ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Monday, October 26, 2009

TG ABDUL HADI PRO UMNO?

Agak memeranjatkan juga bila ada tuduhan yang dilemparkan kepada TGHAA pro UMNO. Bahkan tuduhan itu datangnya dari Mursyidul Am PAS.Mungkin beliau terpengaruh dengan pandangan Dr.Abd Aziz Bari atau memang ada asas berita yang sebenar kurang dapat dipastikan.

2.TG Abdul Hadi adalah ulama penting dalam PAS yang menerajui kebangkitan Islam pada dekad 80an sehingga hampir-hampir beliau ditahan di bawah ISA. Namun kemasukan DS Anwar ke dalam UMNO meredakan sedikit kebangkitan itu, seperti mana yang pernah disebut Oleh Ahmad Sabu, bahawa DS Anwar telah memperlahankan kebangkitan Islam dengan kemasukannya ke dalam UMNO di zaman Mahathir. Kini kedua-duanya di bawah satu bendera, iaitu Pakatan Rakyat. Jadi persoalan memperlahankan kebangkitan Islam itu tinggal kenangan sahaja.

3. Sepanjang dakwah yang dilakukan oleh TG Abdul Hadi, memperlihatkan beliau istiqamah dengan Islam, bahkan beliau turut bertanggungjawab memperkenalkan method Ikhwanul Muslimin sepertimana jelas dalam kuliah-kuliahnya di era 80an.(Boleh dengar semula kaset-kaset ucapan dan kuliah beliau sepanjang dakwahnya hingga kini).

4. Bila mursyidul am PAS sendiri yang mengutarakan pandangan bahawa TG Abdul Hadi perlu disingkir dari PAS kerana pro UMNO, maka ini adalah satu hal yang agak menghairankan.Namun kita kena tunggu perkembangan selanjutnya. Apakah TG Nik Aziz tersilap maklumat atau ada yang tidak kena dalam hal ini belum dapat dipastikan.

5.Apa pun, buang yang keruh, ambil yang jernih. Adakanlah syura untuk memperbetulkan keadaan. Mungkin ini kerja musuh-musuh Islam yang senantiasa menanti umat Iskam terleka,lalu mereka memasukkan jarumnya untuk memecah-belahkan umat Isam. Jadi, kita perlu hati-hati dalam hal ini.

6. Semoga biduk lalu kiambang bertaut. Umat Islam harus bersatu menentang talibarut barat yang senantiasa mencari peluang dan cuba memecah-belahkan perpaduan umat itu sendiri.


AlKundangi,
26.10.2009