ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, March 4, 2010

PERJUANGAN DAN UJIAN DALAM KEADILAN

PERJUANGAN DAN UJIAN DALAM KEADILAN

Baru-baru ini diumunkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang telah pun menyertai UMNO. Setelah meletakkan jawatannya atas isu rasuah, akhirnya beliau tunduk kepada kehendak UMNO-BN dan lansung menyertai parti itu.

Kemudian bekas Setiausaha Agung Keadilan, Dato' Salehuddin Hashim menurut jejak bekas Timbalan Ketua Menteri itu dengan menyertai UMNO-BN. Tidak cukup dengan itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal mengumumkan keluar dari Parti Keadilan. Dan terbaru, Wakil Rakyat Bagan Serai, Mohd Fadzli Shamsuri mengumunkan keluar dari Parti Keadilan dan menjadi wakil rakyat bebas berkuar kuasa semalam. Menteri Besar UMNO Perak,Datuk Zambry menyifatkan persitiwa itu bukan sesuatu yang mengejutkan dan percaya Parti Keadilan dan Pembangkang akan menuding jari kepada UMNO dan Barisan ekoran dari masalah yang dihadapi.

Sementara itu, Dato'Mahfuz Omar, menyifatkan ia adalah pembersihan dalaman bagi Parti keadilan dan Pakatan Rakyat seluruhnya. Kita percaya memang ada pujukan dan tawaran dari UMNO-BN berkaitan dengan persitiwa yang berlaku. Kiat lihat sahaja nanti apakah perkembangan selanjutnya. Memang dalam soalmenegakkan keadilan dan kebenaran, mehnah atau tribulasi adalah perkara biasa yang dihadapi,khasnya para pejuang Islam. Hal ini ada dijelaskan oleh Almahrum Ustaz Fathi Yakan dalam bukunya Tribulasi Dalam Perjuangan Islam.

Nabi sendiri pernah ditawarkan kekuasaan dan perempuan cantik agar meninggalkan perjuangan Islam yang suci itu. Tetapi Nabi SAW menjawab "Demi Allah, Aku tidak akan meninggalkan perjuangan (Islam) ini sehinggalah Islam memang atau Aku musnah bersamanya. Itulah jiwa besar Muhammad SAW dalam usaha menegakkan Islam sehingga Islam pernah menguasai dunia ini. Dan cahayanya pun tidak akan pernah padam dari dunia ini hingga kiamat.


AlKundangi,
4.3.2009.