ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, September 2, 2010

Individu kaut keuntungan besar kuasai tapak bazar Ramadhan


Lebih 1,000 tapak bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur didakwa menjadi sumber pendapatan sampingan individu tertentu yang mengambil kesempatan menguasai pemberian tapak bazar berkenaan kepada peniaga, sehingga meraih keuntungan atas angin berbelas ribu ringgit.

Malah, perkara itu didakwa turut didalangi ahli majlis tertinggi sebuah pertubuhan yang kononnya menjaga kebajikan peniaga dan penjaja, selain turut menggunakan pengaruhnya bagi meraih kepercayaan beberapa tokoh politik terkemuka.

Demikian didedahkan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia dalam sidang media di sini, semalam.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Norashikin Abd Ghani, berkata pihaknya sebelum ini sudah mengadakan pertemuan bersama beberapa orang kanan pertubuhan atau badan bukan kerajaan (NGO) lain berhubung isu itu.

"Kegiatan seumpama ini dipercayai berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun seakan dipandang sepi pihak tertentu. Malah, kami (Pekida) difahamkan lelaki yang didakwa memiliki pengaruh yang cukup besar itu juga menggunakan pelbagai cara bagi menguasai tapak bazar Ramadan dalam kuantiti besar," katanya.

Beliau berkata, beberapa penjaja kecil mengadu gagal mendapatkan ruang bagi menjalankan perniagaan di bazar Ramadan berikutan harga sewa tapak yang melambung mendadak.

sumber:cenangau.bkogspot.com
31.8.2010

No comments: