ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Monday, July 13, 2009

TRAGEDI NATRAH

Berikutan berita meninggalnya Natrah beberapa hari lalu di Belanda sewaktu umurnya 72tahun, kisahnya kembali mendapat perhatian masyarakat Malaysia. Natrah adalah seorang wanita Belanda yang diserahkan oleh orang tuanya kepada keluarga Melayu muslim dan hidup secara Islam bersama keluarga angkatnya ketika serangan Jepun ke atas Malaya.

2. Keluarga angkatnya mengahwinkannya dengan seorang yang bernama Mansor pada usianya 13 tahun. Bagaimanapun bapanya kemudian mencarinya semula ketika keadaan agak aman dan menipu keluarga angkatnya dengan meminta dia dibawa ke Singapura. Bapanya kemudian melarikan Natrah ke Belanda semula dan hidup mengikut agama dan budaya asalnya. Namun kemudian akhbar Belanda menyiarkan gambar Natrah melutut di hadapan patung, di mana penyiaran gambar itu menimbulkan kekecohan di sini sehingga memakan korban 18 orang. Tidak dapat dipastikan samada Natrah murtad atau tidak. Di hatinya dia masih menyintai suaminya,Mansor.

3. Ibu angkat Natrah membawa kes itu ke mahkamah Singapura, namun ia gagal untuk mendapatkan kembali Natrah, kerana undang-undang antarabangsa yang tidak memihak kepada Islam.

4.Pengajaran dari peristiwa ini yang dapat disimpulkan ialah Islam memerlukan satu mahkamah yang lain, atau satu pengiktirafan antarabangsa mengenai kedaulatan undang-undang Islam itu sendiri. Di negara ini sendiri pun undang-undang Islam tidak diguna-pakai sepenuhnya. Satu artikel dalam perlembagaan menyebutkan bahawa apa-apa yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan ini adalah terbatal dengan sendirinya, menjadikan undang-undang Islam tidak dapat dijalankan sepenuhnya.Bahkan Perlembagaan Persekutuan itu lebih berkuasa dari undang-undang Islam sendiri.

5.Umat Islam yang cintakan agamanya dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah, sewajarnya berusaha untuk menguatkuasakan undang-undang Islam sehingga ke peringkat antarabangsa. Sudah lebih 50 tahun UMNO-BN berkuasa, namun undang-undang Islam masih gagal melepasi Perlembagaan Persekutuan. Apakah maknanya Bank Islam,Universiti Islam, Jabatan Kemajuan Islam atau apa saja yang bernama Islam, jika Islam itu sendiri gagal didaulatkan oleh UMNO-BN? Syed Qutb pernah mengingatkan kita dalam AlRisalah Islamiyyah, agar kita ambillah Islam itu seluruhnya, atau tinggalkan semuanya, supaya tidak ada golongan yang bermuka-muka yang mencari-cari kepentingan di sebalik nama atau projek-projek yang berbau Islam. Allah mengingatkan dalam AlQuran bahawa,'apakah kamu beriman dengan sebahagian dari kitab ini, dan meninggalkan yang setengah lagi? Tiadalah balasan dari yang sedemikian itu melainkan kehinaan di dunia dan di akhirat nanti akan di hadapkan dengan azab yang dahsyat...(AlBaqarah).


AlKundangi,
13.7.2009.
http://alkundangi.blogspot.com

2 comments:

Unknown said...

salam...saya meminati blog ini sejak dulu lagi. cuma ini kali pertama membuat posting/komen. apa pandangan tuan mengenai Raja Pop Michael Jackson -yg kita tidak pasti 'keIslamannya'& jika benar dia telah memeluk agama Islam,mungkin cadangan tuan akan dpt menghindarkan masalah bagaimana keluarga yg bukan Islam akan menguruskan jenazah si mati. teruskan menulis & memberi cadangan yg bernas. wassalam

alkundangi said...

Saudara/ri jiko,

Terima kasih kerana meminati blog ini.Setakat ini,setakat maklumat yang diketahui,Michael Jackson sempat memeluk Islam sebelum meninggal menurut abangnya. Namun apa yang dilihat di tv pengebumiannya berjalan secara tidak Islamik. Ini satu hal yang bertentangan dengan apa yang diberitahu oleh abangnya. Namun itu pun masih kabur, apa yang sebenarnya berlaku,apakah ia dikebumi secara Islam atau tidak. Kes yang sama berlaku kepada Natrah. Menurut akhbar hari ini ia sempat membaca alfatihah sebelum meninggal. Namun tidak dijelaskan cara penguburannya. Persoalan ini melibatkan agama dan juga undang-undang negara berkaitan, selain budayanya. Satu kajian teliti harus dibuat jika kita inginkan pandangan yang lebih tepat. Mungkin saya akan menulis perkara ini pada kesempatan yang lain. Terima kasih.