ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, June 30, 2010

PEMBATALAN LESEN JUDI BOLA DAN 40 ULAMA MUDA

Pembatalan lesen Judi Bola yang hangat dipertikaikan baru-baru ini termasuk oleh orang-orang PR akhirnya berakhir dengan kata putus dari Najib, lesen dibatalkan. Apakah ini satu isu yang dirancang Najib atau memang beliau ada hasrat untuk memberikan lesen judi bola pada musim piala dunia 2010 masih kabur untuk dibuat telahan. Namun apa yang dapat dilihat dari isu ini, ia cuba menaikkan kembali maruah Najib sebagai PM dan pemimpin UMNO yang merudum teruk akibat kes-kes yang mencemarkan nama baik beliau seperti kes Altantuya, kes kehilangan enjin jet pejuang, rasuah yang berterusan, perpecahan di kalangan parti komponen BN dan sebagainya yang kesemuanya itu menampakkan Najib sebagai pemimpin yang bermasalah di negara sendiri.

2. Namun pembatalan lesen judi piala dunia itu dilihat dapat membersihkan sedikit sebanyak arang yang terpalit dimuka Najib. Judi adalah jelas haram dalam Islam yang disebut sekali bersama arak,tenung nasib dan beberapa kesalahan lain. Mungkin isu ini sengaja dicipta oleh penasihat-penasihat Najib demi untuk membersihkan nama beliau. Mungkin juga isu ini memang benar, tetapi dibatalkan oleh Najib setelah mendapat reaksi dari rakyat yang hampir kesemuanya menentang isu tersebut.

3. Begitu juga dengan isu 100 ulama muda akan menyertai UMNO dan akan diketuai oleh Dr.Mohd Asri Zainul Abidin (Dr.Maza). Namun apabila tiba masanya dilaporkan tidak sampai 40 ulama muda yang menyertainya, bahkan sesetangahnya tertipu dengan sandiwara UMNO yang cuba mempermainkan ulama-ulama muda tersebut. Bila ulama menyertai UMNO, tentulah nama UMNO akan kembali pulih. Namun perancangan mereka tidak menjadi dan Dr. Mohd Asri sehingga ini membisu dengan isu tersebut. Beliau masih belum menyertai UMNO, sekalipun yang lain-lain sudah menyertainya secara rasmi kelmarin.

4.Isu judi bola dan isu ulama muda jelas adalah usaha untuk menaikkan kepimpinan Najib yang menjunam teruk oleh kesilapan beliau sendiri. Mungkin ia dirancang oleh pakar-pakar strategi UMNO untuk kembali memulihkan imej UMNO seterusnya meraih kemenangan pada PRU ke 13 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Namun UMNO sudah berada dipersimpangan. Mereka mungkin kalah dalam PRU ke 13 jika tidak ada penyelewengan dalam PRU itu. Keadaan dan perkembangan semasa menampakkan UMNO sudah mula ditolak oleh rakyat marhaen yang inginkan perubahan dalam corak kepimpinan negara. Tidak ada gunanya berada di bawah UMNO-BN, jika rakyat terus ditimpa oleh berbagai musibah, negara hampir bankrap, amalan kronisme berterusan bahkan semakin parah di bawah pentadbiran UMNO-BN.

AlKundangi,
30.6.2010.
Khalid Ibrahim bercuti ke luar negara mulai esok Jun 29, 10 7:25pm



Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan bercuti selama lima mulai esok, berkata kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor tanpa berkuasa dalam parti di peringkat negeri, merupakan satu "cara pentadbiran baru."

Bermula esok, Khalid akan ke Singapura bagi menghadiri Persidangan Bandar Sedunia esok dan seterusnya ke Brisbane, Australia untuk menghadiri satu sesi perbincangan dengan para graduan terpilih University of Queensland. Katanya, penyusunan kuasa seperti ini juga bagi memastikan tiada konflik kepentingan di kalangan pentadbir kerajaan dan juga pemimpin parti.

"Ini satu pembaharuan, satu inovasi. Satu isu lagi ialah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Seorang jaga negeri, seorang lagi jaga parti," katanya. Ditanya lanjut, beliau berkata, perubahan seperti itu juga perlu bagi memastikan Pakatan Rakyat akan kekal memerintah Selangor. "Pakatan akan membuat beberapa perubahan dari masa ke semasa tapi mensesuaikannya dengan keadaan.[Berita Penuh]

Sumber:kedahlanie.blogspot.com
30.6.2010.

PERJUMPAAN BLOGGER: REALITI DAN HAKIKAT

PERJUMPAAN BLOGGER - REALITI DAN HAKIKAT
Oleh Wan Fauzdin - Laman M@RHAEN

Saya amat menghormati pandangan rakan Blogger yang mahu adakan perbincangan atau perjumpaan di kalangan Blogger Pro PR. Ini adalah berlanjutan daripada serang menyerang di antara beberapa Blogger penyokong PR berkaitan beberapa isu khususnya yang berkaitan dengan UG, Kumpulan Erdogan dan juga pro Ulamak. Sebenarnya ini isu lama dan semua telah maklum isu ini telah pun dapat diselesaikan oleh kepimpinan PAS sendiri.

Niat baik rakan saya yang mahu kepada perbincangan itu mendapat maklumbalas pro dan kontra dari rakan-rakan yang lain. Selaku salah seorang yang ingin melihat PAS berjaya bersama PR menuju ke Putrajaya, saya ingin juga menyuarakan pandangan saya dan tentunya juga akan mendapat maklum balas pro dan kontra juga. Itu biasa di dalam memberikan pandangan.

Saya berpendapat, tidak perlu diadakan perbincangan seperti yang dicadangkan oleh rakan saya itu. Bagi saya, PAS khususnya kini telah berada di landasan yang betul dan tepat lebih baik dari sebelumnya. Saya juga di antara pengkritik UG pada suatu ketika dan sering menuding jari kepada beberapa pimpinan yang saya rasa condong ke arah itu. Tetapi setelah pimpinan PAS bijak di dalam menghalusi semua pandangan beberapa pengkritik UG, maka Muktamar PAS mengambil keputusan menutup terus isu UG dan memberi jaminan bahawa PAS kekal bekerjasama dengan PR. Sekaligus bererti harapan mereka yang cintakan UG berkecai, namun kita lihat mereka kembali bersatu dan bersama-sama bersetuju dengan keputusan Muktamar iaitu menutup isu UG ini.

Seharusnya kita Blogger yang dahulunya begitu ekstrim menentang UG patut berbangga kerana diberi perhatian oleh pimpinan yang kita sokong. Isu ini kembali dimainkan kerana kita kadangkala terlalu mudah membuat tafsiran yang terburu-buru. Apabila Tuan Guru Presiden tidak mahu memberi jaminan sepanjang beliau memimpin tidak akan berlaku UG dengan Umno, maka kita beranggapan bahawa masih ada lagi hasrat di kalangan pimpinan PAS terhadap UG yang telah ditutup itu. Bagi saya, sebagai sebuah parti Islam, PAS menentang Umno selagi Umno menentang Islam. Apakah jaminan bahawa Umno akan selama-lamanya menentang Islam?

Memang benar, pada waktu ini dan saat ini wajib kita menentang Umno. Selagi Umno menentang PAS yang mahukan Islam didaulatkan, selagi itulah jangan disebut tentang UG. Sekiranya ada pemimpin PAS yang bercadang untuk menghidupkan kembali UG dikala Umno tetap menentang Islam, wajib kita Blogger kembali menyerang pemimpin berkenaan kerana mereka ternyata menentang keputusan Muktamar. Setakat ini, Alhamdulillah, pemimpin kita semakin bersatu samada di kalangan yang dikatakan Erdogan mahupun golongan Ulamak. Terbukti di dalam beberapa PRK sebelum ini PAS bersatu dengan begitu baik sekali dengan rakan-rakan di dalam PR dan terus menyerang Umno dengan begitu hebat. Bukankah ini yang kita mahukan?

Mungkin ada di kalangan pembaca yang berfikiran saya juga condong ke arah UG. Bagi saya tiada UG atau perpaduan selagi tidak meletakkan Islam sebagai asasnya. Mungkin pandangan saya ini terlalu dangkal jika hendak dibandingkan dengan penganalisa yang lain. Asas saya mempercayai kepimpinan PAS yang ada sekarang adalah kerana mereka telah buktikan bahawa PAS telah bekerjasama dengan baik bersama rakan-rakan mereka di dalam PR sejajar dengan keputusan Muktamar PAS sendiri.

Sehubungan itu, marilah kita Bloggers yang cintakan kepada perjuangan ini melihat kepada realiti dan kenyataan di depan mata. Cuba berfikir sejenak apabila timbul persepsi negatif terhadap pimpinan kita. Amat rugi buat kita yang `berperang' sesama kita sedangkan hakikatnya kita tiada sebab untuk berperang.

http://wfauzdin.blogspot.com/2010/06/perjumpaan-blogger-realiti-dan-hakikat.html


- Wan Fauzdin

30.6.2010