ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, June 17, 2009

NAJIB DAN KERAJAAN PERPADUAN

NAJIB DAN KERAJAAN PERPADUAN

Namoaknya Najib menerima dengan tangan terbuka konsep kerajaan perpaduan. Kita sedia bekerjasama dengan PAS,katanya. Namun ia mungkin melihat ia adalah satu saham yang cukup lumayan baginya dan bagi UMNO. Saham UMNO memang jatuh merudum sekarang dengan berbagai kes rasuan,salah guna kuasa dan Najib sendiri yang merupakan liabiliti kepada UMNO dan BN.

2.Najib adalah PM yang paling bermasalah dalam sejarah Malaysia Moden, dan paling banyak kes yang menggugat kestabilan politiknya sendiri. Jika dia seorang pemimpin negara luar, mungkin sudah lama ia meletakkan jawatan. Kes Altantuya sahaja sudah menggegarkan dunia.Apalagi dengan lain-lain kes.

3.Tetapi Najib tidak memilih untuk meletak jawatan. Sekiranya ia menerima cadangan PAS, itu sudah cukup untuk menyelamatkan nyawa politiknya di masa depan. Jika tidak, Najib mungkin Perdana Menteri UMNO yang terakhir yang memegang jawatan itu. Selepas itu, UMNO tidak lagi menjadi parti pemerintah.Mungkin ia menjadi pembangkang di beberapa negeri, dan mungkin ia hanyut terus ditelan arus deras yang melanda politik Malaysia. Tetapi PAS pun harus bijak membaca langkah Najib, nanti pisang berbuah banyak kali. Tidak mungkin PAS dapat bekerjasama dengan UMNO kerana perbezaan yang mendasar dari segi prinsip dan ideologi politik.

4.Cara yang paling baik adalah UMNO diserap ke dalam PAS, dan PAS menjadi peneraju utama kerajaan Malaysia.Namun ini hanya satu kemungkinan. Tetapi jika tidak demikian, kerajaan perpaduan yang mendapat sambutan UMNO itu hanya tinggal kenangan sahaja.

AlKundangi,
17.6.2009

No comments: