ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, June 9, 2010

BEKAS SPEAKER DUN PERLIS MENINGGAL DUNIA

Bekas Speaker DUN Perlis Meninggal Dunia

Wednesday, 09 June 2010 12:43 PM
Oleh Noor Safinas (Emel penulis ini)


KUALA LUMPUR : Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Fadzil Mahmood, meninggal dunia di rumah di Kampung Surau, Utan Aji awal pagi ini, kira-kira sebulan selepas isteri beliau kembali ke rahmatullah.

Allahyarham yang berusia 73 tahun menghembuskan nafas terakhir di hadapan kesemua empat orang anaknya pada jam 3.30 pagi setelah dibawa pulang dari Hospital Tuanku Fauziah Kangar pada 6 petang semalam.

Beliau dirawat di situ sejak 2 Jun lalu kerana masalah jantung.

Anak ketiganya, Faisal, 35, berkata kematian ayahnya adalah 33 hari selepas ibunya, Datin Fatimah Ismail, 71, meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Surau selepas zohor hari ini.

Fadzil menjadi Speaker dari 9 Sept 1986 hingga 4 Okt 1990 semasa Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh menjadi Menteri Besar.

Antara yang menziarahi jenazah alahyarham ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Yazid Mat dan Anggota-anggota Exco Kerajaan negeri

No comments: