AWANG SELAMAT TERUS MEROYAN-MAHFUZ
KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Penulis ruangan Bisik-Bisik Mingguan Malaysia, Awang Selamat sudah merasa tidak selamat dengan kuasa politik Umno sehingga terpaksa menghentam PAS dan pemimpinnya, kata Datuk Mahfuz Omar (gambar).Awang Selamat katanya, sudah mula merasai dan menjangka bahawa Umno bukan sahaja akan hilang kuasa politik malah hilang sokongan Melayu itu sendiri.
"Saya tak nak layan sebab dia tengah meroyan, kita biar dia tenang dulu."Apapun ini menunjukkan Awang Selamat sudah rasa tak selamat kerana dia tahu Umno akan hilang kuasa politik," katanya kepada Harakahdaily.Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam menyifatkan Mahfuz sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.
PAS pula didakwanya sebagai parti dayus kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAPMahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata Awang Selamat digunakan Umno sebagai orang upahan atau lebih tepat 'juak Umno' untuk menghentam PAS dan Pakatan Rakyat.Ianya juga kata Mahfuz, sebagai bukti pemimpin Umno sudah takut sehingga terpaksa menggunakan juak-juaknya."Pemimpin Umno dah tak ada yang berani bersuara, dia hantar juak-juak dia sahaja untuk berkokok termasuk Awang Selamat.
"Saya nak bagitahu Awang Selamat, InsyaAllah Melayu Islam termasuk kaum lain akan lebih selamat tanpa Umno," tegasnya lagi.Awang selamat juga mendabik dada kononnya Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berbanding PAS.Bagaimanapun, tulisannya dilihat banayk pihak lebih kepada melahirkan perasaan kecewanya ekoran penolakan PAS untuk bekerjasama dengan Umno.Terbaru, Presiden PAS,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya semalam, sekali lagi menyeru rakyat agar meninggalkan Umno kerana mendakwa parti perkauman itu diselimuti penyelewengan dan salah guna kuasa sejak sekian lama.Akibat dari itu juga katanya, orang Melayu dan Bumiputera menjadi mangsa Umno apabila parti pemerintah itu menggunakan senjata 'kedudukan istimewa orang Melayu' untuk mempertahankan Umno dan merobek harta negara.
kedahlanie.blogspot.com
9.8.2010
No comments:
Post a Comment