ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, September 5, 2009

SEKAT PILIHANRAYA KECIL LUAR BIASA- DATUK S.AMBIGA

Sekat pilihanraya kecil tindakan luar biasa- Peguam




KUALA LUMPUR 4 Sept. — Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam, Datuk S.Ambiga menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketiga-tiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V.Sivakumar.
“Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku,” katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar.
Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, berhujah mewakili Sivakumar dalam permohonannya bagi satu semakan kehakiman untuk mengarahkan SPR supaya mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong dan mengadakan pilihan raya kecil.

Sivakumar menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu, Adun Jelapang, Hee Yit Foong, dan SPR sebagai responden.-Bernama

Thursday, September 3, 2009

BEBERAPA KEISTIMEWAAN MB SELANGOR

Beberapa Keistimewaan MB Selangor

Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menyangka suatu hari beliau akan menjadi Yang Berhormat dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor. Mungkin beliau tidak pernah terfikir akan hal ini. Tetapi hari ini itulah kenyataannya, dan beliau merupakan MB yang popular dalam Pakatan Rakyat.

2.Beliau sebenarnya sudah sekian lama menjadi orang korporat dengan memimpin PNB yang bertanggungjawab ke atas amanah saham-amanah saham yang ditaja oleh kerajaan. Namun kemudian beliau meninggalkan PNB dan menjadi tokoh pula dalam Guthrie.

3.CEO Terbaik 1997 anugerah Majalah Business Times ini dilahirkan pada 1946 Di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram Kuala Selangor. Beliau belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Beliau memperoleh ijazah BA Hons dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

4. Pembabitannya dalam politik bermula dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan menjawat jawatan Bendahari PKR serta Ketua Perhubungan PKR Selangor. Buat pertamakalinya beliau menyertai Pilihan Raya Kecil Ijok pada April 2007, tetspi tewas. Percubaan seterusnya pada PRU ke 12 dan beliau menang di Ijok atas tiket PKR dan Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Akhirnya dengan persetujuan anggota Pakatan Rakyat beliau dicalonkan menjadi MB Selangor dan pihak Istana memperkenankannya.

5. Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya semasa menjadi MB Selangor hingga sekarang. Beliau ditohmah membelakangkan orang Melayu pada pelantikan pemangkuan Madam Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar PKNS. Dengan hujah dan alasan yang kuat, akhirnya tohmahan itu dapat ditepisnya dan isu itu selesai dengan tamatnya pemangkuan Madam Low.

6.Tidak selesai dengan isu PKNS, beliau dituduh pula menggunakan wang kerajaan untuk membiayai lembu korban di Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Namun Tan sri Khalis dapat menangkis serangan puak-puak UMNO-BN dengan menyatakan memang ada peruntukan sedemikian dan Menteri Besar terdahulu pun pernah menggunakannya. Akhirnya isu itu tenggelam begitu sahaja.

7. Selanjutnya beliau dituduh pula menggunakan wang kerajaan untuk membaikpulih kereta peribadi. Bila beliau menjelaskan memang ada peruntukan sedemikian, serangan UMNO-BN itu dapat ditenggelamkannya.

8.Isu terbaru adalah kepala lembu yang diletakkan di hadapan pejabat SUK Selangor sebagai protes pemindahan tapak kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Difahamkan isu ini sebenarnya didalangi oleh UMNO-BN dalam cubaan untuk mencetuskan isu perkauman di Selangor seterusnya merampas kembali Negeri Terkaya itu dari Pakatan Rakyat. Namun sehingga kini UMNO-BN gagal berbuat demikian apabila Tan Sri Khalid bijak menanganinya dan ia tidak menjadi isu besar yang membawa padah.

9. Selain itu, banyak usaha-usaha dilakukan oleh beliau untuk meningkatkan kepercayaan rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat, seperti memberi subsidi air bagi 20 meterpadu yang pertama secara percuma, imbuhan wang kepada pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA, imbuhan kepada ibu-ibu yang bersalin dan berbaga-bagai kemudahan sebagai keprihatinan beliau kepada rakyat Selangor.

10. Apa yang dihadapi dan dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim menarik perhatian, kerana semua persoalan dapat ditanganinya di samping menjadikan beliau antara MB Pakatan Rakyat yang mempunyai kedudukan yang istimewa dan tersendiri dalam kelasnya. Mudah-mudahan beliau akan terus tetap teguh bertahan walaupun diserang bertubi-tubi oleh UMNO-BN yang memang teringikan kembali Negeri Selangor ini. Dan memang ironis bila kita teringat MB terdahulu menghadiahkan sebatang penyapu kepada seorang Yang DiPertua Majlis Perbandaran, kini Tuhan telah membalasnya di dunia lagi dengan terlepasnya Selangor ke tangan Pakatan Rakyat, dan terbukanya banyak pekungnya sendiri di samping cubaan yang gagal untuk setiapkali memporakperandakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Untuk itu, tahniah diucapkan kepada MB Selangor, semoga Yang Berhormat akan tetap terus tabah menghadapi cabaran demi cabaran.


AlKundangi,
3.9.2009
http://alkundangi.blogspot.com

Tuesday, September 1, 2009

PENIPUAN DALAM KEMERDEKAAN

Penipuan Dalam Kemerdekaan

Memang pada lahirnya negara kita telah merdeka sejak 52 tahun yang lalu. Rundingan di antara UMNO,MCA,MIC dan Kerajaan British dengan prinsip jus soli memberikan kejayaan kepada bekas kolonial itu. Dengan penerimaan prinsip jus soli, UMNO terpaksa menerima kehadiran bagsa-bangsa lain iaitu MCA dan MIC serta memberikan hak kerakyatan kepadanya. Sebagai imbalannya, MCA dan MIC wajib menerima hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan. Dengan begitu, jadilah negara ini rakyat berbilang kaum sepertimana sekarang ini. Masyarakat majmuk yang wujud di negara ini adalah hasil rundingan kemerdekaan itu yang sedikit sebanyak memberikan kesan kepada corak pembentukan politik dan ekonomi negara.

2. Sebelum kedatangan kaum imperialis Barat yang dimulai oleh Portugis pada tahun 1511, Tanah Melayu adalah sebuah negara Islam. Ini terbukti dengan catatan-catatan seperti Batu Bersurat Terengganu yang tertulis hukum-hukum hudud di atasnya yang menjadi asas kepada hukum dan undang-undang negara ini dan ia dipraktikkan dengan baik dengan bukti hasil peninggalan artifak-artifak itu.

3. Namun, seperti yang kita faham, kaum imperialis Barat datang ke Asia Tenggara untuk mendapatkan rempah, lada hitam, dan sebagainya serta menjalin hubungan dagang di samping menakluk negara-negara berkaitan yang seblum itu merdeka dan memerintah dengan sendiri,seperti kerajaan Melayu Melaka,kerajaan Kedah dan lain-lain. Dari kajian terhadap Undang-Undang Laut Melaka, adalah didapati bahawa hukum-hukum Islam mendasari Undang-Undang Laut itu. Ini membuktikan kerajaan Melaka juga mempraktikan hukum Islam dalam pentadbiran kerajaannya.

4. Bagaimana pun dari beberapa kajian yang dibuat, kedatangan kaum imperialis Barat ini bukan dengan tujuan untuk perdagangan, tetapi mereka membawa satu misi untuk menghapuskan pengaruh Islam yang sedang bertapak kuat di negara kita dan di sebahagian besar Nusantara termasuk Filiphina Selatan dan Indonesia. Di samping menjajah, mereka menyemaikan kebudayaan Barat dan agama kristian terhadap negara yang dijajahnya. Proses kristianisasi itu berjalan terus, sehingga akhirnya ia berakar umbi disamping kebucayaan dan cara hidup Barat di negara kita.

5. Apabila Inggeris ingin memberikan kemerdekaan kepada kita, mereka sudah pun memastikan Islam tidak akan bangkit lagi dan tidak akan berkuasa lagi di negara ini, barulah sesuatu negara itu dimerdekakan. Sebab itu bila kita dimerdekakan kita dilengkapkan dengan Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyebut Islam sebagai agama rasmi negara, bukan Islam sebagai undang-undang negara. Pejuang-pejuang kemerdekaan mungkin menyedari hakikat ini, namun mereka menerima syarat-syarat kemerdekaan itu kerana mereka juga sudah di"baratkan" dan hanya menerima Islam sebagai agama rasmi dalam juzuk-juzuk tertentu sahaja. Islam tidak lagi memerintah sebagaimana sebelum kita dijajah.

6. Dengan demikian, kemerdekaan yang kita perolehi itu adalah satu kemerdekaan yang artificial, kemerdekaan yang hanya indah khabar dari rupa, namun sebenarnya kita dipaksa menerima sistem dan pemerintahan Barat, di samping raja-raja Melayu yang hanya berkuasa dalam bidang tertentu sahaja. Inilah kemerdekaan yang telah kita rayakan sejak 52 tahun dahulu. Inilah juga kemerdekaan yang kita bangga-banggakan itu. Apakah benar kita sudah merdeka? Apakah kita dapat mengembalikan Islam ke tempat asalnya sebagaimana sebelum kemerdekaan? Islam telah mengajar kita jauh lebih maju dari apa yang dicatat oleh Abdullah Munsyi sebenarnya. Bahkan Professor Syed Naquib misalnya menyatakan kita telah mengetahui dan telah belajar menulis dan membaca melalui kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kita telah mengenal abjad alif ba ta dan membaca alFatihah dan AlQuran sebelum kedatangan Inggeris dengan alat cetaknya. Apakah huruf-huruf Arab itu bukan huruf?. Apakah hanya abc sahaja baru diiktiraf sebagi huruf abjad? Jadi, apakah Islam atau Baratkah yang telah mencerdikkan ummat Melayu ini? Inilah sebenarnya penipuuan sejarah yang sedang kita lalui. Sebab itu sebahagian ulama yang faham keadaan ini menentang kemerdekaan yang di taja oleh Tungku, MCA,MIC dan Inggeris itu. Dan mereka menganggap negera ini belum merdeka sehingga Islam didaulatkan kembali sepertimana zaman sebelum penjajahan dahulu. Atau apakah makna sebenar kemerdekaan itu?


AlKundangi,
1.9.2009
http://alkundangi.blogspot.com

ABDUL HADI:PERJUANGAN KEMERDEKAAN BELUM SELESAI

Perjuangan kemerdekaan belum selesai: Abdul Hadi

SHAH ALAM - Pas akan terus membawa perjuangan kemerdekaan yang sebenarnya masih belum selesai daripada kaca mata pemimpin parti itu, walaupun negara sudah merdeka 52 tahun.

Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang berkata, Pas menganggap perjuangan menuntut kemerdekaan tidak akan selesai selagi wujud warisan penjajah, bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat hari ini.

Menurutnya, semangat memperjuangkan kemerdekaan timbul setelah menjadi mangsa kezaliman di kalangan pemimpin UMNO sejak dulu lagi.

“Pas tidak akan menyerah kalah, parti pertama memperjuangkan kemerdekaan yang merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar,” katanya.

Abdul Hadi berkata, kemerdekaan yang dibawa Nabi Muhammad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk, dengan memberi fokus mengabdikan diri kepada Allah SWT.

“Itulah makna kemerdekaan sebenar. Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum selesai,” katanya.

Mengenai erti perjuangan kemerdekaan sebenar, beliau berkata, membebaskan diri daripada mengabdikan diri sesama manusia, sama ada ideologi, teori atau kepimpinan berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara ditegah Allah SWT.

http://wwww.sinarharian.com.my
1.9.2009

Sunday, August 30, 2009

ISU KEPALA LEMBU: JANGAN CETUS PERTELINGKAHAN-HISHAMUDDIN

Jangan cetus pertelingkahan

Oleh SAIFULIZAM MOHAHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pihak polis telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja mencetuskan pertelingkahan kaum tanpa mengira sesiapa termasuk 200 penduduk Islam yang berarak membawa kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam .

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan seumpama itu terpaksa diambil kerana keutamaan kerajaan ketika ini adalah keselamatan rakyat serta keamanan negara.

"Pertimbangan dan keutamaan saya adalah keamanan negara dan keselamatan rakyat pelbagai kaum.

"Oleh itu saya telah mengarahkan pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum tidak kira kaum dan agama,'' katanya.

Beliau mengulas tindakan 200 penduduk Islam di Seksyen 23, Shah Alam dan beberapa NGO berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai tanda membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan yang majoriti penduduk Islam itu.

Kumpulan itu berkumpul di Masjid Negeri selepas solat Jumaat sambil membawa sepanduk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.

Bagaimanapun ia telah mencetus kontroversi apabila terdapat sebilangan penduduk yang menggunakan kepala lembu berarak dan meletakkannya di hadapan pejabat SUK.

Dalam pada itu, Hishammuddin sedar tanah yang diluluskan oleh kerajaan Selangor untuk pembinaan kuil tersebut tidak sesuai kerana majoriti penduduk di kawasan berkenaan adalah orang Islam.

Keadaan itu, katanya telah membangkitkan kemarahan penduduk tetapi beliau amat berharap isu tersebut tidak sampai ke tahap berlakunya pertelingkahan kaum.

"Membawa kepala lembu memang tidak sensitif tetapi harus diingat pernah ada satu insiden yang mana bendera UMNO telah digunakan membalut kepala babi dan kemudian ditinggalkan di depan bangunan UMNO," katanya.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr. Rais Yatim berkata, rakyat perlu belajar daripada peristiwa 13 Mei 1969 agar dapat mengekalkan tahap perpaduan antara kaum di negara ini.

Katanya, setiap kaum perlu menyelaraskan perasaan serta sentimen emosi mereka secara rasional.

Beliau berkata, soal agama dan budaya adalah perkara yang sensitif serta tidak boleh diperlekehkan.

"Mereka tidak boleh terbawa-bawa dengan perasaan sebegitu, kita perlu menjaga suasana harmoni di dalam negara ini,'' katanya semasa ditemui selepas majlis raptai sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 di Dataran Parlimen hari ini.

Rais berkata, tindakan yang berlaku semalam perlu dielakkan pada masa akan datang.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini berdasarkan apa yang terjadi semalam yang mana mereka seolah-olah menghina kepercayaan agama lain.

"Sepatutnya di bulan puasa yang mulia ini, kita sebagai umat Islam perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi,'' katanya.

http://wwww.utusan.com.my
30.8.2009

ISU KEPALA LEMBU: APAKAH LAGI YANG TERJADI DI SELANGOR

Kepala Lembu Dipijak, Quran Dibakar

Krisis demi krisis yang berlaku tidak putus-putus mengundang pelbagai tanggapan dan persepsi terhadap Kerajaan Selangor yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat. Adakah ini disebabkan kelemahan pengurusan ataupun terdapat anasir yang benar-benar bekerja keras untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan ini?

Kejadian petang semalam benar-benar mengundang kemarahan terutama saudara yang beragama Hindu. Setakat ini tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku susulan dari kejadian tersebut. Kita sendiri berharap saudara kita yang beragama Hindu dapat bertenang sehingga kes ini dapat diambil tindakan.

Beberapa orang Menteri dan Ketua Komponen Parti telah melahirkan pendapat dan yang pasti arahan PM supaya Ketua Polis Negara menyiasat kejadian itu mengundang seribu tanda tanya. Mengapakah sewaktu perhimpunan tersebut yang jelas berbentuk rasis dan menghina agama itu tidak disekat dari awal-awal lagi? Dimanakah perginya Polis dan FRU yang sering lengkap bersedia keatas kemungkinan seperti ini. Kumpulan demonstrasi ini bergerak seolah tiada siapa yang menghalang.

Yang amat memalukan kejadian ini berlaku dia bulan ramadhan dan mereka mulai berdemonstrasi selepas selesai solat jumaat. Apa yang lebih menimbulkan kemarahan adalah motif sebenar mereka berarak membawa kepala lembu, yang mereka sendiri tahu adalah binatang yang suci bagi mereka yang beragama Hindu. Adakah ini salah satu bentuk provokasi secara terang yang dilakukan oleh pihak yang menginginkan berlakunya pertelingkahan kaum seperti peristiwa 13 Mei?

Apa yang dapat saya fikirkan adalah, setelah pelbagai bentuk serangan yang dilemparkan keatas Kerajaan Negeri Pakatan, dari kes rasuah, kes arak yang melibatkan kaum Cina tidak berhasil, lebih-lebih lagi apabila didapati kes tersebut diselesaikan dengan penuh hikmah, kini mereka beralih untuk menyalakan api kemarahan kepada kaum India pula.

Kalau kita perhati betul-betul video demonstrasi tersebut, kita dapati setiap jawapan kepada wartawan adalah tidak berasas dan merapu. Bila ditanya mengapa perlu ada kepala lembu, mereka menyalahkan individu lain. Ini menunjukkan ada unsur sabotaj oleh pihak yang ingin menghuru-harakan keadaan dinegeri Selangor. Laporan yang diterima, terdapat ramai dikalangan mereka yang menyertai demonstrasi tersebut bukanlah penduduk seksyen 23. Persoalannya mengapa mereka juga turut serta?

Apakah reaksi anda yang beragama Islam jika Quran dibakar dan dipijak dihadapan anda? Anda fikirkanlah sendiri.

Apapun kita tunggu reaksi selanjutnya dari Perdana Menteri dalam masa yang terdekat ini.

http://kedahlanie.blogspot.com
30.8.2009