ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, September 4, 2010

Pilihan raya umum akan datang penentu kelangsungan Melayu: Mustapa Mohamed


PASIR PUTEH - Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pilihan raya umum akan datang amat penting bagi orang Melayu kerana ia akan menentukan kelangsungan mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, ini kerana perkembangan semasa menunjukkan hak orang Melayu sentiasa dicabar sekalipun telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pilihan raya itu akan menentukan sama ada orang Melayu akan terus meneraju negara ini atau sebaliknya, kata beliau semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik peringkat Pejabat Pelajaran Pasir Puteh, di sini malam tadi.

"Berasaskan kedudukan itu Umno mesti memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dan negeri bagi menguatkan kedudukan selain terus berkuasa mempertahankan Perlembagaan yang sedia ada bagi faedah orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, Umno negeri itu kini berusaha mendampingi golongan pendidik di Kelantan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat menawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana katanya, golongan itu paling rapat dengan rakyat selain mempunyai pengaruh besar ke atas masyarakat.

Diharapkan golongan guru dapat membantu menarik rakyat untuk menyokong BN, katanya.

sinarharian.com.my
4.9.2010

No comments: