ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Sunday, December 13, 2009

UMNO DI PERSIMPANGAN JALAN

UMNO DI PERSIMPANGAN JALAN

Sebagai sebuah parti yang menguasai kerajaan lebih 52 tahun, kini UMNO sudah menampakkan tanda-tanda bahawa ia sudah sampai ke penghujung jalan. Tidak ada kerajaan yang kekal dalam dunia ini. Sejarah telah membuktikannya. Firaun yang begitu kuat dan di kelilingi oleh para ahli sihir handalan akhirnya berkubur bila berdepan dengan Nabi Musa. Hanya tinggal piramid tanda keagungannya yang melambangkan juga perahan tenaga rakyat yang tiada tolok bandingnya.

2.Suharto, Marcos, Saddam Hussain semuanya berakhir dengan kenangan pahit manis yang tercatat dalam sejarah. Pergolakan dalam UMNO-BN akhir-akhir ini menampakkan parti itu sedang mengalami zaman penguncupannya sebelum tamatnya era kegemilangannya.

3.Kisah Najib,Scorpene dan Altantuya serta komisyen 500 juta tidak dapat dipadamkan oleh UMNO-BN. Bahkan sebuah syarikat di Thailand khabarnya akan mmefilemkan kisah dan skandal yang mendapat liputan luas di dunia, terutama Perancis, di mana kapal itu dibeli. Hantu Altantuya gagal diperbomohkan oleh UMNO-BN. Hantu ini sedang menghisap darah UMNO-BN dari dalam sehingga akhirnya UMNO-BN akan kekeringan darah dan akan kehilangan nyawanya.

4. Indeks rasuah yang merudum di zaman Najib ini, serta perletakan jawatan "Boss" PSRM memperlihatkan isu rasuah adalah sesuatu yang tidak dapat ditangani oleh UMNO-BN dengan baik. Skandal PKFZ telah menambahparahkan lagi keadaan. Semuanya itu membuatkan UMNO-BN tinggal nyawa-nyawa ikan.

5. Kini serangan ke atas PAS, khasnya TG Nik Abdul Aziz telah memakan diri sendiri. Doa TG Nik Abdul Aziz menjadi polemik panjang dan amat ditakuti oleh para pemimpin UMNO-BN. Manusia tidak akan takut dengan doa jika mereka tidak bersalah. Logiknya hanya orang yang bersalah dan berdosa sahaja yang takutkan doa yang menjadi senjata orang mukmin itu. Tentunya isu royalti minyak dan doa ini memburukkan lagi keadaan yang sedang ditanggung oleh UMNO-BN.

6. Kedudukan UMNO-BN kian goyah dengan perpecahan dari dalam di mana Mantan PM Mahathir di satu pihak dan Najib di satu pihak. Khabarnya Mahathir satu kem dengan Muhyiddin dan Khairy Jamaluddin, dan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kemampuan Najib memulihkan UMNO-BN. Peribadi Najib sendiri memburukkan lagi keadaan. Najib telah terlalu banyak menghabiskan wang rakyat berserta isterinya dan menjadikan Malaysia hampir muflis kini. Cukai GST dikatakan dirangka di atas kemuflisan kerajaan UMNO-BN.

7. Kedudukan Mahkamah yang cuba dupilihkan oleh Mantan PM Abdullah Badawi gagal disambung oleh Najib. Kini amat sukar untuk menuntut keadlian melalui Mahkamah Malaysia, seolah-olah Mahkamah tidak wujud di Malaysia. Kes Teoh yang mati dalam siasatan PSRM tidak diselesaikan hingga kini. Pendakwaan yang bersifat politik terhadap DS Anwar yang tidak cukup bukti diteruskan juga, walaupun para doktor memaklumkan tidak ada kes liwat terhadap Saiful Bukhari. Begitu juga sekian banyak kes-kes yang tidak terselesaikan. Manakala sesetengah kes berprofil tinggi didiamkan sahaja walaupun begitu banyak bukti yang diketengahkan. Ini menampakkan sistem keadilan di Malaysia berada pada tahap yang paling buruk di dunia. Pera pemimpin Amerika termasuk George Bush pun biasa naik ke Mahkamah. Begitu juga Bill Clinton. Tetapi Perdana Menteri Malaysia tidakan pernah naik ke Mahkamah dan tidak akan ke mahkamah walaupun sekian banyak bukti dibentangkan dan aduan dibuat kepada pihak polis. Apakah pemimpin Malaysia lebih berkuasa dari Pemimpin AS dalam soal mengatasi undang-undang dan Mahkamah ini? Kesemuanya ini menyebabkan Mahkamah Malaysia hilang kredibilitinya. Bahkan mahkamah tidak dapat memberikan keadilan lagi kepada rakyat Malaysia. Secara totalnya Mahkamah Malaysia gagal berfungsi sebagaimana sepatutnya.

8. Dari beberapa kes yang diperkatakan menunjukkan UMNO-BN gagal mengurus Malaysia dengan baik. Kegagalan itu menyebabkan mereka menyerang pembangkang khasnya PR sengan membuta tuli yang mana akhirnya menikam mereka sendiri. Apakah UMNO-BN akan pupus dalam masa tidak sampai lima tahun lagi? Atau mereka akan menjadi pembangkang pada PRU ke 13 akan datang. Bak kata Mahathir UMNO-BN sudah busuk sampai ke ususnya, di mana ia memperlihatkan penyakit-penyakit yang dideritai oleh UMNO-BN tidak dapat diubati lagi, walau oleh doktor pakar sekalipun. Begitulah nasib UMNO-BN kini yang turut melanda MCA dan MIC. Ke manakah halatuju UMNO selepas ini? Mereka sudah pun berada si satu persimpangan yang memungkinkan hayat politik mereka berakhir sepertimana kerajaan-kerajaan lain di dunia ini dahulu yang kini sudah menjadi sejarah.

AlKundangi,
13.12.2009.
http://alkundangi.blogspot.com