ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, September 18, 2008

Anwar Ancam Ekonomi Negara?

Nampaknya usaha Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru kini dianggap PM sebagai boleh mengancam kestabilan politik dan ekonomi negara. Indek komposit BSKL jatuh menjunam. Jelaslah apa yang dikatakan ancaman itu adalah terhadap batang tubuh Anwar itu sendiri yang mempunyai nilai politik yang tinggi sehingga boleh mengancam ekonomi dan kestabilan politik.



Namun di sebalik kata-kata PM itu, Anwar harus bersedia sekali lagi untuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana perancangannya mengambil-alih tampuk kuasa yang telah dimonopoli oleh BN/UMNO lebih 50 tahun lamanya. Inilah bunga-bunga yang dapat di baca dari ucapan dan kata-kata PM itu.



DS Anwar pun mungkin melakukan sedikit kesilapan dengan memperlihatkan sikap dan keinginan yang terlalu ghairah untuk mengambil-alih teraju pemerintahan negara. Mungkin lebih baik perancangan awal DS Anwar itu tidak perlu digembar-gemburkan sehingga dapat didengar di seluruh pelusuk dunia. Strategi seperti ini, walaupun berjaya dari segi perang saraf, namun ia bakal mengancam keselamatan diri sendiri dan kerajaan pakatan rakyat yang baru beberapa bulan memerintah 4 negeri, termasuk Kelantan yang sememangnya hak milik PAS sejak sekian lama. Bayangkan apa akan berlaku jika Anwar ditangkap di bawah ISA atau lain-lain akta hasutan dan sebagainya.



Jika perancangan menubuhkan kerajaan baru itu dibuat secara senyap-senyap atau diam-diam,mungkin ia lebih berjaya dan tidak banyak halangan seperti sekarang. Bila pihak sebelah lagi sedar akan perancangan DS Anwar yang mengumumkannya lebih awal, mereka pun merancang pula sesuatu yang mungkin dapat menggagalkan usaha ini, seperti apa yang dilakukan oleh BNBBC dalam rangka lawatan sambil belajar ke Taiwan. Dengan begitu 16 September hanya menjadi satu sejarah rakyat yang dimomokkan oleh UMNO/BN.



Perancangan yang lebih teliti adalah perlu di masa hadapan. Sewaktu Islam di peringkat awal, Nabi Muhammad SAW bergerak secara rahsia, dan tidak mengumumkan kepada kaum Quraisy bahawa satu hari baginda akan menegakkan negara Islam di Madinah. Dan bila kekuatan sudah mencukupi dan seimbang, barulah kerajaan Islam ditubuhkan di Madinah itu. Demikianlah perjalanan sejarah itu yang seharusnya menjadi pengajaran buat kita semua.





AlKundangi,

18.9.2008,

No comments: