ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Monday, March 23, 2009

Pemilihan UMNO


Musang Berbulu Ayam dan Pemilihan Umno
Oleh: A Kadir Jassin.


YANG korek itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Jadi tidaklah indah bahasa seandainya musang berbulu ayam dibaratkan kambing korban.Yang menuturkan itu mungkin hendak menampilkan budinya. Tetapi ibarat kendi yang rosak kerana kotor air di dalamnya, maka rosak jugalah budi kerana bahasa.Dalam pengertian Islam, kambing korban amat suci. Nabi Allah Ibrahim sudah bersedia mengorbankan anaknya Nabi Ismail apabila Allah Taala menggantikannya dengan seekor kambing.Maka dalam pengertian Islam, kambing korban adalah haiwan yang sangat suci. Orang yang rasuah atau mengamalkan politik wang pastinyalah bukan kambing suci.

Dalam peribahasa Inggeris pun “sacrificial lamb” (anak kambing biri-biri korban) adalah mulia. Dia seorang yang tidak bersalah tetapi dikorbankan untuk menyelamatkan orang lain yang bersalah atau untuk menutup sesuatu keaiban.Jadi, dalam konteks tindakan Lembaga Disiplin Umno pada 17 Mac lalu, isu kambing korban tidak berbangkit langsung.Mereka yang dapati bersalah kerana rasuah politik wang dan dihukum itu bukan sekali-kali kambing korban atau “sacrificial lamb”.Musang Dalam Reban UmnoKalau kita hendak berterus terang, mereka adalah musang berbulu ayam atau mengikut ungkapan Inggeris “wolves in sheep skin” iaitu serigala yang berbulu kambing.

Tidak perlulah sesiapapun membuat alasan atau cakap berlapik kalau mereka mahu menjadikan pemilihan Umno 26 Mac ini sebagai titik permulaan pemulihan parti itu.Kalau ada di kalangan calon Majlis Tertinggi Umno musang berbulu ayam, kita kata sajalah mereka musang berbulu ayam.Bagi yang tidak faham bahasa Melayu atau lebih selesa dengan bahasa Inggeris, kita kata sajalah mereka itu “the wolves in sheep skin.”Kalau di kampung saya pada waktu desa masih desa di mana petani memelihara ayam dan itik, musang yang masuk ke reban ayam akan ditembak dengan senapang patah.Kita jangan keliru, musang bukan “fox” yang didapati di kawasan iklim sederhana dan sejuk.

Haiwan jenis itu tidak ada di negara kita. Musang yang kita maksudkan ini dipanggil “civet cat” dalam bahasa Inggeris.Jadi amat kenalah Lembaga Disiplin bertindak keras terhadap musang-musang berbulu ayam.Tapi biarlah adil. Jangan ada musang yang dibedil dan ada musang yang dijentik telinga sahaja – tidak kiralah musang itu musang tenggalung (Malayan civet cat) atau musang pulut (palm civet cat).Awas Calon RasuahAtau adakah dua orang calon itu sahaja yang terbabit dengan rasuah politik wang? Yang bukan calon atau yang jadi wakil dan tukang tabir duit lainlah. Yang kita maksudkan ini calon.

Apa hal pula dengan calon yang didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana politik wang macam Norza Zakaria? Bolehkah dia bertanding?Atau perwakilan yang terima rasuah? Terima duit kocek dan penginapan tu perkara biasa. Ini yang terima duit sehingga boleh beli kereta baru atau bercuti ke luar negara.Memanglah susah hendak mencari pemimpin politik yang sempurna dan unggul, tidak kira dalam kem kerajaan atau pembangkang, di Malaysia atau di negera-negara lain.

Hanya di negara yang mengamalkan sistem satu parti macam China atau yang tidak ada pembangkang macam Singapura yang boleh memilih-milih pemimpin.Mula-mula sekali tidak ada calon atau pemimpin yang sempurna dan unggul kerana mereka pun manusia juga.Kita lihat sajalah apa yang telah dan sedang berlaku dalam barisan kepemimpinan Pakatan Rakyat. Walaupun PR diuar-uarkan oleh penyokongnya sebagi lebih bagus daripada kepemimpinan Barisan Nasional, namun kita lihat ia juga sedang mengalami pelbagai masalah.Huru-hara di Perak sekarang bermula apabila tiga Adun PR – dua dari Parti Keadilan Rakyat dan seorang dari DAP –keluar parti dan “menyokong” BN.

Dua bekas Adun PKR itu pula sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.Di Bukit Selambau, Kedah, pilihan raya kecil terpaksa diadakan kerana Adun PKR, V Arumugam, meletakkan jawatan pada 9 Feb. lalu atas sebab masalah peribadi.Dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac, 2008 dia bertanding bebas dan kemudian menyertai PKR.Kemudian pada 17 Feb. Adun PKR Bukit Lanjan, Selangor, Elizabeth Wong, pula mengumumkan peletakan jawatan Adun dan Exco setelah gambar bogelnya tersebar di khalayak.Gambar itu didakwa diambil dan disebarkan oleh bekas kekasihnya, Hilmi Malek, 32, yang juga seorang petugas penting PKR.

Hilmi menghilangkan diri dan dipercayai lari ke Indonesia.Adalah menjadi pengetahuan umum yang ramai pembesar PKR, khasnya yang berasal dari Umno, kerap menggunakan Jakarta sebagai tempat “rendezvous” (ron-day-vu -- bertemu) untuk membuat perancangan atau menyembunyikan diri.Kemudian pada 21 Mac, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, juga dari PKR, diumumkan akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 8 April ini.Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP) berkata Mohammad Fairus juga akan mengosongkan jawatan Exco tetapi enggan memberi sebab dia meletakkan jawatan walaupun wujud dakwaan oleh orang PKR sendiri yang dia terbabit dengan kes kuari di negeri itu.PR Kuat Atau BN Lemah?

Ini membawa kita balik kepada persoalan adakah BN lemah kerana PR kuat atau PR nampak kuat sebab BN sangat lemah?Kalau PR benar-benar kuat tidak apalah. Sekurang-kurangnya pengundi mempunyai pilihan. Maksudnya PR boleh menjamin kepemimpinan yang lebih baik daripada BN dan Umno.Tetapi apa halnya jika PR sebenarnya tidak kuat, tetapi nampak kuat kerana BN dan Umno sangat lemah?PR masih boleh menjadi alternatif kepada Umno dan BN yang lemah. Tetapi apakah ini alternatif yang unggul bagi pengundi dan rakyat jelata Malaysia?Kalau inilah keadaannya, kita sebenarnya sedang mengalami masalah kepemimpinan politik nasional yang sangat mencemaskan.

Apatah lagi kita sekarang sedang mengalami masalah ekonomi yang runcing.Justeru itu, keputusan pemilihan Majlis Tertinggi Umno Khamis ini bukan sahaja relevan kepada Umno malah akan memberi kesan kepada politik nasional keseluruhannya.Sekiranya perwakilan membuat pilihan yang tetap dengan memilih calon yang terbaik dari segi kebolehan dan moral, maka harapan Umno pulih daripada kecelakaan PRU ke-12 adalah lebih cerah.Sebenarnya, dengan penolakan pengundi Cina dan India terhadap BN pada pilihan raya umum lalu, khasnya calon-calon MIC, Gerakan dan MCA, Umno perlu lebih kuat mempertahankan hak orang Melayu di samping cuba memulihkan BN.

Pertimbangan Memilih PemimpinMungkin syarat-syarat berikut boleh dijadikan panduan kasar oleh perwakilan dalam membuat pengundian Khamis ini:-

1. Tolak calon yang pernah didapati bersalah melalukan rasuah oleh Lembaga Disiplin;
2. Tolak calon yang didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia;
3. Tolak calon-calon yang pernah terbabit dengan kes-kes jenayah dan salah laku seks, sama disabitkan kesalahan atau tidak atas prinsip pemimpin bukan sahaja wajib bersih tetapi wajib nampak bersih;
4. Berhati-hati terhadap calon-calon yang disyaki mengamalkan rasuah dan sedang disiasat;
5. Pilih calon-calon yang terbaik;
6. Pilih yang agak baik daripada kalangan yang tidak baik;
7. Pilih calon-calon yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja; dan
8. Pilih calon-calon yang boleh mewakili parti dan negara di majlis kecil di kampung terpencil dan sidang kemuncak antarabangsa di merata dunia.

Kalau perwakilan buat juga kerja-kerja yang buruk kerana disogokkan wang atau dijanjikan peluang, selain peluang untuk membuat kebaikan, janganlah hairan jika talkin yang dibacakan untuk Umno oleh musuh-musuhnya menjadi kenyataan.Banyak parti politik dunia yang sezaman dengan Umno telah lenyap atau hidup segan mati tak mahu.

(Kadirjasin.blogspot.com,23.03.2009)

ISU PERALIHAN KUASA ABDULLAH-NAJIB

Ramai yakin peralihan kuasa Abdullah - Najib ditunda



(Hrkh) - Banyak pihak percaya tarikh peralihan kuasa di antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak berganjak daripada tarikh asal memandang banyak isu besar membabitkan pemimpin negara.
Pendedahan dibuat media luar negara mengenai hubungan Najib dengan model Mongolia, Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia mungkin menjadi penyebab utama peralihan kuasa diperlewatkan.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, tarikh asal pelan peralihan kuasa di negara ini mungkin berubah menjelang Perhimpunan Agung Umno 24 Mac ini.

"Keadaan itu berlaku apabila pemimpin terbabit menerima tekanan berterusan dalam kes pembunuhan kejam Altantuya.

"Laporan media asing telah menghangatkan kembali isu tersebut. Bagi saya ia menyebabkan kemungkinan besar berlaku pertukaran tarikh peralihan kuasa," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Kubang Kerian, baru-baru ini.

Husam berkata, tekanan dalam isu Altantuya bukan sesuatu yang kecil dan apa yang pasti ia boleh merubah pelan peralihan kuasa seperti diuar-uarkan sebelum ini.
Menurutnya ketika Umno sedang berusaha untuk memulihkan kepercayaan rakyat, tentunya mereka tidak akan kompromi dengan pemimpin yang bermasalah kerana ia boleh menjejaskan imej Umno.
"Saya yakin Umno keberatan menerima seorang bakal pemimpin yang mengalami masalah kerana ia boleh merugikan Umno sendiri.

"Umno memerlukan pemimpin yang lebih berintegriti, maka pilihan yang ada mungkin boleh ditunda Perhimpunan Agung Umno seperti disarankan dua pmimpin parti itu sebelum ini," katanya.
Baru-baru ini bekas Exco Pemuda Umno Malaysia, Dato' Mazlan Haron dan ketua cawangan Umno di Johor, Dato' Kadar Sulaiman mahu Umno menangguhkan perhimpunan agung bagi menyelesaikan aduan politik wang yang berlaku.

Mereka juga bersedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan agung Umno sekiranya saranan mereka diabaikan parti.

Husam berkata, secara jelas ada asas bagi menangguhkan Perhimpunan Agung yang bermula 24 Mac ini, berkaitan politik wang yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Lembaga Disiplin Umno.
Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, rakyat memerhati dari dekat perlanggaran undang-undang oleh pemimpin Umno seperti yang berlaku di Perak Febuari lalu. "Pencabulan terhadap semua institusi utama negara menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada kewibawaan kerajaan diterajui Umno-BN," katanya.

(Malaysia Today,10.3.2009).
Anak Perak di perantauan janji akan pulang sokong calon PAS

GOMBAK, 22 Mac: Lebih 2,000 anak-anak Perak di perantauan menyertai para pemimpin utama PAS hari ini dan berjanji akan memastikan calon PAS di Bukit Gantang menang dalam pilihan raya kecil itu nanti.
Yang berada di pentas adalah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mar, Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya Ustaz Ahmad Awang, Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaludin, bekas timbalan presiden PAS Ustaz Hassan Shukri, penulis Subky Latif dan juga anggota Parlimen Titiwangsa yang pernah bertanding di Bukit Gantang 2004 lalu, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Turut berada di pentas adalah Presiden Anak Perak Di Perantauan, Ahmad Idzhan Ahmad.
Mereka berkumpul di majlis taklimat khas dan dialog serta pelancaran Tabung Anak Perak Di Perantauan sempena Pilihan raya kecil Bukit Gantang di Markas PAS , Taman Melewar.
Di dalam majlis itu, Nik Aziz menyeru anak Perak supaya turun beramai-ramai untuk mengundi serta memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang nanti.
Menurut beliau, Umno kini sedang bersungguh-sungguh untuk menawan Parlimen Bukit Gantang dan akan berusaha walau apa cara pun.


Dalam ucapannya juga, Nik Aziz menjelaskan bahawa rasuah kini adalah merupakan bala kepada parti Umno.
Melihat kepada situasi politik yang melanda, beliau menambah bahawa kini Umno kian terhimpit dan menjadikan pengamal rasuah sebagai pemimpin mereka.
Ini merupakan satu episod terdesak yang mana membabitkan ramai pemimpin Umno yang terlibat di dalam rasuah.


Walaupun mereka secara terang terlibat di dalam rasuah, namun mereka masih dipilih, katanya.
Nizar yang turut berucap di majlis itu menceritakan apa yang berlaku sepanjang tempoh krisis yang berlaku di Perak baru-baru ini dan yakin beliau dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan negeri Perak yang sah.

(Siasahdaily,22.3.2009)

Keberkesanan Blog

Perletakan Jawatan Fairus Buktikan Keberkesanan Blog

PERLETAKAN Mohamad Fairus Khairuddin (foto) sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 hari ini menunjukkan peranan blog dan internet tidak lagi boleh dipandang ringan. Blog kini menjadi ancaman baru kepada orang politik yang bermasalah.Laporan mengenai ketidakupayaan Fairus sebagai timbalan ketua menteri dimulakan menerusi internet dan blog.

Mula ia lebih merupakan cacatan peribadi dan laporan kurang bertanggungjawab tetapi dari hari ke hari ia merebak menjadi luas dan dipercayai.Ada blog-blog tertentu yang berpangkalan di utara tidak habis-habis melaporkan mengenai keburukan dan kerenah Fairus. Hasil sebaran secara konsisten itu akhirnya mempengaruhi orang ramai yang akhirnya memaksa Firaus meletakkan jawatan hari ini.Perletakan jawatannya dipetik berkuat kuasa pada 8 April nanti.Fairus sekali sekala cuba juga menjawab dan menafikan laporan blog atau internet berhubung dirinya dengan mengatakan ia sengaja dilakukan untuk memburukkanya.

Namun jawaban itu tidak berjaya menyekat penyiaaran berita buruk mengenai yang makin bertambah malahan ada yang menulisnya secara bersiri.Hari ini apabila Adun Penanti itu menghantar surat perletakan jawatan sekaligus mengesahkan desas desus beliau akan melepaskan jawatan itu seperti mana dihebohkan dalam blog. Sebelum ini desas desus itu cuba disembunyikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan juga penasihat PKR, Anwar Ibrahim.Jadi diingatkan kepada orang politik hendaklah menjaga kerenah, pergaulan, tingkah lalu masing-masing jangan sampai diblogkan oleh para blogger.


Apabila anda sudah diblogkan kesannya amat buruk dan sukar dikikis.Tulisan dan laporan dalam blog bukan saja terbatas untuk dinikmati oleh pengunjung di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Apabila keburukan anda sudah terdedah di seluruh dunia sukar untuk ada membela dengan mengatakan anda betul manakala blogger sebagai bersalah ataupun diupah pihak tertentu.Penyokong kuat anda di luar alam siber juga sukar untuk membela anda. Inilah kekuatan blog dan internet.

(MSO,21.3.2009)

Thursday, March 19, 2009

NASIONALISME PEMANGKIN BARU PAKATAN RAKYAT?

Nasionalisme Pemangkin Baru Pakatan Rakyat?


Oleh: A Kadir Jasin.


KETUA Parti Keadilan Rakyat merangkap ketua tidak rasmi Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim menguarkan tsunami politik yang berlaku pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu sebagai kelahiran semula (baru) nasionalisme.Portal berita bebas Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata demikian dalam ucapan menandakan ulang tahun pertama PRU ke-12 di hadapan kira-kira 1,000 orang di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi.Serentak itu, Anwar menggesa Pakatan Rakyat mengajak rakyat jelata untuk menjadi sebahagian daripada gerakan itu.

“Ajak rakyat jelata menjadi sebahagian daripada kelahiran baru nasionalisme ini bagi membina negara ini atas prinsip keadilan, kesamarataan dan peluang untuk semua,” katanya.Malaysiakini melaporkan Anwar, yang gagal menunaikan janjinya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional September lalu melalui lompat parti, menggesa pengundi agar tidak melepaskan peluang mencipta sejarah pada pilihan raya umum akan datang.Meminjam pakai istilah yang dipopularkan di Malaysia oleh akhbar New Straits Times di bawah kepemimpinan bekas ketua pengarang kumpulannya, Kalimullah Masheerul Hassan, Anwar berkata (izinkan saya menggunakan petikan asal dari Malaysiakini):“The Umno-dominated BN is caught in a warp of its own making. They talk of reform but cannot walk the talk. This is what a half century in power does to you.”Kalau kita masih ingat, ungkapan “walk the talk” (buat apa yang dicakapkan) kerap diguna oleh Kalimullah dan konco-konconya bagi memperjelaskan pegangan Abdullah Ahmad Badawi yang mengotakan apa yang dicakapkannya.

Sementara itu, penganalisis politik, Ong Kian Ming, dalam tulisan yang disiarkan oleh Malaysiakini berpendapat BN tidak mampu mereformasi diri atau memperkenalkan perubahan bagi mengembalikan sokongan pengundi kepadanya.Namun beliau turut berasa bahawa pembangkang juga perlu mereformasi dirinya jika tidak mahu terperangkap dalam situasi serupa yang menyebabkan kelemahan BN.Beliau, antara lain berkata, walaupun dua parti tertua PR –DAP dan Pas – tidak terkecuali daripada masalah dalaman, namun dua faktor menyelamatkan mereka.Pertama, kurangnya peluang untuk mengamalkan dasar naungan politik (politics of patronage) dan kedua, kehadiran pemimpin atasan yang tidak mementingkan diri sendiri seperti Nik Abdul Aziz dalam Pas dan Lim Kit Siang dalam DAP.Amaran Ong Kian Ming itu ada asasnya.


Pemimpin seperti Nik Abdul Aziz dan Kit Siang tidak akan menongkat langit dan dengan kuasa, muncullah peluang untuk mengamalkan sistem naungan politik.Pengaruh kuasa ini sudah pun mula berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh PR. Misalnya, sudah ada wakil rakyat yang dipilih atas tiket PR dan operatornya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah atau dilucutkan jawatan.Anwar sendiri sedang menghadapi perbicaraan kes liwat yang baru sahaja dipindahkan ke Mahkamah Tinggi manakala Menteri Besar Selangor dari PKR, Abdul Khalid Ibrahim, disiasat kerana disyaki menyalahgunakan kuasa.


Soalnya apakah Pas dan DAP yang lebih tua dan nampak bersih daripada skandal bersedia memperjudikan nama baik mereka dengan bersekongkol bersama PKR dalam jangka masa panjang?Ong Kian Ming berpendapat, jika ada parti dalam PR yang terdedah kepada “reform fatigue” maka ia adalah PKR.Katanya: “And if there is any party that would be most susceptible to reform fatigue if Pakatan takes over power at the national level, it would be PKR, partly because of the baggage which Anwar carries with him and partly because of the short history of the party.”(“Dan jika ada parti yang paling terdedah kepada reform fatigue sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih di peringkat nasional, ia adalah PKR, antaranya kerana beban yang dipikul oleh Anwar sendiri dan kedua, disebabkan sejarah parti itu yang singkat.”)


Tidak seperti DAP dan Pas yang jelas dasar dan ideologinya, PKR agak bercelaru kerana ia lahir daripada gerakan reformasi yang menggabungkan pelbagai organisasi dan individu yang berlainan ideologi, perjuangan dan matlamat.Ong Kian Meng mengulas: “PKR’s membership and leadership is made up NGO activists, former Umno leaders who left together with Anwar Ibrahim, socialists from the PRM wing of the party, former disgruntled leaders from MCA and Gerakan, and so on and so forth.“Without a coherent identity of its own and a longer history of candidate selection, it is by not a coincidence that the BN is targeting PKR state assemblymen and MPs to defect from Pakatan, with some success, most notably in Perak.


”Justeru itu, beberapa persoalan perlu difahami dan dipertimbangkan bagi mengukur kekuatan dalaman Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional:

1. Bolehkah Pas dan DAP menerima kelahiran baru nasionalisme seperti yang dicanangkan oleh Anwar itu?

2. Pas sejak sekian lama menggunakan isu nasionalisme (kebangsaan) sebagai senjata untuk menikam Umno yang didakwanya assabiyah;

3. Bolehkah DAP yang sejak penubuhannya pada tahun 1967 menolak nasionalisme sebagai landasan perjuangan dan memilih konsep “Malaysian Malaysia” sebagai manifestonya menerima nasionalisme baru Anwar?;

4. Adakah PR benar-benar kuat dan diterima umum atau ia nampak kuat kerana BN lemah?;

5. Adalah diakui umum bahawa PR mendapat sokongan besar pengundi tahun lalu kerana ramai penyokong BN marah terhadap parti mereka sendiri dan mengundi pembangkang sebagai protes.;

6. Adakah ini akan berulang tiga atau empat tahun akan datang apabila pilihan raya umum diadakan?

7. Bolehkah Pas, Dap dan PKR merasmikan PR sebagai pakatan yang berdaftar atau ia akan kekal sebagai gabungan tidak rasmi?; dan

8. Adakah Umno dan BN akan pulih selepas era Abdullah untuk menyekat kemaraan PR dan menggagalkan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri?Kita mungkin tidak perlu menunggu lama untuk mendapat jawapan kepada sesetengah daripada soalan ini. Hasil pemilihan Umno bulan ini dan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai bulan depan adalah antara petunjuknya.

(http://kadirjassin.blogspot.com)
9.3.2009.

Blogspot Tok Guru?

Ingatan Kepada Pemegang Password Blog Tok Guru


TOK GURU Guru Nik Abdul Aziz juga akan buka blog sendiri. Blognya akan dilancarkan pada 26 Mac ni. Makin meriahlah nampaknya dunia ciber kita. Tentu blog Tok Guru itu akan popular dan dikunjungi ramai dari dalam dan luar negara. Baguslah kalau begitu. Patutnya dah lama Tok Guru buka blog sendiri.
Apapun tahniah kepada Tok Guru kerana ada blog sendiri. Didoakan pengunjung blog Tok Guru akan mengatasi pengunjungi blog Dr Mahathir dan hitnya akan tinggi.

Dengan ada blog bolehlah Tok Guru gunakan untuk berdakwah sekali. Pengisinya nanti diharap bukan saja bersifat politik, tetapi ilmu-ilmu keagamaan juga. Walaupun ada kalanya Tok Guru campur sekali ilmu agama dengan politik, dalam kuliah dan syarahannuya tetapi ada yang tidak dapat memilihnya. Jadi bercampur gaullah, macam antah bercampur dengan beras.

Ada yang dapat tangkap ada yang tidak. Bagi yang jahil kala inilah akan menganggap Tok Guru sebagai menyeleweng, buat fatwa baru dan sebagainya.

Blog adalah medium terbaik kalau Tok Guru nak bercakap soal-soal kerohanian lebih mendalam lagi. Atau mendedahkan kerahsiaan Tuhan dan manusia. Dakwah menerusi tulisan lagi berkesan. Pengisiannya juga agak detail dan tidak mengelirukan. Lagipun menerusi tulisan boleh dibuat dengan cermat dan hati-hati.
Ada hal-hal yang kalau kita berdua dengan Tok Guru terlepas juga cakapnya mengenai agama yang bersifat rahsia, tasauf. Apa kata kalau dalam blog ni Tok Guru membuka rahsia dirinya dengan Tuhan seluas-luasnya. Biarlah rahsia itu dapat dipetik dan dimanfaatkan oleh banyak orang. Misalnya mengenai amalan dan juga wirid-wirid peribadi yang menjadi amalannya sejak dulu hingga sekarang.


Saya rasa dalam banyak-banyak pengkagum Tok Guru mereka bukan saja mahu memetik dan meniru pendekatan, falsafah dan juga teknik politik, tetapi mereka juga mahu meniru dan berba'ih dengan Tok Guru sebagai tok guru.
Mengenai rahsia ketuhanan ni Tok Guru tak buka atas kedai. Dia hanya royak kepada orang terpilih dan di tempat tertentu saja. Sapa rajin geletek dan cungkilnya akan dapat. Selalunya mereka yang minat ilmu ni datang jumpa Tok Guru bukan nak minta balak atau tanah tetapi nak tambah ilmu, nak tambah iman dan taqwa kepada Allah daripada Tok Guru.

Ini kelebihan yang ada kepada Tok Guru dan tidak ada kepada Dr Mahathir Mohamad atau Tun Razak.
Apa lagi kalau ilmu dan rahsia itu ditulis sendiri ilmu itu terus datang dari hati dan turun atas kertas (skrin) dan dibaca oleh pengunjung terus masuk ke dalam hati. Jelira kata orang. Kalau tutur Tok Guru ditulis oleh orang lain banyak koner-konernya, ikut sedap dan kehendak dia saja.


Misalnya kalau Tok Guru sebut bulat, macam-macam bentuk bulat yang akan dibuat nanti, bulat leper, bulat panjang, bulat berkedut, bulat bujur dan sebagainya. Di sinilah ia memerlukan seorang yang arif dan makrifah dengan Tok Guru (ilmu) barulah akan menjelma bulat yang sengoti (sebenar).
Ada juga penulis ini bersifat yang molek ditulis, tak molek ditinggal atau ambil hak mana dia berkenan saja.

Apakah Tok Guru ada masa nak tulis sendiri blog tu nanti? Atau ada yang tukang kendalikannya? Barangkali tidak munasabah kalau Tok Guru nak tulis sendiri. Tentulah ada yang jadi tukang mengisinya.
Sangat diharap kepada orang memegang password blog Tok Guru seorang yang jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Jangan pula guna blog itu nanti untuk tujuan lain. Saya tak jamin Tok Guru akan memantaunya sepanjang masa. Kalau salah guna nanti nyanyalah Tok Guru.

Saya taruh kebimbangan ini, al maklumlah.... manusia ini apa-apa saja boleh jadi. Diharap pengisinya nanti benar-benar dari dhamir dan lidah Tok Guru sendiri jangan cuba nak tuil-tuil ke tujuan lain. Malang sekali kalau penjaga password itu nanti menyeleweng diselit apa-apa yang ada kepentingan atau agenda politiknya.
Saya kata ini bukan apa sekadar mengingatkan saja berpandukan kepada apa yang telah lepas. Tidak perlu cerita panjang. Selamat berblog duhai Tok Guruku. [wm.kl. 6:00 am 19/03/09].

(MSO,19.2009)
Obama digesa kaji semula


WASHINGTON - Seramai 15 anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) daripada parti Republikan dan Demokrat menulis sepucuk surat untuk menggesa Presiden Barack Obama mengkaji semula penghantaran 17,000 askar lagi ke Afgha-nistan. "Kami menggesa anda mengkaji semula rancangan untuk meningkatkan jumlah tentera (di Afghanistan)," kata mereka. "Kami juga bimbang bahawa sebarang tanggapan kejayaan ketenteraan di Afghanistan mungkin mencetuskan tekanan untuk meningkatkan kegiatan tentera di Pakistan.

Ia akan mencetuskan suasana berbahaya di rantau itu dan meningkatkan permusuhan terhadap AS." Bekas calon presiden, Ron Paul (Republikan) dan Dennis Kucinich (Demokrat) memberitahu pemberita bahawa pentadbiran Obama perlu menjelaskan dasar-dasarnya di Afghanistan. Paul berkata surat itu bertujuan untuk menggesa Obama berhati-hati dalam pendekatannya untuk menangani konflik di Afgha-nistan. "Tindakan menghantar 17,000 askar ke sana dan meneruskan pengeboman di Pakistan bukanlah satu perubahan dasar. "Langkah menambah jumlah askar juga bukan satu penyelesaian," kata Kucinich.

Menurut mereka, rakyat Afghanistan tidak memer-lukan lebih banyak kemus-nahan dan keganasan. "Mereka memerlukan rumah, pekerjaan dan pendidikan. Mereka memerlukan keselamatan, keamanan dan peluang," kata mereka.

(Sinar Harian,19.3.2009)

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO

Semua calon sepatutnya disiasat


KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semua calon yang bertanding pada pemilihan UMNO, termasuk dirinya sepatutnya disiasat. Calon Naib Presiden UMNO itu berkata, sekiranya ada bukti kukuh maka tindakan daripada Lembaga Disiplin UMNO dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlulah adil kerana kredibiliti mereka sentiasa diuji. “Saya harap semua termasuk diri saya sendiri perlu disiasat.

Dengan syarat bahawa siasatan itu adil dan tidak ada syak wasangka bahawa calon tertentu sahaja disiasat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Menara Parlimen di sini, semalam.

Keputusan yang dibuat mestilah bersandarkan bukti, hujah dan saksi kukuh, kata Hishammuddin sebagai mengulas dua calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin, yang disiasat Lembaga Disiplin UMNO. Mengenai Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dikenakan tindakan tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana politik wang, Hishammuddin berkata persoalan tentang jawatan Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka tidak timbul. “(ini) kerana apa (tindakan) diambil adalah di bawah (kuasa) parti...

Apa yang didesak (supaya Mohd Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka) bagi saya tak perlu dipertimbangkan dalam konteks Lembaga Disiplin,” katanya. Beliau berkata, Mohd Ali pada mesyuarat Jawatankusa Pengurusan semalam dilihat tenang, tabah dan beliau menyatakan kepentingan parti lebih daripada kepentingan individu. Hishammuddin berkata perkara itu sentiasa menjadi pegangan Ahli UMNO dan perkara sebegini telah berlaku sebelumnya. “Sejarah telah buktikan dalam kes sebegini akhirnya parti jadi keutamaan dan akhirnya bila rapatkan barisan pejuang parti yang tulen, ikhlas akan terus bersama parti,” katanya.

(Sinar Harian,19.3.2009)

Thursday, February 5, 2009

KESAN DARI PRK KUALA TERENGGANU

KESAN DARI PRK KUALA TERENGGANU


Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu telah lama berakhir pada 17 Januari lalu dan seperti yang sudah diketahui umum, calon PAS menang dengan kelebihan undi 2,631 mengalahkan calon BN-UMNO. Jelas, kemenangan tersebut hanya beberapa bulan selepas Pakatan Rakyat menang di Permatang Pauh melalui DS Anwar Ibrahim yang kini menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Ahli-Ahli UMNO terutama DS Najib seolah-olah tergamam dengan kemenangan itu. Pada mereka,hal itu tidak terduga,malah mereka terlalu yakin mampu menguasai Kuala Terengganu.

Namun, rakyat K.Terengganu sudah membuat pilihan. Mereka menolak UMNO-BN. Mereka memilih PAS-Pakatan Rakyat. Kini Abdul Wahid Endut adalah wakil Parlimen K.Terengganu,sesuatu yang tidak disangka sebelumnya khususnya oleh UMNO-BN. Tetapi bagi PAS dan PR kesemuanya itu sudah diduga berdasarkan perkembangan politik semasa tanahair dan kemorosotan sokongan rakyat terhadap UMNO yang kian berkurangan dari waktu ke waktu. Akan jadi PM-kah Najib? Hanya masa yang akan menentukannya, dan jawabannya hanya ada dua :ya atau tidak.Inilah mimpi buruk DS Najib kebelakangan ini.

Kekalahan UMNO-BN di tangan PAS-Pakatan Rakyat mungkin disebabkan oleh beberapa faktor berikut:

1.Parti UMNO sudah bersifat elit sejak kebelakangan ini, atau sekurang-kurangnya sejak Mantan PM Mahathir mengambil alih kuasa dari Tun Hussein Onn. Apabila ia bersifat elit, ia tidak lagi merakyat, atau ia sudah jauh menyimpang dari tujuan asal dan tidak lagi mesra rakyat. Hal ini menyebabkan rakyat sedikit demi sedikit mulai membenci UMNO-BN. Akhirnya mereka menolak UMNO-BN.

2.Politik Wang yang sudah terbukti memamah UMNO dari dalam sudah dapat dihidu oleh rakyat marhaen. Rakyat mulai yakin selama ini UMNO menang dengan membeli undi atau menang dengan kuasa wang. Satu kemenangan yang palsu dan nihil. Dengan begitu orang ramai meluat terhadap gejala seperti ini, lalu menolak UMNO-BN.

3.Putar belit royalti minyak Terengganu yang menjadi Wang Ehsan ketika PAS memerintah Terengganu kini sudah terserlah bila Wang Royalti itu dikembalikan atas usaha MB Terengganu yang baru. Namun ke manakah wang royalti itu? Masjid Kristal yang di bina oleh Idris Jusoh? Monsoon Cup? Kini rakyat Terengganu mengetahui ke manakah hasil minyak itu.Pemimpin merekalah yang membaham kekayaan bumi Terengganu itu, sedang rakyat terbanyak kekal miskin, sesetengahnya hidup kais pagi makan pagi.


4.Keterlibatan Najib dalam kes Altantuya adalah salah satu faktor yang dikira agak penting dalam penolakan terhadap UMNO-BN ini. Rakyat tidak dapat menerima seorang pemimpin seperti itu. Tiada siapa dapat menafikan penggunaan C4, penglibatan Abdul Razak Baginda yang menjadi penasihat politik Najib, dan lain-lain penglibatan dari pihak berkuasa tentera menjadikan rakyat yakin bahawa TPM itu terlibat dalam kes Altantuya. Rata-rata rakyat marhaen tidak dapat menerima kepimpinan seperti ini. Lalu mereka menolak UMNO-BN dari Permatang Pauh hingga ke K.Terengganu.

5.Kes PPSMI. Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah menimbulkan kontroversi yang tidak kunjung selesai sehingga saat ini. Rata-rata rakyat Malaysia menolak dasar ini yang diasaskan mantan PM Mahathir Mohamad. Rakyat dari semua kaum melalui badan-badan NGO, Persatuan-Persatuan Bahasa telah menyatakan kekesalan mereka dengan dasar yang telah berjalan lebih 5 tahun ini. Yang menjadi mangsa ialah murid-murid sekolah, khasnya orang Melayu. Persatuan GMP (Gerakan Menentang PPSMI) bercadang mengadakan perhimpunan 100,000 rakyat untuk menentang dasar ini yang dijangka diadakan pada 7 Mac depan. Gerakan ini yang diketuai oleh Datuk Hassan Ahmad akan mengadakan perhimpunan 100,000 rakyat bagi mendesak kerajaan BN-UMNO mengubah dasar ini. Namun sehingga ini kerajaan masih tetap dengan pendiriannya meneruskan dasar PPSMI yang akhirnya memberikan kekalahan dalam pilihanraya K.Terengganu.

Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan kekalahan itu,namun cukuplah sekadar ini. Pembaca budiman boleh mencatit dan menambahpanjangkan senarai ini kalau mahu.
Begitulah setelah kalah di dua pilihanraya kecil, BN-UMNO masih merasakan mereka mendapat sokongan padu dari rakyat.Mereka masih menunjukkan kuasa,masih mempermainkan rakyat, dan tidak peka kepada kehendak perubahan rakyat marhaen.

Namun mereka juga sedar, dari kedua-dua pilihan raya kecil itu, senario politik Malaysia kian meuntut perubahan. Kemenangan Obama di Amerika sebagi Presiden Pertama kulit hitam bagi orang-orang berkulit putih adalah manifestasi bahawa manusia hari ini mahukan perubahan. Manusia tidak rigid macam robot.Begitulah juga di Malaysia. UMNO-BN telah pun memerintah selama lebih setengah abad. Itulah satu dari sekian banyak perubahan yang diinginkan oleh rakyat negara ini,namun gagal dibaca, atau sengaja tidak difahami oleh UMNO-BN. Perubahan dalam lanskap politik negara dapatlah dirumuskan kepada perkara-perkara berikut, di antaranya:-

1.Rakyat marhaen sudah jemu dan bosan dengan cara UMNO-BN memerintah. Pulau memulau,ugut mengugut, membeli undi dan paling terbaru membeli wakil rakyat yang sah dengan nilai jutaan ringgit menambah-bosankan lagi rakyat terhadap kerajaan yang ada.Malah ramai rakyat marhaen berpendapat sudah sampai masanya kerajaan harus ditukar.


2. Tindak-tanduk segelintir pemimpin UMNO-BN menaikkan rasa benci orang ramai terhadap kerajaan.Umpamanya tindakan Khir Toyo menghadiahkan penyapu kepada seorang pemimpin pihak berkuasa tempatan. Ini menunjukkan kesombongan dan keangkuhan para pemimpin kerajaan yang menyebabkan rakyat meluat melihat keadaan ini.Begitu juga dengan tindakan Zahid Hamidi misalnya yang amat tidak demokratik dengan menghalang pegawai-pegawai persekutuan menghadiri menyuarat kerajaan Negeri Perak. Ini menampakkan tindakan yang mengikut perasaan dan ketinggalan zaman. Ugutan adalah politik zaman kuno yang tidak dapat diterima oleh orang yang berilmu pada hari ini.

3. Rakyat Malaysia kini tidak lagi percaya cakap-cakap dan janji-janji para pemimpin kerajaan. Kesemua janji dan cakap-cakap seperti itu adalah seperti menanam tebu dibibir, apalagi di zaman siber ini, berbagai maklumat alternatif dapat disalurkan melalui laman-laman web, akhbar internet dan blog-blog yang lebih bebas sifatnya. Kini blog,laman web dan akhbar-akhbar internet lebih dipercayai dari media arus perdana. Segala berita yang disiarkan di media arus perdana akan dibandingkan dengan apa yang disiarkan oleh media alternatif, dan mereka menguji sejauh mana kebenaran sesuatu berita itu.

4.Corak dan pemerintahan kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat menjadi perhatian. Sesetengah rakyat memujinya kerana kerajaan pakatan lebih mesra rakyat,lebih telus dan lebih prihatin. Pemberian air percuma oleh Kerajaan Selangor untuk 20 meterpadu yang pertama, derma RM1000 bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke universiti dan berbagai keprihatinan kerajaan telah memukau sebahagian besar rakyat yang berada di bawah UMNO-BN. Mengapakah UMNO-BN yang sudah setengah abad memerintah, namun tidak melakukan perkara ini. Ini menunjukkan para pemimpinnya mementingkan diri, puak dan kroni sahaja. Rakyat marhaen dibiarkan mencari kehidupannya sendiri dengan bantuan ala kadar. Begitu juga apa yang dilakukan oleh kerajaan Perak , Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Semua ini membuatkan orang ramai teruja untuk duduk di bawah naungan Pakatan Rakyat.

5. Malaysia menuju ke arah sistem dua parti.Hal ini sama seperti Amerika dan Britain. Ada masanya kerajaan diperintah oleh Republikan, dan ada masanya diperintah oleh Demokrat. Pendapat ini sama dengan apa yang disuarakan oleh TG Hj Abdul Hadi, Presiden PAS dalam satu wawacancara dengan akhbar Harakah bil.1390 nertarikh 14-16 November,2008. Rakyat Malaysia sudah meluat dengan parti yang sama sahaja memerintah. Sistem ini jauh lebih baik, dan kedua-dua parti perlu menjaga kebaikan dan keutuhan serta kepercayaan rakyat kepada mereka jika hendak terus kekal memerintah.
Ini berbeza dengan corak satu parti seperti sekarang yang lebih bercorak feudal dan aristokratik.


Apa yang dapat ditulis adalah sebahagian sahaja kesan langsung dan tidak langsung dari pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Nampaknya kita bakal menyaksikan lagi beberapa pilihanraya kecil dengan senario apa yang berlaku di Perak. Walau pun ramai orang tahu kuasa wang digunakan dalam kes di Perak, namun apakah tindakan SPRM yang baru ditubuhkan itu. Apakah ia berkuasa menyoal siasat DS Najib, sama seperti mereka menyoal-siasat Tan Sri Khalid Ibrahim, yang tujuannya hanya untuk majlis amal dan sedekah? Yang pasti, DS Najib cuba mengkucar-kacirkan negeri-negeri yang dikuasai oleh PR agar ia berasa selesa apabila menjadi Perdana Menteri kelak.

Sehubungan dengan itu, negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat harus dapat mengekalkan prestasinya,walaupun banyak ugutan dan rintangan yang terpaksa dilalui.PRU ke 13 sudah tidak berapa jauh. Mungkin ia milik Pakatan Rakyat, Insya’allah. Sama-samalah kita mempertahankannya dan berdoa untuknya agar dapat hidup lebih aman dan adil di bawah pimpinan yang juga lebih adil dan bijaksana.


AlKundangi,
3.2.2009.

Saturday, January 31, 2009

PENGUNDI MASIH MARAH KEPADA BN

Pengundi Masih Marah Kepada BN
A Kadir Jassin

PADA hari Jumaat, 16 Januari, akhbar arus perdana Berita Harian menyiarkan tajuk berita berbunyi “Harapan BN Cerah” dan meramalkan parti kerajaan pusat itu akan mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.Akhbar kembarnya, New Straits Times pula berkata : “Barisan Upbeat, Pas Edgy” (Barisan Yakin, Pas Gementar).BH menokok tambah dengan menyiarkan temu ramah dengan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak di mana Timbalan Presiden Umno itu menyangkal persamaan antara Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.

Utusan Malaysia memilih tajuk berita yang lebih neutral berbunyi “Jangan Terpengaruh Serangan Peribadi” dan semalam (17 Januari) menyiarkan tajuk ringkas “Siapa Pilihan Pengundi?”Ternyata sekali BH dan NST membuat ramalan yang songsang sama ada kerana maklumat dan perisikannya tidak tepat atau kerana mahu menjaga hati pihak-pihak tertentu.Seperti umum sudah maklum BN gagal mempertahankan Kuala Terengganu malah telah kalah dengan teruk.Calonnya, Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Abdul Wahid Endut dengan 2,631 undi. Dia memperoleh 30,252 undi berbanding Abdul Wahid yang memperoleh 32,883 undi.Pengundi Kuala Terengganu nampaknya tidak termakan janji melangit yang dibuat oleh Umno dan BN malahan ahli dan penyokong Umno sendiri nampaknya masih marah dan menyimpan dendam terhadap kepemimpinan parti mereka.Kekalahan ini pastinyalah memberi kesan yang besar kepada BN dan Umno, khasnya kepada Mohd Najib yang menjadi kepala perang Umno dan BN walaupun beliau berkata kekalahan itu tidak bermakna pengundi menolak BN dan memberi undi tidak percaya kepadanya.Kekalahan ini sedikit sebanyak membayangkan yang pengundi Kuala Terengganu belum bersedia untuk memberi “endorsement” kepada beliau atau kepada proses pemulihan Umno dan BN yang diuar-uarkan itu.

Bagi Umno dan BN, kegagalan mempertahankan Kuala Terengganu memberi gambaran bahawa penolakan terhadapnya semakin meluas sejak pilihan raya umum Mac lalu.Ini tentunya akan menyukarkan lagi kedudukan Mohd Najib apabila beliau mengambil alih pemerintahan negara Mac ini.Tetapi seandainya beliau faham sentimen pengundi dan bersedia membuat perubahan yang drastik ke atas Umno, BN dan kerajaan selepas mengambil alih pemerintahan beliau mungkin dapat meredakan kemarahan pengundi khasnya dan rakyat jelata amnya.Kekalahan di Kuala Terengganu adalah sumpahan dan bala yang sangat besar kepada Umno dan BN kerana ia adalah kerusi BN dan terletak di dalam negeri yang memberi sokongan yang sangat kuat kepada BN pada pilihan raya umum Mac lalu.Gagal menakluki semula Permatang Pauh Ogos lalu tidak teruk kerana ia kubu Anwar Ibrahim dan terletak di dalam negeri yang menolak BN pada pilihan raya umum lalu.

Sekiranya Umno dan BN gagal memahami sebab musabab kekalahannya di Kuala Terengganu dan mengambil tindakan mengatasi kesilapannya, tragedi yang sama akan menimpanya pada pilihan raya kecil yang lain dan, yang lebih mendesak, pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak lama lagi.Jelas daripada keputusan Kuala Terengganu bahawa pemilihan calon dan penanganan isu tempatan adalah kunci kejayaan dalam pilihan raya kecil.Nyata andaian umum mengenai ketidaksuaian calon BN tetap apabila dia bukan sahaja gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu sebaliknya kalah dengan teruk.Janji pembangunan, penaburan wang dan kempen yang keterlaluan menyebabkan ramai pemilih berasa jijik. Begitu juga dengan peranan media massa arus perdana yang tidak berpijak kepada realiti apabila membuat laporan dan analisis menyokong Umno dan BN.Boleh jadi juga pengundi masih belum puas hati dengan perubahan yang berlaku di Umno dan BN maka mereka terus menghukum Umno dan BN walaupun Abdullah sudah berjanji akan mengundurkan diri dan menyerahkan jawatan kepada Mohd Najib Mac ini.


Mungkin juga kaedah kempen “carpet bombing” oleh Umno dan BN, dan pergantungannya kepada jentera kerajaan, media massa arus perdana dan orang luar tidak lagi berkesan malah memualkan pemilih.Kemenangan calon Pas membuktikan yang parti itu serta rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyatnya semakin kuat dan diyakini walaupun wujud perbezaan yang besar antara Pas dan DAP.Apa pun, semua pihak wajib menerima pilihan yang dibuat oleh pengundi Kuala Terengganu itu.

18.1.2009