ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Friday, October 29, 2010

Kenapa DAP bimbang subjek Sejarah?

Oleh Datuk Firdaus Abdullah

Kenapakah DAP tiba-tiba seperti melatah dan melenting bila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Sejarah akan dijadikan sebagai salah satu subjek wajib lulus untuk memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013?

Pengumuman itu sepatutnya disambut baik dan dialu-alukan sebagai satu langkah penting untuk membina rasa kebersamaan di kalangan generasi muda. Rasa kebersamaan (persamaan persepsi tentang sejarah masa lalu dan persamaan harapan untuk masa hadapan) adalah salah satu syarat utama untuk membina sebuah negara bangsa.

Dan ini akan dapat dicapai melalui satu silibus pelajaran Sejarah yang seragam yang sama-sama dipelajari oleh semua murid dan pelajar pada setiap peringkat sistem persekolahan kita. Begitulah seharusnya satu reaksi yang sihat terhadap pengumuman Muhyiddin itu.

Tetapi seorang pemimpin penting DAP, Tony Pua Kiam Wee telah memberi reaksi yang negatif dan tergesa-gesa mengadakan sidang media dan menzahirkan sikap buruk sangka dan rasa bimbang kononnya dasar baharu tentang pelajaran dan pengajaran Sejarah itu nanti akan menjadi satu "percubaan sembrono untuk mengindoktrinasikan para pelajar kita dengan satu tafsiran sempit tentang Perlembagaan."

Dia bimbang (berprasangka?) kiranya sukatan baru pelajaran Sejarah itu nanti hanya akan tertumpu kepada Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan dan perkara-perkara lain berkaitan hak-hak keistimewaan Melayu.

Sekiranya Tony Pua mempunyai sikap yang lebih positif (bebas daripada sebarang prasangka negatif) mungkin akan lebih bertanggungjawab jika komentarnya berbunyi seperti ini: "Semoga dasar baru subjek Sejarah itu akan memberi peluang kepada generasi muda kita untuk melalui satu proses sosialisasi yang lebih sihat dan berkesan ke arah pembinaan satu negara bangsa."

Tetapi untuk mengharapkan dia berkata begitu, mungkin satu perkara yang sia-sia sahaja, kerana itu bercanggah dengan agenda politiknya.

Dalam sidang media tersebut (yang tersiar dalam sebuah portal berita) Tony Pua juga telah merujuk pandangan satu pihak lain yang mendakwa bahawa keutamaan yang diberi kepada subjek Sejarah sebagai "wajib lulus" untuk dapat Sijil SPM pada masa ini adalah illogical kerana kononnya tidak sesuai dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Menurut mereka, seperti yang dikutip oleh Tony Pua, yang lebih patut diberi keutamaan ialah pengajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Ertinya, secara tidak langsung dia cuba hendak mengalihkan perhatian kepada perkara lain dan melengah-lengahkan (jika tidak hendak dikatakan 'memperlekeh') kepentingan pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam proses pembentukan sebuah negara bangsa.

Rasanya didorong oleh "prasangka negatif" itu jugalah maka Tony Pua menggesa Menteri Pelajaran supaya menubuhkan satu "badan penasihat bebas" untuk "merombak semula" (overhaul) subjek Sejarah itu sebelum dijadikan mata pelajaran wajib.

Dia mahu supaya badan penasihat bebas itu turut dianggotai oleh wakil-wakil Majlis Peguam (Bar Council) dan hakim-hakim ternama yang sudah bersara di samping pakar-pakar sejarah.

Saya melihat beberapa perkara tersirat yang menggusarkan dalam reaksi Tony Pua terhadap hasrat kerajaan untuk memberi keutamaan subjek Sejarah dalam sistem persekolahan kita.

Pertama, nada 'sarkastik' dan prasangka negatifnya, memaksa kita untuk bertanya apakah yang dia mahu sebenarnya dan kenapa dia begitu "takut" terhadap subjek Sejarah. Masing-masing kita mungkin mempunyai jawapan sendiri terhadap soalan seumpama itu.

Tony Pua cuba hendak "mempolitikkan" satu isu pendidikan. Di satu pihak dia cuba hendak memprojeksikan diri dan partinya sebagai "jaguh" yang senantiasa mengungkit-ungkit hak keistimewaan Melayu (terutama Fasal 152 & 153 Perlembagaan) dan dengan demikian secara halus ingin memenangi hati siapa-siapa sahaja yang "anti Melayu" (termasuk barangkali orang Melayu yang mengaku "liberal').

Di satu pihak lain dia ingin melakukan "provokasi halus" terhadap MCA dan menyebabkan parti komponen BN yang dianggotai oleh orang-orang Cina itu berada dalam keadaan serba salah. Adakah MCA akan membiarkan dirinya menjadi "proksi" DAP dalam BN? Atau adakah MCA akan mengambil sikap yang lebih matang dan tidak membenarkan dirinya "lebih DAP" daripada Lim Kit Siang.

Apabila Tony Pua mencadangkan penubuhan "badan penasihat bebas" untuk "merombak" subjek Sejarah dalam sistem persekolahan kita itu, pada hemat saya, tujuannnya ialah hendak "memerangkap" pimpinan kerajaan (Kementerian Pelajaran) agar terjerumus ke dalam satu "polemik yang membazir").

Polemik yang berlarut-larutan mengenai isu ini mungkin akan memberi keuntungan politik kepada DAP. Tetapi satu akibat sampingan yang jangan sampai dilupakan ialah pelaksanaan dasar (keputusan) baru mewajibkan subjek Sejarah untuk lulus SPM itu mungkin akan terjejas dan tertangguh.

Oleh kerana itu langkah yang bijak di pihak kerajaan ialah berdiam diri dan tidak usah melayan cadangan penubuhan "badan penasihat bebas" seperti yang disarankan oleh Tony Pua itu. Motif terselindungnya semakin jelas apabila dia mahu seorang wakil Majlis Peguam (Bar Council) duduk dalam badan penasihat bebas yang dicadangkannya itu. Kenapa Tony Pua tidak menyebut wakil Persatuan Sejarah Malaysia?

Akhurulkalam saya petik kutipan berikut yang pernah ditulis oleh seorang pengarang Amerika, Joseph Anderson (1836-1916): " There is nothing that solidifies and strengthens a nation like reading the nation's history, whether that history is recorded books, embodied in customs, instituitions and monuments."

Muhyiddin telah berada di atas landasan dan jalan yang betul, jangan benarkan petualang-petualang politik menghalang hasrat mulia untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu syarat mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia.

Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah ialah Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.


utusanonline.com.my,
29.10.2010
Ingat Perjanjian 20 Perkara

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pemimpin semua parti yang ghairah memancing undi pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sabah diingatkan supaya tidak mengkhianati Perjanjian 20 Perkara yang telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia pada 1963.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka sepatutnya memahami sejarah dan menghayati maksud perjanjian itu yang menyaksikan rakyat Sabah bersetuju untuk menyertai Malaysia menerusi pungutan suara.

Justeru beliau menegaskan, kementerian bersedia untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana ahli politik atau pihak berkepentingan yang cuba merombak perjanjian itu serta menggugat keselamatan Sabah seperti diperuntukkan dalam undang-undang negara.

"Saya fikir kalau mereka bersedia untuk membayar harga yang mahal dan membangkitkan perkara ini sebagai galang-gantinya, saya fikir mereka harus lebih berhati-hati dalam memancing undi.

"Saya harap perkara ini tidak diulangi, berkempen dengan cara yang baik, gunakan isu-isu yang tidak sensitif dan jangan sentuh perkara-perkara yang telah mendapat persetujuan bersama," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat Diraja Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas pendekatan kempen Parti Maju Sabah (SAPP) yang memperjuangkan konsep Sabah untuk Sabah dan autonomi pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi yang sedang berlangsung.

Kelmarin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menegaskan, konsep SAPP itu tidak lagi relevan kerana semua rakyat termasuk di negeri berkenaan kini hidup dalam keadaan aman dan harmoni di bawah Malaysia.

Dalam perkembangan lain Ahmad Zahid berkata, Malaysia dan Thailand sepakat untuk mengeratkan lagi hubungan ketenteraan di antara kedua-dua negara terutama dalam hal keselamatan di sepanjang sempadan.

Bagaimanapun katanya, Malaysia sentiasa menghormati Thailand dengan berikrar untuk tidak mencampuri urusan politiknya termasuk perkembangan di selatan negara itu.

utusanonline.com.my,
29.10.2010
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010: SATU PANDANGAN
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin



Seperti biasa, setiap hari Khamis saya akan menulis untuk ruangan ini untuk disiarkan oleh Sinar Harian pada hari Jumaat. Biasanya, saya akan menjawab soalan-soalan yang dihantar, ataupun kadang-kala mencoretkan tentang perjalanan saya ke negara tertentu. Pagi Khamis saya agak kelam kabut. Saya terpaksa menulis seawal jam 4 pagi kerana pagi ini saya akan bermusafir ke Dubai dan sehari selepas itu ke Doha. Ada forum di kota tempat tersebut mengenai Islam, Melayu dan Masa Depan Malaysia. Saya terlibat sebagai seorang dari panelisnya.



Forum itu dianjurkan oleh golongan professional rakyat Malaysia yang berada di sana. Ratusan rakyat kita dengan gaji yang besar hidup di kedua negara tersebut. Mereka akan pulang dan mampu mempengaruhi keluarga dan sahabat. Mereka ingin mendengar isu-isu tanahair secara langsung dari tokoh-tokoh yang mereka jemput. Alhamdulillah, saya turut dijemput. Di samping itu saya juga ada beberapa siri ceramah yang lain di sana.



Sebenarnya, sehari dua ini saya menghadiri Persidangan Agung UMNO. Saya menjadi tetamu jemputan semasa perasmian sayap-sayap UMNO oleh YAB Timbalan Presiden UMNO. Juga saya menghadiri ucapan dasar YB Ketua Pemuda UMNO. Pada hari ini (Khamis), saya juga mendapat jemputan untuk ucapan dasar Presiden, cumanya saya terpaksa berangkat ke Dubai. Semalam (Rabu) saya menjadi panel siaran langsung di Awani memberikan pandangan apa yang saya lihat dan nilai mengenai Perhimpunan Agung UMNO berasaskan ucapan-ucapan dari sayap-sayap parti tersebut.

Ya, kehadiran saya dalam Perhimpuan Agung UMNO menimbulkan banyak persoalan dari wartawan, rakan-rakan dan selain mereka. Apakah saya ingin menyertai politik? Saya enggan mengulas hal ini. Politik kita sepatutnya pergi lebih jauh daripada sekadar mengisi borang ahli. Politik bukan sekadar dalam kepungan pagar-pagar kepartian. Politik sepatutnya berteraskan pemikiran dan idea. Jika politik diukur dengan pandangan dan idea, saya kira saya telah cuba melakukannya selama ini.

Namun, saya juga ingin berterima kasih kepada UMNO, maklum saja, pandangan-pandangan saya kebelakangan ini agak ‘tajam’ buat UMNO terutama yang membabitkan isu-isu agama di mana saya menentang penafsiran sempit tentang isu bukan Islam masuk masjid, berdoa untuk bukan Islam, isu wang judi untuk fakir miskin dan lain-lain. Namun, UMNO masih menjemput saya. Ruang menerima perbezaan nampaknya masih ada dibandingkan dengan sesetengah kumpulan politik yang lain. Bahkan saya menjadi panel semasa forum anjuran Kelab UMNO luar negara di PWTC dua hari sebelum Persidangan Agung parti itu bermula. Ruang kesediaan mendengar pandangan luar terutama ‘pihak ketiga’ yang tiada kepentingan merebut kerusi harap disuburkan lagi oleh UMNO dalam usaha membaik pulih parti tersebut.

Di sini, saya ingin berkongsi dengan pembaca saya di sini beberapa pandangan tentang politik kita dalam negara ini khusus apa yang saya lihat dalam Perhimpunan UMNO tersebut. Saya sebenarnya tertarik dengan isi ucapan YB Ketua Pemuda UMNO yang saya rasa melakarkan politik yang lebih terbuka dan politik era baru. Sayap-sayap yang lain –minta maaf- pada saya masih lagi dalam ‘rentak semalam’ dan belum menggambarkan politik era baru.

Namun, ucapan pemuda menuju kepada inspirasi politik masa hadapan. Politik yang berani menilai tindakan parti sendiri, bukan ‘pak turut’, politik yang merentasi sempadan perkauman dan tafsiran agama secara sempit, politik yang berteraskan ketajaman idea, bukan kerakusan kuasa. Gesaan untuk gerakan politik berasaskan ‘perang idea’ bukan ugutan menggunakan kuasa adalah sesuatu yang diperlukan di masa kini. Cuma saya masih tertanya, mampukah UMNO melaksanakannya.

Saya ingin menyebut beberapa perkara di sini yang berkait dengan sudut agama;

1. Kita mengharap parti-parti yang diwujud dalam negara ini bersaing secara sihat. Mereka hendaklah menjadi pasaran idea yang menguntungkan negara. Mereka hendaklah bak pasar terbuka yang menyediakan barangan segar dan berkualiti yang dapat dinikmati oleh rakyat. Sesiapa yang berjaya menyediakan barangan yang terbaik dan memenuhi inspirasi rakyat akan mendapat tempat. Rakyat akan membeli mereka sokongan kesetiaan dan undi dalam pilihanraya. Maka, setiap parti hendaklah bertungkus-lumus menyediakan idea-idea politik dan kenegaraan yang berkualiti dan praktikal untuk sebuah negara bernama Malaysia. Ini politik Ulul Albab, politik golongan yang matang dan masak fikiran mereka. Serasi dengan firman Allah: (maksudnya)

“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

2. Jika ini dijadikan asas, maka tiada seorang pun boleh tampil menjadi pemimpin politik sedangkan dia katandusan idea dan karisma kepimpinan. Hanya mereka yang amanah dan berkemampuan sahaja layak memimpin. Pemimpin politik dikenali dengan ketajaman idea dan ketokohannya, bukan dengan gaya mewah dan hartanya. Firman Allah (maksudnya):

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas: 26)

3. Bukan kerja sesebuah parti politik itu sekadar untuk menceritakan kelemahan lawannya, sedangkan dia sendiri kontang idea. Politik menuding jari kepada kesalahan orang lain tanpa mampu membukti kemampuan diri adalah politik adu-domba yang tidak sesuai untuk sebuah negara yang aman dan merdeka. Politik yang sekadar menceritakan hal ‘kain orang’ sehingga terlupa diri sendiri, tidak akan mampu membawa kita ke mana. Kehebatan ceramah atau ucapan politik bukanlah apabila ia sarat dengan mengutuk lawannya, tetapi kehebatan apabila mampu memberikan pandangan dan idea yang dapat membangunkan rakyat dan negara.

4. Islam adalah teras politik orang melayu, bahkan semua mereka yang mendakwa dirinya muslim. Kejayaan kita hanyalah apabila kita kembali berpegang dengan Islam yang tulen seperti mana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Tiada siapa yang patut berbeza pendapat dalam hal ini. Tokoh-tokoh politik muslim dalam negara ini hendaklah mendalami dan mempelajari politik dalam kacamata Islam. Politik dalam Islam sangat luas, fleksibel dan praktikal, namun sentiasa bertunjangkan wahyu. Bukan semua cakap ‘ustaz’ tentang politik itu boleh ditelan. Politik ada disiplinnya yang tersendiri yang memerlukan keluasan pengetahuan tentang maqasid syarak (tujuan syarak) yang memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara. Sekadar mempelajari beberapa hal dalam agama belum tentu dalam mendalami maksud politik dalam Islam.

5. Tafsiran politik sempit sekalipun atas nama Islam hendaklah ditolak. Politik dalam Islam tidak sempit tetapi luas dan lebar berteraskan maslahah rakyat. Persis seperti kata Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):

“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

6. Justeru, UMNO atau selain mereka dalam memilih pandangan-pandangan agama dalam negara yang berbilang bangsa dan agama ini, hendaklah memilih pandangan yang paling kuat dari segi dalil dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan suasana negara. Islam akan menjadi mangsa jika isu-isu agama dimainkan mengikut selera politik. Dukacita –pada pandangan saya-UMNO kebelakangan ini memainkan isu-isu yang menjadikan UMNO seakan PAS di era 80an. Ketika PAS mula menonjolkan diri lebih terbuka dan cuba mengambil pandangan-pandangan yang lebih relevan untuk partinya, UMNO pula memainkan isu-isu yang ‘lekeh’. Isu-isu bukan muslim tidak boleh masuk masjid, tidak boleh berdoa untuk bukan muslim, isu wang judi dan seumpamanya menjadikan UMNO kelihatan mengadaptasi pandangan-pandangan sempit dan tidak relevan untuk sebuah pemerintahan yang bersifat pelbagai kaum dan agama. Media-media pro-UMNO menonjolkan pandangan-pandangan agama ‘jalur keras’ yang dibuat oleh tokoh-tokoh agama yang dipilih seakan berpihak kepada UMNO. Akhirnya, Islam menjadi mangsa, UMNO dipandangkan berbahaya.

7. Maka, politik idea dan ilmu hendaklah dimakmurkan.Politik ‘yes man’ tanpa memikirkan apa yang diungkapkan hendaklah dielakkan. Inilah yang terjadi apabila slogan Islam Hadari dilaungkan dan yang lain hanya mengangguk tanpa memberikan pandangan yang kritis. Akhirnya, slogan itu memakan diri UMNO.

Inilah pandangan saya yang ikhlas dan sepintas lalu untuk UMNO dan juga parti-parti politik yang lain.

sinarharian,
22.10.2010

BAGNUNAN WARISAN 100 TINGKAT-satu pandangan.

Saya pun tidak ada hujjah yang baik untuk menentang bangunan 100 tingkat itu. Namun saya fikir, kalau projek itu dijalankan, siapakah yang membeli unit-unit dalam bangunan itu, orang Melayukah? Orang Kampung Barukah? Atau orang-orang dari Jepun, Singapura dan sebagainya yang kaya-kaya dan banyak harta. Jika begitu keadaannya, apa pulangannya kepada orang Melayu, khasnya orang Kampung Baru. Akhirnya kampung mereka lenyap sedikit demi sedikit dan hilanglah harta Melayu Islam di Kuala Lumpur.

Oleh itu saya rasa kita wajib mempertahankan tanah Kg. Baru dari projek menara yang dicadangkan itu. Yang untung nanti adalah beberapa kerat orang yang ada kaitannya dengan parti pemerintah, atau kita panggil kroni pemerintah.

Lagi pun Islam mengharamkan orang Islam menjual tanah kepada orang bukan Islam. Tentu ada muslihat di sebalik pengharaman itu. Dengan demikian, kita wajib menentang pembinaan bangunan berkenaan. Kalau mereka mahu buat juga kita ajar mereka pada PRU ke 13. Jangan beri satu undi pun!

alkundangi,
http://alkundangi.blogspot.com
29.10.2010

KES SITI BALQIS DARI SATU PANDANGAN

MAAF CAKAP: KELUARGA SITI BALQIS KENA JUJUR FASAL BATU DELIMA

KENA jujur betul. Betul-betul jujur. Kita harapkan keluarga Siti Balqis terutama ibunya, dapat berlaku jujur di atas segala cerita, terutama tentang batu delima yang didakwanya gugur dari atas rumah. Norizan Said, kalau ada sesuatu yang cuba disembunyikan, tidak wajar rasa bersalah.

Berterus-teranglah. Kita bimbang betul. Betul-betul bimbang kalau ada cerita di sebalik cerita tentang banyak dakwaannya sebelum ini, khususnya tentang batu delima. Bukan mahu menuduh, tapi berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh Siti Balqis, tidak mustahil cerita di sebalik cerita yang keluar dari mulut keluarga mereka, terkandung sesuatu yang kurang enak. Atau dalam perkataan kurang sedapnya: Bohong.

Sambil bersimpati pada Siti Balqis yang dipercayai perlu menjalani psikiatri, kita juga bersimpati pada minda orang ramai yang telah terpengaruh dengan pelbagai cerita di luar akal. Cerita tentang jin berbulu lebat, tentang batu delima hilang dan tentang pelbagai cerita aneh lagi mesti disiasat supaya masyarakat tidak terus dihantui perasaan celaru dan keliru.

Jika ada orang yang bersubahat di sebalik semua cerita ini, eloklah mereka diberi nasihat dan kaunseling. Pada abad serba moden ini, minda orang Melayu harus berubah. Berubah untuk keluar daripada kepungan fantasi yang begitu tebal melingkari cara fikir dan cara bertindak dalam hidup mereka.

Apa pun Siti Balqis layak menerima anugerah pelakon terbaik.

singalautmetro.blogspot.com


BUDAK INI SAKIT: HANTAR SITI BALQIS RAWATAN PSIKIATRI


BUDAK bernama Siti Balqis Md Noor ini sakit. Dia wajar dihantar untuk rawatan psikiatri. Dia betul sakit. Sakit betul-betul! Kasihan dia. Selagi tidak dihantar rawatan, selagi itulah meragam pelbagai macam dakwaan nanti keluar dari mulut dia.

Kasihan keluarga dia. Kasihan penduduk kampung. Kasihan tok bomoh-tok bomoh. Kasihan orang surat khabar dan televisyen. Kasihanlah mereka kalau Siti Balqis tak dihantar rawatan.

Kalau dia sanggup cerita ibunya sudah meninggal dunia, tinggal di rumah besar siap ada kolam renang, sering dibawa orang bunian ke sana ke sini, itu sudah sakit sebenarnya.

Masyarakat jangan marah. Kehidupan kadang-kala tanpa cerita-cerita macam ini macam novel yang hambar. Tapi kalau sudah keterlaluan, kita bimbang ceritanya boleh merosakkan minda.

Berubatlah adik Siti Balqis. Kamu sakit betul. Betul-betul sakit!

singalautmetro.blogspot.com

APA KES SITI BALQIS NI?

Apa kes Siti balqis yang selalu kata dighaibkan jin ini? Semalam dia ditemui di Jelebu di rumah kawannya. Masa dia dijaga, tak ada sesiapakah yang nampak dia keluar dari rumah? Bila masa dia beli tiket bas? Adakah orang lain bersubahat belikan tiket? Atau jin yang belikan tiket untuk dia?

Pelbagai persoalan mulai timbul. Apakah ini permainan jin untuk buat manusia keliru? Atau Siti Balqis bijak membuat orang keliru?

Kita tunggu lagi apa kata polis tentang kes ini esok!

singalautmetro.blogspot.com

SITI BALQIS TAK GHAIB: DIA NAIK BAS DARI JERTIH KE SHAH ALAM, KEMUDIAN KE JELEBU

MISTERI konon Siti Balqis Md Noor, 22, ghaib ke Gunung Jerai, ternyata meleset apabila polis membongkar ada yang tidak kena dengan dakwaan yang dia dighaibkan jin ke Gunung Jerai dan kemudian berada di Tasik Banding di Perak, sebelum bergerak pulang ke kampungnya di Besut.

Segalanya terbongkar apabila polis mengesan sms yang dihantarnya kepada ibunya. Amat megejutkan! SMS itu dihantar dari Negeri Sembilan dan bukannya dari Gunung Jerai atau Tasik Banding seperti didakwanya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria, ketika mendedahkan apa yang berlaku berkata, Siti Balqis ditemui di rumah rakannya, Norwaniza Ramli, 19, yang dikenalinya sejak lima tahun lalu.

"Berdasarkan tiket bas yang ditemui pada Siti Balqis, gadis itu naik bas dari Jerteh ke Shahh Alam, sebelum bergerak pula ke Jelebu di Negeri Sembilan. Dia juga merancang untuk balik ke Besut pada 31 Oktober ini," katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar semalam ialah ibu gadis itu, Norizan Said. Menurut Kamarudin, penemuan Siti Salbiah itu turut mendapat kerjasama anggota polis Negeri Sembilan.

Soalnya sekarang, bagaimana pula cerita dia ghaib banyakkali sebelum ini? Benarkah? Aduh pening aku...

singalautmetro.blogspot.com
29.10.2010

Thursday, October 28, 2010

Menggalas Galas Dan Batu Sapi

A Kadir Jasin



BUKAN mudah bagi BN menggalas Galas dan mengangkat Batu Sapi. Kerusi DUN Galas, Kelantan milik Pas manakala kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah walaupun disandang BN, namun menghadapi pertandingan sengit tiga penjuru.

Di Galas, BN (Umno) berdepan dengan Pas. Pas akan disokong oleh DAP dan PKR. BN mengemukakan setiausaha bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff, manakala Pas menawarkan seorang ahli profesional, Dr Dr Zulkefli Mohamad, 45 tahun.

Pada pilihan raya umum 2008, calon Pas Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dengan kelebihan undi sebanyak 646. Beliau mendapat 4,399 undi berbanding Mohamad Saufi 3,753. Sebanyak 80.89 peratus keluar mengundi.

Di Batu Sapi, BN yang meletakkan balu mendiang Edmund Chong, Linda Tsen Thau Lin, 54 dari PBS akan ditentang oleh bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mewakili Parti Progresif Sabah (SAPP) dan peguam Ansari Abdullah mewakili PKR.

Hakikat bahawa Batu Sapi sangat penting kepada BN dan PKR diserlahkan oleh kehadiran Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setelah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada awal 2009 dan Sibu (Sarawak) Mei lalu, BN tidak mampu kalah di Batu Sapi. Kekalahan di Batu Sapi akan menjadi petanda buruk kepada kemampuan BN mempertahankan kesepaduan sokongan di Sabah. Pada PRU 2008, BN menang 24 daripada 25 kerusi Parlimen di negeri itu. Kerusi tunggal pembangkang dimenangi DAP.

Dalam PRU 2008, mendiang Ir Edmund Chong Ket Wah dari BN (PBS) mengalahkan calon bebas Dr Chung Kwon Wing (bebas) dengan majoriti 3,708. Beliau mendapat 9,479 undi manakala Dr Chung mendapat 5,771. Hanya 63.6 peratus keluar mengundi dan undi yang ditolak agak banyak –730 – membayangkan wujud unsur protes.

Faktor Ku Li Di Galas

DALAM keadaan biasa, pilihan raya kecil Galas tidaklah menjanjikan apa-apa di luar jangkaan. Tetapi keadaan menjadi tidak biasa, walaupun bukan luar biasa, apabila BN melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah PRK itu.

Seperti kita maklum, Ku Li adalah Ahli Parlimen Gua Musang dan Galas adakah salah satu daripada tiga kerusi DUN dalam kawasan itu. Dua lagi adalah Paloh dan Nenggiri yang dimenangi BN. Pada PRU 2004, Galas dimenangi BN.

Ada pendapat mengatakan pelantikan Ku Li adalah tepat kerana Gua Musang adalah “empayar” beliau dan beliau berupa pemuka Umno yang paling kanan dan, boleh jadi juga, paling popular di Kelantan sekarang kerana pendiriannya mengenai isu royalti petroleum negeri itu.

Malah ada yang berpendapat, jika BN berjaya merampas kembali Galas atau setidak-tidaknya mengurangkan majoriti Pas, imej Ku Li akan mendapat anjakan dan sesuai dijadikan ketua de facto Umno Kelantan bagi menghadapi PRU akan datang.

Ini bukanlah sesuatu yang mustahil atau luar biasa, malah berupa salah satu formula yang berkemungkinan membawa kejayaan kepada BN/Umno. Untuk itu, kita perlu berbalik kepada sejarah.

Pada tahun 1977, Ku Li menjadi wajah Umno dalam krisis kepemimpinan BN Kelantan yang tercetus akibat perselisihan antara Presiden Pas, Allahyarham Asri Muda dan Menteri Besar, Allahyarham Mohamad Nasir, yang juga dari Pas.

Apabila perkelahian itu mencetuskan tunjuk perasaan di Kota Baru dan persidangan DUN diganggu oleh penunjuk perasaan, darurat diisytiharkan, pemerintahan Kelantan diambil alih oleh kerajaan pusat dan seorang Pengarah Kerajaan dilantik mentadbir Kelantan.

Dalam tempoh itulah, Allahyarham Tun Hussein Onn, memberi mandat kepada Ku Li menerajui pembangunan Kelantan sebagai ketua de facto Umno/BN. Ku Li memperkenalkan Rancangan Pembangunan Kelantan dan dalam tempoh itulah pembangunan Kelantan, khasnya daripada aspek infrastruktur ekonomi dan sosial, paling rancak.

Pada akhir tahun 1977 Pas disingkirkan daripada BN dan dalam PRU 1978 BN menewaskan Pas dan memerintah Kelantan sehingga tahun 1990 dengan Ku Li sebagai ketua de factonya.

Pada PRU 1990, Ku Li membantu Pas merampas semula Kelantan daripada BN melalui parti barunya, Parti Melayu Semangat 46. Beliau menubuhkan pakatan pilihan raya dengan Pas, Barisan Jemaah Islamiah se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) yang diberi nama Angkatan Perpaduan Ummah (Apu). APU menyapu bersih kesemua 39 kerusi DUN Kelantan -- 24 Pas dan 15 Semangat 46.

Tetapi jiwa Ku Li adalah jiwa Umno. Apabila perselisihan beliau dengan Dr Mahathir Mohamad reda dan pengaruh Semangat 46 semakin merosot, pada bulan Mei 1996, Ku Li mengumumkan kepada 200,000 ahli parti itu yang beliau akan membubarkan Semangat 46. Parti itu dibubarkan dalam bulan Oktober dan majoriti ahlinya menyertai Umno semula.

Dalam PRU 2008, hanya dua orang pemuka BN Kelantan masih berdiri. Salah seorang daripadanya adalah Ku Li dan seorang lagi, Mustapha Mohamed aka Tok Pa. Yang lain hanyut. Bagi saya, dua orang inilah yang masih menjanjikan harapan bagi BN kembali menguasai Kelantan.

Belum Ada Formula Berkesan BN Tawan Kelantan

SETELAH pelbagai formula dilaksanakan dan berbagai watak dilantik mengetuai Umno Kelantan, BN terus gagal menakluki semula negeri itu. Hatta pada tahun kemuncak kejayaan BN iaitu dalam PRU 2004, BN masih gagal menjatuhkan Pas.

Siapa tahu, mungkin dengan memberi peranan lebih besar kepada Ku Li, BN mampu bermimpi dengan lebih realistik untuk memperbaiki prestasinya di negeri itu, bermula dengan Galas.

Tetapi kalau Umno dan BN terus menggunakan pendekatan “carpet bombing” dengan menggula-gulakan pengundi, harapannya untuk menang mungkin tidak secerah yang diuar-uarkan. Kesombongan, tunjuk kuat dan tunjuk kuasa semakin tidak berkesan sebagai strategi pilihan raya.

Ahli dan penyokong Umno sendiri semakin mengakui kesederhanaan dan keakraban pemuka-pemuka Pas. Mereka sentiasa di padang bersama rakyat jelata berbanding pembesar Umno yang semakin elitis dan eksklusif walaupun Presiden Umno sendiri, Mohd Najib Abdul Razak, kini menjadikan keterangkuman (inclusiveness) dan keadilan sosial mantera beliau.

Buat masa ini, ramalan memberikan BN dan Pas peluang yang sama rata untuk memenangi Galas. Tetapi di segi kelulusan, nampaknya calon Pas menyerlah. Inilah yang nampaknya memberi Pas kelebihan sejak sedekad dua ini.

Pas mampu mengemukakan ramai calon profesional dan berwibawa, sedangkan Umno masih terperangkap dalam sistem mafia dan warlords di mana kepemimpinan yang sedia ada sangsi, curiga dan takut dengan kemasukan ahli muda dan golongan profesional.

Selagi amalan menyekat kemasukan ahli muda dan golongan profesional ini berterusan, selagi itulah kepemimpinan muda akan tersisih dan memberi peluang mudah kepada Pas untuk mendapat suntikan darah muda.

Namun bagi PRK Galas, Pas pastinya bimbang situasi Manik Urai di mana BN hampir-hampir merampas kerusi DUN itu Julai lalu akan berulang. Apatah lagi ia menang di Galas dengan kelebihan undi yang lebih kecil berbanding Manik Urai. Bagi BN, kalau trend Manik Urai berterusan, harapannya menang adalah baik.

Silap-Silap Sapi Terlepas Batu Hilang

SITUASI di Batu Sapi dikatakan lebih membimbangkan bagi BN kerana bukan sahaja akan berlaku perlawanan tiga penjuru, tetapi juga kerana BN akan berdepan yang calon yang pada PRU lalu adalah rakan akrab.

BN meletakkan balu mendiang Edmund Chong, Linda Tsen Thau Lin, 54, mewakili BN, bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mewakili Parti Progresif Sabah (SAPP) dan peguam Ansari Abdullah mewakili PKR.

Dalam PRU 2008, SAPP adalah parti komponen BN Sabah. Ia keluar BN dalam bulan September 2008 ketika khabar angin bertiup kencang mengatakan Anwar Ibrahim akan melakukan rampasan kuasa Parlimen menjelang Hari Malaysia pada 16 September.

Kesimpulan

BAGI BN, keputusan pengundian PRK Galas dan Batu Sapi pada 4 November ini adalah penerusan ujian penerimaan pengundi terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Mohd Najib dan dasar-dasar serta rancangan yang ditajanya sejak mengambil alih pemerintahan negara 18 bulan lalu.

Sejak PRU 2008, sebanyak 11 PRK telah diadakan, sembilan daripadanya dalam era Mohd Najib. Daripada jumlah itu, empat disandang BN. Selebihnya adalah kerusi parti-parti lawan. Daripada empat kerusi yang disandangnya BN itu, ia hanya berjaya mempertahankan dua, kalah satu dan berjaya merampas sebuah kerusi lawan. Ini bermakna BN mengalami defisit satu kerusi. BN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada PKR tetapi kalah Kuala Terengganu kepada Pas dan Sibu kepada DAP.

Jadi, merampas Galas dan mempertahankan Batu Sapi adalah sangat utama dan mendesak bagi BN. Selain isu maruah, dua PRK ini menjadi barometer kepada iklim politik semasa yang akan mempengaruhi penentuan bila PRU akan datang akan diadakan.

Bagi DAP, PKR dan Pas pula, dua PRK ini menguji persepsi dan penerimaan pengundi terhadap gagasan longgar mereka dan reaksi kepada perkembangan terbaru yang melanda kepemimpinan mereka.

Perkembangan di sekitar perbicaraan liwat 2 Anwar, perebutan sengit jawatan dalam pemilihan PKR, pergolakan dalaman DAP dan perselisihan faham antara Pas dan DAP mengenai Negara Islam, Hukum Hudud dan sekularisme pasti akan diperalatkan oleh BN.

Manakala bagi BN, ujian terbesar ialah sama ada pengundi bukan Melayu yakin terhadap dasar berlembut dan bertolak ansur Mohd Najib serta pemulihan parti-parti komponen yang mewakili Cina dan India. Apa pun, kita tunggu dan lihat.

http://www.kadirjasin.blogspot.com
PKR umum tujuh misi dalam manifesto

SANDAKAN - Parti Keadilan Rakyat (:PKR) semalam mengumumkan tujuh misi perjuangannya jika calonnya dipilih sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya kecil di situ 4 November ini.

Calonnya, Ansari Abdullah berkata tujuh misi berkenaan termasuk menyampaikan suara dan keluhan rakyat kawasan Batu Sapi ke Parlimen tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan kedudukan.

“Saya juga bertekad membela rakyat Batu Sapi daripada berterusan menjadi mangsa penindasan oleh pelbagai pihak dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab,” katanya semalam.

PKR juga, katanya, akan bersama rakyat berusaha dan menuntut pembangunan kawasan Batu Sapi mengikut keperluan dan kemampuan selain merancang program dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat Batu Sapi.

Menurut Ansari, PKR juga akan memastikan pelajar-pelajar di luar bandar dapat menikmati kemudahan yang terbaik bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka serta membantu sedaya upaya mengurangkan tahap kemiskinan dan gejala sosial.

Sambil berjanji untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sepenuh hati, Ansari berkata beliau akan berusaha memberikan la�yanan yang terbaik untuk penduduk Batu Sapi tanpa pilih kasih.

Ansari turut menafikan laporan media kononnya beliau diserang penyokong Barisan Nasional di kawasan Kampung Bukara ketika berkunjung ke situ malam semalam.

Katanya, beliau sudah tiga kali ke perkampungan berkenaan untuk berkempen dan tidak pernah dikasari oleh penduduk kampung itu.

“Pagi tadi, ketika mengiringi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat Pasar Tanah Merah, saya ditanya pemberita sama ada benar saya diserang malam tadi. Saya tanya dia, apakah anda ada melihat sebarang tanda yang saya telah diserang?,” katanya. - Bernama

sinarharian.com.my
28.10.2010
Janji di Galas, keselamatan penghuni flat dan topi keledar

- FARUSH KHAN

Sama ada Barisan Nasional (BN) menang atau kalah di Galas 4 November ini, 1,500 keluarga akan tetap dapat menduduki flat kos rendah di Gua Musang, Kelantan.

Tiga tahun lagi, bukan sekarang. Tetapi tidak apalah; lambat lebih baik daripada tiada langsung.

Berdasarkan apa yang pernah saya dengar, ada penceramah suka ingatkan pengundi; ambil sahaja apa yang diberi; hendak pangkah siapa lain cerita. Apakah perbuatan seperti itu baik atau tidak, tidaklah pula ingin saya bahaskan di sini.

Cuma daripada apa yang kita dengar, setengah orang beranggapan apa salahnya terima, kalau tiada udang sebalik batu. Ada pula yang kata, ia seperti menggigit jari yang menyuap. Tepuk dada tanya iman.

Sebelum tuduhan bukan-bukan dibuat secara terbuka, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah pun menafikan pelaksanaan projek flat kos rendah RM180 juta itu ia pesonaan politik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, cadangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) tersebut sudah dibuat pada 2008 lagi.

Tetapi biasalah; mulut tempayan boleh tutup;mulut manusia? Sehingga kini pun masih berkumandang suara-suara yang bertanya mengenai janji lama.

Entah apalah pula komen setengah yang mendengar Muhyiddin, ketika melancarkan projek PPR itu, memberi jaminan Kelantan dan rakyatnya penting kepada Kerajaan Persekutuan.

”BN mengambil inisiatif bantu mereka yang kurang bernasib baik. Kerajaan tidak mahu rakyat Kelantan dipinggirkan daripada arus pembangunan.”

Kalau dahulu susah hendak cakap, tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak pula saya tahu ada janji yang tidak ditunaikan di mana pun. Cuma awal dan lambatnya sahaja menjadi persoalan.

Mengenai tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Pas Kelantan daripada Kerajaan Pusat yang terus menjadi isu kontroversi, lebih baik tidak dipersoalkan buat masa ini kerana ia sudah dibawa ke mahkamah.

Kita percaya ia tidak juga akan dibangkitkan dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) di Galas (yang paluan gendangnya sudah bermula semalam dan tidak akan senyap hingga tengah malam 3 November ini) kerana tokoh UMNO Tengku Razaleigh, yang orang Pas sendiri sudah iktiraf, hormat dan letak kepercayaan, sudah berusaha mencari penyelesaian.

Menyentuh pasal flat, teringat pula kes pemandu teksi berumur 60 tahun yang mati tidak pasal-pasal Sabtu lalu akibat perbuatan pelesit yang menghumban batu sebesar bola takraw dari flat PPRT 21 tingkat, di Jalan Sungai, Pulau Pinang.

Rupa-rupanya tabiat baling barang - sampah, kerusi, pasu, akuarium; anda sebut sahaja - perkara biasa di situ.

Dalam tahun 60 an, kawasan itu – dulu namanya River Road – menjadi laluan saya dan rakan-rakan untuk ke kawasan flat lima tingkat di Kampung Jawa, kira-kira sekilometer dari situ, selalunya untuk menonton filem Melayu, yang ditayangkan percuma di dinding flat.

Ketika itu flat 21 tingkat itu, belum ada. Yang wujud adalah deretan 30 ke 40 unit rumah teres dua tingkat, dengan padang permainan di tengah. Cukup tenang, nyaman lagi menyeronokkan.

Sebenarnya ancaman kepada nyawa dan keselamatan tidak wujud di flat Jalan Sungai sahaja. Ia berlaku, seperti kes pemandu pelesit bas yang meragut nyawa orang tidak berdosa, di merata tempat.

Ketika ditugaskan mengendalikan penubuhan badan pengurusan bersama di puluhan flat di Selangor beberapa tahun lalu, macam-macam cerita saya dengar.

Di suatu kawasan, penghuni rumah pangsa mengadu, daripada lapan lif yang ada, hanya dua yang beroperasi; yang lain rosak dan lama tidak dibaiki. Apabila disiasat, rupa-rupanya ada yang sampai bawa motosikal masuk dalam lif.

Yang dahsyat, pengawal lif dipukul samseng kerana ditegur apabila bawa masuk barang bukan-bukan ke dalam lif.

Sampah, puntung rokok, kayu, besi, botol dan apa saja dilayangkan daripada tingkap rumah pangsa ikut suka, tidak kira hinggap kepala siapa,.

Dengan bertambahnya penduduk, arus pembangunan pesat dan gaya hidup baru, flat tumbuh di banyak kawasan pertumbuhan. Pelesit makin r:amai., walaupun yang baik ramai juga.

Sekarang jika berjalan di tepi flat, barangkali ada baiknya anda pakai topi keledar. Jangan tunggu keputusan dan tindakan mesyuarat mana-mana jawatankuasa.

sinarharian.com.my
28.10.2010

Wednesday, October 27, 2010

Perlembagaan dan ekonomi

- ABDUL AZIZ BARI

Minggu lepas saya menyentuh beberapa perkara mengenai ekonomi dan cuba menunjukkan bagaimana isu-isu itu penting dalam konteks perlembagaan.

Kali ini saya akan menyentuh secara langsung kaitan antara perlembagaan dengan pengurusan dan pembangunan ekonomi.

Ada banyak peruntukan perlembagaan boleh dibincangkan bagi tujuan itu. Tetapi dalam rangka kita masih menganalisis bajet atau belanjawan 2011 yang baru dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kita perlu mengetahui bahawa Perlembagaan Persekutuan, melalui Perkara 68(1), menetapkan bahawa sekiranya rang undang-undang mengenai belanjawan yang diluluskan Dewan Rakyat itu tidak diluluskan Dewan Negara, maka ia hendaklah dipersembahkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

Apa yang jelas dalam peruntukan berkenaan ialah Dewan Rakyat, selaku Dewan yang dianggotai ahli-ahli dipilih rakyat secara terus, mempunyai kuasa lebih besar berbanding Dewan Negara yang terdiri daripada ahli-ahli dilantik.

Kuasa Dewan Rakyat dalam rang undang-undang yang tidak melibatkan kewangan juga begitu. Cuma perlembagaan menyatakan, tempoh dibenarkan ialah setahun dan tidak sebulan sebagaimana dalam konteks rang undang-undang mengenai kewangan tadi.

Kuasa lebih besar di tangan Dewan Rakyat itu jelas menandakan betapa mereka dipilih rakyat mempunyai peranan lebih besar.

Sebagaimana termaklum – seperti diperuntukkan Perkara 43(2)(a) – hanya ahli Dewan Rakyat sahaja boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri. Ahli-ahli Kabinet lain bagaimanapun, boleh dilantik daripada kalangan senator di Dewan Negara.

Selain keutamaan Dewan Rakyat sebagai wakil dan suara rakyat, peruntukan disediakan perlembagaan itu juga bertujuan mengelakkan berlakunya jalan buntu yang boleh berlaku sekiranya kedua-dua Dewan diberikan kuasa sama.

Bagaimanapun apabila rang undang-undang itu melibatkan pindaan perlembagaan, Dewan Negara mempunyai kuasa yang sama dengan Dewan Rakyat.

Ini bermakna sekiranya majoriti senator-senator tidak bersetuju dengan cadangan pindaan perlembagaan oleh Dewan Rakyat, ia boleh menolaknya dan ia akan gagal. Peruntukan ini munasabah kerana Dewan Negara turut mewakili negeri-negeri dan kuasa sedemikian memang wajar.

Bajet ialah cadangan atau kerangka pengurusan kewangan oleh kerajaan memerintah yang perlu diluluskan oleh Dewan. Perlembagaan melalui Perkara 96 menyatakan, cukai hanya boleh dikenakan melalui undang-undang diluluskan Parlimen.

Negara kita tidak pernah menyaksikan kerajaan memerintah gagal mendapat belanjawannya ditolak oleh Parlimen. Bagaimanapun di negara-negara lain ia pernah berlaku, termasuk di Australia pada 1975. Ia membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Gough Whitlam oleh Gabnor-Jeneral Sir John Kerr.

Perkara ini sukar berlaku di Malaysia kerana wujudnya Perkara 68(1) yang disebutkan tadi. Tetapi awal tahun ini Kerajaan Barisan Nasional hampir-hampir gagal mendapatkan kelulusan itu apabila ramai Ahli Parlimennya tidak hadir di dalam Dewan sewaktu pengundian. Nampaknya Ahli-ahli Parlimen Barisan terlalu yakin atau mereka tidak faham perlembagaan.

Antara sebab mengapa kerajaan di bawah sistem Westminster perlu mempunyai majoriti dalam Dewan ialah supaya mudah untuk mereka mendapatkan kelulusan Dewan bagi rang undang-undang yang mereka kemukakan, khususnya bajet tahunan.

Inilah sebabnya mengapa kerajaan campuran terpaksa dibentuk di United Kingdom selepas pilihan raya April lalu. Begitu juga dengan Australia dua bulan lalu.

Selain memastikan pencukaian dan perbelanjaan diluluskan atas autoriti rakyat, perlembagaan juga mewajibkan supaya kerajaan bertanggungjawab kepada Dewan.

Inilah prinsip penting menyebabkan tindakan memecat Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin di Perak tahun lalu, salah di sisi perlembagaan. Kerajaan juga perlu dipertanggungjawabkan sekiranya Juruaudit Negara memberi laporan negatif.

Semangat ini jugalah yang mengisyaratkan perlunya jawatan Pengerusi PAC atau Jawatankuasa Wang Awam dilantik daripada kalangan pembangkang.

Kerajaan Negeri Selangor menawarkan jawatan itu kepada pemimpin UMNO dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu. Bagaimanapun tawaran yang selaras dengan semangat perlembagaan itu ditolak UMNO.

Dalam merangka peruntukan-peruntukan berkenaan, perlembagaan mahukan sebuah kerangka semak dan imbang wujud serta berfungsi.

Sekiranya PAC diketuai kerajaan yang memerintah maka pastinya ia sukar berfungsi. Lihat sahaja apa yang PAC di Parlimen putuskan dalam soal kehilangan enjin jet pejuang TUDM itu.

Secara keseluruhan perlembagaan hendak membentuk sebuah sistem dan pentadbiran yang telus dan sentiasa disemak dan diimbangi.

Ini perlu kita ingat dalam memahami peruntukan-peruntukan mengenai kebebasan rakyat yang termasuk di dalamnya hak mendapat maklumat dan seumpamanya. Dan atas sebab inilah maka undang-undang yang menyekat media dan seumpamanya perlu dimansuhkan. Ini semua ada kaitan dengan pembangunan ekonomi; khususnya pengembangan kreativiti dan pembangunan modal insan sebagai pemacu utama.

Betapa perlembagaan menekankan soal pertanggungjawaban mengenai kewangan ini dapat kita lihat, hatta dalam soal penganugerahan bintang kebesaran oleh Raja-Raja.

Meskipun ia adalah hak dan bidang kuasa mereka sekiranya pewujudan dan penganugerahan itu melibatkan implikasi kewangan persetujuan DUN adalah satu kemestian. Jadi kalau Raja-Raja pun dipaksa berbuat begitu siapakah kerajaan dan ahli-ahli politik yang cuba hendak lari daripada prosedur itu?


* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 20 tahun

www.sinarharian.com.my,
25.10.2010

Sunday, October 24, 2010

PUTRAJAYA - ketentuan di tangan rakyat

Oleh Syed Imran


Saya tertarik mengikuti ucapan berapi-api presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO. Bagi saya nada ucapan sedemikian tidak boleh dipisahkan dengan perhimpunan parti itu. Semasa Pak Lah berkuasapun wujud ucapan bersemangat walaupun beliau dilihat sebagai seorang yang lemah lembut dan 'gentleman'.

Ucapan membakar semangat juang di kalangan ahli parti adalah perkara biasa setiap kali perhimpunan agung diadakan. Kata-kata yang menyentuh sanubari orang Melayu, khususnya dan bumiputera lain amnya, sudah menjadi darah daging pemimpin UMNO. Datuk Najib tidak terkecuali bahkan dia berjaya membakar semangat ahli parti

Banyak perkara dibangkitkannya tetapi yang agak mendapat sambutan hangat ialah apabila dia berkata bahawa UMNO akan mempertahankan Putrajaya, iaitu mengekalkan kuasa pentadbiran kerajaan persekutuan. Kata-katanya mendapat sorakan dan tepukan para perwakilan.

Kata-kata tersebut yang boleh dikaitkan dengan ucapan belanjawan yang dibuatnya sebelum itu, memberi gambaran atau isyarat bahawa pilihan raya akan diadakan tahun depan. Belanjawan 2011 yang dikatakan mesra rakyat sebenarnya belanjawan umpan pilihan raya.

Jika UMNO dan BN benar-benar serius nak pertahankan Putrajaya, maka mereka kena berubah, bukan sedikit perubahan tetapi banyak. Sikap pemimpin-pemimpin parti mesti diubah, rebut-merebut kontrak, kekayaan, jawatan dan kedudukan bukan sesuatu yang 'mesra rakyat'. Sikap sombong diri atas kedudukan, kekayaan dan jawatan yang disandang juga tidak 'mesra rakyat' sama seperti tabiat bermain dengan isu perkauman.

UMNO mesti sedar akan hakikat bahawa mereka memerlukan sokongan semua kaum untuk memerintah. Oleh itu mereka tidak boleh bermain isu perkauman jika nak menang pada pilihan raya akan datang. Saya sedar bahawa UMNO, sama seperti MCA dan MIC adalah parti perkauman dan isu itu tidak dapat dipisahkan tetapi apabila menghadapi rakyat, mereka mesti berdiri atas semangat BN yang mewakili semua kaum.

Untuk mempertahankan Putrajaya, UMNO dan BN mesti terlebih dahulu menawan hati rakyat yang layak mengundi. Hanya dengan sokongan rakyat sajalah UMNO dan BN boleh mempertahankan Putrajaya, bukan dengan cara lain.

UMNO dan BN juga harus sedar bahawa pihak lawan, iaitu Pakatan Rakyat (PR) juga mampu menawan Putrajaya jika rakyat menyokong mereka. UMNO dan BN tidak boleh menyekat rakyat daripada menyokong PR jika itulah kehendak majoriti.

Oleh itu, laungan bersemangat Datuk Najib untuk mempertahan Putrajaya tidak bermakna sekiranya rakyat tidak memberi sokongan dan kepimpinan UMNO, terutamanya, harus bertindak mulai sekarang untuk menawan semula hati rakyat, bukan bersikap 'tidak mesra rakyat' dengan kelakuan dan tindakan yang membangkitkan kebencian di kalangan rakyat.

UMNO juga harus bekerja kuat untuk mendapat sokongan golongan muda dan mereka yang disebut sebagai berada di atas pagar kerana golongan inilah yang lazimnya akan membuat penentuan mengenai siapa atau parti mana yang akan menduduki Putrajaya.

Semangat dan kata-kata yang berapi-api sahaja tidak cukup untuk terus kekal di Putrajaya.

http://kudaranggi.blogspot.com
23.10.2010