ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, October 3, 2020

 Mengenali Anis Sabirin

Beliau dilahirkan pada 1 Mac 1936 di Johor Bharu, Johor) merupakan penulis yang aktif pada 1960-an.Nama penanya ialah 'Nil', 'Nuraini', 'A.B.S'.

Beliau bersekolah di sekolah Melayu dan sekolah agama di Johor Bharu, Sekolah perempuan (Inggeris) Sultan Ibrahim, Johor Bharu.Seterusnya di Universiti Malaya Singapura mendapat Ijazah sarjana muda sastera (kepujian) (1959). 1967 sambung belajar peringkat sarjana dalam Sains Politik setelah mendapat Biasiswa Fullbright di Amerika Syarikat. Seterusnya ijazah kedoktoran jurusan ekonomi di Claremont Graduate School (1976)

Bekerja sebagai pegawai penyelidik di DBP (1960-1967).Pengerusi jawatankuasa istilah falsafah serta setiausaha jawatankuasa istilah kesusteraan dan setiausaha jawatankuasa menyiasat Penyata Pelajaran Razak (1959).

Seterusnya bertugas di kedutaan Indonesia, di pejabat perdagangan Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat.Kemudian menjadi pegawai pemasaran di Suruhanjaya Perdagangan Malaysia di New York. Seterusnya pengerusi eksekutif Azlida Component (M) Sdn. Bhd.

Tulisan Anis Sabirin pada 1960an begitu dirasakan.Ayahnya seorang penerbit buku-buku Melayu.Beliau juga menulis cerpen dan puisi dan menjadi ahli forum dan penceramah berkaitan dengan wanita. Akhbar Berita Minggu dan majalah Dewan Bahasa sering menyiarkan tulisan beliau.Beliau dilantik sebagai Karyawan Tamu DBP dari 1994-1996.

Antara karyanya:

Dua dunia : memoir ; DBP, 2008
Ini Kota Impian ; DBP,2005.
Simfoni ; DBP, 1996.
Persona ; DBP, 1994.
Puisi Nusantara (antologi bersama ,(1981).
Kembang Melati (antologi puisi) ( 1982)
Bunga Gerimis (antologi bersama)(1986)
Puisi Rama Merdeka (1986).
Dari Bayang ke Bayang(1966) - antologi cerpen
Angin retak (antologi cerpen bersama)(1966)
Hawa (antologi cerpen bersama) (1984)
Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama) (1985)
Pesona (1984)
Garis Biru (2002).

Antara cerpen beliau ialah 'Gadis Pejabat' (Utusan Pemuda), Perempuan (Berita Minggu), dan 'Berkunjung ke Tanah Suci' (Berita Harian).

Sajak 'Dua Dunia tersiar dalam majalah Dewan Sastera dan Dewan Budaya memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/1983.

Di bawah ini diperturunkan sebuah puisi beliau dari antologi Kembang Melati;

Kubunuh Cinta

Kubunuh cinta dalam hatiku
Pisau tajam berkilau
Darah pancut merah-merah
Aku menjerit
Ketawa dalam kepedihan.

Cintaku terkulai merah
Gigil kian lemah!
Dan pisau tajam berdarah
Kulempar jauh-jauh
Hilang di balik malam.

Sudah kubunuh cintaku merah
Darah mendidih pekat
Aku senyum
Aku tidak lagi
Akan dibunuh oleh cintaku.

Kuala Lumpur,
14 Julai, 1961.
Berita Minggu,
23 Julai, 1961.

No comments: