ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Monday, August 24, 2009

PERMATANG PASIR, RADZHI SALLEH, SALLEH MAN DAN ROHAIZAT

Permatang Pasir, Radzhi Salleh, Salleh Man dan Rohaizat


Esok adalah hari penentu pengundian Permatang Pasir yang dikosongkan akibat kematian ADUNnya. Rakyat Permatang Pasir bakal menentukan siapakah yang akan menjadi wakil mereka. Mereka tentunya sudah membuat keputusan masing-masing dalam hati mereka, hanya tinggal untuk memangkah undi sahaja. Ramai para penulis blogger meramalkan PAS menang dengan kelebihan 300 undi ke atas. Namun itu hanya jangkaan sahaja. Malam esok adalah angka yang muktamad dan keputusannya juga muktamad.

2. Namun agak banyak kejadian menjelang PRK Permatang Pasir yang bakal menguji ketabahan rakyatnya, samada mau memilih pembangkang, atau mahukan UMNO-BN. Kejadian dan berita-berita itu pula ada yang pro dan ada yang kontra. Rohaizat dikaitkan dengan wang lebih RM 150 ribu. Namanya sudah tercalar. Sijil amalan guamannya telah dibatalkan oleh Majlis peguam. Hanya kini yang tinggal sijil peguam syar'ie. UMNO mungkin tersilap perkiraan mengetengahkan calon yang pecah amanah untuk bertanding. Kredibilitinya pasti menjunam. Rakyat tentu bijak menilai siapa sebenarnya Rohaizat Othman.

3. Di tengah gegak gempita itu pula, UMNO-BN merancang satu taktik baru, iaitu mengumpan ADUN-ADUN yang bermasalah khasnya dari PKR untuk menyeberangi Pakatan Rakyat berpindah kepada UMNO-BN. Dan kini mereka berjaya mendapatkan seorang ADUN,
iaitu ADUN Lunas, Radzhi Salleh yang telah pun dinasihatkan oleh Penasihat PKR supaya meletakkan jawatan awal-awal lagi. Namun beliau degil, dan akhirnya tumpas kepada UMNO-BN.

4. Dengan ketewasan Radzhi itu, maka PM Najib pun mencanangkan bahawa Pakatan Rakyat telah tidak bersatu, mulai berpecah dengan ideologi masing-masing. Taktik yang sama digunakan ketika menewaskan Nizar di Perak. Apakah Kedah juga akan tewas seperti Perak. Apakah Radzhi itu hanya satu permulaan kepada ramai lagi calon-calon yang akan menyeberang. Inilah sebahagian masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat. ADUN-ADUN dari bekas UMNO-BN tidak mempunyai kekuatan mental dan psikologi untuk menghadapai mehnah dan tribulasi dalam perjuangan menegakkan keadilan dan sebaginya melalui Pakatan Rakyat. ADUN-ADUN yang tewas di Perak juga dari bekas-bekas pejuang UMNO-BN yang berkepentingan tetapi bermasalah. Kenapakah hampir semua ADUN PKR sahaja yang tewas? Hanya seorang dari DAP dan tidak ada ADUN dari PAS yang berjaya ditawan oleh UMNO-BN.

5. Kita tentu sudah arif tentang ADUN PAS yang kuat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan taat kepada ketua. ADUN DAP juga sukar dipancing. Jadi tumpuan mereka adalah ADUN PKR. Apa yang harus kita lakukan adalah memperkuatkan barisan, mental dam psikologi ADUN-ADUN PKR agar mereka tidak termakan umpan UMNO-BN. Mungkin Ketua Umum PKR harus mengatur program untuk memperkuatkan barisan ini, samada jasmaniah atau pun rohaniah.

6. Apa yang kita harapkah Ustaz Salleh Man akan berjaya esok. Semua kita mengharapkannya begitu. Masihkah kita ingin berada di bawah jajahan UMNO-BN yang salalu menipu dan memperbodohkan rakyatnya sendiri? Membelakangkan bahasanya sendiri? Bahkan menganaktirikan bangsanya sendiri dalam agihan ekonomi serta kekayaan negara ini? Menyekat kebebesan bersuara dan kebebasan akhbar dan media. Mmementingkan kroni dan suku sakat. Sudah lima puluh tahun lebih kita ditipu. Masihkan kita mahu tertipu lagi?
Para pengundi Permatang Pasir, ditangan kalianlah terletaknya penentu masa depan atau arah hala tuju politik negara. PRU ke 13 sedang menanti kita. Jika kita tidak merebut peluang ini, bilakah lagi saatnya? Apakah kita perlu menunggu setengah abad lagi?


AlKundangi,
24.08.2009.
http://alkundangi.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

A'kum....Biasa la bro... depa ni suma nak cari duit lebih. betul apa yg bro bgtau adun PKR byk keluar parti. tapi pas tidak kerana pas kuaat sembahyang... tapi bro kena ingat pas pun manusia biasa juga... tak suma yg ok. kerana ada sejarah yg presiden pas lompat masuk umno terus. bukan bebas... jd sejarah itu yg mengajar pas lebih berwaspada. Kita tak penah persoalkn benda ni. PKR br 10thn tapi pas dah lebih 50 thn. perbezaan yg ketara. tima kasih

AlKundangi said...

Terima kasih kerana sudi komen. Ya ahli PAS pun manusia biasa juga .Bisa tewas. tapi Alamdulillah, sejak era kepimpinan ulama, tak ada yang tewas. Mungkin mereka sering ditarbiyah,menjadikan akidah mereka kuat. Kekuatan akidah penting dalam perjuangan, khasnya perjuangan Islam.Betulkan saya kalau tersalah fakta.terima kasih.