ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, October 21, 2009

ISA SAMAD YANG SAYA KENALI

Isa Samad adalah sebuah nama yang cukup popular di NS suatu ketika dulu. Namanya sinonim dengan nama NS itu sendiri. Namun setelah dia kalah dalam pertadingan Naib Presiden UMNO dan terbabit dala politik wang, namanya tenggelam seperti Muhammad Muhammad Taib dan lain-lain Menteri Besar.

2. Saya tidaklah mengenalinya sangat dari dekat. Namun kerana keakrabannya dengan kakak sulong saya, saya kenallah dia sikit-sikit macam orang lain juga. Isa Samad adalah ADUN Linggi suatu ketika dulu. Kerusi itu diwarisi dari bapanya Abdul Samad yang menguasai ADUN Linggi untuk beberapa penggal. Saya dan kawan-kawan pernah berdailog dengannya sewaktu kami mengadakan lawatan kebajikan semasa menjadi mahasiswa dahulu. Pada sebelah malam diadakan ceramah dan debat. Abdul Samad sebagai YB adalah orang yang paling banyak melemparkan soalan kepada kami. Itu cerita akhir tahun tujuh puluhan.

3. Kakak saya memang orang kuat UMNO di kampung. Bila kami bertemu adik-beradik akan terjadilah perbalahan akibat perbezaan pandangan politik. Namun pertalian adik beradik tetap tidak putus sehinggalah kedua-dua orang tua kami meninggal. Kakak bergiat dengan suaminya dalam UMNO sehingga memperoleh pingat PJK. Namun sebagai ketua UMNO kampung itu sudah cukup membanggakannya.

4. Saya pernah bertemu dengan Isa Samad di rumah kakak saya, khasnya sewaktu perkahwinan anak kakak yang juga terkenal kini sebagai peguam yang banyak mengendalikan kes-kes artis, iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan.

5. Sewaktu menjadi Menteri Besar, seingat saya, tidak banyak perubahan yang dibawanya. Dikampung, diperkenalkannya tanaman jagung di sawah terbiar melalui pemuda UMNO. Juga beliau menggalakan perternakan rusa dan lain-lain.

6. Suatu hal yang hampir pasti saya rasakan tentang punca kekalahan PAS adalah orang-orang NS kurang mengaji agama. Di NS tiada pondok-pondok seperti di Kedah dan Kelantan. Ayah saya sendiri belajar di pondok Langgar 2 setelah tammat darjah lima yang kedua. Kerana kurang mendalami hal ehwal agama PAS tidak mendapat tempat di NS.

7.Seperkara lagi yang saya rasa adalah pengaruh adat pepatih yang sebahagiannya bertentangan dengan ajaran Islam. Kewujudan Undang Luak memperkukuhkan kedudukan adat pepatih sehingga sukar untuk menghapuskannya walau pun ia kini kurang difahami oleh anak-anak muda. Saya teringat suatu waktu dulu percubaan Mansor Keliwon untuk menentang pengaruh adat pepatih. Namun saya tidak dapat berita lagi di mana dia sekarang berada. Namanya pun sudah tidak didengari lagi. Beliau gagal dalam misinya. Namun saya kurang pasti apa sebenarnya yang terjadi waktu itu.

8. Untuk PAS menguasai NS, pemahaman agama perlulah dipertingkat terutama di kalangan anak-anak muda. Yang keduanya adat pepatih mestilah dikikis dari NS. Jika kedua perkara ini dapat dilakukan, suatu hari perubahan pasti akan menjelma. Namun ini adalah pandangan peribadi saya.

AlKundangi,
21.10.2009.

No comments: