ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, June 30, 2010

PEMBATALAN LESEN JUDI BOLA DAN 40 ULAMA MUDA

Pembatalan lesen Judi Bola yang hangat dipertikaikan baru-baru ini termasuk oleh orang-orang PR akhirnya berakhir dengan kata putus dari Najib, lesen dibatalkan. Apakah ini satu isu yang dirancang Najib atau memang beliau ada hasrat untuk memberikan lesen judi bola pada musim piala dunia 2010 masih kabur untuk dibuat telahan. Namun apa yang dapat dilihat dari isu ini, ia cuba menaikkan kembali maruah Najib sebagai PM dan pemimpin UMNO yang merudum teruk akibat kes-kes yang mencemarkan nama baik beliau seperti kes Altantuya, kes kehilangan enjin jet pejuang, rasuah yang berterusan, perpecahan di kalangan parti komponen BN dan sebagainya yang kesemuanya itu menampakkan Najib sebagai pemimpin yang bermasalah di negara sendiri.

2. Namun pembatalan lesen judi piala dunia itu dilihat dapat membersihkan sedikit sebanyak arang yang terpalit dimuka Najib. Judi adalah jelas haram dalam Islam yang disebut sekali bersama arak,tenung nasib dan beberapa kesalahan lain. Mungkin isu ini sengaja dicipta oleh penasihat-penasihat Najib demi untuk membersihkan nama beliau. Mungkin juga isu ini memang benar, tetapi dibatalkan oleh Najib setelah mendapat reaksi dari rakyat yang hampir kesemuanya menentang isu tersebut.

3. Begitu juga dengan isu 100 ulama muda akan menyertai UMNO dan akan diketuai oleh Dr.Mohd Asri Zainul Abidin (Dr.Maza). Namun apabila tiba masanya dilaporkan tidak sampai 40 ulama muda yang menyertainya, bahkan sesetangahnya tertipu dengan sandiwara UMNO yang cuba mempermainkan ulama-ulama muda tersebut. Bila ulama menyertai UMNO, tentulah nama UMNO akan kembali pulih. Namun perancangan mereka tidak menjadi dan Dr. Mohd Asri sehingga ini membisu dengan isu tersebut. Beliau masih belum menyertai UMNO, sekalipun yang lain-lain sudah menyertainya secara rasmi kelmarin.

4.Isu judi bola dan isu ulama muda jelas adalah usaha untuk menaikkan kepimpinan Najib yang menjunam teruk oleh kesilapan beliau sendiri. Mungkin ia dirancang oleh pakar-pakar strategi UMNO untuk kembali memulihkan imej UMNO seterusnya meraih kemenangan pada PRU ke 13 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Namun UMNO sudah berada dipersimpangan. Mereka mungkin kalah dalam PRU ke 13 jika tidak ada penyelewengan dalam PRU itu. Keadaan dan perkembangan semasa menampakkan UMNO sudah mula ditolak oleh rakyat marhaen yang inginkan perubahan dalam corak kepimpinan negara. Tidak ada gunanya berada di bawah UMNO-BN, jika rakyat terus ditimpa oleh berbagai musibah, negara hampir bankrap, amalan kronisme berterusan bahkan semakin parah di bawah pentadbiran UMNO-BN.

AlKundangi,
30.6.2010.

No comments: