ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, July 29, 2009

Datuk Chua Jui Meng Dan Datuk S Subramaniam- Sikap Keterbukaan UMNO-BN & PKR Amat Diperlukan


Kemasukan Datuk Chua Jui Meng ke dalam Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini
memperlihatkan bahawa UMNO-BN semakin kehilangan sokongan apabila tokoh yang pernah memegang jawatan Menteri meninggalkan MCA dan melompat ke parti pembangkang. Hal ini tidaklah memeranjatkan kerana dalam PRU ke 12 UMNO-BN telah pun kehilangan sokongan dan terlepas lima negeri ke Pakatan Rakyat, walaupun Perak kemudian dirampas kembali secara tidak demokratik oleh mereka.
2. Datuk Chua adalah orang yang berpengaruh dari kaum China yang pernah memegang jawatan Menteri. Orang China yang paling lama dalam kabinet seingat penulis ialah Tun Siew Sin (mendiang) yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan. Kaum China di Malaysia lebih suka berniaga dan mengumpul kekayaan daripada berpolitik, terutama politik yang kurang berfaedah kepada bangsa nereka. Datuk Lee Lam Thye juga adalah seorang tokoh politik MCA yang berpengaruh dan disegani oleh kawan dan lawan. Kini beliau lebih banyak menumpukan perhatian kepada masalah-masalah sosial.
3. Ketika keadaan belum reda, Datuk S Subramaniam pula mengumumkan
menyertai PKR dan akan membawa lebih 1,700 orang pengikutnya bersama-sama.
Ini merupakan satu lagi tamparan kepada UMNO-BN. Apabila seseorang tokoh menyertai parti bukan kerajaan, kesannya akan jauh lebih mendalam berbanding seseorang yang tidak dikenali atau kurang ketokohannya. Mungkin ini adalah petanda bahawa UMNO-BN semakin ditinggalkan orang dan sedang menuju ke pengakhir hayatnya.
4. Rakyat Malaysia sebenarnya sudah jemu dan jelek dengan UMNO-BN. UMNO-BN mempunyai pelbagai skandal yang tak dapat dilupakan oleh rakyat begitu sahaja. Rasanya tidak perlulah skandal itu disenaraikan di sini. Soalnya kenapa Datuk Subramaniam dan Datuk Chua meninggalkan BN dan menyertai Parti Keadilan Rakyat? Suatu hal yang dapat ditelah ialah mereka sudah hilang kepercayaan kepada UMNO-BN sebagai parti pemerintah. Mungkin juga mereka terhidu perasaan rakyat marhaen yang membenci UMNO-BN dan berhasrat untuk menukar kerajaan pada bila-bila masa sahaja. Pakatan Rakyat harus menerima kehendak rakyat ini, begitu juga UMNO-BN, mereka harus menerima perubahan citarasa rakyat yang inginkan perubahan. Perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielak, dan mesti terjadi di sepanjang sejarah ketamadunan manusia. Kedua-dua pihak harus bersedia untuk menerima perubahan ini tanpa mengambil kira siapakah yang akan menjadi kerajaan dan siapakah pula yang akan menjadi pembangkang.
AlKundangi,
29.7.2009.
http://alkundangi.blogspot.com

No comments: