ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, November 17, 2010

ZAHID DAN PEMILIHAN SEMULA PKR

Isu Datuk Zahid Ibrahim kini menjadi hangat menjelang pemilihan PKR yang dijadualkan berlansung pada 21 November,2010.Saya cuba memahami persoalan Zahid, namun saya tidak merasakan saya bakal dapat membuat kesimpulan atau pandangan tentang rentak politiknya yang sentiasa berubah-ubah, sama seperti berubahnya hari,minggu dan bulan.

2. Zaid dikatakan orang yang membawa masalah ke mana sahaja ia pergi. Dalam Persatuan Peguam Muslim ada masalah. Bila dia menyertai UMNO, dia juga ada masalah yang membuatkan dia meletakkan jawatan Menteri di JPM.Dan bila dia menyertai KeAdilan, dia juga ada masalah, yang mana akhirnya dia menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden. Kini tinggal Azmin dan Mustafa Kamil Ayub berentap merebut jawatan itu. Azmin dijangka menang mudah dalam pemilihan ini. Dia dikatakan anak emas kepada penasihat PKR, DS Anwar Ibrahim.

3. Namun permintaan semula Mustaffa supaya pemilihan ditangguhkan tentu ada alasan yang tersendiri. Mustaffa juga sudah lama dengan Anwar, dan pernah menjadi orang kuat ABIM suatu ketika dulu. Pendek kata dia juga sudah lama berkorban untuk Anwar. Mengapa pula Azmin jadi pilihan, sedangkan Presiden sendiri berasa kurang senang dengannya? Hanya DS Anwar yang tahu.

4.Saya rasa pemilihan PKR wajar ditangguhkan sehingga segala rasa tidak puas hati di peringkat akar umbi diselesaikan. Apa yang disuarakan oleh saudara Jamil Kuching (Tranungkite,net) mungkin juga berasas. Ketua Umum harus mendengar dan prihatin dengan suara ahli bawahan. Tanpa ada ahli bawahan tidak ada pemimpin. KeADILan bukan milik peribadi.Ia adalah milik semua ahli dan para penyokong Pakatan Rakyat. Jika salah satu parti gabungan Pakatan Rakyat tempang, Pakatan Rakyat juga turut tempang. Oleh itu masalah dalaman parti harus diselesaikan sebelum halatuju selanjutnya ditentukan.

alKundangi,
17.11.2010

No comments: