ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, October 5, 2023

Makna Sebuah Puisi

 MAKNA SEBUAH PUlSI


Sebuah puisi bukanlah

susunan kata-kata Indah

tentang rasa

atau cinta dan rindu

luahan hati remuk redam

kerana itu semua

curahan perasaan.


Seperti mengadun tepung

membuat kuih

puisi tidak berbicara

tentang itu semua

kiranya ia kehilangan 

makna bicara perasaan

cinta sepekan atau rindu

membuak bak ombak

di lautan.


Puisi ada mesej untuk 

disampaikan

untuk sama-sama kita 

fikirkan

menjentik akal

membedah alam 

kehidupan

manusia dan unsur 

kematangan.


Namun puisi tidak terlalu

memberatkan rasa fikir

mengukir ayat

buat menambah akal

yang kadangkala kurang 

siuman

bagi insan yang kurang 

faham.


Sebuah puisi tiada

menambah kecerdikan 

tidak juga

kebijaksanaan,

tetapi puisi itu mampu

menunjukkan arah

memecah kebuntuan

akal yang kelam

atau tersesat jalan.


Puisi seharusnya lebih  

baik, dari keserabutan 

fikiran, dan penunjuk 

jalan, bagi yang sesat

di belantara fikiran.


zainal lasim@

Ibnu Lazim,

1.7.2021

Repost.

No comments: