ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, July 21, 2012

BADLI SHAH, IBRAHIM LIBYA DAN TV ALHIJRAH

Seminggu dua yang lalu penulis menontom Rancangan 30 minit Ustaz Don di TV AlHijrah. Nampaknya rancangan itu, walaupun bab sembahyang, ia adalah bagus dan agak detail. Persembahan Ustaz yang masih sedang menyiapkan ijazah sarjana itu menarik untuk ditonton. Apa lagi ia membicarakan kitab Muniyatul Musolli, sebuah kitab jawi yang lengkap mengenai sembahyang. Penulis sudah pun mempelajari kitab itu pada tahun 80an, namun kupasannya tidak sebaik Ustaz Don. Syabas untuk Uztaz Don. Semoga beliau istiqamah dengan Ilmunya.

Selepas rancangan Ustaz Don, ada satu forum mengenai keselamatan Negara yang turut disertai oleh Ustaz Badlishah, seorang ustaz dari Pahang. Pemudahcara memperkenalkannya ustaz tersohor dari Pahang. Dalam satu slot, Uztaz Badli mengucapkan terima kasihnya kepada tentera kerana menjaga keamanan negara dari ancaman komunis, ancaman Ustaz Ibrahim Libya, Abu Sayyaf dan lain-lain. Penulis agak terkejut apabila dua nama itu disebut sebagai dua tokoh yang mengancam keselamatan dari sudut Islam (Islamic worldview).

Umum mengetahui Uztas Ibrahim Libya bukanlah pengganas atau terorrist seperti yang dilabelkan oleh Amerika. Semua orang sudah mengiktiraf ustaz Ibrahim Libya sebagai pejuang yang syahid di jalan Allah. Pihak kerajaan pun tidak berani menggali semula tempat persemadiannya, takut-takut nanti ada tanda-tanda shahid ditemui. Rancangan menggali semula itu dibatalkan. Tetapi apabila ustaz Badli menyenaraikannya sebagai tokoh yang mengancam keselamatan negara, penulis  merasakan ada yang tidak kena dalam pandangan ustaz Badli itu. Dalam hal ini, pandangan ustaz Badli sama sahaja dengan pandangan kerajaan Barisan, yang menolak kesyahidan ustaz Ibrahim Libya. Penulis pun tertanya-tanya apakah ustaz Badli ini ulama tersohor atau ulama rasmi seperti yang disifatkan oleh Ibnu Taimiyyah? Atau oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Noor? Atau Ustaz Badi tidak faham akan kejadian dan kronologi sejarah yang mengaitkan Asyahid Ustaz Ibrahim Libya?

Seperkara lagi, dia juga menyenaraikan Abu Sayyaf sebagai mengancam keselamatan negara, khasnya di Malaysia Timur. Seharusnya kedudukan Abu Sayyaf dinilai semula sebelum melabelkannya sebagai pengganas. Selatan Filiphina adalah sebuah negara yang bergolak di antara pejuang-pejuang Islam dengan askar-askar kerajaan yang mewakili kerajaan Flliphina yang kristian itu. Oleh itu, ustaz Badli harus menilai semula kedudukan Abu Sayyaf dalam perjuangan membebaskan selatan Filiphina. Ketersohoran Ustaz Badli akan hilang jika beliau membuat pendirian yang bertentangan dengan pendirian kebanyakan umat Islam, hanya kerana disebabkan oleh kepentingan tertentu.

AlKundangi,
21.7.2012.   

Wednesday, July 18, 2012

PUASA RAMADHAN DAN PILIHAN RAYA-PRU13



 Ada dua perkara yang hampir dengan kita sekarang, Ramadhan dan PRU 13. Ramadhan, seperti kata kebanyakan ulama, adalah sebuah universiti yang ijazahnya ialah taqwa. Adakah kita sudah bersedia untuk itu? Jika kita memenuhi segalag syarat, membuat segala kertas kerja dan tugasan, insyaallah kita akan dapat menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah Taqwa itu. La'allakum tattaqun-mudah-mudahan kamu bertaqwa.

 Perkara kedua kita akan berhadapan dengan PRU 13 pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. Tentu BN dan PR sudah bersedia menghadapinya. Banyak pendapat mengatakan BN sukar untuk mengekalkan kuasa pada PRU 13 ini. Bahagian risikan kerajaan tentu arif akan hal ini. Sebab itu tarikh PRU sentiasa tertunda-tunda. Rakyat marhaen sudah masak dengan permainan politik kerajaan. Sudah lebih 50 tahun berkuasa. Kita sepatutnya sudah terlalu faham sepak terajang politik BN. Cuma orang-orang pro BN masih menganggap jika BN gagal mengekalkan kuasa, akan terjadi ketidakamanan, pergaduhan kaum, dan sebagainya.Ini adalah ugutan yang biasa sama seperti peristiwa 13 Mei, bila Perikatan gagal mempertahankan Selangor dari DAP. Tapi itu sejarah hampir 50 tahun dahulu. Rakyat kini sudah tahu menilai semua itu, apakah pergaduhan kaum, atau sebenarnya itu satu rancangan politik untuk memulihkan kuasa pemerintah?

 Presiden Mesir yang baru sudah mula mengorak langkah memulakan pembaharuan setelah memenangi pilihanraya baru-baru ini. Harapan menggunung umat Islam terhadap Morsi tentu tidak dinafikan, sementelahan pula Morsi mewakili Ikhwannul Muslimin, sebuah gerakan Islam terbesar dan disegani du dunia ini.Rakyat mesir sudah sedia untuk berubah setelah sekian lama berada di bawah regim aristokrat sejak zaman Firaun lagi. Apakah rakyat Malaysia masih mahu kekal di bawah regim lama, atau mahu berubah ke arah yang lebih baik di bawah pemimpin pakatan yang sebahagiannya adalah para ulama yang sealiran dengan Morsi. Pas adalah ibarat Ikhwan di Malaysia, semua pemerhati politik sedar akan hal ini. PRU13 akan menentukan halatuju kita, apakah kita masih mahu di bawah regim aristokrat, atau mahu memerdekan diri dari pengaruh lama yang sudah pun mengikis kekayaan negara hingga ke akar umbinya. Pilihan terserah kepada kita semua, yang sudah arif sepak terajang politik di negara ini.

 alkundangi,

18.7.2012.