ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, May 20, 2009

PENANTI: TAKUT KALAH ATAU TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI?

PENANTI: TAKUT KALAH ATAU TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI?

Keputusan UMNO-BN untuk tidak menyertai pilihanraya kecil Penanti adalah sesuatu yang telah diduga,kerana sebelum ini DS Najib telah pun membayangkan untuk tidak menyertainya. Namun ini merupakan satu sejarah UMNO-BN. Tidak pernah UMNO-BN tidak menyertai mana-mana pilihan raya kecil bila terjadi sesuatu kekosongan. Alasan yang diberi PM hanyalah sekadar untuk memberikan justifakasi ke atas tindakan beliau.
Ada benarnya bahawa UMNO-BN gentar untuk menyertai PRK kali ini,sebab setelah PRU12, sudah lima kali di adakan pilihanraya kecil,BN kecundang semuanya kecuali di Batang Ai. Tentunya kekalahan itu menghantui mereka, dan kegentaran jelas terbayang apabila mereka tidak menyertai pilihanraya, sedangkan mereka adalah kerajaan yang menguasai semua instrument termasuk TV,akhbar, radio,polis,fru dan lain-lainnya. Kesemuanya itu dijangka dapat membantu UMNO-BN memenangi mana-mana pilihanraya kecil atau pun peringkat kebangsaan. Tetapi hal yang sebaliknya berlaku. Mereka tidak menyertainya. Umpama pasukan yang mengaku kalah sebelum berlawan. Mengangkat bendera putih tanda kalah.

Tentu banyak implikasinya apabila mereka tidak menyertai satu-satu PRK. Pertama UMNO-BN sendiri sedar mereka dalam keadaan lemah dan dibelenggu oleh pelbagai isu. Isu rasuah,isu Altantuya, salah guna kuasa dan sebagainya menyebabkan kredibilitu UMNO-BN jatuh teruk. Inilah alasan sebenar mereka tidak menyertai pilihanraya Penanti. Mereka juga menyedari masyarakat massa sudah muak dan loya dengan UMNO-BN. Konflik di Perak menambahkan lagi kemelut yang sedia ada di hadapan UMNO-BN.

Barangkali kita sudah boleh membuat telahan pada PRU ke 13 nanti UMNO-BN menerima nasib yang sukar yang mereka sendiri tidak boleh terima. Mereka bakal jadi pembangkang pada pilihanraya itu.Itulah yang dapat diramalkan ketika ini. Rakyat marhaen tidak lagi boleh ditipu dengan janji dan projek.Mereka mahukan keadilan dan kesaksamaan. Dan ini tidak mampu diberi oleh UMNO-BN. Hanya Pakatan Rakyat yang sedia berbuat demikian. Mudah-mudahan peta politik Malaysia berubah, dan kaum aristokrat itu tidak lagi menguasai tampuk pemerintahan . Rakyat terbanyak kini
berkat usaha gigih Pakatan Rakyat, para Webmaster dan para blogger menjadi semakin celik politik dan semakin sukar ditipu dengan janji manis dan empat lima puluh upah tambah poster. Mudah-mudahan ia akan berlangsung sehingga PRU13 nanti.


AlKundangi,
20.5.2009

No comments: