ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, July 30, 2009

TG NIK ABD AZIZ ABAI PERPADUAN MELAYU?


Tuan Guru Nik Abd Aziz Abai Perpaduan?
TG Nik Abd Aziz yang dikatakan mengatakan "pergi jahanam UMNO" adalah satu sikap mementingkan politik semata-mata, bukan mementingkan rakyat. Tuduhan itu dilemparkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim.
2. Demikianlah pendirian para pemimpin UMNO-BN apabila berhadapan dengan sikap dan kenyataan yang tidak sehaluan selera mereka. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, perpaduan atau kerjasama antara UMNO-BN dan PAS adalah kerjasama di antara kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri. Itu adalah pendirian MB kelantan itu. Beliau menolak perpaduan antara UMNO-BN dan PAS. Itu adalah satu hal yang berlainan. Tentunya sukar bagi PAS dan UMNO-BN bersatu, walaupun perkara itu pernah berlaku dalam sejarah.
3. Sebagai sebuah Parti Islam, PAS semestinya lebih mementingkan dasar perpaduan yang menjadi asas kepada parti itu sendiri, iaitu Islam. Perpaduan dalam Islam berbeza dengan perpaduan yang dimaksudkan oleh UMNO-BN, walaupun orang-orang Melayu dalam UMNO-BN juga beragama Islam. Perpaduan dalam Islam adalah berdasarkan akidah dan kepercayaan kepada Islam itu sendiri. Hal ini bermakna jika UMNO-BN ingin bersatu-padu dengan PAS, UMNO hendaklah menerima Islam sebagaimana PAS menerimanya.
4. Dalam PAS, Islam adalah asas perpaduan, bukannya bangsa. Sekiranya bangsa, ia sudah menjadi satu fahaman yang berasaskan bangsa, berasaskan nasionalisme. Sedangkan perpaduan dalam Islam jauh lebih universal, tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Yang penting Islam diterima secara menyeluruh, samada dari segi ekonomi, politik, undang-undang, kenegaraan dan sebaginya mestilah berasaskan Islam. PAS tentu tidak dapat menerima ekonomi negara yang berasaskan kapitalisme, undang-undang yang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang direkacipta oleh bekas penjajah Inggeris, dan segala macam asas bernegara yang tidak berdasarkan kepada Islam. Dengan begitu, adalah mustahil PAS akan kembali bersatu dengan UMNO-BN.
5. Namun isu ini akan terus dimainkan oleh UMNO-BN demi untuk meraih kembali sokongan rakyat yang kian hilang. Kenyataan yang menyatakan UMNO-BN kembali diterima oleh rakyat hanyalah kenyataan yang bersifat politik semata-mata. Kekalahan demi kekalahan dalam PRK sebanyak 6 kali sejak PRU ke12 membuktikan kenyataan tersebut tidak benar. Jika benar, tentunya UMNO-BN yang menang 6-1. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku. UMNO-BN akan berbuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat marhaen, namun rakyat semakin celik berpolitik dan tidak mudah ditipu seperti dekad-dekad 60an,70an dan 80an dahulu. Era siber mengubah segala-galanya, termasuk pandangan hidup atau worldview manusia Melayu itu sendiri. Ia adalah sesuatu yang bersifat global dan tidak dapat dielakan dari terjadi. Globalisasi telah mengubah segala-galanya termasuk cara berpolitik orang Melayu, orang PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP sendiri. Hakikat ini harus diterima oleh UMNO-BN, dan mereka tidak harus berkhayal dengan kedudukan yang ada setakat ini.
AlKundangi,
31.7.2009.

Wednesday, July 29, 2009

Datuk Chua Jui Meng Dan Datuk S Subramaniam- Sikap Keterbukaan UMNO-BN & PKR Amat Diperlukan


Kemasukan Datuk Chua Jui Meng ke dalam Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini
memperlihatkan bahawa UMNO-BN semakin kehilangan sokongan apabila tokoh yang pernah memegang jawatan Menteri meninggalkan MCA dan melompat ke parti pembangkang. Hal ini tidaklah memeranjatkan kerana dalam PRU ke 12 UMNO-BN telah pun kehilangan sokongan dan terlepas lima negeri ke Pakatan Rakyat, walaupun Perak kemudian dirampas kembali secara tidak demokratik oleh mereka.
2. Datuk Chua adalah orang yang berpengaruh dari kaum China yang pernah memegang jawatan Menteri. Orang China yang paling lama dalam kabinet seingat penulis ialah Tun Siew Sin (mendiang) yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan. Kaum China di Malaysia lebih suka berniaga dan mengumpul kekayaan daripada berpolitik, terutama politik yang kurang berfaedah kepada bangsa nereka. Datuk Lee Lam Thye juga adalah seorang tokoh politik MCA yang berpengaruh dan disegani oleh kawan dan lawan. Kini beliau lebih banyak menumpukan perhatian kepada masalah-masalah sosial.
3. Ketika keadaan belum reda, Datuk S Subramaniam pula mengumumkan
menyertai PKR dan akan membawa lebih 1,700 orang pengikutnya bersama-sama.
Ini merupakan satu lagi tamparan kepada UMNO-BN. Apabila seseorang tokoh menyertai parti bukan kerajaan, kesannya akan jauh lebih mendalam berbanding seseorang yang tidak dikenali atau kurang ketokohannya. Mungkin ini adalah petanda bahawa UMNO-BN semakin ditinggalkan orang dan sedang menuju ke pengakhir hayatnya.
4. Rakyat Malaysia sebenarnya sudah jemu dan jelek dengan UMNO-BN. UMNO-BN mempunyai pelbagai skandal yang tak dapat dilupakan oleh rakyat begitu sahaja. Rasanya tidak perlulah skandal itu disenaraikan di sini. Soalnya kenapa Datuk Subramaniam dan Datuk Chua meninggalkan BN dan menyertai Parti Keadilan Rakyat? Suatu hal yang dapat ditelah ialah mereka sudah hilang kepercayaan kepada UMNO-BN sebagai parti pemerintah. Mungkin juga mereka terhidu perasaan rakyat marhaen yang membenci UMNO-BN dan berhasrat untuk menukar kerajaan pada bila-bila masa sahaja. Pakatan Rakyat harus menerima kehendak rakyat ini, begitu juga UMNO-BN, mereka harus menerima perubahan citarasa rakyat yang inginkan perubahan. Perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielak, dan mesti terjadi di sepanjang sejarah ketamadunan manusia. Kedua-dua pihak harus bersedia untuk menerima perubahan ini tanpa mengambil kira siapakah yang akan menjadi kerajaan dan siapakah pula yang akan menjadi pembangkang.
AlKundangi,
29.7.2009.
http://alkundangi.blogspot.com

Tuesday, July 28, 2009

DAPATKAH UMNO-BN BEKERJASAMA DENGAN PAS?

Kerjasama UMNO-BN dan PAS?


Keceriaan pimpinan UMNO-BN jelas terbayang melalui laporan-laporan yang dikeluarkan oleh media arus perdana yang dikuasai UMNO-BN berhubung soal hasrat PAS untuk berbaik-baik semula dengan UMNO-BN melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Abd.Aziz, Menteri Besar Kelantan.

2. Namun kenyataan TG Nik Abd Aziz itu telah disalahtafsir atau memang sengaja ditafsirkan sedemikian. Maksud Tuan Guru itu hubungan baik antara UMNO dan PAS itu bukanlah di peringkat parti, tetapi di peringkat kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat. Mungkin Tuan Guru mengingatkan pengalaman-pengalaman lalu yang pahit ketika bersama-sama UMNO-BN di zaman Dato' Asri. Dan sebagai sebuah Parti Islam adalah tidak mungkin satu hubungan baik dari segi politik dengan UMNO-BN yang berlandaskan sekularisme dan nasionalisme. PAS adalah sebuah parti yang berasaskan Islam yang sehaluan dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Sudan dan sebagainya. PAS juga sealiran dengan Jamaat Islami di Pakistan. Jadi, adalah tidak mungkin kedua-dua pasrti berkenaan duduk semeja memerintah Malaysia, dan amat tidak sesuai dengan dasar PAS.

3. Namun UMNO-BN yang kehilangan sokongan sejak PRU12 memainkan isu ini, khasnya kenyataan TG Nik Abd. Aziz yang diputarbelitkan demi untuk meraih sokongan dari bangsa Melayu. Tetapi orang-orang Melayu kini di era siber ini sudah memahami sepak terajang politik UMNO-BN. Mereka juga faham kenapa kematian Beng Teoh begitu dikhuatirkan oleh kerajaan sehingga menubuhkan satu Suruhanjaya untuk menyiasat kes berkenaan. Yang sebenarnya itu hanyalah mainan dan sandiwara politik semata. Di sebalik semua itu, misi menawan kembali Selangorlah yang sebenarnya menjadi titik tolak kepada kejadian ini. Namun ia tidak dapat disembunyikan oleh pihak berkuasa. Setakat mana mereka dapat menutup kes ini sebagai kes politik, hanya masa dan keadaan yang bakal menentukan.

4. Dengan begitu, Pakatan Rakyat haruslah berhati-hati dengan isu ini, dan UMNO-BN pula sudah menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan misi menawan kembali Selangor dari Pakatan Rakyat. Misi itu tidak akan berhenti sehingga PRU ke 13. Mantapkanlah barisan kita, dan janganlah emosional dengan isu-siu sensitif yang dimainkan oleh UMNO-BN dalam memperdayakan barisan Pakatan Rakyat.


AlKundangi,
28.07.2009.
http://alkundangi.blogspot.com
4.

Sunday, July 26, 2009

DALANG DI SEBALIK PENGEBOMAN J.W.MARRIOT DAN RITZ-CARLTON

Pengeboman J.W.Marriot dan Ritz-Carlton


Memang itulah yang terjadi,tanpa kita mengira samada kita atau sesetengah pihak sudah mengetahuinya atau belum, kedua-dua hotel mewah berkenaan menjadi sasaran pengganas (mengikut tafsiran Amerika dan sekutunya) dan membunuh lebih 20 orang. Sebahagian orang sudah pun melupakan peristiwa di Bali yang melibatkan ratusan manusia, di mana akhirnya Dr.Azhari dari Malaysia dapat ditembak oleh pihak berkuasa Indonesia. Kini Noordin Mat Top dan JI pula dipersalahkan.Kebetulan Noordin masih selamat walaupun beberapa kali diburu oleh polis Indonesia.

2. Soalnya mengapa wujud "pengganas" dalam Islam, sedangkan Islam adalah agama persaudaran, keadilan, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kalupun memang mereka yang terlibat dipanggil "pengganas" mengapakah sebabnya mereka sanggup bertindak sedemikian, sedangkan Islam tidak mengajarnya.

3. Kalau kita melihat kepada peristiwa 9/11 yang meranapkan WTC di Amerika, peristiwa yang hampir serupa sahaja berlaku, di mana pembunuhan orang ramai yang tidak berdosa, dan masyarakat Islam khasnya AlQaeda dipersalahkan. Namun akhirnya Amerika "mengamuk" di Afghanistan dan Iraq,membantai dan menyembelih umat Islam sewenang-wenangnya. Kerajaan Taliban akhirnya tumbang, dan Saddam akhirnya dihukum mati oleh para konspirator Amerika. Siapakah yang sebenarnya bersalah, ketika mana dilaporkan 4000 orang Yahudi tidak keluar bekerja pada hari pengeboman?

4. Pembantaian umat Islam tidak terhenti disitu sahaja. Gaza akhirmya menjadi mangsa seterusnya, walaupun masalah Gaza sebenarnya sudah berpuluh tahun berlalu tanpa sebarang penyelesaian. Sengketa Israel-Pelastin sudah berlanjutan sejak tahun enam puluhan tanpa sebarang penyelesaian yang konkrit.

5. Berbalik kepada pengeboman di Jakarta yang disyaki didalangi oleh Jemaah Islamiyyah, namun tidak ada pula bukti kukuh untuk membabitkan JI itu. Noordin Mat Top dikatakan tiada di Indonesia ketika, dan kalau pun ada, ia sukar bergerak kerana sedang diburu oleh pihak polis.

6. Lalu siapa yang mendalanginya? AlUstaz Abu Bakar Bashir dalam satu kenyataannya baru-baru ini (Berita Harian) menuduh dalang sebenar adalah CIA sendiri seperti telahan yang dibuat ke atas peristiwa 9/11. Abu Bakar berpendapat tidak ada kepakaran untuk membuat bom seperti itu di kalangan muslimin Indonesia ditambah kawalan ketat ke atas hotel-hotel berkenaan, di mana Manchester United dijangka akan bermalam di situ keesokannya. Dengan begitu andaian Abu Bakar tidak dapat diketepikan begitu sahaja, di mana pihak Barat dan sekutunya akan menjadikan alasan untuk pembantaian umat Islam selanjutnya. Jika telahan Abu Bakar tidak dapat diterima, siapakah yang harus dipersalahkan? Bagiamana kawalan yang begitu ketat dapat ditembusi oleh mujadihin JI (kalau pun wujud)? Jika tidak CIA, siapakah sebenarnya yang bertanggungjawap ke atas pengeboman Jakarta pada 17 Julai lalu yang mengorbankan lebih 20 nyawa?


alkundangi,
http://alkundangi.blogspot.com