ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, August 29, 2009

ISU PINDAH KUIL:KERAJAAN SELANGOR LAHIR RASA KECEWA

Kerajaan Selangor lahirkan rasa kecewa

SHAH ALAM- Kerajaan Selangor hari ini mengutuk dan melahirkan rasa kecewa terhadap bantahan "provokatif, tindakan kasar dan penggunaan secara sengaja" kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan terhadap cadangan penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 23 di sini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam satu kenyataan, berkata: "Kami mengutuk insiden dan tindakan keji itu kerana ia telah menyebabkan seluruh
negara mundur ke belakang di sebalik segala usaha ke arah menghormati satu sama lain dalam kalangan pelbagai kaum dan agama. Sesungguhnya ia suatu tindakan menyedihkan kerana sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain masih wujud di kalangan rakyat Malaysia."

Semalam, sekumpulan 50 orang mendakwa sebagai penduduk Seksyen 23 meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor dalam satu protes membantah pemindahan kuil itu.

Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyiasat insiden berkenaan.

Terdahulu hari ini, kira-kira pukul 10 pagi, empat wakil rakyat parti pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS mengadakan perbincangan berhubung insiden itu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin di pejabatnya di sini.

http://www.sinarharian.com.my
29.08.2009
http://alkundangi.blogspot.com

No comments: