menjadi seperti anjing menyalak bukit. Hati sakit, ilmu tak sampai.

Saya, hatta sesiapa sekalipun, tidak akan menyokong jenayah kejam dalam kes Sosilawati, tetapi kita ini insan berakal, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tidak semua 14,000 peguam berdaftar dengan Badan Peguam, kerjanya menipu dan membunuh mangsa. Jangan cepat melatah mengutuk peguam, sekiranya suatu hari anda memerlukan khidmat kami, bolehkah kami memulangkan paku buah keras?

Maaflah, saya marah dengan kenyataan di atas. Sebagai peguam yang masih memandu kereta nasional (selalu rosak tingkap) dan tinggal di rumah persis sarang burung rupanya, saya dan ramai lagi rakan seperjuangan masih mencari rezeki di landasan yang halal.

Sekiranya mana-mana peguam dilaporkan menyalahgunakan kuasa atau pecah amanah, mereka perlu dibicarakan menurut sistem keadilan ditetapkan. Teringat ungkapan bahasa latin, ketika saya berada di sekolah undang-undang dahulu: Ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat. Bahasa Inggerisnya bermaksud: The burden of proof rests on who asserts, not on who denies. Justeru, tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga sabit kesalahan dibuktikan.

Saya juga tidak menafikan memang ramai peguam tidak beretika, apatah lagi yang disabit melakukan jenayah kejam, tetapi jangan kita lupa pepatah lama: rambut sama hitam, hati lain-lain.

Nasihat saya kepada mereka yang galak bersorak untuk mengecam Badan Peguam: Sebelum anda menekan picu, tentukan hala peluru dengan pasti. Tersalah tembak, diri sendiri yang binasa!



Elviza juga seorang peguam picisan yang mempunyai perasaan. Temui beliau di http://twitter.com/elviza

sinarharian,
22.9.2010

Tuesday, September 21, 2010

Keretapi Kerteh-Kuantan ditutup dizaman UMNO. RM 800j lesap!

Berita Oleh Ustaz Saiful Bahri

Baru 6 tahun beroperasi sekarang dah mampos. Amat malang Landasan keretapi yang dibina dan beroperasi dizaman pemerintahan PAS di Terengganu akan ditamatkan operasinya pada 1 Oktober 2010 ini. Di Zaman pemerintahan Umno-BN yang hebat dengan pembangunan yang tak pernah dilihat. Zaman Datuk Mat Said yang merakyatkan pembangunan akhirnya kini akan hilang dari penglihatan.


Dengan kos pembinaan yang dikatakan menelan Rm 800 juta ringgit, duit rakyat itu akan hilang begitu sahaja?

Sistem Keretapi Kuantan Kerteh (Kuantan Kerteh Railway System-KKRS) telah siap dibina dan telah beroperasi mulai 01hb.April 2004. Landasan keretapi sejauh 86 km itu telah dibina oleh pihak Petronas sehingga ke Kuantan Yad bagi tujuan mengangkut barang-barang (hasil daripada pemerosesan minyak) untuk di ekspot ke luar negara melalui Pelabuhan Kuantan yang terletak kira-kira 20 km dari pusat bandar.

Pembinaan landasan keretapi pada dasarnya bagi tujuan memperkenalkan sistem pengkeretapian di negeri Terengganu selain dari itu untuk mengelak kesesakan jalanraya yang semakin meruncing. Dua buah lokomotif telah dibeli dari China bagi tujuan menarik jajajaran tren dan terdapat 50 set wagon termasuk 02 BGV (Bogi Guard Van) telah disediakan dalam misi pengkeretapian di Kuantan Kerteh Railway System. Apakah lokomotif ini akan dijual pula kepada Rosmah untuk projek Iandasan berkembar Ipoh?


Perjanjian bersama dengan pihak KTMB telah dimetri dan pengurusan KTMB bersetuju menempatkan seramai 15 pegawai yang terlatih untuk mengendali sistem operasi dan teknikal. Mereka telah berkhidmat sejak 16 Janruari 2003. Kemana kaki-tangan ini akan pergi? Dah le KTMB di Singapura dah nak tutup. Apa jadi nasib mereka?

Rencana Utusan Malaysia 2006. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menyatakan; “Satu lagi contoh sumbangan Petronas ialah landasan kereta api dari Kertih ke Kuantan yang kami bina, ia bukan sekadar membawa barang perantara ke loji dan untuk eksport tetapi juga demi keselamatan jalan raya. Tanpanya, 3,500 buah lori sehari akan menggunakan jalan raya di sana. Selain itu, jalan juga tidak rosak. Melalui kemudahan sebegini, pelabur akan datang”. Betul ke 3,500 buah lori akan berkeliaran semula dijalanraya antara Kerteh-Kuantan? Tidakkah ia akan menambahkan kesesakan jalan-raya khususnya di jambatan Kemaman dan Bandar Chukai.

Bagaimana pula dengan isu keselamatan? Tidakkan ianya melibatkan produk berbahaya. Bagaimana jika berlakunya kemalangan? Kawasan yang melibatkan jalanraya yang melibatkan orang awam. Dahlah sistem jalanraya yang tak elok. Jalan raya khususnya di Kijal kampong MB Terengganu tu macam ular dan lipan. Habis bagaimana produk petro-chem itu nak sampai kepada pelabuhan? Guna lori? Siapa pulak dapat kontrak pengangkutan tersebut? Dah le pelabuhan Kemaman tu sudah ditelan Pelabuhan Kuantan. Kini lori pulak telan landasan keretapi. zaman pemerintahan Pas dahulu dah ada perbincangan kenapa perlu Kerteh-Kuantan sedangkan pelabuhan Kemaman lebih dekat separuh & kos boleh dijimatkan. Tetapi keputusan orang KL yang buat bukan kat Terengganu. Siapa orang KL tu?

Sistem kesihatan pun ketinggalan zaman. Hospital Daerah Dungun sendiri dibina semenjak zaman lepas perang Jepun. Habis macamana nak menanggani kes-kes yang melibatkan bahan berbahaya seperti petrol-chemical dengan segera jika berlaku kemalangan. Apatah lagi melibatkan jalan yang sentiasa diguna-pakai oleh orang awam. Jalan bypass kawasan petro-chem dengar kata sudah diberi duit oleh pihak petronas tetapi tidak dibuat oleh JKR sehingga sekarang. Betul ke? Pekan Paka-Kerteh-Kemasik takde hospital. Adalah klinik sekadar untuk chek perempuan nak bersalin. Apa-apa kes kecemasan ambulan terpaksa berkejar ke Hospital Kuala Terengganu. Nyawa orang ramai dipertaruhkan!

Kenapa beberapa hari lagi keretapi itu akan ditutup? Tidak sebagaimana yang diwar-warkan selama ini. kenapa berlaku sebaliknya? Adakah landasan keretapi Kerteh-Kuantan itu tidak menguntungkan? Takkanlah Petronas membelanjakan duit rakyat sedemikian banyak hanya untuk digunakan sekadar 6 tahun. Takde kajian dibuat ke? Atau ia hanya projek untuk mengenyangkan kroni UMNO. Dan selepas kenyang maka tahik dibuang merata-rata. Semua sapu tangan. Takde siapa yang bertanggung-jawab. Tinggallah rakyat Terengganu bernostalgia dengan keretapi buat kali kedua. Selepas pupusnya pengangkutan keretapi Bukit Besi – Sura gate. Inilah nasib Terengganu. Hasil minyaknya penjana ekonomi Negara, dek kerana kebodohan kepimpinan Umno Terengganu, ia menjadi negeri kedua termiskin.

Ketika kabinet meluluskan pada tahun 2007 projek kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan sempena ECER bagi meningkatkan pelaburan dan industri pelancongan di Pantai Timur Semenanjung. Perkhidmatan kereta api sepanjang 246 kilometer itu akan mengambil masa antara sejam hingga sejam setengah. Kereta api itu boleh mencapai kelajuan 120 kilometer hingga 150 kilometer sejam. Ia akan disambung ke Kerteh dank e Terengganu. Berkhayallah rakyat Terengganu dengan pembangunan yang nak dibawa oleh Umno-BN. Jangankan nak tunggu rel keretapi tu siap setelah 3 tahun diluluskan, Apatah lagi dengan ekonomi yang flip-flop ni, landasan yang ada dah pun nak di muziumkan. Bolehlah Mat Said jadikan produk pelancongan berkembar dengan Zoo beliau di Kemaman tu.

sumber:tranungkite.net/v10
20.9.2010.
NAJIB MUNGKIN TERUS TUNDUK PADA SINGAPURA –

harakahdaily

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan bahawa Singapura akan mendapat lebih banyak manfaat dalam rundingan dengan Malaysia
.
Beliau membuat andaian demikian ekoran melihat tindakan pentadbiran Najib Razak pada 24 Mei lalu menyerahkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar pada republik itu yang baginya merugikan negara.

"Apakah kemungkinan Lee Hsien Loong (Perdana Menteri Singapura) mempunyai gambar pembunuh sebenar Altantuya menyebabkan Najib akan kalah dalam rundingan kedua hari ini," ujarnya pagi tadi pada Harakahdaily.

Beliau mengulas lawatan Najib hari ini ke Singapura hari ini bagi meneruskan siri perbincangan seterusnya berhubung beberapa perkara yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Najib sebelum ini dikaitkan dengan wanita Mongolia itu biarpun beliau beberapa kali menafikannya.

Altantuya dibunuh menggunakan bahan peledak C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.

"Yang didapati bersalah Koperal Sirul Azhar Umar dan (Cif Inspektor) Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman sedangkan motif pembunuhan tidak dikenal pasti.

"Apabila mahkamah membebaskan setiausaha politik (Abdul Razak Abdullah Baginda) Perdana Menteri tanpa terlebih dahulu menjelaskan motif pembunuhan dasyat itu, seolah-olah ada pemimpin politik tertinggi tertentu dilindungi," ujar Mahfuz lagi.
Sebelum ini, penyiasat persendirian, P.Bala Subramaniam dalam akuan bersumpahnya mendakwa Najib ada bersama Altantuya pada pameran intan berlian di Singapura.
Sehubungan itu, ada pihak mendakwa Siangapura mempunyai rakaman tetamu yang menghadiri pameran tersebut.

Mereka juga mendakwa pembahagian 60:40 tanah KTMB di Tanjong Pagar kepada republik itu ada kaitan dengan bukti rakaman tersebut.

21.9.2010
SATU LAGI SKANDAL GEROMBOLAN !!!



KENYATAAN MEDIA
20hb September 2010

Seperti yang diumumkan, 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) diperuntukkan RM5 bilion pada tahun 2009 melalui penerbitan bon jaminan kerajaan. Baru-baru ini, 1MDB juga bercadang mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM5 bilion. Pinjaman RM5 bilion baru ini tidak akan dijamin oleh kerajaan Malaysia secara langsung, malah akan diselesaikan melalui penerbitan beberapa bon sejumlah RM10 bilion yang disokong oleh kerajaan (state-backed bonds). Ini bermaksud 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013. Jumlah itu 4 kali ganda besar jumlahnya berbanding dengan nilai bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ), iaitu bernilai sekitar RM3.685 bilion.

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut. Oleh kerana jumlah yang membabitkan dana awam sebegitu besar, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan kepada khalayak samada berita mempunyai kebenaran atau tidak.

Difahamkan berdasarkan kunci kira-kira (balance sheet), kenapakah 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) boleh mengaut keuntungan yang tidak diasingkan (unappropriated profit) sebanyak RM121.79 juta. Ianya menjadi satu tanda tanya apabila liabiliti bukan semasa (non-current liability) adalah sebanyak RM4.39 bilion sahaja dan bukan RM5 bilion seperti yang diumumkan oleh 1MDB. Ke mana hilangnya sejumlah RM610 juta? Kita difahamkan juga berdasarkan kunci kira-kira tersebut, pinjaman sejumlah RM37 juta diperlukan sedangkan deposit kategori aset semasa (Deposits with licensed financial institutions) adalah sebanyak RM782.12 juta. Lazminya, kategori aset semasa (current assets) merujuk kepada kategori di mana transaksi dapat dilakukan bila-bila masa dalam tempoh waktu kurang daripada 12 bulan. Sebaliknya, jika deposit kategori aset semasa tidak dapat digunakan untuk membuat pembayaran, bagaimana Other payables sebanyak RM99.43 juta dapat dibayar dengan Other receivables yang hanya berjumlah RM16.15 juta?

Manakala itu kita difahamkan menurut penyata pendapatan pula, dana tersebut mendapat keuntungan sebanyak RM439.83 juta tetapi tidak pasti bagaimana sesebuah dana sebegitu boleh mendapat keuntungan tersebut. Biasanya ‘keuntungan’ diperoleh melalui pelaburan. Butiran hasil (Other income) diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan lain yang berkaitan. Di samping itu, apakah status pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB? Apakah kerajaan memberikan pengecualian sepenuh kepada 1MDB dan apakah rasional kerajaan dalam hal ini? Adakah item ini merujuk kepada status kewangan Terengganu Investment Authority Berhad sebelum bertukar nama kepada 1MDB? Pada 11 Jan 2010, kerajaan mengumumkan bahawa Yayasan 1MDB telah ditubuhkan bagi mengendalikan satu dana tanggungjawab sosial (CSR) yang bernilai RM100 juta. Adalah difahamkan juga, jumlah RM100 juta tersebut tidak muncul sama ada dalam penyata pendapatan atau kunci kira-kira.

Semenjak 1MDB yang sebelum ini bergelar Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) diperkenalkan oleh pentadbiran Najib, pelbagai pertanyaan wujud berhubung peranan 1MDB, pelaburan 1MDB dan perkembangan-perkembangan berkaitan khususnya dalam peranan PetroSaudi dan jutawan bernama Jho Low. Apakah peranan Jho Low dalam 1MDB khususnya dalam projek pembangunan semula pangkalan Sungai Besi? PetroSaudi hanya dikenali ramai selepas penubuhan sebuah syarikat usaha sama bersama 1MDB dengan modal berjumlah AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion).

Akibat dari pengurusan yang tidak telus, makanya begitu banyak persoalan yang muncul. Ini mengingatkan kita kepada dengan penubuhan ValueCap yang bernilai RM10 bilion pada 2002. ValueCap tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997. Operasi ValueCap penuh dengan misteri (rahsia) sehingga orang ramai tidak mengetahui transaksi apakah yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi, ValueCap mendapatkan pinjaman daripada KWSP dengan kadar faedah rendah. Ini menimbulkan kebimbangan dana tersebut digunakan untuk menyelamatkan kroni besar dalam Bursa Malaysia. Kini kita khuatir dana awam yang disalurkan kepada 1MDB juga akan mengalami nasib yang sama sepertimana dengan beberapa usaha kononnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Berselindung di sebalik hasrat yang dipamerkan sebagai satu langkah yang bermakna, akhirnya hanya menguntungkan segelintir sahaja dari kalangan mereka yang rapat dengan pemerintah.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA
http://tukartiub.blogspot.com
Rasional bekerjasama dengan parti yang menolak hudud

Fokus Isu Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Sebenarnya tidaklah susah sangat untuk menjelaskan mengapa PAS mahu bekerjasama dengan DAP yang menolak negara Islam serta pelaksanaan hukum Hudud. Namun akibat kurang faham kadangkala pemimpin parti peringkat tertinggi pun boleh tersasul, apabila diprovoke oleh pihak musuh terutama Umno berhubung isu tersebut.

Penolakan DAP terhadap pelaksanaan Hudud bukan penolakan peribadi Pengerusinya Karpal Singh tetapi sikap rasmi parti itu sejak dahulu. Bukan sekali DAP menegaskan bahawa ‘negara Islam dan hukum hudud’ tidak termasuk dalam agenda kerjasama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Sekian lama kita mengupas isu strategi dalam dakwah dan politik; bahawa dalam mengendalikan kedua urusan tersebut, jamaah Islam mestilah menggambilkira ‘waqi dan biah’ ataupun realiti dan suasana.
Realiti politik di Malaysia ialah, tidak ada mana-mana parti politik pun (yang berasaskan kaum atau agama) boleh membentuk kerajaan secara bersendirian. Pola komposisi kaum yang diwujudkan oleh penjajah, menyebabkan mana-mana parti yang didominasi oleh orang Melayu memerlukan sokongan parti kaum minoriti untuk membentuk kerajaan.

Sejak sistem demokrasi berparlimen diperkenalkan di negara ini, Umno dianggap sebagai parti yang terkuat yang sehingga kini ia belum mampu dicabar dalam mana-mana pilihanraya umum. Umno adalah parti yang berasaskan kaum Melayu dan perjuangannya pun berteraskan asobiyyah Melayu sempit.

Sekuat-kuat Umno pun, jika ia memilih untuk menyertai pilihanraya secara bersendirian, bertanding di kesemua kerusi Parlimen; Umno masih tidak mampu untuk membentuk kerajaan. Tanpa kerjasama dengan bukan Melayu, ditambah dengan persaingan parti politik Melayu/Islam atau individu Melayu/Islam dari parti multi racial, maka Umno tidak berupaya memenangi kesemua kerusi. Apatah lagi jika PAS yang buat masa ini belum lebih kuat dari Umno, jika bercadang untuk bertanding di kesemua kerusi Parlimen maka jawapannya tetap sama. Ia adalah realiti politik yang sangat mudah untuk difahami.

Justeru itu, PAS perlu jalinan kerjasama dengan parti bukan Melayu untuk membentuk kerajaan di Pusat. DAP bukan parti Cina, tapi imej DAP adalah ‘parti Cina’. DAP adalah ‘parti Cina’ yang berpengaruh setanding dengan MCA dan Gerakan. Sebagai pembangkang, pilihan yang ada bagi PAS ialah DAP, bukan MCA atau Gerakan. Kerjasama PAS dan DAP dijalin atas banyak persetujuan bersama. Antaranya penentangan berterusan terhadap rasuah, kronisme, ISA, ketidakadilan sosial, beberapa akta Parlimen yang merampas hak rakyat, hedonisme yang keterlaluan, kepincangan sistem kehakiman, penyalahgunaan kuasa polis, penyalahgunaan instrument kerajaan untuk politik dan macam-macam lagi.

Segala kebejatan itu berakar umbi dalam kerajaan tanpa dapat dibendung lagi. Sehebat-hebat PAS sekalipun, tidak akan dapat melakukan apa-apa untuk membetulkan segala kepincangan itu seandainya bersama dalam BN (Wal’yazubillah, itu cuma andaian). Satu-satu cara untuk ‘membunuh’ semua kebejatan itu ialah dengan menumbangkan BN di Pusat.

Di peringkat negeri kerjasama seperti itu terbukti dapat mengalahkan BN di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Maknanya dengan kerjasama yang serupa BN boleh dikalahkan di Pusat.

Umno cukup sedar bahawa dengan kerjasama antara PAS, DAP dan KeADILan adalah satu-satunya cara BN boleh ditumbangkan di Pusat. Maka satu-satunya cara untuk menghalang perkara tersebut ialah dengan memecahkan kerjasama PAS, DAP dan KeADILan. Umno juga tahu bahawa isu besar yang boleh (dianggap) memecahkan PAS dan DAP ialah isu ‘Hudud atau Negara Islam’. Maka soalan cepu emas yang sering diajukan Umno di kalangan umat Islam ialah, mengapa PAS sanggup bersama DAP yang menolak hudud? Manakala di kalangan bukan Islam pula, mengapa DAP nak bekerjasama dengan PAS yang nak laksanakan hudud?

Seperti yang dijelaskan tanggungjawab dan kewajipan menumbangkan BN sangatlah besar tuntutannya. Jika PAS perlu memilih parti politik bukan Islam yang kuat, dan sedia terima hudud (sebagai syarat), baru hendak dijadikan rakan kerjasama menumbangkan BN maka PAS tidak akan menjumpainya. Maka Umno/BN akan terus berkuasa.

Apabila DAP menolak peraksanaan hudud, tidak bermakna PAS memadam terus cita-cita tersebut. Apa yang berlaku ialah PAS mahu tetapi tidak mampu. Terdapat berbezaan yang jelas antara ‘tidak mahu’ dan ‘tidak mampu’.

Pindaan perlembagaan ke arah pelaksanaan hudud perlukan sokongan dua pertiga di Parlimen. Khusus untuk mengizinkan pelaksanaan hudud di negeri, Parlimen perlu meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 terlebih dahulu. Tanpa sokongan dua pertiga maka PAS bersendirian ‘tidak mampu’ melakukannya. Tidak berdosa seorang miskin yang tidak mampu menunaikan haji di Mekah lantaran tiada wang, sedangkan dia memang menyimpan cita-cita dan berusaha untuk menunaikannya.

Hudud adalah satu juzuk dari tuntutan Islam yang diwajibkan ke atas pemerintah, bukan kewajipan individu. Bagi individu Muslim, tanggungjawab mengembelingkan kekuatan ummah serta menjana kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang tersenarai 1001 kebejatan tadi adalah kewajipan yang lebih utama.

Jika waqi’ dan biah yang ada; menuntut kerjasama dengan DAP sebagai pra syarat mencapai cita-cita tersebut maka tentu ia menjadi keutamaan. Tidak betul untuk membiarkan pihak yang zalim terus berkuasa hanya kerana merasakan satu juzuk dari ajaran Islam (hudud) tidak dapat dilaksanakan jika berkongsi kuasa. Kita tidak boleh menunggu mampu buat semua perkara, baru hendak memulakan semua perkara. Kaedah feqah sangat jelas, ‘tak boleh buat semua jangan tinggal semua.’

Tidak boleh buat hudud (untuk sementara) sekurang-kurangnya PAS boleh memegang tampuk kuasa. Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan kuasa untuk kebaikan. Rakyat boleh difahamkan dengan Islam sama ada dengan lisan atau suri teladan yang baik bila parti Islam mentadbir. Sebab itu tidak perlu kenyataan, “Kita akan kaji kerjasama dengan DAP jika tolak hudud.” Hal yang jelas ialah rakan kerjasama adalah parti yang tidak berteraskan Islam. Kalau kita mahu 100 peratus jadi macam kita baru boleh kerjasama, tidak wujud lagi DAP dan tiada lagi istilah kerjasama. Mestilah terdapat berbezaan, walaupun banyak aspek bersama yang diperjuangkan. Umno, MCA, Gerakan dan MIC pun berbeza dalam banyak perkara. Tetapi akibat permuafakatan mereka dapat berkuasa lebih separuh abad. PAS dan DAP kena begitu. Kita cuma beberapa langkah saja lagi dengan Putrajaya. Jadi jangan cepat sangat melatah dengan paluan gendang musuh.

kedahlanie.blogspot.com
8.9.2010.
Sedia bantu NGO: Azizan



ALOR SETAR – Kerajaan Negeri sedia menawarkan bantuan kepada Darussyifa’ Malaysia Cawangan Alor Setar agar manfaat daripada institusi berkenaan dapat dikongsi oleh seluruh rakyat negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau berbangga dengan kejayaan kumpulan pertama menamatkan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ semalam.

“Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama dan bantuan kepada Darussyifa’, bukan dari segi kewangan tetapi kemudahan, apatah lagi Darussyifa’ merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya juga berharap ada kumpulan kedua yang mengikut jejak langkah kumpulan pertama ini,” katanya yang turut menggalakkan mana-mana pihak atau individu yang berminat, terlibat dengan Darussyifa’,”

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Alor Setar, di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Sementara itu, majlis pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Alor Setar disempurnakan oleh Pengasas dan Penasihat Darussyifa’ Malaysia, Datuk Dr Haron Din.

Difahamkan, kumpulan pertama itu disertai seramai 152 iaitu 122 lelaki dan 30 perempuan, namun hanya 127 peserta iaitu 99 lelaki dan 28 perempuan yang berjaya menamatkan kursus.

Sementara itu, Haron Din dalam amanatnya menasihatkan peserta yang mengikuti kursus di Darussyifa’ tidak meninggalkan amalan zikir selain mengamalkan apa yang mereka pelajari sepanjang kursus.

“Saya gembira kerana ramai yang berjaya melepasi halangan, hanya sebilangan kecil yang gugur di pertengahan jalan. Kepada yang berjaya, perlu diingat bahawa mereka akan berhadapan dengan pelbagai karenah dalam masyarakat.

“Saya sedar bahawa bukan semua akan terlibat dalam kerja-kerja rawatan, nasihat saya agar janganlah meninggalkan amalan zikir serta mengamalkan apa yang sudah dipelajari di Darussyifa’,” katanya.

Menurutnya, perbuatan sihir boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak hanya di Kedah dan perlulah menggunakan kaedah yang betul untuk merawatnya.

“Biasanya jika berlaku sihir dalam masyarakat, mereka akan mencari sihir juga untuk mengubati sedangkan itu salah, sihir perlulah dirawat dengan kaedah yang betul dan kita hanya boleh merawat sekadar termampu, selebihnya serahkan pada Allah untuk menyembuhkannya,” katanya.

sinarharian,
21.9.2010.
'Perkasa tenggelamkan UMNO'

ALOR SETAR - Perbalahan antara parti politik UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dalam memperjuangkan hak orang Melayu akhirnya bakal memberi padah dan menenggelamkan sokongan orang Melayu terhadap UMNO sendiri.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau yakin senario itu bakal berlaku berikutan pertambahan sokongan orang Melayu terhadap perjuangan Perkasa yang nampak lebih relevan berbanding UMNO, sekali gus mengakibatkan parti itu kini ibarat terkena sindrom Soviet Union.

Bagaimanapun, beliau menegaskan baik Perkasa mahupun UMNO tidak mampu membela kepentingan orang Melayu dan kaum Bumiputera lain kerana kedua-duanya lebih menjurus ke arah kepentingan politik semata-mata.

“Saya lihat perbalahan UMNO dengan Perkasa boleh diibaratkan seumpama terkena sindrom Soviet Union kerana dalam usaha satu NGO menyatukan kaum di bumi Soviet satu ketika dahulu, ia berjaya dilaksanakan namun nama Soviet itu hilang dan digantikan dengan Rusia.

“Perkara sama boleh dirujuk kepada usaha terkini Perkasa yang kononnya bertujuan menyatukan orang Melayu, tetapi hakikatnya hendak ‘menghaibkan’ nama UMNO dari sejarah politik negara ini dengan melumpuhkan sokongan Melayu terhadap parti itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Markas Pas Parlimen Pokok Sena di sini, kelmarin.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas kemelut yang melanda UMNO dan Perkasa baru-baru ini apabila Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan UMNO tidak akan campur tangan dalam sebarang urusan Perkasa kerana bimbang dituduh tidak adil kepada kaum lain.

sinarharian,
20.9.2010

Monday, September 20, 2010

SEKOLAH HAMIL MENJADI KENYATAAN

Ura-ura Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam untuk mewujudkan sekolah khas bagi pelajar-pelajar wanita yang mengandung di luar nikah akhirnya menjadi kenyataan. Beberapa orang pelajar hamil telah mendaftar sejak dibuka Jumaat lalu, dan akhbar melaporkan ramai lagi ibu bapa berminat untuk menghantar anak mereka. Sebelum ini pro dan kontra mengenai pendapat mewujudkan sekolah ini agak panjang termasuk beberapa orang ulama PAS.

2. Wajar atau tidak sekolah ini diwujudkan, ia telah pun menjadi kenyataan. Hasrat KM Melaka itu baik, iaitu untuk membantu pelajar-pelajar hamil luar nikah, sekaligus mengurangkan gejala pembuangan dan pembunuhan bayi yang tidak berdosa itu.

3. Islam memandang berat kes hamil luar nikah ini, dan pelakunya boleh dikenakan hukuman hudud. Di zaman Rasulallah, ada seorang mengaku berzina sehingga melahirkan seorang bayi. Perempuan berkenaan meminta Nabi menjatuhkan hukuman had. Namun Nabi SAW menasihatkan agar perempuan itu membesarkan dahulu anaknya itu. Akhirnya setelah beberapa kali ia meminta Nabi SAW menjatuhkan hukuman had, dan anaknya pun sudah selesai menyusu, akhirnya Nabi SAW bersetuju menjalankan hukuman had ke atas wanita itu. Beliau menjalani hukuman rejam hingga mati, kerana tidak rela menanggung azab di akhirat nanti. Kes ini tercatat dalam sejarah Islam yang unggul dengan keadilan itu.

4. Namun tindakan Ali Rustam mewujudkan Sekolah Hamil dan membela pelaku-pelaku zina serta melindunginya amat bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh Rasulallah SAW dalam menangani kes ini. Rasulallah SAW menjalankan hukuman dengan tujuan untuk mendidik masyarakat agar tidak melakukan perbuatan sumbang itu. Sementara itu Ali Rustam mendidik masyarakat agar meneruskan kerja-kerja maksiat tersebut, dan mereka dilindungi oleh undang-undang. Apakah tindakan Ali Rustam itu jauh lebih baik dari tindakan Rasulallah SAW dalam menangani kes yang sama?

5. Sesungguhnya tindakan Ali Rustam adalah bertentangan 100% dengan Kanun Jenayah Syariah Islam dan akan menggalakkan lagi kehamilan di luar nikah yang sememangnya sedang membarah dalam masyarakat kita kini. Ali Rustam boleh memperbaikki niat baiknya itu dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas pelajar yang hamil di luar nikah selepas anak mereka besar, lepas dari waktu menyusu, dan ada orang lain yang sanggup membesarkan kana-kanak berkenaan, atau pun Jabatan Kebajikan boleh mengambil tindakan tertentu demi meneruskan kelangsungan hidup kanak-kanak yang lahir dari nafsu yang tidak terkawal itu, serta keadaan sekeliling serta suasananya yang menggalakkan kehamilan luar nikah. Pencegahan adalah lebih baik dari menguruskan kehamilan yang sudah berlaku dan tidak dikehendaki itu. Apa yang Ali Rustam lakukan jauh dan amat berbeza dengan apa yang Nabi SAW laksanakan. Apakah Ali Rustam jauh lebih baik dari Nabi SAW dalam menangani gejala sosial seperti ini?

AlKundangi,
20.9.2010
SEMBILAN ANJING MILIK PEGUAM DIHAPUSKAN!!

ADA suara berkata, kasihan pada anjing yang dibunuh itu. Anjing tidak bersalah! Yang lain pula berkata, itu kira nasib baik. Nasib baik anjing yang dibunuh, kalau waris pembunuh yang dibunuh macam mana?

Namun, tindakan membunuh anjing milik suspek pembunuhan Datuk Sosilawati satu keputusan yang wajar dan tepat. Sebelum anjing itu membuat pengakuan pernah membaham beberapa mangsa yang disumbat oleh pemiliknya ke dalam kandang, elok kesemuanya dimusnahkan.

Sebahagian anjing yang dibela itu adalah dari spesies "Awas Anjing Garang' seperti tertulis pada papan tanda di luar pintu masuk ladang 'kubur' milik peguam disyaki.

Jangan mana-mana ada pihak atas sifat konon pembela nasib haiwan cuba menyalak menentang keputusan membunuh kesemua anjing berkenaan.

singalautmetro,
20.9.2010.
SEKOLAH BUDAK MENGANDUNG @ SEKOLAH HARAPAN TERIMA 5 PELAJAR ESOK

SAHABAT SAYA bergurau. Katanya, esok bukan 5 pelajar akan masuk dan menjadi kumpulan pertama diterima memasuki Sekolah Harapan di Melaka. Tapi jumlah sebenarnya lebih 10 orang kalau dicampur dengan bayi di dalam perut pelajar berkenaan.

Itupun kata sahabat saya, kalau semuanya disahkan hanya hamil seorang anak. Kalau kembar, lagi banyaklah jumlahnya.

Sahabat itu mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Tok Ali yang mengesahkan lima pelajar hamil akan memulakan pengajian mereka di Sekolah Harapan yang ditubuhkan oleh kerajaan Melaka bagi membantu mereka yang hamil di luar perkahwinan.

Tahniah kepada 5 pelajar berkenaan tetapi pada masa yang sama pengurusan sekolah itu mesti mengeluarkan kenyataan keras bahawa mereka tidak berharap ada lagi pelajar mengikut jejak yang sama - terlanjur, hamil dan memohon untuk mendapatkan keistimewaan di sekolah itu.

Kita tidak mahu, kewujudan sekolah itu menjadi katalis yang mempercepatkan kadar pembiakan bayi di luar nikah dan sekaligus menggalakkan remaja mencuba melakukan seks pada usia belum matang.

singalautmetro.blogspot.com
20.9.2010

Sunday, September 19, 2010






TIMB PRESIDEN PKR - AZMIN 13 , MUSTAFA KAMIL 6, ZAID 5 PENCALONAN

Timbalan presiden: Azmin pecut tinggalkan Zaid


Daripada 18 cabang yang telah mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing, Naib Presiden PKR Azmin Ali kini terus memecut laju meninggalkan pencabar utamanya Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut pemimpin-pemimpin cabang yang dihubungi Malaysiakini, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak setakat ini mendapat 13 pencalonan - sembilan hari ini dan empat semalam.

Manakala pesaing terdekatnya Zaid Ibrahim yang juga penyelaras Pakatan Rakyat setakat ini mendapat lima pencalonan - dua cabang hari ini manakala tiga semalam.

Di samping kedua-dua tokoh heavyweight ini, seorang lagi naib presiden PKR Mustafa Kamil Ayub pula hari ini mula memasuki gelanggang apabila mendapat enam pencalonan.

Lima daripadanya diperoleh daripada Perak di mana beliau merupakan pengerusi perhubungannya. Ini bermakna, Mustafa Kamil kini memintas Zaid yang semalam mengekor rapat Azmin

Selain mereka, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh dan Pengarah Strategik Tian Chua pula masih belum layak kerana hanya mendapat satu pencalonan, masing-masing di Genting Highland dan Pokok Sena.

Malaysiakini juga difahamkam Azmin turut mendapat pencalonan daripada Lipis, Sandakan, Kulim dan Bandar Baharu.

Sumber-sumber yang rapat dengan Azmin pula memaklumkan bahawa bekas setiausaha Anwar itu sudah mendapat sebanyak 18 pencalonan. Bagaimanapun setakat ini, kedua-dua maklumat itu belum dapat disahkan.

Berikut senarai cabang yang membuat pencalonan untuk jawatan berkenaan:

Azmin
Indera Mahkota, Raub, Tanah Merah Arau, Libaran, Silam, Kudat, Larut, Parit Buntar, Pasir Mas, Rantau Panjang, Langkawi dan Kubang Pasu.

Mustafa Kamil
Grik, Lenggong, Bagan Serai, Taiping, Sungai Siput dan Kuala Kedah.

Zaid
Jerantut, Padang Rengas, Kota Bharu, Tumpat dan Alor Setar.

Sumber: Malaysiakini.

19.9.2010
Pertahan Bangsa Bukan Perkauman Atau Ekstrem

A Kadir Jasin


APAKAH benar ada pelampau kaum di negara kita Malaysia ini yang menolak kepelbagaian bangsa?

Saya rasa tidak ada pelampau seperti itu. Tetapi jika saya faham amaran Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, baru-baru ini, beliau seolah-olah berkata ada ekstremis seperti itu.

Boleh jadi betul kerana sebagai Perdana Menteri, tentu beliau mempunyai maklumat perisikan yang kita, sebagai rakyat biasa, tidak tahu.

Saya katakan begitu kerana laporan media memetik Mohd Najib sebagai menyatakan bangkangan keras terhadap “tindakan kumpulan dan individu ekstremis” yang didakwanya “masih tidak toleransi, apatah lagi mengakui faedah masyarakat majmuk.”

Sejak saya tahu membezakan antara Melayu, Cina, India dan Siam di kampung pinggiran sungai bernama Tanah Merah dalam mukim Guar Kepayang dalam daerah Pendang di negeri Kedah, sampailah sekarang, saya belum berjumpa seorang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau mana-mana bangsa, kaum dan suku kaum yang menolak kepelbagaian.

Baru-baru ini saya melawat anak saudara sakit di Pontian. Dia dan keluarganya tinggal dalam kebun kelapa sawit. Di sebelah pagarnya sebuah bengkel kereta milik seorang Cina.

Di tengah-tengah kampung Melayu ada sebuah dua rumah orang Cina. Di merata tempat, termasuk dalam perkampungan Melayu, ada tokong Cina.

Kalau dibuat bancian, saya rasa paling banyak tokong Cina per kapita mungkin di negeri Johor.

Kalau bangsa-bangsa dan kaum-kaum di Malaysia tidak mengamalkan toleransi, apatah lagi bersikap ekstrem, saya rasa kita bukan sahaja ada satu 13 Mei (1969), tetapi banyak 13 Mei sebelum dan selepas itu.

Hatta kempen Pas pada pilihan raya umum 1969 yang mahu “menghambat” orang Cina dan India ke dalam laut itu pun bukan berpunca daripada perasaan perkauman yang mendalam, tetapi sekadar sedap cakap dan political posturing.

Bukan apa, pada masa yang sama orang Pas berniaga dan berhutang dengan orang Cina. Orang Cina jadi Along dan Ceti melalui sistem padi kunca.

Sebaliknya, di kampung saya yang terletak dalam kawasan parlimen Kota Setar Selatan (sekarang Pendang), orang Cina undi Pas dan tolak Perikatan sehingga menyebabkan kekalahan (Tun) Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum itu.

Mungkin saya kurang cerdik dan kefahaman bahasa saya lemah. Bagi saya, orang Melayu tuntut hak dan pertahan hak bukan perkauman atau ekstrem.

Kalau orang Melayu tuntut hak dan pertahan hak dituduh perkauman dan ekstrem, maka orang Iban, Kadazan, Orang Asli, Cina dan India yang tuntut hak dan pertahan hak juga perkauman dan ekstrem.

Tetapi itulah ciri kita di Malaysia. Semua bangsa tuntut hak, semua bangsa ada hak dan semua bangsa tidak puas hati dengan hak yang mereka ada.

Kalau orang Melayu tidak bersikap toleransi, kenapa pula mereka tidak memberontak dan membuat kacau apabila kuota mereka dalam pemilikan kekayaan korporat hanya 30 peratus sedangkan bilangan mereka lebih 50 peratus? Sebetulnya bukan hanya 30 peratus, tetapi sekurang-kurangnya 30 peratus.

Zaman saya kanak-kanak dulu, jiran-jiran Cina kami memelihara, menyembelih dan menjual daging babi dalam kampung Melayu. Nenek saya membenarkan jiran Cinanya mengambil keladi dan batang pisang untuk makanan babi. Sebagai ganti, mereka memberikannya gula, kopi, kuih bulan, cerut cap ikan emas dan kepada tok wan saya rokok Rough Rider.

Atau apakah seseorang itu dianggap perkauman dan ekstrem kerana tidak memeluk erat segala bentuk mantera dan slogan pemerintah seperti 1Malaysia?

Dalam blognya (http://www.1malaysia.com.my/) pada 15 September, Perdana Menteri, antara lain mengulas: “Saya menentang perlakuan seperti ini sekeras-kerasnya. Saya berasa sungguh sedih apabila di sebalik tinggal dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan merdeka lebih dari 50 tahun, masih ada di kalangan kita ini yang tidak boleh bertoleransi, apatah lagi menerima kebaikan masyarakat yang berbeza-beza ini. Kesedihan yang saya rasakan ini adalah disebabkan dengan menolak cara hidup kita yang berbeza-beza ini, mereka juga menolak 1Malaysia.”

(I am strongly opposed to these types of behaviour. It saddens me that despite living in an independent multi-cultural nation for over 50 years, there are still those among us who cannot tolerate, much less accept the benefits of a perse (?) society. It saddens me because by rejecting our perse (?) way of life, they reject 1Malaysia.)

Kalau penolakan terhadap mantera dan slogan pemerintah boleh ditakrifkan sebagai “puak-puak dan individu-individu pelampau”, maka ramailah yang tergolong dalam kategori ini.

Mohd Najib berkata lagi: “Puak-puak pelampau ini terdiri daripada kumpulan atau inpidu-inpidu (sic) yang mempercayai pada pandangan dan tindakan radikal terhadap pihak lain. Mereka menganggap pihak yang bertentangan fahaman dengan mereka sebagai musuh dan berusaha menakut-nakutkan pihak yang tidak menerima pemikiran atau ideologi mereka dan dalam keadaan tertentu pada orang-orang yang hanya kelihatan berbeza daripada mereka.”

Apa pun diagnosis dan prognosis Perdana Menteri, saya berpendapat bahawa kita yang berbeza pendapat dengan pemerintah dan tidak memeluk erat mantera dan slogannya, bukanlah pertubuhan atau individu ekstrem, apatah lagi perkauman.

Kalau kita keras, tegas, ekstrem dan perkauman, kita tentu mengutuk dan mahu tindakan dikenakan ke atas ratusan ribu rakyat negara ini yang tidak pun boleh berbahasa Melayu dengan secukupnya, termasuklah yang memegang jawatan penting dalam politik dan pentadbiran.

Kita tentulah menuduh pertubuhan dan individu yang menolak sekolah wawasan sebagai tidak bertoleransi dan ekstrem.

Tetapi bukan sahaja konsep sekolah wawasan gagal dimartabatkan, sebaliknya ramai orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Apa yang sebenarnya berlaku pada akhir-akhir ini adalah bangsa-bangsa di Malaysia cuba menelah, memahami dan mencari tempat bagi anggota bangsa mereka dalam landskap politik yang cair dan dalam kerangka pemikiran serta tindakan baru yang berkisar di sekitar perisytiharan dan bahasa berkod (coded language) seperti meritokrasi, persamaan, Model Baru Ekonomi, 1Malaysia, keterangkuman, globalisasi dan keterbukaan.

Samalah dengan sebahagian umat Islam berbahas dan berpolemik mengenai Islam Hadhari dan akhirnya ramai menolak konsep itu kerana mereka tidak setuju Islam dilabelkan.

Bahas dan polemik yang mengutarakan isu-isu dan ciri-ciri kaum yang sedang berlangsung sekarang tidak bermakna masyarakat berbilang kaum kita semakin ekstrem dan perkauman.

Jika ada kenyataan dan pernyataan yang berbau perkauman atau ekstrem, ia mungkin tercetus akibat kebimbangan atau tanggapan bahawa struktur agung politik (political superstructure) negara tidak lagi mampu atau mirip kepada mempertahankan status quo dan kontrak sosial yang selama ini menjadi teras kestabilan dan keyakinan.

Justeru itu, kemunculan badan-badan bukan kerajaan dan individu yang berani bersuara serta bercanggah pendapat dengan pemerintah, khasnya dalam masyarakat Melayu, bukanlah satu tindakan perkauman atau ekstrem.

Malah menerima dan menghormati kepelbagaian suara serta pendapat, khasnya di kalangan kaum majoriti, adalah sesuatu yang sihat dan selaras dengan sikap toleransi dan kesederhanaan yang hendak ditegakkan itu.

19.9.3010
Tahyul: Siaran tv hari raya tidak bina minda

Mohd Ali Hashim

JERAI, 18 Sept: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membidas kerajaan yang membenarkan siaran berunsur tahyul dan tidak berfaedah di televisyen sepanjang sambutan hari raya Aidilftri.

Beliau berkata, sepatutnya Kementerian Penerangan mengkaji semula semua siaran televisyen yang tidak menjurus kepada membina minda masyarakat.

"Mereka menghidangkan hiburan yang merosakkan minda rakyat yang menonton, khususnya remaja dan anak muda. Banyak siaran yang memaparkan kisah hantu dan tahyul seperti Susuk, Congkak, Jangan Pandang Belakang dan sebagainya tidak memberi manfaat.

"Apa sebenarnya yang ingin mereka paparkan ialah merendahkan martabat rakyat tanpa disedari. Rakyat juga diajar dengan kerja-kerja tahyul.

"Sepatutnya kementerian berasa malu kerana tahap program kita banyak menekankan perkara syirik dan palsu. Oleh kerana itu bagi mengubah sistem penyiaran ini, maka Pakatan Rakyat (PR) harus diberi peluang untuk menerajui Kerajaan Pusat," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat turut menyatakan seandainya PR mampu menerajui Putrajaya, maka banyak program membina iman dan takwa akan dilaksanakan.

"Ini membuktikan Barisan Nasional (BN) sudah tidak mampu lagi untuk membina minda dan membentuk masyarakat melalui program-program yang membina.

"Kemungkinan besar mereka takut sekiranya minda rakyat dapat dibina melalui program kesedaran dan keimanan, maka sokongan kepada mereka akan semakin terhakis apabila kepalsuan dan retorik yang selama ini mereka amalkan terbongkar," ujarnya lagi.

harakahdaily,
19.9.2010
M Rajoli meninggal dunia

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar Haji Mohd Rajoli Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit lymphoma ataupun barah kelenjar otak.

Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota.

M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja.

Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pelukis.

Selain membawa watak komedi dalam lakonannya, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat, sebelum Zohor esok.

Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak.

harakahdaily,
19.9.2010
Ladang Gadong masih jadi tumpuan orang awam

KUALA LANGAT 18 Sept. - Meskipun polis memaklumkan siasatan di lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya telah selesai, namun kawasan berhampiran Ladang Gadong masih mendapat perhatian para petugas media untuk membuat liputan.

Malah, sehingga hari ini, ia masih menjadi tumpuan orang awam yang melalui kawasan berkenaan apabila dilihat banyak yang memberhentikan kenderaan di situ.

Selain orang awam yang cuba menghampiri kawasan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Dr. Karim Mansor bersama beberapa ahli keluarganya juga dilihat cuba memasuki ladang berkenaan pada pukul 10 pagi ini.

Difahamkan, ADUN itu dan keluarganya ingin pergi ke pusat perniagaan buah longan yang terletak di dalam ladang itu, namun hampa apabila mereka diarah supaya berpatah balik oleh anggota polis peronda bertugas berikutan ladang longan itu ditutup.

Tinjauan Mingguan Malaysia di kawasan itu mendapati, petugas media yang 'menumpang' di sebuah kuil di sebelah kiri jalan utama juga diawasi ketat oleh anggota polis bagi mengelak mereka menghampiri lokasi kejadian.

Selain itu, tinjauan di lokasi turut mendapati beberapa kenderaan unit forensik Polis Diraja Malaysia dan beberapa anggota polis berpakaian preman masih keluar masuk dari lokasi kejadian pembunuhan tersebut.

Bagaimanapun, tiada bukti-bukti baru dilihat dibawa keluar oleh mana-mana kenderaan tersebut.

utusanonline,
19.9.2010
Kes Sosilawati: PM ucap takziah

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Perdana Menteri meminta semua pihak terutamanya ahli keluarga Sosilawati dan lain-lain mangsa pembunuhan kejam baru-baru ini menerima hakikat kejadian tersebut dan pada masa yang sama berharap agar keadilan dapat ditegakkan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian ketika menyampaikan ucapan takziah kepada empat keluarga mangsa yang disampaikan melalui Setiausaha Politiknya, Datuk Jailani Ngah.

“Perdana Menteri juga memohon supaya kes ini tidak lagi dikaitkan dengan isu politik,’’ kata Jailani ketika menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yasin di kediaman jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak, malam ini.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 300 tetamu termasuk ahli keluarga, kenalan serta jiran tetangga itu dianjurkan untuk keempat-empat mangsa pembunuhan kejam tersebut.

Selain Sosilawati, turut dibunuh ialah pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin; pegawai bank, Noorhisham Mohammad dan peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim.

Majlis tersebut diketuai oleh Imam Surau Al-Khairiah Taman Harmonis, Mohd. Noor Syarun.

Pada majlis itu, anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi, 25, turut kelihatan tenang dan menyampaikan sedikit ucapan dan berterima kasih dengan keprihatinan semua pihak.

Sementara itu, beliau turut memberitahu bahawa semua pejabat Nouvelle Visages (NV) termasuk ibu pejabatnya di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur akan beroperasi seperti biasa mulai Isnin ini.

utusanonline,
19.9.2010
"Salurkan maklumat ke akaun Facebook saya"

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyelewengan anggota polis di negeri itu tetapi tidak berani membuat laporan supaya menyalurkan maklumat berkenaan ke laman Facebook beliau.

Khalid berkata, orang ramai mungkin takut diancam atau diugut jika laporan yang dibuat diketahui oleh anggota yang menyeleweng, tetapi ini tidak akan berlaku jika ianya disalurkan terus kepada beliau. :

“Orang ramai tidak perlu takut melaporkan sebarang penyelewengan anggota polis kepada pihak berkuasa...kalau tak berani, terus berhubung dengan saya.

“Bagaimana sesuatu penyelewengan itu hendak disiasat jika tiada sebarang laporan yang dibuat dan jika benar ada penyelewengan berlaku kenapa takut untuk membuat laporan?,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam. :

Khalid diminta mengulas dakwaan terdapat anggota polis telah 'dibeli' (dirasuah) oleh suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bagi menutup kegiatan jahatnya.

Kelmarin, Khalid meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kegiatan itu supaya melaporkan terus kepada beliau, Bukit Aman, atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Bernama

19.9.2010
Khalid Samad perlu ikut pengarang Utusan Malaysia

Bukankah MAI dan JAI kerja ikut titah.

Khalid Samad tak faham-fahamkah ?

Ikutlah editorial Utusan Malaysia. Saya 'percaya' mereka semua faham agama. Didikan ibubapa mereka cukup sempurna. 'Ustazah Teo' tak boleh, 'Ustaz Kamal' boleh !

Mentaliti UMNO dan Utusan tak berkembang-kembang sejak 53 tahun yang lalu. Istihar saja merdeka, semuanya masih dijajah.

Itu yang mereka mahu terapkan pada orang lain yang berada di luar kerangka UMNO dan Utusan.

kedahlanie,
19.9.2010
Siapa yang paling layak Timbalan Presiden

Menjelang pemilihan PKR November ini, antara jawatan yang hangat diperkatakan ialah Timbalan Presiden, bukan Naib Presiden mahupun Presiden. Untuk jawatan Presiden tidak ada sesiapa yang dijangka bersedia mencabar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bagaimanapun Naib Presiden, dijangka menjadi gelanggang besar dengan awal-awal lagi Wanita PKR telah menamakan calon mereka.

Fokus calon jawatan Timbalan Presiden ini tertumpu kepada empat nama, iaitu dua Naib Presiden sedia ada YB Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub, dengan dua lagi nama masih bermain tarik tali. Tan Sri Khalid Ibrahim dari awal memukul canang beliau tidak berminat dengan jawatan tersebut, begitu juga Datuk Zaid Ibrahim. Cuma akhir-akhir ini Zaid memberikan mesej sedia bertanding jika Khalid menolak. Ini seolah-olah bermakna, antara Khalid dan Zaid, salah seorang mungkin akan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sebenarnya jika bukan dengan kemunculan Zaid yang memberikan pilihan antara beliau dan Khalid, mungkin timbul nama kelima, iaitu Tien Chua.

Berdasarkan kekananan dalam hierarki parti, Azmin dan Mustaffa dikira paling kanan. Azmin telah bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dalam kerajaan dan tidak pernah sama sekali meninggalkan Anwar. Malah boleh dikatakan segala rahsia Anwar di dalam kocek Azmin. Apatah lagi sebagai Naib Presiden, kekosongan jawatan Timbalan Presiden memang wajar diisi salah seorang Naib Presiden. Cuma Azmin lebih bernasib baik berbanding dengan Mustaffa walaupun Mustaffa lebih dahulu mengenali dan rapat dengan Anwar.

Sewaktu Anwar memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia, Mustaffa ialah Presiden Pertubuhan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). PKPIM pada waktu itu antara pertubuhan pelajar paling kuat menyokong Anwar, baik semasa beliau dalam ABIM atau kerajaan. Cuma Mustaffa tidak begitu bernasib baik berbanding Azmin. Bagaimanapun, jika mahu mencari seorang lagi yang se acuan Anwar, dia ialah Mustaffa. Itulah kekuatan dan kelemahan beliau.

Kekuatan Mustaffa kerana beliau mempunyai sahsiah politik yang amat similar dengan Anwar dek kerana dilatih oleh Anwar. Sebab itu beliau berbicara seumpama Anwar, kadangkala juga berpakaian semacam Anwar pada zaman perjuangannya, dan bervisi sesuatu yang tulus dan amat jujur. Cuma dalam politik, tidak cukup hanya menyerupai dan berfikiran seperti bosnya. Dari segi pengalaman dan sepak terajang politik, Anwar jauh meninggalkan Mustaffa.

Mustaffa tidak bernasib baik kerana kalah dalam Pilihan Raya Umum 2008. Andai beliau menang, kerusi Menteri Besar Perak adalah haknya yang tidak dipersoalkan. Ketika Pakatan Rakyat terlibat dalam sesi panjang mencari calon Menteri Besar, nama beliau turut diusulkan walaupun beliau tidak memenangi kerusi DUN. Dikatakan bahawa dalam Perlembagaan Tubuh Negeri Perak, tidak tercatat seseorang itu perlulah ahli DUN. Bagaimanapun kerana situasi melantik bukan Ahli DUN sebagai Menteri Besar belum pernah berlaku, malah mendapat pelbagai bantahan, maka Mustaffa terkeluar daripada senarai calon akhirnya. Tanpa sebarang kerusi kuasa Mustaffa menjadi pemimpin sekunder dalam hierarki PKR. Apatah lagi beliau seorang loyalist Anwar yang tidak akan membantah apa sahaja disuruh Anwar. Kesetiaan yang mutlak kadangkala tidak dapat menonjolkan kewibawaan seseorang pemimpin.

Berbanding Mustaffa, Azmin dikatakan lebih pintar dan licik permainan politiknya, dalam bahasa Inggerisnya disebut ‘true political animal’. Beliau juga dididik Anwar, malah lebih mendapat didikan politik kerana bekerja rapat dengan Anwar. Maka beliau berupaya membina jaringan lebih hebat sejak dalam UMNO dahulu sehinggalah PKR ditubuhkan. Kelebihan Azmin bukan sahaja kerana kehebatannya berpolitik, malah lebih mempunyai sumber berbanding pemimpin PKR lain. Beliau mampu bergerak tanpa mendapatkan penajaan daripada sesiapa, malah dikatakan pandai menjaga pengikutnya. Ini membolehkan beliau mempunyai rangkaian lebih jauh, luas dan berkesan.

Mustaffa dan Azmin, dua manusia yang sama sekali berbeza. Mereka masih bersahabat baik, tetapi seteru politik di dalam parti. Masing-masing sentiasa cuba untuk menggembirakan ‘bos’ tetapi kelihatannya Azmin, walaupun Mustaffa lebih jujur dalam politiknya. ‘Bos’ PKR tahu bahawa Mustaffa boleh menjadi pemimpin yang baik seumpama Nik Aziz, tetapi tentu beliau juga tahu PKR memerlukan pemimpin lebih robust, tekal dan berani. Pada masa sama, PKR juga tidak mahu pemimpin yang dilihat terlalu ghairah untuk memegang jawatan sehingga dikhuatiri rakan komponen dalam Pakatan Rakyat. Malah jika Mustaffa tidak mencabar Azmin, awal-awal Tien Chua sudah memberikan amaran tidak akan mengizinkan Azmin menang percuma.

Dalam keterperangkapan PKR antara Mustaffa dan Azmin, timbul awalnya nama Khalid dan seterusnya Zaid. Sejak Khalid menjadi Menteri Besar Selangor sudah beberapa kali namanya ditimbulkan sebagai pilihan ketiga. Mengapa ada pilihan ketiga? Mungkin kerana PKR memerlukan seseorang yang lebih lengkap pakejnya berbanding dua nama tersebut. Cuma, adakah Khalid nama alternatif paling baik?

Khalid awal-awal sudah beberapa kali menolaknya. Dalam politik, jika seseorang mahu bertahan, dia harus memegang jawatan yang kanan dalam hierarki kepimpinan parti. Seawal Khalid menyertai PKR, beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung, lalu kemudiannya Bendahari Agung pada waktu PKR dalam kesulitan dananya. Khalid dikatakan dapat membantu pendanaan PKR menjelang pilihan raya umum.

Khalid bernasib baik apabila menang kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Ijuk. Andainya PKR mampu mengambil alih Kerajaan Pusat, Khalid adalah calon untuk Menteri Kewangan. Beliau masih bernasib amat baik kerana dengan kedudukan sebagai Bendahari PKR yang rapat dengan Anwar dan dianggap sebagai nama korporat besar, beliau memintas Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Ini kelihatan sesuatu yang kurang adil kepada Azmin, tetapi sebagai ahli politik yang bijaksana, Azmin mengambil jalan tengah untuk berdamai.

Khalid dinilai prestasinya sebagai Menteri Besar dan Ahli Politik. Ramai beranggapan sebagai ahli politik, beliau gagal kerana tidak ‘pandai’ menggembirakan penyokong. Kepimpinan politik yang berjaya, apabila berupaya membina kumpulan penyokong tegar di sekeliling yang akan menjadi pagar kepada beliau. Khalid adalah lone ranger dalam PKR walaupun beliau lebih disenangi rakan-rakan dalam Pakatan. Walaupun dilihat sebagai calon berwibawa dalam pengurusan kerajaan, ramai dalam PKR tidak menjangka beliau boleh menandingi Azmin dalam pemilihan Timbalan Presiden, malah kalau dilihat hubungan mesra akar umbi, Mustaffa jauh lebih baik.

Apabila Zaid menyertai PKR, beliau dilihat sebagai calon paling ideal untuk mengambil alih kepimpinan dalam Pakatan Rakyat andainya apa-apa terjadi kepada Anwar. Dalam saf kepimpinan Pakatan Rakyat, Zaid lebih mudah diterima walaupun awalnya akar umbi dalam Pas sukar menerimanya. Cuma Pas adalah parti yang patuh kepada kepimpinan mereka, lalu apabila kepimpinan Pas menerima Zaid, maka pengikut mereka menerimanya. Apatah lagi Zaid dikatakan bukan lagi Zaid pada zaman UMNOnya walaupun tag liberalnya masih kuat terlekat.

Dari segi kecerdikan berpolitik dan kemampuan sumber, Zaid setanding Azmin, hatta sumbernya jauh lebih besar daripada Azmin. Zaid berupaya memberikan saingan kuat kepada Azmin. Kekurangan Zaid ialah kerana beliau masih baru dalam PKR dan belum mengenal sepak terajang dalam PKR sepenuhnya. Persaingan dalam PKR berbeza dengan persaingan dalam UMNO, apatah lagi dengan pengenalan kaedah baru dalam PKR yang memberikan suara dan undi kepada umbi dengan pengundian melibatkan semua cabang dalam PKR.

Akhirnya antara Mustaffa, Azmin, Khalid dan Zaid; siapakah akan menjadi pilihan ahli-ahli PKR? Bagaimana dengan peranan Anwar, sama ada akan memberikan isyarat atau tidak siapa calon pilihannya? Sukar terjadi persaingan empat penjuru, paling-paling tiga atau dua. Akan ada berlaku kompromi dengan calon-calon consolidate di bawah seorang calon, cuma nama yang pasti tidak menarik diri dan tidak bersekutu dengan mana-mana calon lain ialah Azmin. Mustaffa mungkin nanti akan melihat bagaimana Khalid dan Zaid membuat keputusan, sama ada beliau ‘join the wagon’ atau membuat keputusan ‘if you cant beat them, join them’. - Ishak Hamzah

kedahlanie,
19.9.2010