ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, November 23, 2010

WAJIB BACA UNTUK RAKYAT SELANGOR: PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR DI SELANGOR
IKLAN INI DISIARKAN DI DALAM HARIAN METRO HARI INI

Jika anda hanya perlu membayar 12 % kenaikan dengan penstrukturan semula industri air oleh satu pihak yang telah komited memberikan bekalan air percuma sebanyak 12 meter padu setiap bulan, tetapi digesa membayar 37% kenaikan harga air kerana kedegilan pihak-pihak tertentu, apakah pilihan yang akan diambil oleh anda?

Pada tahun 1996, kerajaan Barisan Nasional di peringkat persekutuan telah menswastakan pengurusan air di Selangor kepada empat syarikat. Ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan. Tetapi, ia dimulakan dengan kelemahan yang nyata. Semasa perjanjian air dibuat, pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah kerajaan BN telah cuai untuk mengambilkira aset-aset negeri yang digunakan oleh syarkat pengendali industri air ini. Keseluruhan aset ini dianggarkan bernilai RM10 bilion. Akibatnya, semua aset ini digunakan secara percuma.

Syabas diberikan 72% kontrak secara RUNDING TERUS tanpa pembukaan tender. Nilai keseluruhannya berjumlah RM600 juta.

Audit menunjukkan beberapa persoalan serius terhadap amalan kewangan yang dibuat oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd - kedua-duanya dimiliki oleh ahli perniagaan, Tan Sri Rozali Ismail. Perbandingan akaun awam Syabas dengan nota kontrak yang diberikan kepada mereka antara tahun 2005-2007 menunjukkan wujud perbezaan berjumlah RM325juta.

Jumlah hutang oleh empat syarikat terbabit berjumlah RM6.4 bilion dengan lebih kurang separuh daripadanya dimiliki Syabas.

Pada tahun 2005, Syabas melanggar syarat perjanjian konsesi dengan mengimport paip bernilai RM375 juta dari negara Indonesia dan bukan domestik. Apakah amalan ini berlaku kerana hakikatnya syarikat Indonesia itu juga milik Tan Sri Rozali Ismail?

Tanggungan kos meningkat disebabkan semua syarikat terlibat membuat tugas berlainan dan membuat keuntungan masing-masing sehingga menyebabkan ketidakcekapan berlaku dalam pengurusannya.

Pada tahun 2009, kerajaan persekutuan telah memberikan pinjaman mudah sebanyak RM320 juta untuk Syabas. Ini bermakna rakyat Malaysia yang menanggung penuh kos biaya pinjaman ini dan bukan Syabas!

Dalam situasi ini pun Tan Sri Rozali masih menikmati gaji setinggi RM425,000 sebulan atau RM5.1 juta setahun. Tidak hairanlah kenapa Syabas bersungguh-sungguh mahu menaikkan tarif air sehingga 37% dengan rakyat menanggungnya melalui kelemahan dan perlanggaran syarat perjanjian, pinjaman mudah serta bayaran bil yang mahu terus ditingkatkan.

Lebih malang lagi, rakyat tidak mendapat perkhidmatan yang diharakan dan kerajaan persekutuan berdolak dalik membelakangi Akta Industri Perkhidmatan Air yang mereka sendiri luluskan di parlimen pada tahun 2006 untuk memulakan proses pemindahan pengurusan industri air kepada kerajaan negeri. Penangguhan yang dibuat selepas pentadbiran kerajaan negeri Selangor diambilalih oleh kerajaan Pakatan Rakyat ini ternyata satu tindakan bermotif politik sempit yang menjelaskan bahawa "rakyat didahulukan untuk berdepan masalah, pencapaian pendapatan kroni terpilih diutamakan".

Tawaran terkini kerajaan Selangor iaitu RM9.29 bilion untuk mengambilalih konsesi ini patut dilihat adil kepada semua pihak, hatta jika kita menggunakan anggaran paling konservatif sekalipun. Tawaran ini telah ditolak oleh Syabas dan Puncak Niaga. Mereka tidak sanggup melihat kerajaan negeri Selangor memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat bersama kenaikan tarif air yang lebih munasabah di samping keuntungan yang akan disalurkan kepada program untuk kebajikan rakyat seperti Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Kerajaan negeri Selangor mahu menyelaraskan pengurusan industri perkhidmatan air dan memudahkan aset yang ada serta tidak mengenakan kos pemindahan dan ketidakcekapan yang mahu diperbaiki. Industri air mesti diuruskan oleh mereka yang JUJUR, CEKAP DAN BERORIENTASIKAN RAKYAT.

Rakyat perlu menunjukkan sikap untuk mendesak Syabas, Punca Niaga dan Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan pengambilalihan industri ini oleh kerajaan negeri Selangor. Sudah tiba masanya kita menegaskan bahawa kuasa rakyat adalah KUASA KERAMAT. Ayuh, tandatangani petisyen di www.airuntukakyat.net untuk menunjukkan sikap anda.

singalautmetro.blogspot.com

4 comments:

Tetuan Zamri Zaman said...

Saya harap pihak blogger dapat melampirkan fakta atau bukti yang kukuh berhubung dakwaan syarikat di Indonesia adalah milik Tan Sri Rozali Ismail.

Gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari, anda mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang.

TALAM said...

Ini sikap yang ditunjukkan oleh Khalid Ibrahim yang jelas bahawa dia telah dipergunakan oleh sesetengah pihak khususnya exco-exco kanan kerajaan PR Selangor.

Rakyat sedang melihat bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh Khalid terhadap SYABAS sehingga sanggup bermati-matian untuk menumbangkan Rozali Ismail dan SYABAS itu sendiri.

Namun, rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana sikap terlalu lembut ditunjukkan oleh Khalid dan juak-juaknya terhadap Syarikat Talam Corporation sehingga sanggup beli hutang-hutang TALAM.

Siapakah ketua Talam Corp?

Kenapa Talam Corp?

Apakah hubungan antara Khalid dan juak-juaknya bersama Ketua Talam?

Rakyat sedang menghakiminya!!

alkundangi said...

Itu kena tanya singalautmetro, saya hanya copy paste apa yang dia laporkan dalam blognya...tq

alkundangi said...

Saya rasa komen TALAM mewakili UMNO-BN-jadi pengunjung harap maklum akan tulisannya.

alkundangi.