ads
emel kepada (pendapat,komen, artikel)
zainal55@yahoo.com
Wednesday, July 20, 2016
Pakatan Pembangkang, Tun Mahathir dan Parti Baharu
Gabungan Pakatan Rakyat telah pun berkubut sejak keluarnya Pas dari gabungan itu. Pakatan harapan menggantikan pakatan pembangkang. Namun kewujudan Pakatan Harapan dan keenggan Pas untuk turut serta telah memperlihatkan kegagalan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Jika pembangkang ingin mengalahkan BN ,pembangkang harus mewujudkan pakatan barharu disertai semua parti pembangkang. Namun Pas kini masih bersendirian. Itu salah satu punca kegagalan di PRK itu.
Namun T.Mahathir pula cuba mewujudkan parti baharu. Tentu ia tak selesa dengan Pakatan Harapan yang banyak tidak sehaluan dengannya. Adakah relevan Tun berbuat demikian? Jawab saya tidak .Tun sudah 90 tahun, tidak lagi sesuai memimpin parti. Sebaiknya bergabung saja dengan parti-parti yang ada.Pas pun tidak senang dengannya, kerana sejarah lampaunya banyak menyusahkan Pas.
Oleh itu carilah alternatif lain. Bagi orang lain jadi pemimpin, atau bergabung sahaja dengan Amanah atau PKR..Jika parti baharu dibuat pembangkang akan tambah berpecah, ada ikut Mahathir ada tidak. Carilah formula yang terbaik.
alKundangi
20.7.2016. .
Tuesday, July 19, 2016
Terorrisme
Kebelakangan ini keganasan yang dikatakan dilakukan oleh puak-puak militan Islam semakin menjadi-jadi. Negara kita pun sudah menjadi sasarannya,.Pihak Polis pun telah meningkatkan tahap keselamatan negara untuk menghalang keganasan yang semakin berleluasa. Soalnya siapakah sebenarnya di sebalik keganasan itu? Ketika Perancis baru diserang baru-baru ini, Obama, Presiden US menyebutkan akan meningkatkan serangan ke atas Syria dan Iraq. Negeri umat Islam.
Kita pun mengutuk keganasan ini. Namun berdasarkan kajian, ia sebenarnya di dalangi oleh Pihak Barat sendiri. Ketika serangan 9/11 umpamanya yang belum lagi ternoktah kesannya, 4000 manusia mati dalam tragedi itu. Tetapi kemudian Osama yang dipersalahkan dan Afghanistan hancur diserang. Negara umat Islam.
Nampaknya keganasan ini adalah alasan pihak Barat untuk menyerang umat Islam di mana-mana. Kini Obama menekankan akan meningkatkan ketenteraan di Syria dan Iraq. Tentera di Afganistan tidak jadi dikurangkan, walaupun sebelum itu ada rancangan untuk mengurangkan tentera US di Afghanistan.
Kita pun terikut-ikut untuk menghalang keganasan ini dari berlaku. Ia memang perlu pun kerana kesannya melibatkan ramai nyawa dan harta benda musnah. Tetapi kita juga seharusnya mencari satu resolusi bagaimana untuk menghalang mereka yang membiayai dan ,merancang keganasan itu sendiri yang akhirnya akan memusnahkan Islam dan umatnya. Kita sebenarnya tersepit di tengah-tengah isu terrorisme ini.
AlKundangi,
19.7.2016.
Friday, May 6, 2016
Ekonomi
Apa yang nak di catat.Elonomi dunia merudum. Ramai yang gelisah menghadapi hidup.Harg arumah barangan keperluan, sewa rumah naik di seluruh dunia.Apa harus kita lakukan. Kalau sihat boleh kerja lebih.Tapi kalau sakit macam mana nak kerja minta simpati orang. Inilah hakikat yang kita hadapai pada tahun 2016. Ditambah dengan pelbagai cukai seperti GST dan kenaikan tol, har hidup cost of living kita meningkat, menyebabkan rakyat marhaen gelisah...alkundangi.
5.5.2016
5.5.2016
Thursday, April 21, 2016
Penulisan ini
Assalamulaikum
Dulu blog ini saya bangunkan kerana menyokong perjuangan menegakkan keadilan yang diperjuangan oleh DS Anwar dan Pakatan rakyat,khasnya Pas dan Keadilan. Sekarang saya kurang pasti kemana blog ini hendak dibawa, apa temanya, apa terasnya. Pakatan Rakyat hanya tinggal nama..,DS Anwar dalam penjara.Pas pula menghadapai konflik dan perpecahan. Jadi saya tak dapat nak menentukan terasnya untuk meneruskan blog ini.
Apa cadangan tuan/puan..sila berikan cadangan kalau ada...
alkundangi
21.4.2016.
Dulu blog ini saya bangunkan kerana menyokong perjuangan menegakkan keadilan yang diperjuangan oleh DS Anwar dan Pakatan rakyat,khasnya Pas dan Keadilan. Sekarang saya kurang pasti kemana blog ini hendak dibawa, apa temanya, apa terasnya. Pakatan Rakyat hanya tinggal nama..,DS Anwar dalam penjara.Pas pula menghadapai konflik dan perpecahan. Jadi saya tak dapat nak menentukan terasnya untuk meneruskan blog ini.
Apa cadangan tuan/puan..sila berikan cadangan kalau ada...
alkundangi
21.4.2016.
Monday, April 4, 2016
BARANGKALI ADA RINDU
barangkali ada rindu menebal
di antara kita
kerana sekian tahun
terpisah dan dijarakkan pula
oleh urusan hidup
sementara kita tak sempat
berjanji setia
lantaran takdir memisahkan
cinta remaja terkulai
di persimpangan.
di antara kita
kerana sekian tahun
terpisah dan dijarakkan pula
oleh urusan hidup
sementara kita tak sempat
berjanji setia
lantaran takdir memisahkan
cinta remaja terkulai
di persimpangan.
barangkali ada rindu menebal
yang tak sempat dileraikan
di antara kita
seperti hutang ceti
hanya selesai dengan darah
dan air mata.
yang tak sempat dileraikan
di antara kita
seperti hutang ceti
hanya selesai dengan darah
dan air mata.
ada rindu menebal
di antara kita
yang mesti dilunaskan
tapi di mana, bagaimana
dan bilakah waktunya?
di antara kita
yang mesti dilunaskan
tapi di mana, bagaimana
dan bilakah waktunya?
zainallasim,
23.3.2016.
BTP,Rawang.
23.3.2016.
BTP,Rawang.
Tuesday, March 29, 2016
Hilang Kepekaan
Malaysia tanah airku kini penduduknya 31 juta. Maka pelbagai masalah mula timbul. Jenayah meningkat akibat tekanan ekonomi, kekurangan pekerjaan, pengangguran , kurang keselesaan hidup dan sebagainya. Semalam saya pergi Aeon Rawang nak sembahyang maghrib, nak masuk surau beratur nak ambil air sembahyang beratur, nak semabahyang bertarur walau pun surau tu besar,orang ramai.Jalan raya hari hari sesak. Apalagi kalau hujung minggu, lagi sesak, rasa bosan nak keluar rumah. Bila orang terlampau ramai, barangan jadi kurang permintaan jadi banyak.Atau dalam bahasa ekonomi permintaan melebihi pengeluaran . Harga barang pun menjadi tinggi bahkan kadangkala tidak ada barang yang kita perlukan..dah habis kena beli.
Itu tak termasuk masah cukai lagi GST 6%. Bertambahlah perbelanjaan kita sedangkan pendapatan tak bertambah.Yang bertambah ialah hutang...Penggunaan smart phone menyebabkan oorang ramai asyik dengan diri sendiri, kurang memerhatikan kisah sekeliling.Tak peka kepada alam sekitar. Tak mesra. Bercakap dengan kita pun sambil main iphone, bercakap macam tak sungguh, ini membosankan, gaya hidup kini..Apa akan jadi 5 tahun akan datang? Maka orang ramai pun hilang kepekaan terhadap jiran dan masyarakatnya, apa yang terjadi, apa yang sedang berlaku...inilah buruk baik smartphone..banyak lagi.. tak tertuliskan..
catatan Alkundangi
29.3.2016.
Thursday, March 10, 2016
BARANGKALI TELAH TERLALU LEWAT
(buat seseorang)
BARANGKALI
TELAH TERLALU LEWAT
Barangkali
telah terlalu lewat untuk kita bicara
Kebetulan suatu
pagi ingatan ini berbalan-balam
Tahun-tahun
silam yang kita lalui tanpa terucap
Kata-kata
yang terbenam di dada hanya membisu
Tidak dibicarakan
walau dalam apa keadaan sekali pun
Dan itulah
detik-detik yang kita llui saban tahun
Mengiringi alam
remaja, persekolahan dan rumah tangga
tidak pula
pernah kita bertanya
Soalan
kenapa kita gagal di tengah jalan
Lalu masing-masing
menyepi dan membawa diri
Sahingga satu
saat kau bertanya
Berapa anak
berapa cucu dan berapa menantu?
Tiada apa
lagi yang dapat mengubah sejarah itu,Kintan
Lewat rambut
menghurai menyapu laman sekolah
Kebetulan zaman
itu tiada tukang sapu
Kitalah pelajar
kitalah pembersih kawasan
Atas nama
anak-anak yatim
Kita laluinya
sebagai zaman yang penuh kenangan
Tak lupa di
ingatan.
Telah terlalu
lewat untuk kita bicara
Khususnya tentang
cinta remaja
Kita pun terpisah oleh keadaan dan takdir
Sehinggalah pagi
ini; teknologi komunikasi menghubungkan kembali
Sejarah yang
terpendam bahkan hamper padam
Ia hidup
kembali menyemarakkan kenangan lama
Dan kita pun
terhubung semula
Oleh teknologi
yang tak pernah diduga
Namun barangkali;
telah terlalu lewat untuk kita bicara
Atau memperkatakannya
Apa lagi mengucapkannya.
Zainal lasim,
10.3.2016,
Alkundangi.blogspot.com
Wednesday, February 24, 2016
MAAF KERANA MENYENTAP KEMBALI SEBUAH CINTA
(buat seseorang)
barangkali akulah yang gagal mentafsir
mimpi-mimpi kita yang panjang berjela
dari kolej hingga kita menjadi siswi siswa
tak dapat kutebak gerak rasa yang membadai di dada
mungkin aku terlalu muda untuk membaca segala
atas perlakuan yang lebih banyak dari kata-kata
sehingga aku gagal memahami; mentafsir realiti
mungkin aku belum cukup matang untuk meneka
apa benar gelombang di dadamu
menaburkan benih-benih kasih
lewat hubungan seperti saudara mara
tanpa disedari cinta menjengah jua
walau puluhan tahun sudah berlalu
kupohon maaf atas kegagalan itu
kerana tidak mampu menyintaimu.
memang gagal, tidak kunafikan kegagalan itu
sementara engkau terlalu banyak memendam rasa
bertindak lebih dari kata-kata tak terucap
apalagi di usia muda aku tak mampu membaca
rentak jiwa yang membadai di jiwa
sehingga pertemuan ini berakhir begitu saja
sementara teman-teman ramai di kampus sepi ini
sepi hati kerana kering rasa dan jiwa
menjadikan aku merentap kembali
cinta yang belum kuberi.
Ilah, kalau suatu waktu kita bertemu
di saat usia sebegini; walau hari telah senja
akan kuucapkan juga; kata yang belum terkota
seusai mimpi-mimpi yang telah lewat
kukira kita tidak akan menyesal
kerana gagal mengucapkannya
lantaran malu atau menjaga kesopanan
menjadi pegangan generasi kita
yang telah pun melangkah ke usia emas ini
maaf Ilah; kerana teralpa mengucapkan cinta untukmu.
zainallasim,
24.2.2016
AlKundangi@gmail.com.
Wednesday, February 17, 2016
Saya tak faham bagaimana ada orang kacau blog ini.Dia tukar nama ID kepada aiman...saya kurang faham kenapa google boleh biarkan perkara ini berlaku. Nasib baik saya masih boleh masuk blog, tapi bila saya remove nama tu muncul semula...Ibu Hayati, saya sudah baca komen puan, saya belumdapat siarkan kerana perlu teliti lebih dahulu. Harap maaf. Saya tak dapat update blog ini kerana gangguan keseihatan dan kewangan. Insyaallah akan datang saya update.
Alkundangi,
17.2.16.
Alkundangi,
17.2.16.
Tuesday, February 16, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)