ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, February 13, 2020

SEJAMBAK BUNGA YANG LAYU-BHG. 2

Sejambak Bunga Yang Layu

Ulasan [BHG. 2]

Agak sukar mengulas bahagian ini kerana puisi ini agak pendek , dengan itu tidak ba nak yang dapat diperkatakan. Namun satu huraian boleh dikemukakan.

Penyair memulakan puisinya dengan perkataan ini waktu. Mengapa dia tidak menulis waktu ini? Tentu ayat sebegini kita lihat terbalik dari biasa. Adakah penyair boleh membelakangkan tatabahasa? Sesetengah pemgkritik menyebut kepenyairan adalah lesen untuk tidak terikat dengan tatabahasa.

Ini waktu dan waktu ini mempunyai makna yang sama. Namun kesan yang ditimbulkan berbeza.

Zainal lasim,
13.2.2020.
bersambung.

SEJAMBAK BUNGA YANG LAYU

Sejambak Bunga Yang Layu

Tajuk di atas adalah sebuah puisi penyair Wan Zai Wan lsmail yang tersiar di Sabah Times pada 9.2.2020. Puisi ini agak pendek . Ia hanya serangkap. Namun ia mempunyai mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca, juga mungkin kepada seseorang yang hanya disebut 'mu' dalam puisi ini. Saya perturunkan puisi itu di bawah ini.

Ini waktu aku masih terkenang
Merah sejambak mawar
Pernah kukirim
Namun tidak bernilai
Di matamu.

Puisi pendek ini hanya mengandungi 5 baris dan ditulis dalam satu rangkap sahaja.

Tema dan persoalan

Puisi ini mengungkapkan kenangan penyair kepada sejambak bunga mawar merah yang pernah dikirimnya kepada seseorang, namun penerimanya hanya memandang sepi kiriman itu yang disifatkan oleh penyair sebagai tidak bernilai di matamu.

Apakah .memang benar penyair mengirim sejambak mawar merah atau ia hanya merupakan perlambangan kepada sesuatu yang lain seperti hadiah, atau perasaan kasih yang dihantanya kepada jejaka pilihan hatinya.lnilah kelebihan puisi. Ia boleh ditafsirkan dengan berbagai makna atau disebut ambiguiti yang tidak ada pada genre lainnya.

Namun terpulanglah kepada audien untuk menilainya. Sejambak mawar merah boleh ditafsirkan apa sahaja yang sinonim dengannya..

Bahasa, Teknik dan Struktur

[Bersambung di bahagian 2].
Zainal lasim
12.2.2020.

KOMUNIKASI DI MEDIA SOSIAL




Zainal Abidin Lasim
KOMUNIKSI
Reaksi seorang sahabat maya menyebabkan saya tulis ini; komunikasi. Apakah tujuan sebenarnya kita berkomunikasi dengan orang lain? Tak kira apa saluran yang digunakan, komunikasi adalah interaksi kita dg orang lain, melalui saluran tertentu supaya orang faham apa yang ingin kita sampaikan.

2. Komunikasi ditakrifkan sebagai 'who speak to whom with what channel and what effect. Umumnya komunikasi ada yang sehala seperti berceramah dan ada yang dua hala seperti berbual dengan rakan.

3. Tujuan komukasi adalah untuk memberi faham apa yang kita mahu/ atau fikirkan. Jika seseorang itu tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan, maka terjadilah kegagalan dalam proses komunikasi.

3.Banyak sebab komunikasi itu gagal. Antaranya bahasa yang tidak difahami, masalah psikologi seperti hilang tumpuan dan sebagainya.

4. Di media sosial ini selalu terjadi bila pembicara menggunakan bahasa sukuan seperti bugis, jawa, minang dan sebagainya.

5. Untuk mengelakkan kegagalan itu
saya menyeru warga maya agar tidak menggunakan bahasa sukuan apabila ingin berbicara/menulis.

6. Kegagalan komunikasi menyebabkan apa yang ingin kita sampaikan tidak difahami oleh sasaran, atau tersalah tafsir apa yang ingin kita sampaikan.
Maaf jika menyinggung perasaan.
Zainal Lasim,
26.1.2020