ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, September 18, 2008

1609-Ketidaksampaian Hajat



KETIDAKSAMPAIAN HAJAT 1609

Setelah begitu lama merancang, akhirnya DSAI belum berjaya menubuhkan kerajaan barunya yang ditunjangi oleh Pakatan Rakyat. Sebahagian anggota masyarakat ada yang merasa hampa dengan ketidaksampaian itu. Namun sebahagian lagi merasa gembira, kerana tampuk kuasa masih di tangan mereka,BN dan konco-konconya. Kegagalan itu bukanlah tidak bersebab. Semua orang sudah tahu jawapannya bila BNBBC membawa melancong para ahlinya ke Taiwan.

Jika sekiranya tiada aktiviti pelancongan yang sedemikian rupa, mungkin keadaan menjadi sebaliknya. Dan kita sudah pun dapat merasai kerajaan baru yang diidam-idamkan oleh DSAI itu. Namun kegagalan itu ada pula hikmahnya. Mungkin pakatan rakyat belum begitu mantap untuk membina sebuah kerajaan.Atau mungkin kekuatan lawan belum dapat ditandingi kerana mereka mempunyai segala instrumen untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat itu. Terbaru pertukaran potfolio antara PM dan TPM. Kini PM mengambil alih Kementerian Pertahanan, manakala TPM Kementerian Kewangan.

Pengambilalihan MINDEF oleh PM dilihat sebagai satu pemupukan kuasa yang melibatkan polis dan tentera, yang memudahkan PM mengambil apa sahaja tindakan terhadap para pencabar keamanan dan kestabilan negara. Jika DSAI dilihat mencabar kestabilan dan keamanan negara, termasuk mengganggu-gugat perkembangan ekonomi dan pasaran saham, mudah sahaja bagi PM mengambil tindakan mengISAkan DSAI atau ditahan di bawah akta hasutan. Inilah yang dapat dilihat ketika ini. Selain itu, desakan ahli-ahli UMNO supaya peralihan kuasa dilaksanakan segera, pertukaran potfolio itu memperlihatkan sedikit usaha ke arah itu. Dengan demikian kemarahan rakyat,khasnya ahli UMNO akan berkurangan. Inilah sebahagian kesan dari perubahan tersebut.

Apakah DSAI berjaya meneruskan misinya? Atau beliau berdepan dengan pelbagai akta yang menjerut kebebasan manusia di negara ini? Sama-samalah kita tunggu perkembangannya. Di mana pula kedudukan parti-perti komponen dalam Pakatan Rakyat? PAS? DAP? Sama-samalah kita lihat perkembangan politik tanahair yang semakin menarik ini.


AlKundangi,
1.30 am,
18.9.2008



No comments: