ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, May 31, 2017


DI BANDAR INI

Di bandar ini
hidup bagaikan berputar
sekejap di atas sekejap di bawah
hari ini; seorang kawan dapat tender
lalu menukar kereta
volvo baru; setahun kemudian
kutemui dia menjual nasi lemak bungkus
kerana kontrak tidak disambung
nasi lemak ditumpang di kedai-kedai kopi
menampung keperluan.

Di bandar ini
hidup dengan pencen
di bawah garis kemiskinan
(entah siapa yang menggariskannya)
sambil sesekali mengambil upah
menggantung iklan rumah lelong
atau mencari penyewa rumah kosong
demi membeli sedikit roti
sambil minum-minum di La Boheme
AEON Anggun dengan menikmati
sisa-sisa kegembiraan
yang hampir padam
tinggal kenangan
sejak persaraan.

Di bandar ini
hidup bagaikan roda
turun naik ke atas ke bawah
meneruskan kehidupan
sebelum dinoktahkan
oleh kematian.

Zainal Lasim.
16.3.13

http://alkundangi.blogspot.com

No comments: