ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Friday, October 29, 2010

KES SITI BALQIS DARI SATU PANDANGAN

MAAF CAKAP: KELUARGA SITI BALQIS KENA JUJUR FASAL BATU DELIMA

KENA jujur betul. Betul-betul jujur. Kita harapkan keluarga Siti Balqis terutama ibunya, dapat berlaku jujur di atas segala cerita, terutama tentang batu delima yang didakwanya gugur dari atas rumah. Norizan Said, kalau ada sesuatu yang cuba disembunyikan, tidak wajar rasa bersalah.

Berterus-teranglah. Kita bimbang betul. Betul-betul bimbang kalau ada cerita di sebalik cerita tentang banyak dakwaannya sebelum ini, khususnya tentang batu delima. Bukan mahu menuduh, tapi berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh Siti Balqis, tidak mustahil cerita di sebalik cerita yang keluar dari mulut keluarga mereka, terkandung sesuatu yang kurang enak. Atau dalam perkataan kurang sedapnya: Bohong.

Sambil bersimpati pada Siti Balqis yang dipercayai perlu menjalani psikiatri, kita juga bersimpati pada minda orang ramai yang telah terpengaruh dengan pelbagai cerita di luar akal. Cerita tentang jin berbulu lebat, tentang batu delima hilang dan tentang pelbagai cerita aneh lagi mesti disiasat supaya masyarakat tidak terus dihantui perasaan celaru dan keliru.

Jika ada orang yang bersubahat di sebalik semua cerita ini, eloklah mereka diberi nasihat dan kaunseling. Pada abad serba moden ini, minda orang Melayu harus berubah. Berubah untuk keluar daripada kepungan fantasi yang begitu tebal melingkari cara fikir dan cara bertindak dalam hidup mereka.

Apa pun Siti Balqis layak menerima anugerah pelakon terbaik.

singalautmetro.blogspot.com


BUDAK INI SAKIT: HANTAR SITI BALQIS RAWATAN PSIKIATRI


BUDAK bernama Siti Balqis Md Noor ini sakit. Dia wajar dihantar untuk rawatan psikiatri. Dia betul sakit. Sakit betul-betul! Kasihan dia. Selagi tidak dihantar rawatan, selagi itulah meragam pelbagai macam dakwaan nanti keluar dari mulut dia.

Kasihan keluarga dia. Kasihan penduduk kampung. Kasihan tok bomoh-tok bomoh. Kasihan orang surat khabar dan televisyen. Kasihanlah mereka kalau Siti Balqis tak dihantar rawatan.

Kalau dia sanggup cerita ibunya sudah meninggal dunia, tinggal di rumah besar siap ada kolam renang, sering dibawa orang bunian ke sana ke sini, itu sudah sakit sebenarnya.

Masyarakat jangan marah. Kehidupan kadang-kala tanpa cerita-cerita macam ini macam novel yang hambar. Tapi kalau sudah keterlaluan, kita bimbang ceritanya boleh merosakkan minda.

Berubatlah adik Siti Balqis. Kamu sakit betul. Betul-betul sakit!

singalautmetro.blogspot.com

APA KES SITI BALQIS NI?

Apa kes Siti balqis yang selalu kata dighaibkan jin ini? Semalam dia ditemui di Jelebu di rumah kawannya. Masa dia dijaga, tak ada sesiapakah yang nampak dia keluar dari rumah? Bila masa dia beli tiket bas? Adakah orang lain bersubahat belikan tiket? Atau jin yang belikan tiket untuk dia?

Pelbagai persoalan mulai timbul. Apakah ini permainan jin untuk buat manusia keliru? Atau Siti Balqis bijak membuat orang keliru?

Kita tunggu lagi apa kata polis tentang kes ini esok!

singalautmetro.blogspot.com

SITI BALQIS TAK GHAIB: DIA NAIK BAS DARI JERTIH KE SHAH ALAM, KEMUDIAN KE JELEBU

MISTERI konon Siti Balqis Md Noor, 22, ghaib ke Gunung Jerai, ternyata meleset apabila polis membongkar ada yang tidak kena dengan dakwaan yang dia dighaibkan jin ke Gunung Jerai dan kemudian berada di Tasik Banding di Perak, sebelum bergerak pulang ke kampungnya di Besut.

Segalanya terbongkar apabila polis mengesan sms yang dihantarnya kepada ibunya. Amat megejutkan! SMS itu dihantar dari Negeri Sembilan dan bukannya dari Gunung Jerai atau Tasik Banding seperti didakwanya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria, ketika mendedahkan apa yang berlaku berkata, Siti Balqis ditemui di rumah rakannya, Norwaniza Ramli, 19, yang dikenalinya sejak lima tahun lalu.

"Berdasarkan tiket bas yang ditemui pada Siti Balqis, gadis itu naik bas dari Jerteh ke Shahh Alam, sebelum bergerak pula ke Jelebu di Negeri Sembilan. Dia juga merancang untuk balik ke Besut pada 31 Oktober ini," katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar semalam ialah ibu gadis itu, Norizan Said. Menurut Kamarudin, penemuan Siti Salbiah itu turut mendapat kerjasama anggota polis Negeri Sembilan.

Soalnya sekarang, bagaimana pula cerita dia ghaib banyakkali sebelum ini? Benarkah? Aduh pening aku...

singalautmetro.blogspot.com
29.10.2010

1 comment:

Yong said...

Ibu Yong pernah bercerita. Kisahnya lebih kurang begini:

Di kampung ibu ada seorang gadis sunti yang belajar mengaji di rumah ibu (Arwah opah Yong seorang guru mengaji). Tiba2 gadis ini meninggal dunia. Pada hari dia dimandikan, ibujari kaki gadis bergerak2 dan akhirnya gadis terjaga dari "tidurnya".

Seluruh kampung gempar. Apa sudah jadi? Gadis itu bercerita dia sebenarnya dilarikan oleh "raja syaitan" untuk dijadikan isteri. Syaitan ini mempunyai alat kemaluan yang amat panjang. Pagar rumahnya terdiri dari manusia yang daif dan keletihan kerana terpaksa berdiri mengelilingi rumah raja syaitan. Semua alat2 rumah syaitan ini diperbuat dari tulang2 manusia.

Bagaimana gadis itu boleh kembali? Si gadis seorang yang tak lekang membaca "Bismillahir Rahmanir Rahim" setiap kali memulakan satu pekerjaan. Ketika dia disuruh oleh ibu syaitan untuk melaksanakan tugas (misalnya memasak) dia mula dengan dengan bacaan bismillah. Hancur lebur alat2 yang digunakan oleh si gadis. Kejadian ini berterusan sehingga akhirnya ibu syaitan ini memerintahkan raja syaitan menghantar "menantunya" pulang.

Orang alim di kampung kemudiannya menyiasat keluarga si gadis. Rupanya ibu gadis telah berjanji dengan syaitan untuk menyerahkan anaknya jika perniagaannya makmur. Itulah janji si ibu kepada syaitan. Akhirnya anaknya terkorban. Mujur anaknya seorang yang warak. Dia kembali ke dunia nyata. Ibu gadis sendiri mengaku melakukan perbuatan syirik itu. malahan dia telah mendirikan sebuah tempat khas di belakang rumahnya untuk "menantu" syaitannya.

Yong menggunakan istilah "syaitan" bukan "jin" kerana itu istilah yang digunakan oleh ibu Yong dalam penceritaannya. Yong tak pasti sama ada sama dengan "jin kafir".

Setelah kembali hidup semula, si gadis tertekan emosinya. Menurut ibu, gadis itu telah berkahwin, tetapi akhirnya bercerai dan berpindah. Ibu juga berkahwin dan tidak tahu lagi apa berlaku kepada si gadis itu.

Itu kisah benar yang berlaku pada zaman ibu Yong masih remaja. Kisah orang yang percaya kepada perbuatan syirik dan meminta kekayaan daripada makhluk ghaib seperti jin, bukan Allah.

Terpulang pada Al-Kundangi sama ada nak siar atau tidak tulisan ini. Yong tidak ada niat langsung untuk membuat apa2 inference pada kejadian2 aneh yang berlaku pada Siti Balqis. yong cuma harap cerita ini dapat memberi sedikit teladan kepada mereka yang sanggup bersekongkol dengan syaitan demi mendapat kekayaan harta benda.

Waulahuaklam.