ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, March 9, 2010

ZULKIFLI MAU KE MANA?

Pengumuman Zulkifli Nordin dipecat oleh Parti Keadilan menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat kita, khasnya pemerhati-pemerhati politik. Zulkifli, Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim telah menimbulkan perbagai pandangan yang menjadi polemik di negara kita. Dalam ceramah-ceramahnya di masjid-masjid, khasnya masjid Jamik Wilayah Persekutuan, gaya persembahannya ibarat seorang ustaz yang mewakili PAS, bukan Keadilan. Adakah Zul salah pilih parti sewaktu menyertai pilihanraya ke 12 dulu tidaklah dapat dipastikan.

Namun pandangan-pandangan dan beberapa tindakan yang dilakukannya termasuk membuat report polis ke atas MP Shah Alam akhirnya membawa beliau diipecat dari Keadilan. Kini PAS pula menutup pintu untuk Zulkifli. Apakah Zul akan kembali menjadi peguam, karier asalnya atau memohon masuk pasti lain, hanya dia sahaja yang tahu.

Sekiranya Zul ingin memperjuangkan Islam, maka PASlah yang paling sesuai untuk. Tapi kini PAS sudah menutup pintu buat Zul. Kemanakah harus beliau pergi? Menyertai UMNO? Zul tentu faham UMNO juga tidak memperjuangkan Islam. UMNO adalah sebuah parti berdasarkan kebangsaan. Walau bagaimanapun hidup perlu diteruskan. Zul Harus memilih, samada menjadi pendakwah bebas atau kembali kepada karier asalnya, seorang Peguam. Untuk menyertai UMNO, itu kena tanya diri sendiri. Pilihan terbentang luas,cuma kita harus pandai menyesuaikan diri dengan pilihan kita, kemudian meneruskan perjuangan mengikut apa yang kita pilih, bukan mengikut selera sendiri.


AlKundangi,
8.3.2010.

No comments: