ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, November 15, 2016

APA DAH JADI?



Apa dah jadi dengan masyarakat dan negara kita? Charge hospital naik pula. Baru saja kita menghadapat masalah minyak petrol dan minyak masak. Sekarang masyarakat Malaysia khususnya rakyat marhaen terbeban pula dengan perbelanjaan perubatan. Bagi mereka yang ada kuasa dan ada wang perkara sebigini tidak menjadi masalah. Tetapi bagi rakyat terbanyak ini adalah satu beban, di mana kenaikan harga meningkat dari hari ke hari.

Semalam saya sempat ke Pasar Tani meninjau keadaan dan memerhati harga di sana. Dua ekor ikan sepat masin dijual 7.00. Hampir harga sekilo ikan rakyat, Talapia. Inilah masalahnya apabila wang negara tidak diurus dengan betul. Kebocoran dan ketirisan ada di mana-mana. Rafizi, seorang tokoh parti Keadilan ada menyebutkan Tabung Haji mengalami defisit. Beliau kemudian mencabar menteri berkaitan supaya ia disaman jika kenyataan itu tidak betul. Namun tiada saman dibuat. Ini bermakna memang Tabung Haji mengalami defisit.

Belaiu juga menyentuh ECRL (keretapi laju) di pantai timur yang diberikan kepada sebuah Syarikat RM2.00 yang dipunyai oleh dua orang pegawai dari kementerian kewangan berharga 45billion. Bagaimana ini terjadi, hanya mereka yang bertanggungjawab mengetahuinya. Rakyat perlukan keselesaan, tapi tidaklah mengorbankan kekayaan negara kepada kroni dan suku sakat dan menarik kemudahan asas seperti subsidi minyak masak. Rakyat marhaen tidak gembira dengan keadaan ini, malah terpaksa membuat berbagai kerja untuk menampung kos belanja hiidup yang kian meningkat. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dalam suasana ekonomi global yang muram  dan suram.

alkundangi,
15.11.2016